Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DLM 2 : 45

“ANDARA tak rasa Angah akan balik. Kenapa semua orang rasa cuma majlis tu je boleh selesaikan keadaan, nampak mama dan yang lain sokong pilihan Angah? Angah tu cuma nak kita beri kasih yang dia tak dapat selama ni, kasih yang ikhlas dari Along, dari Tok Mek. Terutama sekali mama.” Panggilan terus diputuskan serta merta.

Sungguh, dia kesal dengan makna yang disebut 'keluarga'. Jika Daneen tidak bercerita, memang dia salah anggap terhadap Hayden.

Perjalanan agak jauh untuk ke rumah Hayden. Cuma dia yang tahu Hayden mempunyai rumah sendiri. Hayden pernah ingin keluarga mereka tahu, tetapi dia sedar keluarganya tidak akan ingin tahu. Hanya kejayaan Along, Aidan, yang sering mendapat perhatian Puan Sri Hana.

Andara hanya berperang dengan perasaan. Daneen di sebelah, tidak langsung dipandang atau diajak berbual berkaitan apa yang dijelaskan.

Aidan
Sayang, kenapa tak dengar langsung cakap abang?

Siapa suruh pandai-pandai teman Andara? Tahu yang Angah tak suka Daneen, kan? Macam mana kalau keadaan jadi lagi keruh?  Biar mereka bincang antara mereka saja.

Lelaki itu sudah membahasakan dirinya dengan nama. Dia tiada niat untuk menyelitkan diri dalam masalah keluarga suaminya, tetapi dia sebagai isteri terkilan dengan suaminya.

Aidan meluahkan segala-galanya, lelaki itu tahu dan nampak setiap kedukaan adiknya di depan mata saat dia lebih dipedulikan oleh Puan Sri Hana. Akan tetapi, dia merasakan itu selayaknya dia rasa gara-gara selama ini dia telah menerima kehadiran adik-adiknya. Sayang bukan sebab untuk dia melupakan detik dia mulai rasa disisihkan.

Sememangnya Aidan akui bersalah, namun Aidan tidak berada di tempat Andara sekarang ini. Andara bergegas ke rumah Hayden, demi memujuk hati yang bersedih. Gadis di sisinya ketika ini, memperjuangkan erti sebenar adik beradik.

Aidan
I will be there. Tak bagi alamat bukan bermakna abang tak boleh cari Daneen.

Daneen mengeluh berat. Rasanya tak seharusnya suaminya itu ingin bertindak berlebihan.

Daneen
Fikir adik abang sekarang ni, abang. Daneen ni orang luar.

Aidan
Abang ingat adik abang, abang sedar salah abang. Abang tak maksudkan sayang tak ada tempat dalam keluarga abang. Keluarga abang keluarga sayang juga. Daneen Inara bukan orang luar, sayang. Sayang ahli keluarga dalam keluarga abang.

Aidan cuba memujuk. Dalam kebimbangan Andara, dia benar-benar tidak sengaja untuk berasa terharu untuk sesuatu. Suaminya yang memulakan.

Aidan
Please, teman Andara saja, sayang. Duduk jauh dari Hayden, tak ada siapa boleh sakiti sayang walaupun itu adik abang.

Ya, Hayden mesti benci akan kehadirannya turut bersama Andara. Dia tidak akan menonjolkan diri, biarlah dia menanti di dalam kereta sahaja demi kebaikan bersama.

“Dah sampai, Cik dan Puan.” Pemandu mereka memaklumkan kepada dua wanita itu. Lelaki itu segera turun bagi membantu Andara turun dari kereta.

“Andara, Kak Long...”

“Tak apa, Andara tahu Kak Long. Kak Long teman sampai sini pun dah memadai bagi Andara.” Gadis itu memotong perkataan Daneen. Niatnya, dia sudah faham sebelum atau tanpa Daneen perlu jelaskan.

Andara menarik nafas dalam sebelum menggerakkan kerusi rodanya ke arah pintu pagar rumah itu. Dengan bantuan pemandunya, butang loceng ditekan.

Dia mengharapkan setidaknya Nana membuka pintu. Tidak lama dia menunggu, bunyi pintu rumah itu dibuka. Dari jauh, terlihat insan yang dinantikan menapak keluar.

“Ngah, maafkan Andara sebab baru ada di sini sekarang untuk Ngah. Angah...” Pintu pagar itu dipegangnya. Matanya menatap sayu wajah si abang.

Dia terjeda agar dapat mengisi rasa tumpang senang tanpa bersedih akan nasib Hayden.

“Angah dah berkahwin? Tahniah, Angah. Gembira Andara bila tahu.” Andara tewas dalam menahan titisan air matanya. Dia hanya kesal, sesungguhnya apa yang terjadi pada malam itu disaksikannya di dalam rumah itu.

Hayden membisu hanya tegak di situ menanti bicara Andara seterusnya. Ucapan tahniah itu cuma akan diterima jika keluar dari mulut seorang sahaja, Puan Sri Hana.

Andara putus asa untuk menyambung alasan terus di sini. Dan apa yang disaksikannya, tiada apa yang terjadi seperti yang Hayden sampaikan. Hubungan mereka itu terbina demi kehendak Hayden agar hubungan itu menjadi sebab Puan Sri Hana, mama mereka lebih terluka. Nana terima kerana dia menyimpan perasaan terhadap Hayden.

Tampaknya, Hayden telah berjaya menyakiti hati mama. Hayden sanggup mencetuskan keadaan ini hakikatnya demi mendapatkan perhatian mama.

Ketara bayang Daneen di dalam kereta pemandu Andara pada mata Hayden. Kakak ipar yang telah menjayakan rancangan. Jujur apa yang dia rasa, dia sudah tidak ingin mendapatkan perhatian mama. Namun setelah mendapat reaksi mama, tidak dia sangka lebih menyakitkan perasaannya.

“Masuk bercakap di dalam,” suruh Hayden lalu membuka pintu pagar rumahnya.

Dia membuat laluan khas buat Andara di rumahnya. Dia sendiri tahu Andara akan selalu melawatnya. Tiada sebab untuk dia memarahi Andara. Andara satu-satunya punca dia masih teguh di sini. Insan yang masih menyayanginya.

“Angah tak tahu apa yang Angah mahu. Angah berlawan dengan perasaan, tak tersangka sukar sangat nak menyakiti hati dia. Apa yang Angah dapat cuma dia ingin buat sesuatu demi kebaikan diri dia, Angah tetap tak dapat tempat di mata dia.” Isi hatinya, tiada sesiapa yang boleh mendengar melainkan Andara. Lelaki dingin, jahat, dipandang buruk itu akan cuma lemah di sisi satu insan itu.

“Andara nak Angah tahu, kalau Angah rasa mama, Tok Mek atau Along tak sayangkan Angah, Andara ada untuk sayang Angah, untuk teman Angah tak kisahlah waktu Angah senang atau susah,” rayu Andara demi hati itu tidak lagi menganggap dia berjuang dengan keadaan seorang diri.

Tiada gunanya lagi seandainya dia menenangkan hati Hayden mengatakan Puan Sri Hana menyayangi diri lelaki itu padahal sebaliknya tidak. Lelaki itu sendiri tahu.

“Nilai Angah sebagai seorang anak cuma atas status anak angkat saja, Andara. Sebesar mana aku tagih pun takkan ada kesudahan untuk aku kena saksi setiap kebahagiaan mama beri pada Along, pada kau dan juga ahli baru, Daneen.

Mudah saja orang luar dapat kasih dari perempuan tu. Aku juga anak angkat, aku juga anak dari rumah anak yatim, aku juga derita! Apa beza aku...” Menggigil tangan Hayden menunjukkan dirinya. Wajahnya dicengkam urat dan air mata.

Tiada lain yang Andara rasa selain sebak dan turut hancur melihat air mata di wajah abangnya itu.

“Dan Daneen tu... sampai yang aku dapat cuma disisihkan?” Putus-putus suaranya menyambung luahan. Perit. Perkataan disisihkan itu tak pernah boleh baginya kunyah, telan mahupun menahan. Dia enggan berdamai dengan takdir, dia sentiasa berharap takdirnya memiliki kasih wanita itu, kasih seorang ibu.

Nana menutup pintu bilik semula. Dia mendengar semuanya. Kasihan suaminya, Ya Allah.

Lama suara Daneen mati setelah dia menyedari Hayden mengesan dia berada di dalam kereta. Dia cuma memikirkan nasibnya andai Hayden akan menyimpan rasa benci berganda-ganda terhadapnya.

Pintu kereta yang dibuka secara serentak di fikiran yang merisaukan kebencian Hayden, hampir membuatkan tersentak takut. Tetapi, saat wajah suaminya menjenguk terus Daneen memeluk tubuh itu.

“Sayang.”

Dia terkedu saat Daneen memeluknya. Fikirnya Daneen masih memarahinya.

“Daneen takut, abang.”

“Abang ada kat sini sayang, abang datang sini pun sebab Daneen. Abang risaukan kalau apa-apa jadi pada Daneen. Kita balik, sayang.” Badan Daneen yang memeluknya sekelip mata dicempung.

Cepat Daneen menahan.

“Ada oranglah abang, Daneen boleh jalan lagi.” Daneen melepaskan lingkaran tangannya di leher sang suami. Dia memandang pemandu Andara sebelum turun memberi isyarat agar lelaki itu sedia maklum kepada Andara nanti.

Aidan menyimpan senyum saat baru menyedari ada selain mereka di situ. Riak wajahnya dikekalkan seakan tidak peduli atau merasakan perasaan malu.

Daneen menarik tangan Aidan menuju ke kereta lelaki itu yang tepat di belakang kenderaan dinaiki tadi. Dia ingin segera beredar. Lebih cepat, lebih baik.

Langkahnya mati. Daneen menutup pintu bahagiannya yang dikuak oleh Aidan. Dia baru sedari dia terlupa akan tujuan yang seharusnya dia tetapkan untuk Aidan setelah tiba di sini.

“Abang, Daneen nak abang masuk dalam jumpa Hayden, selesaikan apa yang selama ni dah jadi,” pinta Daneen ditekankan suaranya, dia benar-benar memaksudkannya.

Aidan memejamkan matanya sekejap usai mengurut pelipisnya.

“Abang rasa ni bukan masa yang sesuai. Andara ada dah cukup nak tenangkan Hayden. Abang tak pernah-pernah duduk berdua atau minta...”

“Kalau abang tak boleh pun nak duduk berdua, Andara sekarang ada kat dalam, abang bukan seorang. Abang nak Daneen ada pun Daneen boleh teman abang. Tolonglah, abang. Jernihkan balik hubungan abang dengan Hayden, mana tahu lepasni Daneen dapat layanan baik dari Hayden.”

“Abang malu, Daneen.” Tewas. Satu perkataan itu mengungkapkan perasaannya yang tidak mampu lagi disembunyikan.

Kesilapannya, membiarkan masa beredar, bertemu dengan Hayden seperti tiada apa yang telah berlaku antara mereka dan menganggap Hayden sudah memaafkannya. Ya, tanpa malu dia merasakan itu.

“Andai bertemu mata buat abang tak bersedia lagi, perkataan maaf melalui mesej untuk Angah pun dah cukup.”

Wajah suaminya dipandang penuh harapan. Tangannya yang dipegang erat oleh Daneen juga membuatkan dia tak mampu menolak permintaan itu. Bahkan dia juga merasakan itu seharusnya yang dilakukan sejak dulu.

Tidak lama Aidan memikirkan, akhirnya dia mengangguk.

_____________
WRITER COMMENT : Okey abe hayden tak buat apa2 dekat hayden, abe hayden baik✋jangan lupa tinggalkan komen tau untuk cepat2 saya bersemangat sikit nak unlock next chapter.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro