
DLM 2 : 50
DANEEN menutup semula pintu bilik yang ditempatkan Maisara sementara. Tangannya yang masih pegun memegang tombol pintu, dilepaskan perlahan-lahan bersama keluhan berat. Ke mana arah tujuan mereka pula selepas ini? Ya Allah, aku buntu. Aku tak ada sesiapa selain abah untuk menjadi tempat bergantung harap.
Abah tak pernah sesekali pun menyukainya. Takkan dia hendak berkelakuan tidak tahu malu seperti dulu. Cukuplah dia terlalu mementingkan dirinya sendiri sehingga arwah umi menderita. Demi kasih sayang yang didamba, keperitan yang dilalui arwah umi di depan matanya, tidak pernah dihiraukan. Asalkan dia dapat merasai kasih sayang arwah umi.
Dia mendongak. Tingkat atas dipandang lama. Ingin sekali dia melihat gambar arwah umi. Setelah kematian arwah umi, semua gambar umi dibawa naik ke tingkat atas. Dia langsung tidak memiliki walaupun sekeping gambar arwah umi.
"Jangan sesekali kau jejakkan kaki kau dekat rumah ini! Apatah lagi jejak sampai ke bilik aku dan isteri aku!" Herdikan Tuan Amsyar masih berdesing di telinganya.
Luka di dahinya disentuh. Daneen menunduk menahan pilu. Pasu bunga hiasan di atas meja tepi bilik itu terletak indah lagi di situ. Pasu bunganya berlainan namun bunga itu kekal sama. Pasu bunga setahun lalu yang dibaling ke arahnya. Meskipun pasu bunga itu plastik, tapi cukup menyakitkan apabila dibaling dengan kuat.
"Sampai bila kau nak ingat apa yang jadi dulu? Daneen, semua tu dah berlalu." Daneen menasihat dirinya sendiri. Air mata yang mengalir ke pipi dikesat berulang kali.
Sakit. Tipulah sekiranya dia tidak tersiksa setiap kali mengingatkan setiap perbuatan abah agar arwah umi tidak memberi sepenuh perhatian terhadapnya.
"Daneen," panggil satu suara tua. Daneen memalingkan wajahnya. Kelihatan Pak Seman sedang menghidangkan makanan dan sesekali melihat ke arahnya.
Daneen mengukir senyuman nipis lalu merapati Pak Seman.
"Pak Seman, apa khabar? Tak sempat Daneen bertanya khabar dengan Pak Seman." Daneen mula berbahasa. Lama juga dia tidak berbual dengan Pak Seman.
"Alhamdulillah. Pak Seman sihat. Kamu tu baru kena hujan, Daneen. Makan sini sebelum kamu dan kawan kamu beredar. Dan usah risau kalau Daneen tak tahu mana nak tinggal, rumah adik Pak Seman ada bilik kosong. Daneen dan Maisara boleh tinggal situ."
Pelupuk mata Daneen penuh dengan air mata yang menunggu saat berlinang ke pipi. Pak Seman terlalu baik.
"Terima kasih Pak Seman."
"Daneen tak pernah susahkan Pak Seman." Lelaki tua itu menggeleng perlahan.
Daneen tersentuh dengan kebaikan Pak Seman. Libu hatinya saat itu. Pak Seman sering membantu dia dan arwah umi. Tak pernah mengungkit setiap pertolongannya.
"Marilah makan dulu," ajak Pak Seman lagi lalu mengisi nasi ke dalam pinggan. Nasi penuh diisi ke dalam pinggan itu.
"Cukup, kan?" Pak Seman senyum penuh makna. Dia tahu anak itu selalu mengambil nasi dalam portion yang banyak.
"Lauk Daneen ambil sendiri." Daneen gelak kecil. Pak Seman masih ingat.
Dia sebak. Pak Seman sering mengusiknya selepas umi menegur.
"Daneen, umi tahu sayang umi ni lapar, tapi ambil sikit dulu." Teguran umi menyentuh hatinya bila teringatkan semula.
Andai umi ada di sini lagi, teguran itu akan dia sanggup dengar selalu.
Pak Seman mengangguk. "Daneen makan dulu puas-puas, Pak Seman keluar sekejap."
Daneen mengangguk sayu. Umi, Daneen rindu umi.
"Hati-hati," pesan Daneen seraya mengambil tempat duduk di meja makan.
Baru sahaja dia ingin mencapai senduk, kedengaran bacaan ayat suci dialunkan. Daneen membatalkan niatnya. Daneen terkesima mendengar setiap bacaan yang dibaca dengan lancar. Dia berasa tenang. Dia bangun lalu menuju ke tingkat atas mengikut jarak bunyi yang didengari.
Pintu yang tidak tertutup rapat menampakkan seseorang sedang membaca Al-Quran. Dari susuk tubuh itu, pastinya abah.
Tidak semena-mena kenangan sewaktunya ditinggalkan di lorong menjengah ingatan. Satu per satu insan yang hadir di dalam hidupnya sentiasa mendengarkannya kalimah Allah dan ayat-ayat yang tertera di dalam Al-Quran.
Air mata yang mengalir di pipi tanpa disedari menyedarkannya dia telah menjejak bilik abah. Cepat dia mengundurkan langkah. Enggan abah memarahinya lagi.
Namun, bilik arwah umi seakan memanggilnya. Dia seakan nampak bayang-bayang umi dan dia di depan bilik itu. Bergurau senda, bermain dan meluangkan masa bersama. Ya Allah, rindunya Daneen pada umi.
Dia menoleh ke arah bilik yang diduduki abah. Dia nak sangat masuk bilik arwah umi. Nak tatap wajah umi. Meskipun hanya gambar, dia rindu sangat dengan umi.
Daneen nekad. Dia mengorak langkah ke bilik arwah umi. Tombol pintu dipulas. Dadanya didatangi sebak apabila pintu itu tidak berkunci.
Matanya melihat sekeliling bilik arwah umi. Barang-barang yang berada di dalam bilik itu masih kekal. Katil arwah umi dituju. Kenangan bersama umi berlayar di ingatan. Seakan bermain semula. Dia tidur bersama umi. Di atas katil ini. Dia menyentuh katil seraya mengusap lembut. Tangan kanannya mengelap air mata.
Air matanya tidak henti-henti mengalir. Tuhan sahaja yang tahu betapa pilunya hatinya saat ini. Rindukan insan yang telah pergi buat selama-lamanya sungguh menyakitkan.
Matanya tertancap pada gambar arwah umi di frame atas almari. Dia bangun seraya mencapai frame itu.
Dia bawa gambar itu ke dada. Dipeluknya dengan erat. Ibaratnya, gambar itu adalah seperti orang yang berada di dalam gambar itu. Seakan hadir menjelma membalas pelukannya.
Daneen memandang sepi gambar itu. Itu adalah gambar dirinya bersama arwah umi dan abah. Itupun ketika itu abah cuma lalu sahaja di belakang.
Jari-jemarinya lembut mengelus wajah arwah umi.
"Umi, abah takkan pernah sayang Daneen. Abah masih bencikan Daneen. Abah cakap Daneen penggemis." Tak tertahan sebak di dada, dia lemah. Tanpa tidak sengaja, frame gambar di sebelah frame yang baru sahaja ambil, mengenai tangannya sehingga frame lainnya turut jatuh.
"Apa kau buat dalam bilik ini..." Belum sempat dia meninggikan suara, Tuan Amsyar terkedu tatkala mendengar bunyi kaca yang pecah.
"Anak tak guna!" jerkah Tuan Amsyar melulu ke arah Daneen.
Daneen menyeringai. Tuan Amsyar mengheretnya keluar. Sebelum tiba di tingkat bawah Maisara sudah terkial-kial keluar daripada bilik. Dia terkejut melihat Daneen diheret keluar.
"Dasar penggemis! Keluar dari rumah aku. Jangan pernah jijak kaki kau dekat tapak rumah aku meskipun selangkah kaki kau!"
Lali. Memang dia sudah lali mendengar perkataan yang sama. Namun setiap kali dia mendengarkannya, kesakitan itu seperti kesakitan baru. Yang benar-benar menyakiti seluruh jiwa dan raganya.
Dia kesal. Kerana mementingkan perasaannya dan kerana rindu yang membuak, membuatkannya tidak mengawal diri. Dia menaiki juga tingkat atas demi memuaskan kerinduan di hati. Akan tetapi, satu-satunya sebuah kaca yang terukir nama dan gambar mereka berpasangan suami isteri, jatuh tanpa diduga. Kaca yang terukir itu pecah, abah naik angin. Abah marah sangat.
"Daneen minta maaf abah," rayu Daneen tersedu-sedan memohon kemaafan. Namun, semuanya sia-sia. Abah semakin membencinya.
"Tak perlu lagi rayuan bodoh kau dekat sini! Aku cakap pergi, pergi Daneen! Jangan sampai aku betul-betul termakan dengan kata-kata aku sendiri iaitu musnahkan hidup kau!"
"Allahuakbar! Mengucap Tuan, mengucap! Bawa beristighfar!" Pak Seman menahan tubuh Tuan Amsyar.
Tuan Amsyar dulu bukanlah seorang yang panas baran. Namun kerana enggan menerima takdir dan jiwa yang sentiasa mempersalahkan takdir, dia menjadi seorang yang sangat tidak berperikemanusiaan. Apa-apa pun jadi, dia tidak ambil peduli lagi.
"Itu satu-satunya hadiah yang dia tinggalkan untuk aku! Tapi kau, hancurkan segalanya! Kau tahu dia sayangkan kau sangat-sangat. Sampai dia lebih sanggup hilang aku daripada hilang kau! You took all the love that she once gave me with all her heart! Kau pemusnah hidup aku Daneen Inara, kau pemusnah!" Merah padam wajah abah ketika itu. Tergambar kesedihan yang terperit di wajah Tuan Amsyar.
Hancur lebur hatinya saat itu. Hatinya menanggung kesakitan yang amat mendalam. Luahan itu benar-benar membenamkan dia ke lembah duka.
Dalam hujan lebat pada malam itu dia redahi bersama Maisara. Maisara hanya separuh sedar, tak sedar. Dia dibawah pengaruh ubat bius.
Air mata masih mengalir tidak henti. Luahan abah sungguh memilukan hati. Dia bukan berada di tempat abah, tapi wajah itu menggambarkan kesedihan yang membuatkan sesiapa sahaja melihatnya seakan turut merasai kesakitan yang sama. Malam ini bersaksikan hujan lebat, abahnya meluahkan kesedihannya yang terdalam.
Daneen mengagahkan langkah sebaik terlihat sebuah pondok usang di tepi seberang jalan. Cukuplah sekadar menjadi teduhan mereka. Pondok itu benar-benar usang, bumbungnya juga boleh ditembusi air hujan.
"Aku minta maaf Daneen, kalau aku tak pujuk kau pergi rumah abah kau, kau takkan sedih seperti ini." Maisara turut merasai kesedihan Daneen.
"Kau masih lemah, tak perlu bergerak. Aku tak pernah menyesal jejakkan kaki aku dekat rumah abah. Biarlah seribu sekalipun cemuhan abah, aku sanggup hadap Maisara. Aku sanggup. Atas apa yang aku dah buat, aku layak. Aku dah buat abah hilang kasih isteri dia sendiri. Aku memang perampas kebahagiaan abah," luah Daneen semahu-mahunya.
Maisara terlihat lemah. Maisara jatuh pengsan di pangkuannya. Daneen tidak keruan. Dia turun daripada pondok itu dan berlari mencari bantuan. Abah...
Tanpa membuang masa, Daneen berlari ke arah rumah abah semula. Dia tak peduli. Maisara perlu mendapatkan rawatan sepenuhnya. Dia sanggup merayu. Biarlah kehidupannya musnah. Hanya Maisara sahaja sentiasa bersama-samanya. Setiap tahun, hari dan masa mereka bersama. Dia tidak sanggup melihat Maisara sakit.
Tatkala dia hampir menyeberang jalan ke rumah Tuan Amsyar, bunyi hon kereta yang sangat kuat menampar gegendang telinganya. Saat itu, Daneen terkedu. Langkahnya seakan menjadi beku. Dia tidak mampu bergerak. Seakan menunggu sahaja kereta itu merempuh tubuhnya.
Nasibnya baik, kereta itu berhenti tepat di depannya. Tubuhnya tidak dirempuh, dia jatuh kerana terkejut sedikit apabila kereta itu sudah hampir.
Sebaik kereta itu, terhenti dan Daneen menyedarinya, tanpa membuang masa Daneen terus bangun.
"Pak Seman!" Menangis Daneen saat lelaki tua itu yang keluar dari kereta.
"Daneen, Daneen ada terluka?" Mujur dia sempat menekan break. Risau hatinya.
"Daneen baik-baik saja. Pak Seman, tolong Maisara," rayu Daneen bersama tangisan. Wajah tua itu dipandang penuh harapan sebelum dia mendapatkan Maisara semula.
"Maisara!" pekik Daneen bergegas menyusun langkahnya meski dia sudah basah dengan air hujan. Dia nampak dari jaraknya, Maisara terbaring.
Tubuh Maisara didapatkannya segera. Cepat dia pangku dan menepuk pipi Maisara. Keadaan Maisara benar-benar tiada sisa dirinya bermaya.
"Sakit, Daneen." Hanya itu dia dengar.
"Pak Seman boleh tolong kita, Maisara." Dengan sepenuh daya, Daneen bantu Maisara berdiri. Dia perlu menguatkan diri demi memapah Maisara.
Pak Seman menanti di pintu kereta. Jika Pak Seman tiada pastinya dia hilang punca.
Mereka menuju ke hospital. Lama Maisara mendapat rawatan sebelum Maisara dibenarkan pulang.
Dengan bantuan Pak Seman lagi, mereka mendapat perlindungan sementara di rumah adik Pak Seman. Sungguh adik Pak Seman juga sama baiknya. Dia benar-benar terhutang budi.
"Daneen." Sentuhan di bahunya, menggamit Daneen untuk kalih.
"Kau betul nak bina hidup di luar?" Gerak tangannya itu Daneen beri perhatian.
"Ya," jawab Daneen. Dia tak perlu berfikir lagi. Dia sudah nekad.
Maisara menggerakkan badannya sedikit untuk bangun dari pembaringan. Daneen yang menyedari langsung menuntun.
Muka Daneen dipandangnya berat. Tak pernah dia berpisah dengan Daneen selama mereka membesar bersama.
"Aku janji dengan kau, hidup aku akan baik-baik je." Daneen ungkap perlahan. Hati Maisara pastinya berat. Dia juga rasa yang sama, takkan dia tak faham.
Maisara mulai sebak. Daneen dipeluk seeratnya.
"Aku sayang kau Daneen. Kalau kau dah ada kehidupan yang sempurna lepas ni, jangan pernah lupa aku." Dia meleraikan pelukan itu. Cepat tangannya meluahkan isyarat.
"Aku takkan pernah lupa kau. Tolong jaga diri kau baik-baik." Air mata Daneen mengalir ke pipi berat terasa hatinya melihat.
Maisara mengangguk, pandangan mereka hiba. Daneen sendiri tiada arah tuju. Tak sanggup dia susahkan Maisara dengan membiarkan Maisara mengikutnya lagi.
Jika dia sanggup berpisah dengan Daneen, dia takkan ikut Daneen sampai sini. Tetapi, dia bukan sempurna. Jika dia mengikuti Daneen, tiada tempatnya di luar pada mata masyarakat.
"Aku harap kau dapat apa yang kau nak selama ni Daneen." Pelukan itu akhir yang mereka rasa bersama.
DIA menghantar Maisara bersama pandangan yang paksa diikuti senyum. Rumah anak yatim itu juga dilihat buat kali terakhir. Dia enggan menjejaki lagi. Biarlah dia bawa langkah saat ini meninggalkan semua kenangan lalu.
Malam itu ditangisinya seiring kaki yang disusun tanpa arah. Dia takkan ke rumah adik Pak Seman lagi. Cukuplah budi Pak Seman selama ini.
Dia pernah merempat di ketika masa dulu. Dia takkan gentar. Ya, takkan gentar dan takut. Setitis air matanya jatuh.
"Daneen seorang lagi, tak ada sesiapa. Daneen sendiri, Ya Allah." Akhirnya dia melorot di pertengahan lorong itu. Tempat yang tidak jauh dari asalnya diri ini.
Tiada siapa akan menyedari dia lagi. Tuhan, inikah takdir hidup Daneen yang Tuhan takdirkan?
"Ternyata memaksa diri agar kuat lalui keadaan, perit sangat. Paksa diri hidup tanpa mak ayah, tanpa orang senangi dengan kehadiran Daneen, berat. Disaat Daneen sekarang, semua orang lalui hidup bahagia, membesar dengan ibu bapa, ada rumah sendiri. Kenapa Daneen tak miliki semua tu?
Tidak sekalipun Daneen dapat semua tu, Daneen mahukan semangat untuk hidup, untuk Daneen kuat saat ni. Tolonglah, Ya Allah, bagi Daneen peluang untuk memiliki setidakpun, semangat," lirih Daneen meluahkan setiap bait dengan cukup hancur. Tangisannya menderu tanpa mampu lagi ditahan.
Di bawah langit malam, Daneen menangis pilu. Andai kehidupannya seindah langit meski dijengah gelap, pasti dia tak seduka ini.
Memeluk jasad sendiri lebih menyakitkan dalam setiap tangisan kata.
"Kenapa menangis ni cik adik manis?" Daneen langsung mengangkat wajah.
Tangannya terus ditarik kasar supaya berdiri.
Daneen resah dipandang oleh lelaki itu. Salah seorangnya terlihat dalam keadaan mabuk. Dia mula gelabah. Jantungnya bagai hendak pecah tika itu. Dia kena bertindak.
"Lepaskanlah!" Matanya mencerun marah.
Mereka langsung tidak takut. Tangannya serentak itu digenggam kuat. Serentak itu dia dikepung.
Sebelum lelaki itu mendekati wajahnya, dia bertindak sepantasnya menendang lelaki itu
Melihat lelaki lain cuba mendekatinya, Daneen terus membuka langkah seribu. Dia perlu menyelamatkan diri. Kalau tidak, pasti masa depannya akan berakhir.
"Tunggu, jangan lari!" Lelaki mabuk itu juga pantas mengejar.
Daneen semakin cuak. Semakin pecut lariannya, semakin pantas lelaki mabuk itu mengejar.
"Jangan lari!"
Berpeluh-peluh Daneen. Dia cuba memecut dengan kadar paling laju, namun semakin berganda kelajuan lelaki yang cuba merogolnya itu.
Ya Allah... nafasnya sudah tercungap-cungap. Langkah kakinya pula semakin perlahan. Dia sudah kepenatan. Namun apabila dia menoleh ke belakang, dua orang lelaki tadi masih tidak berputus asa mengejar dia.
Dengan langkah yang semakin hilang kawalan, Daneen menghampiri sebuah kereta Vios yang sedang terparkir di tepi lorong itu. Tanpa berfikir panjang, dia terus membuka pintu belakang kereta itu lalu memboloskan diri ke dalamnya.
Dia menunduk, bimbang dua orang lelaki tadi sedar tempat persembunyiannya.
Daneen mula perasan ada seorang lelaki dan perempuan sedang duduk di tempat duduk di hadapan. Dia kalih dan tengok depan. Sekali lagi matanya membuntang.
Daneen terus pucat lesi. Lebih-lebih lagi apabila melihat wajah teman wanita si lelaki yang sudah tidak seperti orang. Habislah! Macam mana boleh termasuk kereta pasangan bercinta ni! Daneen menjerit-jerit di dalam hati.
Cepat-cepat dia keluar dari kereta itu. Lelaki mabuk itu berjaya mengesannya semula, begitu juga lelaki yang ditendangnya tadi, pantas dia membuka langkah seribu sekali lagi.
"Tepi! Ke tepi!" Daneen menjerit kuat kepada seorang lelaki yang menghalang laluannya dalam kira-kira tiga meter.
Lelaki itu segera mengelak, namun entah bagaimana silapnya, dia terlanggar lelaki tersebut. Mujur tidak seberapa kuat rempuhannya. Kalau tidak, mahunya tergolek mereka di situ.
"Sorry... sorry..." Daneen semakin pucat.
Daneen menunduk sambil bertubi-tubi ucapan maaf meniti di bibirnya. Dia salah.
"Kau nak lari dari siapa?" Tangannya diraih.
Daneen sedikit terkejut. Dia mendekat dan mendongak memandang wajah itu.
____________________
Writer Comment : SELESAI FLASHBACK.
Comment, comment please. How about this chap😭tak comment, taknak update, ha author majuk💔
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro