BAB 7
......
Aku hanya mengenakan t-shirt berlengan panjang dan dipadankan bersama seluar tracksuitku. Aku pun turun ke bawah.
Kelihatan Mikail sedang rancak berbual bersama abangku dan juga maksu ku. Tanpa menghiraukan mereka, aku berlalu ke dapur untuk mencari ibuku.
"Sara, marilah sini." Maksu memanggilku.
Aku memalingkan wajahku ke belakang. Terpancar wajah serius Mikail yang sedang merenungku tajam.
Aku berjalan perlahan ke arah mereka lalu duduk di sebelah suamiku walaupun aku tahu, dia sangatlah jijik dengan aku. Haih...!!!
"Sara cantik cantik ni nak pergi mana? Ada date ke?" Maksu memerliku.
"Issh! Ada adalah maksu ni. Sara duduk rumah jelah."
"Maksu, Sara ni memang sentiasa jaga penampilan. Untung Mikail dapat Sara tau." Abangku menyampuk.
Aku terdiam manakala Mikail sudah berdehem berkali kali.
Waktu itu, ibu aku melibatkan diri dalam kumpulan kami.
"Sara dengan Mikail dah makan ke? Kalau belum, ada je nasi goreng atas meja tu."
"Tak pa ibu. Nanti Sara dengan Mikail makan."
.....
Bosan! Itulah yang aku rasa saat ini. Dekat sini, aku mana ada sesiapa. Tapi.....
Baru aku ingat.....
Kalau ajak Mark keluar, agak agaknya dia nak tak?
Hey Mark! Are u busy today? I just want to ask you for a walk.
Harap harap dia sudi.
Ting! Aku buka inbox. Aku tersenyum.
- Hye Mira. Miss u! I'm always free for you. I fetch you at 9.30 a.m okay. See you later.
Kenapa aku rasa sesuatu yang sangat aneh bila berdepan dengan Mark? Tak sama macam aku dengan Mikail dulu.
......
"Kenapa awak tak bincang dengan saya dulu?"
"Eh! Kau tu hanya isteri je. Apa yang aku buat, kau kena ikut."
"Tapi saya tak sanggup tinggalkan ibu dengan ayah macam tu je. Lagipun kakak dah tiada."
"Kau ingat aku ni kejam sangat ke? Bila bila, kau baliklah rumah sini." Mikail menukarkan bajunya.
"Ibu dengan ayah dah tahu ke, awak?" Dia hanya mengangguk saja.
Setujulah. Maybe ini langkah pertama aku untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada Mikail.
.....
"Oh! Awak beli rumah teres dua tingkat ke?"
"Habis kau ingat aku beli apa?" Mikail memandangku tajam.
"Erk....ingatkan kondo." Dia tergelak. Lawak sangatkah?
"Dah jom masuk." Aku membuka pintuku untuk keluar.
Dalam keasyikan melihat rumah, aku telah terlanggar sesuatu menyebabkan badanku mula hilang imbangan. Sah akan jatuh!
Tapi disebaliknya aku rasa ada tangan yang memaut pinggangku. Mikail!!!
Kami saling bertatapan. Masing masing mendiamkan diri.
Degupan jantungku sudah berdetak laju tatkala Mikail mengelus pipiku. Aish....
Tatkala dia cuba untuk mendaratkan ciuman di bibirku, aku terus menolak dadanya dan bangun menegak.
Fuih! Tak sangka yang dia ni boleh tahan gatal.....
Dia berdehem banyak kali sambil membetulkan bajunya.
"Saya masuk dalam dulu." Terus aku lari ke dalam rumah.
Mikail pov
Aduh! Kenapa diri aku selalu lemah bila berhadapan dengan dia? Selalu saja buat naluri aku berkocak hebat.
Tambah tambah dengan bibir mungil dia tu. Aahhh.....!!!
.....
"Ada apa ajak saya keluar?" Mark memandangku.
Mataku terbeliak. Wait!
"You can speak Malay?" Aku sudah terkejut beruk.
"Kenapa? Salahkah?" Mark memegang tanganku.
Aku terpaku. Senyuman dia memang sangat memukau.
Perlahan lahan aku menarik tanganku dari genggamannya.
"Erk....I'm sorry. I didn't mean it." Mukanya dah kegelisahan.
"Its okay Mark. Hurm....jom teman saya makan."
"Ne!"
Mereka pun beriringan ke restoran yang berdekatan.
......
Terdengar hempasan pintu bilik dari atas. Kelihatan Mikail sedang turun ke bawah. Tapi, dia seperti hendak ke sesuatu tempat.
"Abang nak pergi mana?" Aku menghalang langkahnya yang ingin keluar.
"Kau tak perlu sibuk. Aku akan balik juga nanti." Matanya langsung tidak memandangku.
"Erk....sebenarnya Sara nak masak malam ni. Jadi Sara ingat nak suruh abang makan dekat rumah kitalah." Aku memberitahunya.
"Tengoklah dulu." Dia terus beredar tanpa apa apa balasan.
Aku hanya boleh bersabar saja. Tapi sampai bila, aku sendiri pun tak tahu....???
.....
Di kelab malam,
Sesekali Mikail menggelengkan kepalanya mengikut rentak muzik yang dimainkan oleh Dj.
Air haram itu rakus sekali diteguk olehnya.
Dari jauh Sufi berjalan mendekatinya.
"Hei bro!"
"Hei man!" Mikail memeluk tubuh Sufi.
Rakan karibnya dari zaman persekolahan lagi.
"Kau apa cita bro? Lama kau menghilangkan diri lepas persekolahan."
"Aku macam nilah. Sihat walafiat." Mikail meneguknya lagi.
"Bro, aku dengar kekasih hati kau lari waktu perkahwinan kau. Betul ke?"
Mikail tersentak.
"Mana kau tahu?"
"Tak pentinglah. Tapi betul ke idok?"
Sebenarnya dia dah malas nak ungkit pasal hal tu. Benda yang lepas jangan dikenang. Lagipun dia ada Sara untuk dijaga.
"Hurm betullah tu." Acah tak acah sahaja dia menjawabnya.
"Habis tu kau jadi kahwin ke tak?"
"Aku kahwin dengan adik dia."
"Aik! Peliknya."
"Apa yang peliknya? Keluarga aku dengan keluarga dia yang suruh. Aku ikut jelah."
"Kau suka tak bini kau tu?"
Mikail tersentak lagi. Entahlah. Dia suka atau pun tak yang itu adalah urusannya sendiri.
"Kau ni kira macam kes kahwin paksa yang macam dalam drama selalu ditayangkan tu. Klishe nak mampus."
Puk! Mikail mengetuk kepala kawannya.
"Klishe, klishe pun aku dah kahwin yang kau tu bila nak ada bini."
"Tengoklah dulu. Aku tak puas lagi nak enjoy hidup bujang aku ni."
"Alamatnya jadi anak teruna tualah kau kan?" Mikail tersenyum sinis.
"Mika kau kan tak suka dekat bini kau tu. So aku ingat kau ceraikan jelah dia and bagi kat aku. Aku tahu bini kau tu boleh tahan cantik macam kakak dia kan?"
Panas hati! Itulah yang dirasai olehnya sekarang.
"Bini orang pun kau nak kebas ke?" Rasa macam nak tumbuk pula muka si Sufi ni.
"So the conclusion is, kau must appriciate dia sebaik mungkin. Kalau bukan dapat dekat aku pun, boleh ja jatuh ke tangan orang lain. Betul tak?"
Tiba tiba dia berasa takut pula bila kehilangan si Sara.
"Aku belah dulu. Apa apa call je."
Mikail meraup wajahnya berkali kali. Lantas dia teringatkan Sara yang ada mengatakan ingin makan malam bersamanya.
Terus dia beredar meninggalkan kelab tersebut.
To be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro