Bab 57
......
Namun lain yang jadinya bila aku mengeluarkan arahan kepadanya.
"Liyana, please give us some space." Dia terus memalingkan wajahnya menghadapku. Matanya membeliak.
"Dear, don't tell me that......" Aku memotong percakapannya.
"Just for awhile only." Aku sudah malas bertekak. Dia terus berlalu keluar sambil menghentakkan kakinya. Tapi sebelum itu sempat lagi dia sengaja melanggar tubuh kecil milik Sara menyebabkan gadis itu tertolak ke tepi sedikit.
Sekarang ini hanya tinggal kami berdua sahaja dalam bilik. Aku dari tadi hanya memerhatinya sahaja. Aku membiarkan dia untuk memulakan bicara.
Dia menghampiri meja aku lalu menghenyakkan punggungnya di atas kerusi yang tersedia.
"Kenapa kau datang? Kau nak balas dendam ke?" Eh! Apa aku ni. Kenapa aku fikir lain tapi aku cakap lain.
Wajahnya berubah seketika tapi tak lama sebelum dia mengeluarkan satu kertas dari dalam beg tangannya.
Aku hanya memerhati sahaja tingkah lakunya itu.
"Awak jangan anggap saya ni serupa Liyana. Saya cuma datang sini untuk bincangkan sesuatu. Saya nak awak sign borang ni." Aku mencapai kertas yang dihulurnya lalu dibaca.
Aku tergamam. Cerai?
"Apa ni?" Aku menekankan suaraku. Bukan ini yang aku mahu.
"Bacalah! Dah tak tahu baca?" Dia membalas pandanganku. Aku sedar depan aku ni bukan lagi Sara yang lemah lembut seperti dulu. Dia seakan sepenuhnya sudah membenci aku.
Aku cuba mencari alasan untuk tidak mahu meneruskan topik ini.
"Oh! Kau nak cerai? Kau nak sebab senanglah kerja kau nak menggatal dengan sesiapa pun!" Aku menengkingnya.
Dia hanya berdiam diri sahaja.
"Jawablah!" Aku menempelak. Aku tak kisah yang penting sekarang hati aku.
"Ye memang saya nak awak lepaskan saya! Buat apa awak simpan saya kalau awak hanya layan perempuan tu! So just let me go. Saya akan buat hal sendiri lepas ni. Awak tak perlu nak ada apa-apa kaitan dengan saya!" Aku terpana.
Aku mengeluh. Rasa panas dalam hati mula kendur.
"Sara, please jangan buat begini. Aku terpaksa....aku tak tahu apa yang jadi dekat aku sebenarnya. Bila kau tinggalkan aku, hidup aku seperti kosong." Aku mula mati kata.
Dia gelak.
"Saya kenal awak Mikail. Awak memang pandai berkata-kata untuk attract seseorang perempuan tu. But not me! Senang-senang awak dah buang saya, awak ingat saya nak lupa semua tu." Dia mula beremosi.
Aku bangun dan mendekatinya. Aku mencapai tangannya tapi dia menarik semula.
"Tolong Sara jangan buat aku begini." Aku rasa seperti mahu menangis. Tapi ego telah menguasai diri aku.
Dia bangun dan mencapai beg tangannya. Aku terus memeluk tubuhnya erat. Ya Allah! Tolong aku. Kenapa aku rasa seperti ini?
"Lepaskan saya! Saya tak cintakan awak. Awak hipokrit!" Dia menolak-nolak tubuhku. Memang sakit kenyataan itu.
"Sara, mana anak kita?" Dia mula berhenti. Aku memalingkan wajahnya. Ternyata air mata sahaja yang membanjiri wajah putih mulus itu.
"Awak tiada hak nak tanya mana anak awak! Awak bukan bapa dia!" Aku tergamam.
Dia menangis lagi sebelum dia meleraikan peganganku di pinggangnya.
"Hancur hati saya bila saya lihat awak hanya biarkan anak kita mati di tangan perempuan yang awak sanjung sangat tu. Saya harap anak saya tak pernah ada bapa seperti awak." Dia terus berlalu pergi meninggalkan aku yang sudah terjelepok di atas lantai.
MATI???????
Anak aku dah tiada......???? Aku kaget.
.........
Aku pulang dalam keadaan tidak terurus. Ya Allah kenapa susah sangat dia nak membenci lelaki yang sudah musnahkan dirinya itu?
Aku berhenti di perhentian bas yang berdekatan. Aku menghamburkan tangisanku lagi. Sakitnya hati......
Ting!Ting! Ting!
Satu mesej diterima masuk.
~~~~~~
From:Hazim fwenz
Sara, awak dekat mana? Boleh kita jumpa? Saya ada perkara perlu dibincangkan. Thank you.
~~~~~~
Aku membaca berulang kali. Kenapa Hazim nak jumpa aku tiba-tiba?
.......
"Ibu, kakak risaukan adik." Dari tadi tidak diam si Mira menunggu kepulangan adiknya itu.
Ibu yang sedang memasak di dapur berhenti seketika.
"Kenapa pula? Sara cuma pergi jumpa untuk buat apa yang perlu." Puan Zalina bersoal.
"Ya itu Mira tahu. Tapi takutlah kalau Mikail buat apa-apa dekat dia. Dengan perempuan tu lagi." Mira masih berdalih.
Lama ibu berdiam.
"Tapi kan ibu, Mira pelik sebab dulu bukankah Mikail tu sayang betul dekat Sara sampai sanggup buat macam-macam. Tup!tup!Dia pula yang benci dekat Sara."
"Itulah ibu pun hairan sebenarnya. Ibu rasa kecewa sebab dia tak tunaikan janji dia untuk jaga Sara dan Ain." Suara ibu perlahan.
Sara satu-satunya adik perempuan yang aku ada. Kalau jadi apa-apa dekat dia, memang aku tak boleh maafkan diri aku.....
........
Sara pov
Aku memerhati keadaan sekeliling kedai tersebut. Di sinilah tempat yang aku dan Mikail pernah pergi dulu waktu kami masih bahagia. Tapi sekarang.....
Aku menunduk lihat ke arah cincin kahwin yang masih tersarung di jari ku. Terasa tubir mata panas seketika.
Buat seketika aku teringat kejadian yang berlaku tadi di pejabat dia. Dia masih ego dengan diri sendiri.
Aku kecewa melihat Mikail yang sudah berubah bukan seperti suami aku yang dulu.
"Assalamualaikum!" Suara seseorang menyapa telingaku. Aku mendongak.
Ternyata Hazim sudah sampai di hadapan ku.
"Waalaikumussalam. Duduklah Hazim!" Aku menceriakan suasana.
"Terima kasih." Dia tersenyum lalu duduk di depan ku.
Kami order dulu apa yang kami nak makan sebelum mula berbincang perkara serius yang Hazim mahu tadi.
........
Mikail pov
Otak aku masih ligat memikirkan hal tadi sambil mataku tak habis-habis membaca surat cerai yang diberikan oleh Sara.
Benarkah dia nak bercerai dengan aku? Kenapa sakit sangat hati ni?
Dan paling menyayat hati bila dia mengatakan yang anak kami sudah meninggal.
Ya Allah Mikail, apa yang kau dah buat ni?
Aku mula berkemas kerana ingin beransur pulang. Tak boleh fokus aku dekat kerja dengan berlakunya perkara ni.
.......
"Macam mana saya nak percaya awak, Hazim?" Aku berkali-kali melihat tangkai yang ditunjukkan olehnya.
"Sara, please percayakan saya. Kakak saya memang ada niat tak baik untuk runtuhkan hubungan awak dengan Mikail." Hazim berkeras.
"Tapi kenapa? Saya tak kenal pun kakak awak tu!" Aku mula membentak.
Hazim mengeluh seketika sebelum memulakan bicaranya tentang satu rahsia yang terlalu menyayat hati aku.
"Saya minta maaf Sara. Memang dulu pun saya ada cuba untuk buat awak renggang dengan Mikail. Tapi bila saya tengok betapa awak sayangkan dia, saya rasa bersalah. Saya dah bertaubat."
Aku mula menangis.
"Ayah saya tak pernah nak cari pasal dengan orang. Dia satu-satunya lelaki yang selalu tolong orang. Jadi awak tak perlu nak cakap apa yang ayah saya buat!"
Hazim menundukkan pandangan. Dia tahu dia salah terutama sekali ibu dan kakaknya.
"Sara,awak perlu buat sesuatu. Awak perlu sedarkan suami awak. Dia tak bersalah. Yang salah kakak saya!"
Aku menarik nafas.
"Mikail dah bencikan saya. Anak kami pun dia sanggup bunuh. Jadi tiada apa di sini untuk saya cari lagi. Saya akan pergi jauh dari sini. Hati saya terlalu sakit Hazim. Hanya Allah sahaja yang tahu." Aku menangis lagi. Hati aku terlalu pilu bila mengingatkan Ain, anak kami.
"Maafkan saya Sara. Saya tak tahu yang kakak saya bertindak sejauh ni."
Aku hanya mendiamkan diri. Yang lepas tu biarlah berlalu pergi....
"Awak tahu kan awak masih ada saya? Saya akan bantu awak Sara. Saya akan cari jalan supaya Mikail balik ke pangkuan awak." Dia memberi peringatan.
Hati aku kosong. Entahlah. Yang dia fikir hanyalah kehidupan anak dia dan dia selepas ini......
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro