BAB 8
.....
Lagu Exo Monster kedengaran bermain daripada telefon bimbitnya.
Lantas dislidekan punat hijau untuk menjawab panggilan.
"Assalamualaikum."
-" Waalaikumsalam Sara. Ni aku Umi."
Aku tersenyum kegembiraan.
"Ya Allah Umi! Kau apa khabar? Dah lama tak jumpa kau."
"Nak jumpa apa. Kita lost contact. Nasib baik aku minta dekat kakak kau."
Kakak! Sungguh rindu kepadanya.
"Sara, aku dengar kau dah kahwin. Betul ke?"
"Urmm betul. Kenapa?"
"Tahniah! Suami kau tu baik tak."
"Umi sebenarnya panjang ceritanya yang macam mana aku boleh kahwin dengan suami aku tu."
"Oh, takpalah nanti kita jumpa kau cerita ye."
"Oklah Umi. Aku ada hal sikit. Nanti kita jumpa. Assalamualaikum.
"Waalaikumsalam."
.....
Jam sudah menunjukkan tepat pukul 12.00 pagi. Mesti dia dah tidur kan? Manalah dia nak tunggu aku kan.....
Rumah kelihatan sudah gelap. Keadaan seperti sudah sunyi. Dia dah tidur dah kot....!!!
Kriuk!!! Pintu dibuka dari luar.
"Sara!"
Krik!krik!krik!
"Aish! Salah aku juga. Siapalah suruh balik lambat.
Mataku tiba tiba tertancap ke arah sepucuk surat yang diselitkan bawah pinggan.
" Abang kalau nak makan, ambil saja dalam pinggan tu. Sara masak makanan kegemaran abang, asam pedas ikan pari. Sara tahu abang suka. Bye"
"Kau ingat aku ada mood nak makan!"
Salah kaulah Mikail. Siapa suruh balik lambat kan? Padan muka!
.....
"Fetty esok teman aku pergi shopping boleh tak?" Kirana memujuk rakannya itu.
"Urmm....good idea. Aku ingat nak beli handbag baru. Handbag aku dah reput tau."
"Yelah Fetty. Nasib baik kau temankan tau." Kirana menunjal dahi kawannya.
"Sakitlah!" Fetty memuncungkan bibirnya.
Kirana terus memeluk tubuh rakannya. Fetty ialah rakan baiknya sejak kecil lagi. Nama sebenar Fetty ialah Siti Fatimah.
Tapi sebab sekarang dah zaman moden, so kenalah panggil nama glamour sikit kan?
......
Aku masuk ke dalam bilik. Kelihatan Sara sudah pun tidur.
Aku berjalan menghampirinya lalu duduk di sebelahnya.
Wajahnya yang putih mulus ku renung satu persatu. Dengan beraninya aku menyelak rambutnya yang terjuntai di dahi.
Wajahnya sangat berbeza dengan wajah Mira.
Susah nak ungkapkan perasaan yang dia rasa sekarang ini. Hanya sebab dia ego untuk mengalah.
Kata-kata Sufi mula terngiang di telingaku.
~flashback~
Mika kau kan tak suka dekat bini kau tu. So aku ingat kau ceraikan jelah dia and bagi kat aku. Aku tahu bini kau tu boleh tahan cantik macam kakak dia kan?"
Panas hati! Itulah yang dirasai olehnya sekarang.
"Bini orang pun kau nak kebas ke?" Rasa macam nak tumbuk pula muka si Sufi ni.
"So the conclusion is, kau must appreciate dia sebaik mungkin. Kalau bukan dapat dekat aku pun, boleh ja jatuh ke tangan orang lain. Betul tak?"
~end of flashback~
Tidak semena mena, aku menghadiahkan sebuah ciuman pada dahinya.
.....
Aku bangun daripada tidurku. Tapi tak boleh sebab ada tangan yang melingkari pinggangku.
Mikail! Bila dia balik?
"Erk......abang Sara nak bangun." Aku menggoyangkan tubuhnya. Lengan dia boleh tahan berat jugaklah.
"Kejaplah." Dia masih lagi memeluk aku.
"Tapi Sara...." Dia terus membuka mata lalu merenungku tajam.
"Kau tak boleh teman aku tidur ke? Kejap pun jadilah."
Aku tersentak. Kenapa dia nak marah marah macam ni?
Aku pun meletakkan kepalaku semula di atas bantal.
Tiba tiba aku berasa takut pula dengan dia. Badanku menggigil kegentaran.
Beberapa saat lepas, aku rasa seperti pinggangku ringan. Aku pusing ke belakang dan kelihatan dia sudah bangun dari baringnya.
"Abang Sara tak bermaksud...."
"Dahlah. Kau tak perlu pura pura baik dengan aku. Kau pun sama saja. Kau ingat Sara. Bila seorang suami mengajak isterinya ke katil tapi isteri dia tak nak maka si isteri akan dilaknat hingga ke esok pagi tau."
Bum! Dia terus masuk ke dalam tandas tanpa menghiraukan aku.
Aku menangis terhinjut hinjut di atas katil.
Bukan aku tak nak tapi aku takut. Aku takut dipermainkan.
......
Aku tunggu di sebuah restoran sebab Umi nak jumpa.
Tatkala itu, kejadian tadi di bilik terlayar kembali di ingatanku.
Haih! Kenapalah aku harus tempuhi semua ni? I'm so tired.
Mataku ralik memandang ke arah sebuah pasangan suami isteri yang sangat bahagia. Gelak ketawa bersama sama.
Alangkah bagusnya kalau Mikail layan aku sebegitu rupa.
"Hoi! Termenung jauh betul." Umi menegurku.
"Eh! Umi. Tak perasan yang kau dah sampai."
Aku terus memeluk tubuh Umi seerat mungkin.
"Rindunya aku dengan kau. Nasib baiklah kau cari nombor telefon aku." Aku tersenyum melihat Umi yang sudah mencebik.
"Ha! Kalau nak harapkan kau, memang tak lah kau nak ingat dekat aku ni."
"Sorrylah kawan. Lagipun aku ada masalah keluarga sikit."
"Eh! Haritu kan kau janji nak cerita dekat aku pasal suami kau kan?"
"Hurm....aku nak ceritalah ni."
......
Di padang golf,
Mikail asyik sekali bermain golf sampai tidak sedar akan kehadiran Sufi di belakangnya.
"Hoi!"
"Oh mak kau!" Oops!.... Mikail melatah rupanya.
"Hahahahah, kau ni kaki melatah rupanya." Beberapa orang di situ juga turut ketawa.
"Kau ni tak guna tahu tak?" Sudah merah mukanya menahan malu.
"Sorrylah. Jom aku belanja kau minum."
"Okey." Mikail terus beredar tanpa menghiraukan Sufi yang masih lagi ketawa.
.....
"Saya tertanya tanya apa sebab awak datang ke Korea sedangkan rumah awak di Malaysia?" Mark meletakkan sudunya lalu memandangku dengan penuh tanda tanya di wajahnya.
"Erk....Mark if saya cerita awak janji yang awak tak beritahu orang lain."
Aku tergamam apabila Mark menyentuh tanganku.
"Mira, please believe me. Saya tak akan beritahu sesiapa pun tentang awak. Saya tahu awak perlukan privacy but you can share it with me if you have any problem."
Aku mengangguk. Ya Allah! Terima kasih kerana Engkau pertemukan aku dengan Mark.
"Saya lari ke sini sebab saya tak mahu kahwin."
"But why? Lelaki itu curang dengan awak?"
"No! Tapi sebab saya nak adik saya yang kahwin dengan dia. Saya dapat tahu yang Mikail ialah cinta pertama adik saya. Jadi saya rasa bersalah pada adik saya sebab saya dikira perampas walaupun benda tu dah lepas."
"Tapi kenapa awak buat begini? Mesti Mikail tak dapat terima situasi begini."
"Mark, saya buat semua ni sebab saya sayangkan adik saya. Saya sanggup buat apa saja untuk adik saya. Sebab itu saya larikan diri pada perkahwinan kami."
Aku mula menangis tatkala mengenangkan nasib aku yang sangat malang ini.
"Don't you love him?" Ada getaran pada suara Mark.
Author: Eh! Kenapa dengan Mark? Jealous ke?
"Memang saya sayangkan Mikail sebab saya dah lama bercinta dengan dia tapi saya tak tahulah nak cakap apa." Aku mengeluh.
Mark menyentuh tanganku lagi.
Dia ni memang jenis sentuh tangan orang ke bila bercakap?
"Mira, apapun keputusan yang awak buat, saya tak mampu nak bantah. Its all up to you. I just make sure that you are always happy beside me."
Aku terpaku. Kenapa kata katanya seperti ada maksud yang mendalam???
"Thank you Mark."
Mark tersenyum.
Aku rasa bahagia sangat di samping Mark. Alhamdulillah nasib baik kau ada, Mark.
To be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro