Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DLM 2 : 47

Lagu kucu kuca kat atas untuk sweet scene aidan daneen👏

BAIKLAH mama,” jawab Aidan masih lagi berbual dengan Puan Sri Hana melalui telefon.

Lama juga Aidan berbincang, hampir satu jam dari mula dia bersiap tadi. Daneen cuma membantu serba sedikit di dalam restoran sementara menanti Aidan.

“Harini Puan Daneen dengan Encik Aidan nak pergi dating ke?” Firash cuba mengorek kepastian gosip mereka tadi. Teruja suaranya sampai ternaik-naik kening.

“Ya la, nak pergi mana lagi dengan Encik Suami kalau tak pergi dating?” Selamba Daneen menjawab. Dia berani tanpa pipi berbahang pun!

Serentak itu Daneen panggil mereka secara merapat, ekoran jarinya menarik mereka.

“Lebih kepada nak honeymoon,” bisik Daneen. Sengaja ingin memberi mereka ini hiburan di pagi hari.

Tergelak besar Daneen bila mereka bertiga itu menjerit riuh. Kelakarlah.

“Tengoklah Puan Daneen, kami ni dah berusia pun tak merasa lagi ada isteri. Gigit jari je la tengok bos dah sampai seru,” rungut Wook tiba-tiba muncul sekali dalam perbualan mereka. Pasrah betul suaranya!

“Bukan tak sampai seru, tapi memilih, kan? Dia baru reject perempuan nak kat dia, Puan Daneen.” Giliran Hadi mengambil ruang yang sama di antara mereka.

Mata bundar Daneen turut terkejut. Tak sangka Wook betul-betul tolak jodoh. Cara mereka berbual, nampak yang Wook ini lelaki yang tak sanggup sakitkan hati perempuan.

“Tak apalah, kita tak tahu mana la tahu perempuan tu bukan yang terbaik untuk Wook, kita pun tak tahu yang Allah ke gerakkan hati Wook untuk tolak, ye tak?” Daneen pandang muka Wook. Lelaki itu nampak muram setelah hal itu dipetik tadi. Nampak sangat Wook ada sebabnya.

Muka Hadi dipandang.

“Ingat, yang bukannya kalau kita tolak tu kita ni memilih. Ada juga sisi baik dalam keputusan kita. Allah yang pegang hati, kita tak tahu, kan,” nasihat Daneen cuma ingin menegur. Kadang kala hal kecil boleh jadi retak hubungan antara rakan.

“Hadi ni Puan Daneen, kagum betul dengan Puan Daneen. Kami ni tahulah sikit-sikit pasal Puan Daneen dari Encik Aidan.” Hadi tak sempat hendak memanjangkan lagi perkataan, Firash sudah mencelah.

“Sepanjang jadi isteri Encik Aidan, Encik Aidan datang je kerja, hati tu dah tak bawa, yang ada pun jasad je.” Firash menokok tambah.

Laju membibit senyum nakal di bibir Daneen. Tergelak Hadi melihatnya.

“Senyum sepanjang kerja, tak berhenti. Masa awal la, tapi lama-lama asyik risau je kami tengok dia. Sampailah semalam, bertukar emosi marah.” Cepat sahaja Wook mengambil giliran bersuara.

Seperti mempunyai fikiran yang sama, padahal pandangan mereka jadi hampir kerana semuanya menyaksikan bersama-sama.

Fokus Daneen dengar bertukar sedih. Betul juga akhir-akhir ini dia yang buat hati suaminya tidak tenang. Kesian ayah

“Seronok semua membawang pasal saya?” soal suara Aidan yang baru sahaja menapak masuk.

Tegak semua badan lelaki-lelaki itu. Daneen sahaja berpaling berani dengan senyuman.

Mata Aidan terpana pada Daneen. Dia melipat hujung bajunya bersama senyuman.

“Nanti semua ni gaji, saya bagi bonus.” Tangan Daneen diraih ikut menuju ke dapur.

“Bonus?” Tersalah cakap ke?

“Sebab semua yang awak, awak dan awak cakap, betul. Jadi, awak semua sekarang pergi kemas meja di luar. Dalam pukul 10 ada customer nak 10 table breakfast menu 1,” arah Aidan selanjutnya usai menjawab tanda tanya mereka tadi.

Senyuman tak putus di bibir mereka setelah diyakinkan dengan perkataan yang sendiri keluar dari mulut majikan mereka. Tidak salah lagi, rezeki mereka berlipat ganda bulan ini.

Happy first place honeymoon, Puan Daneen!”

Daneen menekup mulut, tidak sangka tiga lelaki itu mengusiknya secara depan Aidan. Argh! Dia yang terkena!

Happy first place honeymoon, sayang?” Aidan terus serkap jarang terhadapnya. Tubuhnya ditahan depan peti sejuk.

“Argh abang, tadi Daneen usik dorang. Dorang tu nak sangat korek Daneen dengan abang nak pergi mana,” ungkap Daneen sejujurnya.

“Nak betul-betul honeymoon ke?” Aidan angkat kening dan peluk tubuh di depannya.

“Tengok muka abang pun dah macam honeymoon termanis dah,” jawab Daneen terpikat akan wajah Aidan ketika ini.

“Suami Daneen ni benar-benar ada aura lelaki maskulin. Dari cara pakaian, tutur kata, bau. Perfect!” Daneen berpaut nakal sehingga memeluk tubuh Aidan.

Aidan terpaku mendengarkan itu bahkan tubuhnya dan Daneen yang Daneen cuba rapatkan. Sebelum dia tenggelam, baik dia bertindak.

Sebaliknya yang Daneen mahu buat, tetapi tangkas sahaja dia yang berada di posisi digoda. Tangan Aidan yang kali ini melingkar di pinggangnya.

“Lagilah Daneen suka!” Daneen terus bergelut ingin berpaling tetapi tubuhnya dihimpit oleh bahagian depan badan Aidan.

“Abang baru je cakap tadi dengan mama pasal sayang nak sambung belajar. Mama dah setuju. Sayang nak ke sambung belajar dengan sarat?” Aidan membuat contoh di depan perut Daneen.

Tubuh Daneen lemah di dalam dakapan Aidan. Aidan ni!

“Okeylah, okey!” Daneen terpaksa mengalah.

“Ambil minyak tu sayang, kita ganti dengan momen romantik dahlah sayang. Jangan rasa hampa sangat,” pujuk Aidan membisik di telinga si isteri.

Minyak masak diambil oleh Daneen secara kasar. Sekilas dia pandang muka Aidan, geram!

“Abang entah-entah suka lelaki agaknya ha? Macam mana boleh tahan diri ni?”

Hey, kalau suka lelaki tak kahwinnya dengan Daneen Inara ni.” Aidan mempertahankan diri.

“Ada betulnya jugak!” Sekali lagi dia terpaksa terima kenyataan. Bahan awal seperti bawang merah dan bawang putih didapatkannya.

“Letak perlahan-lahan sayang, nanti minyak tu merecik,” pesan Aidan lembut suaranya diatur. Dia menggerakkan sedikit tubuh Daneen mengundur.

“Janganlah muncung, sayang. Untuk kebaikan jugak,” pujuk Aidan lagi seraya memandang wajah isterinya dari sisi.

“Ye, Daneen tengah cuba hadam, telan, kunyah, cerna, mamah dan faham.” Satu per satu perkataan itu disebut dan ditekankan oleh Daneen. Marah betul!

Jari Aidan mencapai putar api dapur itu, dia tutup sekejap. Dalam seketika, bahu Daneen dialihkan berhadapan dengannya. Dia menilik wajah itu yang jelas ditujah hampa.

“Sayang, abang nak yang terbaik untuk sayang, abang nak jadi yang terpaling faham Daneen Inara. Kalaulah sayang rasa abang tolak sebab tak sayang Daneen ke, percayalah abang, abanglah pemenang dari semua kalangan insan yang sayangkan Daneen.

Abang cuma nak Daneen ada masa depan yang Daneen impikan dan masa depan tu berjalan dengan lancar,” luah Aidan bersama niat menjelaskan. Dia enggan Daneen berterusan hampa. Bukan niatnya ingin hati si isteri berjauh.

Hatinya asyik tersentuh dengan luahan si suami sejak kebelakangan ini. Setiap luahan itu indah, tak pernah dia rasa dicintai sebegini.

You know what abang, abang suami terbaik buat Daneen. Daneen minta maaf sebab Daneen geram sikit je. Abang ni handsome sangat, itulah sebab tu!”

“Kena buang handsome ni la, kan? Kalau tak, hati tu bergetar je.” Jari Aidan menunjukkan ke arah Daneen.

“Macamlah hati abang tak rasa macam tu,” sindir Daneen lebih tepat ingin juga tahu.

“Rasa hati ni lebih dari Daneen, sayang. Tapi, apakan daya? Kena bertahan.” Apron disarungkan di leher.

“Ala... kesian abang.” Daneen sengaja ingin mencuba nasib. Matanya dikelipkan memberi isyarat.

Datang dah perangai 'seorang anak'.

“Tak payah! Cepat kita masak, cepat boleh pergi tempat yang sayang nak bawa abang tu.” Aidan cepat saja menukar topik.

Tak sampai hati hendak menduga. Lelaki itu tegas mempertahankan prinsip diri demi masa depan orang tersayang. Jika dipaksa, akur sekalipun mesti Aidan akan rasa sedih, dia berniat baik. Sabar sajalah Daneen.

Usai mereka makan makanan yang dimasak buat masing-masing tadi. Aidan mendapatkan kunci keretanya di dalam bilik dan juga beg tangan Daneen.

Goodluck, Puan Daneen.” Wook sekali lagi bijak mengenakan hati Daneen.

Tetapi kali ini Daneen senyum tawar sahaja. Bukannya dapat pun! Sabar Daneen, demi kebaikan.

Goodluck korang jugak, 10 table breakfast menu tau.” Sengaja Daneen mengingatkan bagi mereka pula rasa berat.

“Tulah kau, dah Puan Daneen pulang paku buah keras kat kau!” Firash mengejek kata-kata Wook yang dapat balik isi. Kenakan orang lagi!

“Kau pun sama kena rasa!” Wook membalas.

“Dah sayang, jom. Awak, awak bergaduh la mulut lagi, nanti Hadi tu mengamuk, tanggung!” Aidan memberi amaran, sekali menyertai. Tetapi, hadirkan nasihat sahaja.

“Comel je awak, awak.” Daneen sempat mengusik Aidan sambil Aidan memegang bahunya bersama-sama ke kereta.

Make sure today, all will be perfect.” Aidan sepertu biasa menggunakan 'trademark' mereka sebagai ungkapan semangat.

Mendengarkan mereka mengulang ayat itu, Daneen simpul senyum. Sukanya melihat kerjasama mereka!

Daun pintu yang dibuka oleh Aidan untuk Daneen, disambut ceria dan jeritan sekali lagi riuh dari pekerja-pekerja Aidan. Aidan buat muka faham, isterinya sahaja senyum sampai ke telinga kalau boleh. Cantik saja, bidadarinya itu!

Sepanjang perjalanan, Aidan sahaja melayan lagu di radio. Sesekali Aidan melirik pada Daneen. Senyap saja. Tangan Daneen berkali-kali digoyangkannya perlahan. Setiap kali itu dia senyum nipis membalas pandangan ingin tahu Aidan.

Daneen perhati di luar seperti jiwa tidak tenang. Tetapi, memang benar.

“Abang, depan tu sikit kita dah sampai,” beritahu Daneen. Suaranya seperti santai, tapi hati hanya tuhan sahaja yang tahu.

Pandangan Aidan yang lama melihat ke luar, menjengah rasa sedih di hati Daneen. Mesti Aidan rasa tempat ini teruk. Mereka pernah bertemu pun, jauh sedikit dari lorong ini. Lorong ini terlalu kotor, tidak hairanlah Aidan seperti ini.

“Jom sayang.” Aidan terlebih dahulu bersuara. Tali pinggang seraya pintu juga dibuka.

Daneen teragak-agak hendak keluar. Aidan yang sudah mencecah kaki di luar, dipandang. Aidan yang menyedari tiada pergerakan oleh Daneen, segera dia menjegul kepala ke dalam kereta melalui pintu yang dibuka.

“Jomlah keluar,” ajak Aidan lagi.

Seperti dapat menangkap isi hati Daneen, Aidan menyusun langkah ke bahagian Daneen selepas pintunya ditutup.

Pintu bahagian Daneen dibuka perlahan, Aidan turun memandang wajah si isteri. Dia tak dapat meneka sepenuhnya, tapi dia tahu Daneen tak keberatan hendak turun dari kereta.

“Sayang cerita je dari sini, pun dah cukup.” 

Pandangan Daneen seolah inginkan kepastian itu, Aidan balas dengan anggukan. Lama juga Daneen mengambil masa sebelum dia menyusun nafas untuk mengutarakan perkataan.

“Sinilah Daneen ditinggalkan,” ungkap Daneen hanya kemudiannya terdiam lagi.

Aidan mengangguk dan menghantar isyarat dia ingin tahu lagi. Dia cuba dengan cara itu, mana tahu Daneen bersemangat sedikit ingin bercerita.

“Dua tahun Daneen hidup kat sini. Dan, situ tempat Daneen berteduh, sekarang ni dah jadi klinik. Kat sini makan pun jarang-jarang, ada hari Daneen dapat makan, ada hari Daneen kena makan sisa yang dah dimakan.” Perlahan-lahan diikuti cerita, Daneen menapak keluar dari kereta.

Tak pernah dia menduga hakikat dunia sebenar penuh liku dan cabaran. Benar, kehidupan yang begitu dipandang hina ini tidak mudah mendapat perhatian di mata masyarakat.

Malah dia sendiri sebagai masyarakat, beranggapan tempat ini akan jauh sekali dipijak. Dia tidak pernah menjejakkan kaki ke kawasan sebegini kecuali malam pertama kali dia bertemu dengan Daneen, itupun tidak jauh dari sini, sedikit teratur tempat itu. Tidak seperti sini.

Kebetulan itu cuma kerana dia meletakkan kenderaan di tepi bangunan.

“Abang ada, jangan nangis sayang.” Aidan berdiri di sisi Daneen. Bahu Daneen dipeluk erat.

Sayu mata Daneen memandang Aidan sebelum dia mengumpul kekuatan menceritakan segala-galanya. Aidan berhak tahu latar belakang kehidupannya.

“Ni la tempat Daneen belajar, Daneen masa tu tak kenal pun siapa diri Daneen. Daneen hanya tahu orang bercakap tentang Daneen, apa yang dorang cakap Daneen langsung tak tahu. Daneen sedih sangat bila ada yang sanggup lempar pada Daneen batu, kata dia lepastu yang Daneen bukan wujud.

Daneen tak layak berasa erti sakit. Kata-kata dia tak pernah dapat Daneen lupa, Daneen ingat sampailah Daneen jumpa seorang pakcik ni, tanpa dia  mesti Daneen tak tahu siapa itu Allah, kenapa Daneen wujud kat sini dan siapa diri Daneen. Kehadiran dia dalam hidup Daneen memberikan sejuta rasa bahagia, Daneen dapat rasai kasih seorang ayah, biarpun dalam kehidupan tak mewah seperti hamba Allah yang lain.

Kehilangan dia seolah membawa pergi semua erti bahagia, hanya tinggal pesanan serta nasihat menjadi tiang yang teguh. Telekung yang Pakcik Man bagi la yang menjadi pakaian Daneen setiap hati. Hari-hari berikutnya Daneen dinodai kehidupan penuh penyeksaan. Biarpun penyeksaan tu menyeksa Daneen, hati Daneen tetap teguh pada Allah. Dengan telekung tu, Daneen lalui hidup Daneen.”

Gambaran lebih jelas Aidan dapat. Di rumah Nek Dara hanya dia tahu sedikit kisah ini dan kali ini dijelaskan oleh Daneen sepenuhnya. Siapa boleh sangka gadis seperti Daneen Inara ini melalui detik sedih sebelum mampu menjadi seseorang yang ceria?

Daneen benar-benar membuatkan hatinya tersentuh luluh. Mana mungkin dia tega menyakiti hati insan seluhur ini jika dia tahu semua kisah ini? Kali ini dan saat ini, dia jatuh cinta lagi terhadap isterinya.

Pucuk dahi Daneen dikucup sebelum dia memberi ruang lagi kepada Daneen. Kisah itu tidak tamat sampai situ saja. Merah mata mereka berdua tika itu membuktikan mereka menyelami kesedihan yang sama.

Daneen sekadar melihat sekilas pandangan ke arah rumah anak yatim di terlepas dari ruangan mata setelah kereta bergerak melepasi rumah anak yatim di persimpangan jalan tadi. 

“Sampai ke hari Daneen dibawa ke rumah anak yatim, Daneen dibesarkan dengan kasih sayang yang tak ikhlas. Kasih sayang yang dianggap ikhlas sebenarnya tidak,” luah Daneen ditikam sebak. Makin diingatkan kenangan pahit lalu, cuma menghadirkan rasa malu akan kehidupannya yang hina.

“Aku rasa kau tertinggal kisah sepasang suami isteri yang menimpa nasib malang selepas kehadiran kau.” Suara seorang lelaki saat itu yang menerpa luahannya, menyesakkan dadanya untuk berpaling.

Aidan memusingkan tubuh memandang lelaki itu tanpa tahu siapa gerangannya begitu juga maksud setiap patah kata yang diutarakan oleh lelaki tua itu.

____________
Writer Comment : Opss, siapa tu?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro