DLM 2 : 42
LAMA Daneen menatap wajah Aidan yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Daneen mendekatkan dirinya dengan Aidan lebih rapat, rambut depan yang menutupi mata suaminya diselak perlahan-lahan. Melihat insan yang disayangi sejak hari mereka berdua diakadnikahkan berada di depan mata, Daneen mengucapkan tanda syukur dikurniakan seorang suami yang baik menjadi peneman hidupnya.
Hatinya tiba-tiba dirudung sayu tatkala menyedarkan satu perkara, sepanjang kehadirannya dalam hidup Aidan, tidak pernah sekalipun dia tengok Aidan dapat berehat dengan tenang. Kehadirannya dari awal sehingga ke hari ini tak pernah putus mendatangkan masalah.
“Abang nampak penat sangat. Daripada awal abang jumpa Daneen sampai kita kahwin, harini baru Daneen nampak abang dapat tidur dengan nyenyak. Penatkah selama ni abang melayankan perangai Daneen?” tanya Daneen sendiri sambil mengusap rambut Aidan. Pipinya sudah mula basah dengan air mata yang mula berlinangan. Wanita, mudah sahaja mengalirkan air mata.
“Daneen tak pernah berhenti susahkan abang. Lepas satu masalah, mesti abang terpaksa hadap masalah lagi,” luah Daneen bersama hati yang lara. Semua yang dia cakap berdasarkan apa yang dia lihat. Dia sendiri kecewa dengan diri sendiri kerana jadi manusia yang tidak tahu malu. Berbalik ingatan pada masa yang lalu, benar-benar memalukan sehingga dia rasa mahu menangis tanpa henti.
“Daneen panggil abang dengan panggilan ayah, Daneen buat rumah ayah macam rumah Daneen, Daneen dah macam perempuan tak ada maruah. Daneen sendiri malu dengan apa yang Daneen buat. Memang patut ibu buruk sangka dengan Daneen, Daneen bukan perempuan yang baik, apatah lagi jadi isteri yang terbaik untuk abang,” luah Daneen sejujurnya. Air matanya mengalir laju seiring esakan yang dilahirkan dek tak tertahan sebak yang mengurungi di dada.
Tangan Aidan yang menggenggam tangannya, dikucup lembut. Rambut Aidan dikemaskan sambil menatap wajah Aidan yang putih bersih tanpa sebarang bendasing itu. Untungnya memiliki dia. Tapi Daneen kasihan padanya kerana memiliki dia yang tiada rupa dan tidak memiliki akhlak yang baik.
“Andai suatu hari nanti kita terpisah tak ada la Daneen tertanya sebabnya, Daneen mesti tahu dah yang Daneen tak layak untuk abang.” Daneen bicara sayu. Matanya yang penuh dengan takungan air mata, dia biarkan ianya mengalir tanpa diseka. Tatkala ini, dia hanya mahu menikmati saat menatap wajahnya kerana dia tahu takdirnya tak mustahil berubah nanti.
Entah mengapa setiap kali dia gembira dan bahagia bersama dengan Aidan, dia merasakan yang bahagia itu takkan kekal lama. Daneen dapat merasakan bahagia yang mereka lalui akan berlalu pergi bersama deruan angin.
Daneen tersedar tatkala terleka dengan perasaan apabila air matanya dikesat oleh satu tangan. Siapa lagi kalau bukan Aidan. Tapi, takkanlah! Perlahan-lahan Daneen membuka matanya untuk memastikan. Laju dia menutup semula sepasang matanya. Dia juga mengalihkan tubuhnya membelakangkan Aidan. Dia ingatkan Aidan dah tidur.
“Semua tu dah berlalu sayang, salah abang jugak. Abang sebagai lelaki patutnya tegas dengan sayang, abang tak boleh benarkan sayang tinggal sekali dengan abang. Abang jugak sebagai terlanjur dewasa ni kena tegur pangkat remaja macam sayang tapi abang buat tak endah. Walaupun perkara ni dah lepas, kita tetap kena belajar daripada kesilapan. Jangan ulang lagi dah, nanti abang nak ajar girlfriend abang, jangan jadi macam kita, lagi satu tolonglah girlfriend abang tu jangan jadi macam sayang. Sayang ingat tak yang sayang minta abang mandikan sayang tu? Allah je tahu perasaan abang masa tu, sayang amat menakutkan!” Panjang lebar Aidan cuba menenangkan Daneen. Sempat diselit bahagian yang mendebarkannya.
Daneen memicit dahi menahan malu. Tapi... Siapa 'girlfriend'?
“Siapa abang?” Daneen terus menyoal 'girlfriend' yang dimaksudkan Aidan. Selamba badaknya Aidan menyebutkan 'girlfriend', depan bini pulak tu! Dah tahu dah kut tarikh mati bila.
“Girlfriend abanglah sayang.” Aidan menyebut lagi bahkan lebih jelas.
“Abang...” seru Daneen mula nak nangis. Daneen teresak. Daneen cepat memusingkan badannya membelakangkan Aidan.
“Baby kitalah sayang.”
“Abang tipu.” Manik jernih turun ke pipi mulus Daneen.
“Tak comellah kalau sayang nangis, tadi dah nangis masa tatap muka abang, ni nangis lagi. Dah tu membelakangkan abang, nampak bamper je dua biji” pujuk Aidan berseloroh. Sengaja menarik perhatian Daneen dengan seloroh nakal.
Daneen memalingkan tubuhnya perlahan-lahan menghadap Aidan. Tubuh Aidan dipeluknya sebelum mencubit pinggang suaminya itu.
“Apa bumper-bumper dua biji? Hisy tak senonoh abang ni, ha dan lagi satu abang berani betul sebut girlfriend! Lepas ni jangan berani-berani sebut apa-apa pun berkenaan bumper dan terutama sekali girlfriend tu! Daneen tak suka dan Daneen cemburu. Yang girlfriend tu, no no! Kalau anak sekalipun abang tetap Daneen punya sorang je, anak tak boleh ambil syer banyak-banyak!” Daneen memberi amaran satu per satu dengan jelas dan terang.
Aidan menahan ketawa. Wajah Daneen walaupun dalam gelap tetap comel. Memandangkan mereka ingin bersama, tidaklah membuka langsir. Kalau buka memang tayangan percumalah.
“Lah tadi sayang cakap macam dah bersedia terima madu,” usik Aidan semakin galak mengusik emosi Daneen.
“Abang ni jahatlah! Oo rupanya dimaksudkan tu bukan baby, memang nak kena abang ni!” Daneen membentak sambil menghalang tangan Aidan daripada memeluknya.
Aidan pantas menghalang perbuatan Daneen. Tangan Daneen pantas ditangkap. Bibir Daneen terus dikucup.
“Abang nak semua anak abang girl. Biar semua ikut muka macam sayang. Comel!” Aidan memuji. Strategi pasti jaya!
“Habis semua anak-anak nanti masuk geng abanglah, Daneen tak ada geng.”
“Kita buatlah anak lagi. Susah ke? Tak, kan?”
“Amboi, senanglah abang cakap. Sebelum kahwin dengan abang, ingat Daneen tak selidik dulu ke? Daneen siap buat temu bual sorang per sorang dengan makcik-makcik abang tau. Sakit tau tak nak beranak!”
Aidan menekup mulut. Wajah Daneen dipandang, dia benar-benar tidak percaya. Biar betul isterinya ini?
“Sayang ni biar betul?” tanya Aidan tidak percaya.
“Betul abang! Tolong Daneen duduk kejap!” jawab Daneen seraya meminta pertolongan Aidan membantunya duduk.
Aidan menunduk dan mencapai remote control katil di cabang katil. Remote control ditekan, kepala katil menaik perlahan-lahan.
Setelah itu, Aidan membantu Daneen meletakkan kepala di bantal.
“Sambung tadi. Sebenarnya kan abang, Daneen takut. Macam manalah kalau abang tinggalkan Daneen waktu Daneen mengandung? Hua Daneen takutlah nak bayang.” Daneen menutup wajahnya dengan kedua-dua tangan.
Aidan menarik perlahan-lahan tangan Daneen lalu menggeleng.
“Mengarutlah sayang. Abang takkan sesekali tinggalkan tanggungjawab abang.” Hidung Daneen dicuit. Serius nadanya juga ketika itu. Dia benar-benar memaksudkannya. Takkanlah dia nak tinggalkan Daneen sorang-sorang melahirkan dan membesarkan anak tanpanya. Dia bukan lelaki dayus. Buktinya, dia memang tak boleh berenggang dengan Daneen. Ingat tak masa kena hantar Daneen pergi rumah mama? Nasib urgent je kena selesaikan masalah kat restoran. Kalau tidak kalau setahun mama suruh Daneen tinggal kat situ, memang setahun la dia cuti. Entahlah, dia dan hatinya memang dah terikat sangat dengan Daneen.
“Abang tahu tak Daneen pernah baca buku ibu mengandung sebelum kita kahwin, suami dorang berisiko jugak tau, kena ada selalu dengan isteri.”
“Abang tahu tu sayang, janganlah...” Tak sempat Aidan nak menyambung, Daneen dah memusingkan kepalanya menoleh ke kiri sambil jari Daneen tunjuk ke arah seorang wanita sedang sarat mengandung yang sukar berjalan dan bergantung pada pemegang besi di luar.
“Ha abang tengok tu, perempuan mengandung kan. Tengok dia jalan. Susah. Kesian pulak tu sorang-sorang. Suami entah hilang ke mana.” Daneen membuat kesimpulan sendiri.
Aidan dah geleng kepala. Daneen ni laju betul ambil contoh. Pipi Daneen disentuhnya. Suka dia bermain dengan pipi montel isterinya. Badan kecil je, kurus dan molek tapi pipi montel dah macam panda.
“Sayang jangan risau, sepanjang sayang mengandung abang akan ambil cuti. 9 bulan tu, cuti je. Sampai sayang melahirkan anak-anak abang,” kata Aidan supaya dapat meyakinkan Daneen.
“Abang tak kesah ke? Daneen takut kita ni belum betul-betul bersedia. Tengoklah Daneen perut buncit sikit abang dah usik cakap Daneen gemuk.” Daneen memberi alasan lagi.
Aidan menyelit rambut Daneen di belakang telinga lalu dia menatap ke dalam mata Daneen. Lain dah ni. Mesti ada sebab lain.
“Sayang cuba beritahu apa yang sebenarnya sayang risau bila mengandung?” Aidan bertanya serius.
“Malulah abang.” Agak dah!
“Tak apa la, beritahu je. Kita kan suami isteri.” Aidan senyum.
“Daneen malu perut besar sorang-sorang.”
Aidan mengerdipkan matanya banyak kali. Seriuslah?
Daneen juga mengulang perbuatan yang sama. “Habis takkan sayang nak abang pun perut besar?”
“Aha, kena sama. Lepas tu baru Daneen setuju jadi ibu.”
Mereka ketawa. Senyuman terukir di bibir masing-masing. “Hisy ada-ada je sayang ni!” Aidan bersuara sebelum curi-curi mengucup bibir Daneen.
“Gatal eh dia!” Mata Daneen jengilkan dan Aidan hanya ketawa melihat tingkah Daneen.
Perasaan malu masih menebal dalam diri walaupun sudah dua bulan usia perkahwinan mereka.
“Malam ni Daneen nak tidur dengan ibu. Abang tidur sendiri.” Daneen jelir lidah.
“Alah, sayang...” Aidan merengek manja. Daneen menjulingkan biji matanya.
“Abang tak akan buat lagi, okey? Tapi mungkin juga tak...”
“Abang!” Daneen mencubit pinggang apabila Aidan masih memutar belit ayat.
Aidan ketawa kecil. “Sayang tahu tak, apa je sayang buat asyik nampak seksi kat mata abang. Sayang betul-betul dah goda abang! Jadi... janganlah marah lagi. Abang janji abang tak buat lagi.”
Mendengarkan ayatnya yang romantis itu, hati Daneen jadi cair serta-merta. Daneen tergelak kecil. “Iyelah, iyelah... I’ll forgive you.”
“That’s my love...” Spontan bibirnya hinggap di pipi Daneen.
Daneen tersentak dan membulat biji matanya. Baru saja Aidan janji tak akan cium senyap tapi sekejap je memungkiri janji! Hubby Daneen ni memang nakal!
___________
Writer's Comment : So guys, I dapat ganti update sebelum ni. So camne? Okay takk? Best tak? Nak lagi tak? Hohoho wait tau! Tunggu lagi bab yg bakalbakal korg tunggu2kan akn dtg nanti😍🤭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro