Bab 63
........
Masuk ni dah 2 minggu aku berada di Melbourne. Banyak juga yang aku tahu tentang negara ni daripada Heliza. Dialah yang selalu bawa aku berjalan bila aku cuti.
Ain pula aku hantar di tempat mengasuh. Memandangkan aku dah bekerja so tak sempat nak jaga Ain waktu tengahari.
"Iza, kau ni bila nak kahwin? Takkan nak membujang hingga ke tua." Aku memandangnya yang sedang enak menikmati keropok sambil mata tak lepas menonton televisyen.
Ain pula sedang berada di atas pangkuanku. Sejak beberapa hari ni dia asyik merengek tak tentu pasal. Nak kata demam tak pun. Tapi asyik menangis setiap malam. Haih! Susah juga jadi ibu sebenarnya.
"Aku malaslah fikir. Aku nak enjoy dulu. Lagipun aku balik Malaysia nanti barulah aku cari calon." Dia membuat muka selamba.
"Yelah. Kau tu perempuan. Takkan taknak merasa ada orang sayang kita ke?" Aku membidasnya kembali.
"Aku sebenarnya bukan apa Sara tapi aku serik dengan lelaki lepas aku dapat tahu kau jadi macam ni pun sebab seorang insan yang dipanggil sebagai lelaki. Aku taknak fikir semua ni. Malas!" Terus tersentap jiwaku.
Tatkala itu, aku terus teringatkan Mikail. Dia sihat ke? Mesti dia dah bahagia dengan Liyana?
Iza yang perasan dengan riak wajahku terus bangun dan duduk di sebelahku.
"Sara....aku tak bermaksud nak kecilkan hati kau. Aku harap kau jangan salah faham." Dia mengusap bahuku memberi semangat. Senyuman mula menghiasi bibirku bagi menghilangkan rasa sebak yang bertandang di hati.
"Takpe aku faham. Aku pun tahu kenapa kau taknak kahwin lagi." Aku mengenggam tangannya.
"Don't worry friend. Selagi aku ada sebelah kau, aku janji akan lindungi kau. InsyaAllah!" Aku tersenyum.
Terima kasih Iza.....
........
Mikail pov,
Sudah sebulan Sara menghilangkan diri tanpa khabar. Pergi ke rumah mertua, mereka langsung tak nak bercerita tentang Sara kepada aku. Aku buntu. Mana lagi aku nak cari isteri aku.
"Paksu!!!" Jeritan Aina dari dalam rumah mematikan lamunan aku. Aku menoleh ke belakang.
"Aina..." Terus dipeluknya tubuhku erat tanpa berkata apa-apa.
"Rindu betul dia dekat paksu dia ye." Kak Medina berseloroh. Aku menjeling.
"Mikail pun rindukan dia. Mana abang Khairi?" Mataku melilau sekeliling.
"Dia outstation. Dua minggu di pelantar minyak. Ada hal sikit." Aku mengangguk.
"Kental sungguh jiwa akak sebab terpaksa berjauhan dengan abang." Aku memerlinya.
"Nak buat macam mana? Dah suami kerja macam tu kena acceptlah."
"Ni akak nak jumpa mummy jap. Aina stay with paksu. Don't nakal-nakal!" Aina mengangkat jarinya tanda bersetuju.
"I promise mama." Dia mengeyitkan mata. Kami gelak. Ada-ada jelah budak kecil ni.....
"Paksu...Aina nak tanya sikit boleh?" Dia melentokkan kepalanya di dadaku. Aku tersenyum. Kalaulah anak aku ada lagi....mesti dia akan lakukan benda yang sama....
"Apa sayang?" Aku mengusap wajah kecil itu.
"Mana maksu? Lama Aina tak nampak. Rindu nak main dengan maksu." Aku tergamam.
Soalan cepumas itu membuatkan aku terkelu tak mampu nak jawab. Sayang, where are you?
"Paksu dengar tak!" Dia menggoncang tubuhku. Aku terkejut.
"Erk....maksu ada kerja sayang. Maksu tak dapat datang. Nanti maksu free, paksu bawa datang sini ye." Dia mengangguk. Maafkan paksu....... Aina!
.........
Mira pov
Ibu sejak tadi lagi aku tengok masih termenung walaupun tangannya sedang menyiram pokok bunga.
Aku menghampiri ibu di halaman rumah. Lagipun tinggal kami berdua di rumah ini memandangkan Mark keluar bekerja.
"Jauh termenung ibu. Fikir apa tu?" Ibu tersedar dari lamunannya.
"Eh! Kakak buat apa dekat sini?" Ibu beriak biasa walaupun aku tahu wajahnya nampak agak sugul.
"Akak nampak ibu macam nilah akak datang sini tanya ibu. Ibu okay tak?" Aku memegang tangannya lalu menarik ke arah sebuah meja batu yang berhampiran.
"Ibu tak tahulah Mira. Ibu rasa bersalah buat Mikail macam tu. Dia berhak tahu mana Sara pergi." Aku mengeluh perlahan.
"Tapi kan ini amanah Sara. Kita dah janji takkan bagitahu Mikail kan?" Ibu memandangku dengan mata berair.
"Ya tapi sampai bila Mira. Ibu tak sanggup nak tengok mereka tak bahagia walaupun ibu tahu Sara masih sayangkan Mikail. Ibu tak nak jadi ibu yang tak guna." Aku terus menariknya ke dalam pelukan.
"Apa ibu cakap ni? Jangan salahkan diri sedangkan ibu memang tak salah. Kita hanya buat apa yang kita termampu. InsyaAllah kalau jodoh mereka berpanjangan, Allah akan temukan mereka kembali." Dia mengangguk-gangguk sambil menahan tangisan.
........
Liyana pov
Aku meneguk arak yang berada di depan aku. Memang ini yang akan aku lakukan setiap kali aku stress.
"Babe, dah banyak sangat kau minum ni? Kau nak bunuh diri ke apa?" Tangan Suzy menghalang aku daripada mengambil botol yang seterusnya.
"Biarlah aku mati! Semua akan seronok kalau aku tiada." Aku menempelaknya kembali.
"Apa kau cakap ni Liyana? Kita orang masih memerlukan kau. You still have us. Takkan sebab apa yang dah jadi, kau nak biarkan diri kau macam ni?" Suara Suzy yang berselang seli dengan dentuman muzik yang kuat itu aku biarkan berlalu. Malas nak dengar!
Aku membuat muka menyampah.
"Aku malas nak bertekak dengan kau. Yang pasti sudah-sudahlah tu kejar laki orang. Aku balik dulu." Suzy mencapai handbagnya dan terus beredar. Ya, semua orang nak tinggalkan aku. Pergi matilah!
Mataku berair. Kenapa aku tak berhak nak bahagia? Kenapa perempuan tu yang bernasib baik dan bukannya aku?
Tatkala itu, ada sepasang tangan melingkari pinggangku.
"Are you alone, sweetheart?" Aku kaget. Suara itu. Suara yang sangat dikenaliku. Aku memalingkan wajah. Ternyata Malik sedang memandangku sambil tersenyum.
"Malik...."
"Did you miss me dear?" Dia berbisik di telingaku.
Meremang bulu romaku apabila terasa nafasnya yang panas menampar pipiku yang mulus.
"Can I talk with you dear for awhile?" Dia menarik tanganku berlalu pergi. Aku hanya membiarkan sahaja tanpa ingin bertindak apa-apa pun.
.......
Mikail pov
Aku memandang mummy yang sedari tadi hanya mendiamkan diri selepas kami selesai menikmati makanan tengahari.
Aku melangkah menghampirinya yang sedang mengait kain. Itu memang hobi dia daripada muda lagi. Sangat tradisional!
"Mummy, are you okay?" Dia mendongak memandang ku lalu tersenyum.
"Don't worry. I'm okay. Mikail tak pergi kerja ke hari ni?"
"I'm off mummy. Lagipun Mikail ingat buat masa sekarang Mikail nak cari apa yang patut." Datin Rosmizah kelihatan tercengang namun hanya seketika.
"Dah nak masuk sebulan Sara menghilangkan diri. Takkan kamu tak tahu dia dekat mana? Mummy terlalu rindu nak tengok dia." Suara tuanya merintih membuatkan Mikail rasa bersalah yang amat.
"Mikail buntu. Tak tahu nak cari dekat mana lagi? Everytime Mikail pergi rumah ibu, mesti diaorang mengelak untuk bercakap tentang Sara. Mummy, Mikail ni memang tak layak ke dengan Sara? I miss her so much." Air mata jantannya mula menitik. Dia sedar dengan apa yang dia buat tu tak mungkin dapat mengembalikan sara seperti dulu kepadanya.
Hati Datin Rosmizah pilu melihat anak lelakinya begini. Mana ada mak yang sanggup tengok anak mereka begini kan???
"Mikail tahu yang sekarang ni memang Sara tak nak jumpa Mikail. Tapi mummy I can't live without her." Terus mengalir air mata tuanya itu.
Terus tubuhku dipeluk erat oleh mummy seakan memberi ketenangan dalam jiwa agar aku sentiasa ingat pada yang satu.
"Perancangan Allah itu sentiasa yang terbaik. InsyaAllah kalau kamu dengan Sara memang ditakdirkan bersama, kamu akan berjumpa dengan dia juga." Mummy mengesat air mataku.
Ya Allah! Aku menyesal atas perbuatan ku terhadap isteriku.
Sara, jangan tinggalkan abang buat kali kedua!!!
.......
Emosi sangat Mikail ni.....
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro