Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DLM 2 : 43

Lagu cukup derita itu untuk Si Hayden. Sila dengar sambil baca if korang selesa dengar sambil baca.

TERHINJUT-hinjut kaki Nana menghampiri Hayden. Terpamer kerisauan di wajah Nana ketika memegang wajah suaminya.

"Abang, sedar abang sedar!" Nana menjerit tidak keruan. Wajah Hayden dibasahi peluh, bibirnya mulai pucat, posisinya berdiri juga tidak seimbang.

"Tolong! Nurse, tolong suami saya!" teriak Nana memanggil jururawat. Jatuh air matanya membimbangkan keadaan Hayden.

"Najwa, kepala aku sakit..." Resah Nana mendengarnya. Dia menoleh, kelihatan sekumpulan jururawat sedang menghampiri mereka.

Dalam kepayahan, Nana lantas bangun dan memberikan ruang kepada beberapa jururawat itu. Dua jururawat lelaki segera mengangkat tubuh Hayden lalu masuk ke dalam wadnya.

Melalui celah di kalangan orang yang berkumpul, terlihat di ruang matanya seseorang yang dikenali di situ. Lelaki yang diangkat oleh jururawat lelaki itu adalah Hayden. Dia pasti dia tidak salah.

Langkahnya diatur ke tempat jururawat. Wajah seorang demi seorang diperhati sebaik mungkin. Salah seorang mesti peramah.

"Nurse," panggil Daneen.

Seorang jururawat memandangnya. Daneen mengukir senyum. Nampak seperti peramah.

"Maaf mengganggu, boleh saya bertanya?" Daneen membuka bicara.

"Tak menganggu puan. Silakan," balas jururawat itu berbahasa. Baguslah, boleh jadikan kawan. Kawan! Bukan madu. Bahaya, dahlah nama jururawat itu Hani.

"Apa jadi tu?" Daneen terus menyoal soalan yang menjadi tanda tanya di dalam ruang fikiran.

Jururawat itu tersenyum mendengar soalan itu. "Itu suami puan yang baru ikut masuk sekali. Puan tu patient dekat sini, suami dia saya rasa penat kut sebab semalaman jaga dia." Jururawat itu menerangkan secara terperinci. Mata Daneen mengikut pergerakan sepasang mata jururawat wanita itu tanda mendalami setiap penerangan.

"Terima kasih nurse. Maaf ye curi masa sikit," ucap Daneen menghargai masa yang diluangkan.

"Sama-sama."

Daneen memperlahankan langkahnya saat melintasi depan wad itu. Dia meneliti wajah wanita yang dikatakan isteri oleh jururawat sebentar tadi.

Sejujurnya dia terlopong, namun kakinya segera diatur ke arah wadnya semula.

"Angah dah kahwin?" Daneen tertanya sendiri. Wajah gadis itu dicerna.

Dia tak pernah nampak pula. Bukan sembarangan perempuan, berkulit cerah, rupanya jelita tanpa sebarang riasan wajah.

"Memang lelaki keturunan cucu Tok Mek dapat kaut perempuan cantik ea?"

Tak sempat Daneen mengangkat wajah, kepalanya terhantuk di dada bidang seseorang. Terkejut bukan kepalang apabila pemilik tubuh itu, menjengah diikuti wajah serius.

"Seronok jalan satu hospital?" Kening lelaki itu mencanak kemas.

Daneen mempamerkan sengih, kening lelaki itu disentuh lembut. Cepat dia membawa si suami mengambil tempat duduk bersama, kebetulan terdapat kerusi menunggu di sebelah.

"Sayang tahu tak..."

"Sebelum tu, apa yang 'memang lelaki keturunan cucu Tok Mek dapat kaut perempuan cantik'? Tak penat ke puji diri sendiri? Berapa cermin jumpa dalam hospital ni sepanjang meronda tadi?" Rasa nak cubit mulut Aidan. Suka terus serkap jarang, kan boleh tunggu penjelasan.

Daneen buat muka menyampah.

"Abang ni kan, Daneen bukannya meronda." Daneen menaikkan kedua-dua tangannya bentuk peace dicakuk. Dia menekankan perkataan akhirnya.

Aidan kemam bibir menahan tawa. Mata Daneen melotot betul. Marah la tu.

"Dahtu?" Daneen segera menghadap suaminya. Mata suaminya ditenung dalam.

"Cuba teka apa Daneen nampak tadi?"

"Cermin?"

"Bukanlah! Stress la dengan abang ni." Daneen merungut kesal. Panjang muncungnya kelihatan jelas di mata Aidan.

Terletus ketawa Aidan kali ini. Terhibur dengan reaksi Daneen. Tapi, mestilah cermin kan. Isterinya itu bukan boleh jangka, masih menggelegak jiwa orang muda.

"Lah, dahtu apa? Mana la abang tahu, sayang." Daneen menjeling.

Benar juga, lelaki itu baru tiba. Mana la tidak semena-mena nak teringat adik yang selalu timbulkan masalah itu.

"Daneen nampak Angah pengsan tadi."

Mendengarkan itu, Aidan terus berdiri.

"Angah ada kat mana sekarang?" Wajahnya cuak kebimbangan. Daneen turut berdiri. Dia tak sengaja buat si suami risau.

Salah buka cerita. Patutnya mula dari isteri dulu. Rungut Daneen di dalam hati.

"Sabar abang. Isteri dia boleh tengokkan dia."

Matanya mengesan beberapa jururawat di situ. Pastinya berasa cringe melihat mereka berdrama pendek di sini.

"Isteri?" Riak muka Aidan berubah.

Daneen tidak terus menjelaskan, dia membawa langkah Aidan mengikuti bersamanya. Lebih baik mereka berbual di bilik.

Aidan didudukkan sebentar di kerusi yang disediakan untuk penjaga manakala dia mendaratkan punggung di atas katil.

"Daneen nampak tadi ada seseorang ni macam Hayden, dan memang Hayden pun. Daneen cepatlah tanya nurse, nurse tu cakap Hayden teman isteri dia dari semalam. Sebab tu pengsan, penat." Daneen menceritakan sama seperti yang didengarinya.

"Datang mana pulak isteri? Hayden tu susah nak bercinta, ni pula nak ada isteri. Abang tak pernah tahu pun." Aidan tidak percaya.

"Tak percaya then abang sendirilah pergi tengok, depan tu je wad isteri dia. Entah-entah Daneen dah dapat anak buah? Depan tu wad bersalin tau!" Daneen seakan ingin bersorak.

"Sayang tak payah mengarut, ingat berkahwin ni benda main-main ke?" Aidan mula tak senang hati. Runsing mendengar dan melihat reaksi Daneen, mendengar terasa seperti serius, sebaliknya reaksi seperti gurauan.

"Dah nama pun isteri, istilah dan maknanya mereka dah ada dalam ikatan yang sah. Apa salahnya pun?"

Isterinya itu ambil mudah sahaja. Sudahlah dia yang tiba-tiba hendak kahwin, Puan Sri Hana tegas itu ini kerana terkilan. Hayden, sampai dah kahwin? Senyap-senyap? Lagi menempah kecewa di dalam hati sang ibu itu.

"Daneen tahu mama macam mana, abang tak layak pun nak terkejut teruk sangat, tapi kalau betul. Isteri dia cuma menerima nasib yang sama macam Daneen semasa mula-mula. Mama akan kecewa, sayang." Aidan mendahulukan kata sebelum berdiri. Rasanya dia perlu menyaksikan sendiri apa yang Daneen sampaikan.

"Hayden dah berkahwin dengan siapa?" Wajah Puan Sri Hana menjengah di depan pintu benar-benar menerpa terpempan mereka suami isteri.

Daneen sekejap sahaja dirinya terasa sudah munasabah dengan setiap perkataan suaminya tadi. Bukan dia bersangka buruk dan menganggap ibu mertuanya itu bersikap teruk, tetapi dia yakin hakikat itu akan terjadi.

Tok Mek hilang kata di sisi anaknya. Lepas satu masalah, terjatuh satu masalah lagi.

"Mama dah dengar semua, kenapa diam? Jawab mama tanya!" Suara keras Puan Sri Hana membuatkan mata Daneen terpejam sekejap.

"Daneen, tadi ibu dengar Daneen beria sangat cerita, dah ibu tanya, diam!" Puan Sri Hana makin rasa tercabar bila dua insan di depannya diam membisu.

"Daneen masih sakit mama, jangan marah dia. Aidan sendiri boleh tanya nurse mana tempat Angah dan isterinya." Wajah Daneen dipandang. Tak seharusnya Daneen menerima tempias.

Dia mendekati Daneen.

"Dekat mana tadi, sayang?"

"Wad 352 tadi. Abang, Daneen minta maaf. Daneen tak sangka mama datang." Dia memeluk leher si suami. Ungkapan maaf ditutur satu.

Andai dia bicara perlahan sahaja antara mereka, pasti tidak kedengaran sehingga di luar. Dari tadi, suaranya kuat, jururawat sampai pandang-pandang lagi.

"Sayang tunggu kejap tau, rehat."

Tubuh suaminya melepasi Puan Sri Hana dan Tok Mek bagi menyusun jalan ke wad tadi. Daneen diselubungi rasa bersalah. Istilah dan makna sah tadi, sekarang bertukar menjadi malang.

Andai Hayden tahu kebenaran ini keluar dari mulutnya, makin benci adik iparnya itu terhadapnya.

"Abang cuma pitam, abang... Nana minta maaf, Nana tak sepatutnya nak beremosi tak kena tempat." Tangan suaminya itu dikucup. Tetapi tidak lama, walaupun lelaki itu antara sedar tak sedar, lelaki itu tetap menepisnya.

"Mama betul-betul tak sangka." Satu suara memetir tanpa diduga.

"Ya Allah, Nana." Tok Mek melepaskan nafas berat. Dia tak sangka, Nana sebenarnya isteri yang dimaksudkan Daneen.

"Mak Na." Nana bangun berusaha merapat, namun tangan Hayden tangkas menahan.

Mamanya datang secara tiba-tiba. Terkejut seolah dia membuat perkara tidak baik di dalam wad itu.

"Tak payah nak salam, datang tak terduga. Rempuh macam kita buat dosa."

"Abang." Nana hilang butir kata. Dia tahu sikap Hayden. Bila Hayden berkata enggan, kalau melanggar katanya, cuma dapat padah.

"Dah berapa lama sembunyikan perkahwinan kamu dengan Nana? Jadi mama tak silap la, memang kamu kahwin dengan dia selepas kejadian malam itu, betul telahan mama?"

"Semua tu dah berlalu, asalkan aku dah bertanggungjawab. Mama tak perlu masuk campur, ini urusan aku." Hayden menahan sakit di kepalanya namun tiada caranya selesai jika tidak bersuara.

"Hampa hati mama Hayden, kenapa anak mama semuanya buat keputusan terburu-buru? Membelakangkan keluarga."

Hayden menurunkan kakinya, dia menolak bantuan Nana untuk memimpinnya. Dia bertemu mata dengan wanita tua berwajah sayu itu.

"Yang anak paling membuat kau terkesan tu, tu! Aidan! Bukan aku." Dia menengking tanpa rasa bersalah. Matanya sudah kemerahan saat menunjukkan ke arah Aidan yang terdiam di depan muka pintu.

"Aku ni pernah ke tak hampakan kau? Dari aku kecil, aku dah buat kau kecewa, terkilan, hancur. Apalah sangat apa yang aku dah hidangkan depan mata kau sekarang." Air matanya mengalir.

"Pernah ke kau sebagai seorang ibu pedulikan aku? Banyak kali dah aku sedar yang kau cuma masa tertentu je aku ni nampak hidup depan mata kau.

Hina sangat ke aku hanya disebabkan aku anak angkat? Kalau kau tak nak bagi aku kasih, bagi aku sama seperti yang anak-anak kau dapat, untuk apa kau jaga aku, besarkan aku?

Aku ni manusia, Puan Sri Hana. Ada perasaan, tersakiti banyak sangat dah dengan kau. Susahnya aku nak nampak bernyawa depan kau. Sekarang ni baru kau nak rasa hampa sebab aku tak utamakan kau.

Kau kena ingatlah, fikir, pernah ke kau utamakan aku juga macam kau utamakan Aidan dan Andara?"

Sungguh hatinya terasa sakit saat wajah Puan Sri Hana tanpa setitis air mata seperti yang makin lebat mengalir di matanya. Malunya dirinya menagih kasih pada yang tak sudi.

"Kau, Tok Mek. Kalau tak mama, kau pun ikut benci aku. Kenapa pun kalau Nana isteri aku? Bukankah kau yang teringin sangat aku mempunyai hubungan dengan dia? Mana nilai dia dah sekarang, nak anggap dia kotor sebab aku dah sentuh dia?

Ini semua karma dalam hidup kau orang, tak semestinya anak dan cucu yang kau tatang, Aidan tu tak buat kau kecewa. Aku ni, buat semua ni untuk ajar kauorang erti yang kauorang beranggapan sangat pada aku, aku teruk, aku akan conteng arang pada muka suci kauorang. Ya, dan ni yang aku buat."

Dengan berat hati, dia menarik tangan Nana mengikutinya. Tiada guna lagi dia meluahkan segala yang terbuku andai hati mereka itu kaudu.

"Mama restu, Hayden. Datanglah rumah mama, kita buat apa yang sepatutnya buat. Mama akan buat kenduri kahwin kamu berdua." Hanya itu yang didengarinya sebelum dia mendesak jua langkah menujah keluar dari wad itu.

_____________
WRITER COMMENT: Setelah dua tahun kan, hurm sorry. Nah, kita akan cuba update hari hari balik okey😞✍️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro