Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DLM 2 : 51

"BANYAK juga sebenarnya yang abang tak tahu." Aidan mengangkat kening pada Daneen di sebelahnya. Tangannya masih erat memegang lima jari Daneen.

"Hey sayang," panggil Aidan masih terus memancing reaksi Daneen.

Daneen sahaja yang bermuram sedari tadi. Daneen rasa berkecamuk. Berbelah bagi hendak merasakan perasaannya yang kecewa dengan pertemuan tak terduga semula mahupun sesal.

Pelbagai aneka makanan di atas meja restoran itu hanya dipandang sahaja. Daneen meleraikan pegangan tangan Aidan. Dia ingin membawa langkah ke meja makan.

Aidan turut meninggalkan barisan itu. Dia meraih tangan Daneen langsung mengubahkan arah Daneen.

"Kenapa abang tak ambil makanan?" Daneen melingas ke arah tempat mereka beratur tadi.

"Sayang tak nak makan, jadinya abang pun tak nak makanlah," jawab Aidan sambil meneruskan langkah.

"Abang lapar kan abang cakap tadi. Tak payahlah ikut Daneen." Daneen memusingkan badan berura-ura menarik Aidan, tetapi sia-sia apabila Aidan memegang bahunya.

Aidan menghadapkan tubuhnya supaya mereka berdepan. Dia menundukkan badan separa Daneen.

"Sayang boleh berlapar, why abang tak boleh?" Mata Daneen direnung dalam.

Dia lemah ditenung si suami. Dengan terpaksa, kebetulan terdapat kerusi di situ, Daneen bergerak mengambil tempat.

Keluhan Daneen, Aidan sambut dengan turut melabuhkan punggung di sisi Daneen.

"Daneen minta maaf sebab terlalu banyak kisah Daneen yang mendadak abang tahu sekarang. Padahal sikit, tapi semua datang menderu sekaligus jadi banyak. Daneen tahu abang mesti kecewa," lirih suara Daneen mengucapkan maaf. Mata Daneen terlihat berkaca-kaca saat cuba meluahkan ungkapan bermakna itu.

Tangan kekar itu naik menyentuh atas tudung yang tersarung kemas. Wajah berbentuk bujur sirih itu melakar sayu.

Raut muka Aidan berubah hiba. Kesiannya Daneen abang.

"Abang sikit pun tak salahkan Daneen. Tadi, abang cuma nak kita atleast bercakap." Aidan tidak menyalahkan Daneen. Hubungan mereka juga dihalalkan tanpa dia mengenali latar belakang sebenar Daneen.

"Daneen tak duga kita jumpa abah kat situ." Suaranya memang perlahan-lahan disulam gemersik sendu.

"Dia mestilah ke situ, dia rindukan tempat yang selalu isteri dia pergi."

"Salah Daneen kan abang? Kalau Daneen tak hadir dalam hidup arwah umi dan abah, mesti arwah umi tak kenal Daneen, mesti abah tak hilang umi. Daneen memang pemusnah, Daneen ni malang dalam arwah umi dan juga abah," tutur Daneen, mudah sahaja ketika itu air matanya menitis.

"Pertemuan ni sayang, kita tak rancang. Tuhan yang tentukan, tuhan yang lakar takdir kita. Allah sebaik-baik perancang. Ini ujian buat Daneen, bukan Daneen ujiannya."

"Abang sendiri dengar cerita abah, Daneen ni anak kutip je, Daneen kotor, Daneen mencelah di setiap longkang yang ada, tempat Daneen selayaknya kat situ. Tempat anak yatim tu lebih murni dari asal usul Daneen. Daneen ni dari kecil cuma hina pada mata orang, menyusahkan hidup pasangan yang awalnya bahagia," luah Daneen tiada berbasa-basi lagi. Dia benar-benar ada di titik pasrah. Memang dia bersalah, tempat di dunia ini juga dia tak layak.

"Daneen Inara," tegur Aidan saat Daneen meluahkan yang tak sepatutnya gadis itu terus rasa. Sedayanya dia cuba menenangkan Daneen.

"Daneen dapat rasa duduk rumah anak yatim tu pun atas budi abah. Mana baiknya orang macam Daneen ni abang?" Daneen hilang kawalan. Perasaannya sakit. Sakit sangat. Berhadapan dengan orang yang dicintai, pasti lelaki ini sangat merasakan itulah dirinya. Dari awal memang dia sudah menonjolkan diri yang terlalu tak ada nilai.

"Abah dah berkorban semuanya demi Daneen, sebenci-benci dia terhadap Daneen, dia sudi bagi Daneen tinggal kat rumah anak yatim. Apa yang Daneen bagi sebagai balasan? Daneen rampas kebahagiaan mereka suami isteri, Daneen punca umi mati. Daneen tahu diri Daneen ni abang, Daneen terlalu inginkan kasih sayang. Teruknya Daneen. Tak tahu malunya Daneen, abang." Semahunya dia menampar sekuatnya dada ini. Sedar Daneen, sedar kau dah buat semua orang yang hadir dalam hidup kau susah, sebab kau, orang yang tak bersalah sekelumit pun, dah tak ada kat muka bumi ni.

Puas? Puas rasa diri kau terpaling tersakiti! Tuhan bagi ujian pada Daneen sebab Daneen memang teruk. Umi Aesya lakukan yang sepatutnya, selayaknya Daneen terima. Daneen mati lebih baik, tuhan.

"Daneen tahu abang juga sedar, dari mula Daneen ni tak tahu malu. Sanggup tinggal dengan abang, buat abang berbelah bagi terhadap cinta pertama abang.

Dari situ patutnya abang sedar, Daneen ni memang hanya pemusnah hidup setiap orang yang hadir dalam hidup Daneen." Daneen terus berdiri. Tangannya tidak lagi Aidan sentuh.

"Sayang, sabar!" pekik Aidan sebelum segera bangun.

Kakinya melangkah laju mengejar pergerakan Daneen. Aidan tak senang hati melihat pergerakan isterinya yang tak terhenti. Sebuah kereta terlihat hendak mengundurkan kenderaannya. Merah padam muka Aidan dibelenggu sepenuhnya risau.

"Daneen!" Jeritan itu berakhir dengan tangan Daneen dia merentap pantas.

Muka Aidan pucat bagai seolah kehilangan Darah. Tidak lama dia memandang Daneen selamat dalam dakapannya, dia hilang kudrat lalu menyembah bumi.

"Abang." Daneen menyentuh tangan Aidan.

Aidan menepis kasar. Mata Aidan memandang seraut wajah itu, dia memejamkan mata dengan sayu. Tidak tahukah Daneen apa yang baru sahaja dia lakukan?

"Apa yang Daneen nak buat sangat? Sedar tak apa yang akan jadi tadi! Nak ikutkan hati tu kalau abang ni dah mati, abang ni hidup lagi Daneen Inara!" Bergetar-getar suaranya walau sangat lantang. Dia mati akal mengingatkan langkah Daneen tadi.

"Abang, Daneen minta maaf. Daneen betul-betul susahkan semua orang." Air mata Daneen bergenang lagi ke pipi. Dia akui dia salah. Dia tak berhati-hati tadi.

Kedua-dua belah tangan Daneen yang menggeletar, Aidan raih perlahan.

"Sudahlah sayang. Pada abang, sayang kebahagiaan yang tak pernah ada istilah menyusahkan abang bahkan takkan abang bagi sesiapa buat Daneen fikir dan rasa macam tu lagi." Tak mampu dia marah lagi. Tubuh Daneen dibawa ke dalam pelukan.

NANA mengambil kesempatan memegang tangan Hayden saat lelaki itu terlihat berat hendak melangkah masuk ke rumah tersergam indah itu.

"Akhirnya giliran kau untuk nampak wujud dekat dalam rumah ni," tutur Hayden lalu mengangkat wajahnya pada Nana. Kulit putihnya berubah perlahan menjadi merah apabila dia mencengkam hujung jarinya.

"Nana akan buat wujud itu jadi milik abang. Abang selayaknya dapat." Nana membalas penuh makna. Dia hanya orang luar. Begitu juga Daneen yang dimaksudkan oleh Hayden. Hanya anak Mak Na sahaja yang layak dapat kasih yang penuh.

Hujung bibirnya naik menyentuh dasar sisi wajah. Sinis.

"Kalau boleh, aku dah lama buat." Tangan Nana yang mengenggam dilepaskan kasar. Tidak terdetik walau sebesar hama buat hatinya merasakan tersentuh.

Tiada seorang di dalam hidupnya yang sebaik dia. Bibirnya melakar senyuman lagi, tapi hanya Hayden sahaja mengetahui ertinya.

Kakinya diatur masuk ke dalam rumah itu. Rasanya seperti biasa? Tidak. Kali ini, dia akan menempuh detik Puan Sri Hana akhirnya akur dan menerima kesalahannya.

Rasanya tak perlu dia terperangkap dalam permainan perasaan Puan Sri Hana. Puan Sri Hana sudah menyedarinya? Memang hanya mimpi. Wanita tua itu cuma makin bahagia sahaja selepas ini, namanya tidak tercemar di mata orang yang mengenalinya.

Kehadiran Nana kelihatan disambut dengan senang hati oleh Andara. Sekali lagi senyumannya sengit untuk dijangka. Dia melepasi dua orang itu lalu menjengah masuk.

"Mana puan?" Muka Andara dipandang. Ingin sekali melihat wanita itu. Mesti merasakan dirinya akan terselamat dari rasa malu.

"Ngah, mama," tegur Andara, tidak selesa mendengarkan panggilan 'puan' dibahasakan oleh Hayden untuk Puan Sri Hana.

"Mama mana?" Hatinya terpujuk dengan teguran dan pandangan Andara. Cukuplah Andara sentiasa berpihak padanya, jika dia menyakiti lagi hati adiknya itu, cuma akan membuatkan hati Andara sakit.

"Mama keluar sekejap dengan Tok Mek. Angah dan Nana masuklah bilik dulu, nanti dah..."

"Tak ada tempat lagi aku kat sini," sela Hayden sebelum bicara adiknya habis. Dia sendiri enggan Andara berharap. Selama ini dia bertahan di sini demi Andara. Namun, sudahnya semua ini berlaku, pujukan Andara cuma dia akur ikut sebab dia di sini saat ini sahaja.

"Ngah, Andara tak nak keluarga kita berpecah belah lagi. Sekarang Angah dah ada kehidupan baru, Angah dah berkahwin. Keluarga kita lengkap dengan kebahagiaan masing-masing," luah Andara cuba menerangkan perasaan yang dia rasa. Dia tumpang bahagia. Dia terlalu hendak mereka bersatu seperti keluarga lain.

"Cinta tak wujud di dalam hati ni, Andara. Tak perlu nak cakap kehidupan baru, perkahwinan aku dan Nana cuma terpaksa."

Nana terasa seperti tidak wujud di situ. Tetapi, tiada bezanya. Hayden sanggup melakukan setiap yang dia mahu, sanggup menyuarkan setiap perasaan yang dia rasa tanpa peduli perasaan siapa. Nana, kau kena sabar, Hayden tak pernah meluahkan tanpa sebab. Dia sendiri rasa sakit. Kau kenal dia macam mana, wahai hati janganlah rasa hiba. Sedayanya Nana bersuara di dalam hati demi menyalurkan semangat pada hati.

"Kalau cinta tak wujud, sebaiknya Hayden lepaskan Nana, bukan lagi menghukum dia juga dalam hubungan ni. Hayden fikir Nana tak sakit dengar semua ni?" Suara itu menerpa penuh rasa amarah yang hinggap. Tak sangka dia dengarkan semua itu.

"Cinta tak wujud sebaiknya lepaskan? Kau cakap dengan cermin ke Puan Sri Hana? Kau..." Hayden melepaskan tawanya.

"Kau tu apa bezanya dengan aku? Kau sedar tak kasih kau tu tak wujud pun untuk aku? Kenapa masih simpan aku sebagai anak kau? Lepaskanlah sebaiknya macam kau cakap." Hayden membalas dengan perasaan yang pedih.

"Mama cakap mengenai Hayden sekarang ni. Kasih mama selama ni ada buat Hayden, Hayden yang tak sedar," tegas Puan Sri Hana lalu mendepani Hayden.

"Hana, cukuplah." Nek Dara menegur Puan Sri Hana. Wajah Hayden yang jelas berubah, ternyata penuh rasa sakit kelihatan di matanya.

"Aku tak sedar? Sakitnya dengar bila orang hipokrit ni pertahankan diri!" Suara Hayden memecahkan kesunyian di rumah itu. Dadanya mulai turun naik, menyaksikan Puan Sri Hana yang sangat tenang benar-benar membuatkan darahnya berderau.

"Mama penat dengar Hayden mencemuh. Sudah, niat Hayden ke sini untuk majlis mama maksudkan tempoh hari, bukan? Jadi, mama boleh proceed." Puan Sri Hana terus ke titik tujuan Hayden. Dia sendiri sakit hati mendengar Hayden memberontak.

"Apa yang hati kau ada ni? Kenapa kuat sangat sampai aku yang tersakiti dengan kau, membentak depan kau ni, kau langsung tak tergugat?" teriak Hayden sepenuh hati. Langkah itu dia ingin sekali terhenti. Dengar, Puan Sri Hana!

"Mama selayaknya tanya Hayden, Hayden ni ada hati ke? Nana tu ada hati. Mama nak pertahankan itu, cukuplah nak menyuarakan isi hati! Mama dah jaga Hayden, tu tak cukup? Ambillah sisi baik mama jaga Hayden tu dan gunakan dengan hargai Nana. Aidan tu, Hayden. Jauh lebih menghargai cinta."

Setitis air matanya jatuh mendengar setiap bait kata Puan Sri Hana buatnya. Nana yang menyaksikan turut terasa sakitnya. Dia mendekat dengan Hayden. Lebih baik mereka pulang.

"Kita balik, abang." Nana meraih tangan Hayden sekuatnya. Tangan Hayden benar-benar menggigil, berpeluh. Wajahnya juga perit menanggung sakit, bukan angkara sakit fizikal tapi seluruh emosinya.

"Sedihnya, Ya Allah." Hayden membawa wajahnya ke sisi lain. Dia tetap teguh walaupun Nana cuba mengajaknya meninggalkan tempat ini.

"Kau jaga aku? Ya. Aku ni kena sedar, Hayden, sedar! Dia dah jaga kau. Sakit kau lalui, derita kau lalui tengok mama kau melebihkan adik beradik lain?

Tak patut ke aku rasa sakitnya, Puan Sri Hana? Aku ni... Sakit sangat dengar, bahkan persamaan aku dengan Aidan? Aidan lebih menghargai cinta?" Perit menyentuh hatinya sehingga tak henti wajahnya berlinang air mata. Sebak mencengkam jiwa. Tidak menyangka sebegini lara dia rasakan.

Wajah itu ingin dia cari. Tubuh Puan Sri Hana yang masih membelakangkannya cuma makin menghiris kalbu.

"Memang ya. Kerana dia penuh dengan kasih kau selama dia hidup!" pekik Hayden semampunya. Dia hendak meraung kasih? Dia memang hina sangat, jelas dia tidak layak.

"Tapi aku tidak, nak bagi kasih pada orang lain pun... aku ni tak tahu. Yang aku tahu, rasa yang aku pendam ajar aku menjadi insan yang akan beri setiap yang aku rasa kepada orang lain. Aku cuma tahu erti sakit. Erti sayang, erti hargai tu bukan selayaknya diberi dari orang macam aku, tapi aku yang patut rasa. Aku yang tak cukup kasih ni harus rasa sepenuh kasih sebelum aku beri!" jeritnya lagi. Dirinya memang malu mendapat pandangan keluarganya di situ.

Mereka ini cuma mampu melihat dan turut bersedih? Tiadakah rasa mahu bersuara menyedarkan wanita di depannya ini? Tolonglah sedarkan dia yang aku ni cuma mahukan kasih dia! Tolong sedarkan dia aku ni sakit sangat disamakan setiap kali dengan Aidan! Hati aku remuk!

"Sekarang aku akan puaskan kau, buatlah majlis yang kau inginkan. Tadi kau halang kan, entah apa yang kau teguh dalam hidup kau Puan Sri Hana, aku tak tahu. Mungkin cuma kebahagiaan Aidan?" Suaranya kian lemah. Dia tak kuat lagi meluahkan rasa sakit, dirinya lebih hancur tatkala mendengar setiap yang keluar dari mulut Puan Sri Hana.

Melihat tubuh itu kekal membelakanginya dan diam tanpa kata lagi. Cukup buat dia makin sedar. Hakikat itu memang sakit. Rapuh hatinya memaksa senyum. Meski senyuman itu tiada makna, hanya sinis, tetapi pilu untuk dirajah.

"Aku tak salah lagi... Tak apalah, kau buatlah majlis yang kau nak tu. Bila kau dah rasa kau tenang, kau dapat jaga air muka kau dari rasa malu, hubungan kami dah diiktiraf bagi kau melalui mata masyarakat, lepas tu ingatlah Najwa, sekurang-kurangnya bagi dia rasa sepertimana Daneen rasa sebagai menantu, jangan kau layan Najwa sepertimana kau layan aku," pesan Hayden setelah beberapa ketika tidak mendapat balasan dari Puan Sri Hana. Hatinya sudah pedih, hancur lumat.

Kakinya diatur keluar dari rumah terlihat indah itu. Memang indah, tetapi bagi Aidan dan Andara. Selama dia dibesarkan oleh Puan Sri Hana, dia cuma habuk. Ada di mana-mana namun menghampakan.

__________________
Writer Comment : Aku yang pedih pulak buat part ni😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro