Bab 55
.......
Mataku terasa sakit. Aku cuba membukanya. Kelihatan semua putih di sekelilingku. Aku dekat mana ni?
Terasa berpinar-pinar kepalaku seketika.
"Adik dah sedar?" Satu tangan mulus mencapai jemariku yang sudah mula bergerak. Aku memandang ke sisi. Kelihatan kak Mira bersama Mark. Aku memandang ke depan. Ada abang Fattah dan kak Raina. Masing-masing seperti sedang menahan tangisan.
Ibu pula sudah mula mecium ubun-ubunku.
"Alhamdulillah! Sara dah sedar." Aku hanya mendiamkan diri.
Aku tahu kenapa aku dimasukkan di sini. Ini semua kerana lelaki itu. Suami aku sendiri.
Tangan aku mula naik ke atas perut. Terasa kempis. Aku cuak.
"Mana anak Sara?" Air mata mula bergenang. Aku tak nak sesuatu yang aku tak pernah harapkan untuk jadi.
Aku mula menangis apabila kak Mira dan abang Fattah turut datang memelukku.
"Anak Sara perlu dikeluarkan segera sebab Sara dah pecah air ketumban waktu tu. Jadi, anak Sara lahir tak cukup bulan." Kakak berkata.
Terasa sebak di hatiku. Ya Allah! Kesian dekat anak aku. Kenapa dia yang perlu tanggung segala perlakuan ayahnya sendiri?
"Ya Allah! Anak Sara lahir tak cukup bulan. Ibu!" Aku memeluk tubuh ibu seerat mungkin.
"Sayang, sabar. Ni semua dugaan Allah. Dia duga Sara sebab Dia tahu anak ibu kuat." Aku turut dengar ibu yang menahan tangisannya.
"Sara benci Mikail!" Ya itulah perkataan yang aku tak inginkan untuk ucap dan akhirnya terluah sendiri dari mulutku kerana dia terlalu mengikut egonya.
Yang aku tahu, aku tak nak jumpa dengan Mikail. Lelaki itu seumpama tidak wujud dalam buku hidup aku lagi.
........
Mikail pov
Sejak apa yang berlaku kelmarin, aku tiba-tiba rasa bersalah.
"Kenapa aku sanggup tengok Liyana tendang tubuh Sara? Anak dalam kandungan dia tu anak aku." Aku bermonolog.
" Sayang, I puas hati bila dah seksa perempuan tak tahu sedar diri tu. Dia ingat you masih sayangkan dia kot." Liyana mengambil tempat disebelahku yang sedang berada di ruang tamu.
"Biarlah. I dah tak mahu ingat tentang tu. Liyana, tolong masakkan untuk I boleh. I laparlah?" Terus berubah wajah Liyana menjadi kerut.
"Sayang kita order delivery lah. I malas nak ke dapur. Manalah perempuan secantik I pergi duduk dapur buat kerja memasak semua ni." Dipeluknya pula tangan aku. Aku mengeluh perlahan.
Ingatanku masih teringatkan perbuatan aku terhadap Sara.
........
Selepas seminggu,
Aku berdiri di tepi tingkap sambil memandang sayu ke arah luar. Sudah hampir seminggu aku keluar dari hospital dan sejak itulah aku tidak bertemu dengan Mikail.
Anak kami yang lahir tidak cukup bulan semua disebabkan angkara tak berperikemanusiaan itu. Perempuan itu telah menyebabkan anak aku jadi sebegini.
Air mata mengalir di pipi apabila mengenangkan nasib aku. Aku tak tahu kenapa Mikail boleh berubah sebegitu sekali!
Uwekk!Uwekk!
Ain yang berada di atas katil tiba-tiba menangis teresak-esak. Aku pantas menghampiri anakku itu. Kasihan aku melihatnya yang sudah mencebikkan bibir kerana terlalu laparkan susu.
Aku mengendongnya sambil mengusap kepalanya yang agak kecil. Aku tatap wajahnya itu. Miripnya yang seakan Mikail membuatkan aku sebak seketika. Kenapa anak yang tak bersalah ini perlu menanggung dugaan seberat ini?
"Ain, mama janji akan jaga Ain sebaik mungkin. Biarlah tiada papa di sisi. Tapi Ain selalu akan ada mama." Aku mencium kepalanya dengan perlahan.
Tatkala itu, dia sudah menjatuhkan kepalanya di bahagian lenganku. Terlihatkan wajah yang sedang enak tidur itu, aku letakkannya perlahan di atas katil semula dan meletakkan bantal di sisinya supaya tidak jatuh.
Aku melangkah keluar sementara membiarkan anakku tidur seketika.
.......
Di dapur,
Ibu sedang memasak manakala kakaknya pula sedang tolong untuk membasuh mangkuk dan pinggan di singki.
Tak lama lagi, kami akan menjalani ibadah puasa. Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Aku sungguh bahagia apabila dapat menyambut Ramadhan dengan keluargaku walaupun suamiku tiada di sisi. Dan juga bersama anak aku yang baru lahir ke dunia.
"Good morning Sara!" Aku ditegur abang Mark yang sedang menonton berita di televisyen.
"Good morning!" Aku senyum. Suaraku didengari oleh ibu dan kakak menyebabkan mereka memalingkan wajah mereka ke belakang.
"Adik dah bangun?" Aku mengangguk lalu menarik satu kerusi meja makan di dapur tersebut. Perlahan-lahan aku menghenyakkan punggung sebab masih terasa sakit di bawah perut akibat jahitan selepas bersalin tempoh hari.
"Ibu masak apa? Wangi sampai atas." Aku berseloroh. Ibu dan kakak masing-masing gelak.
"Ada-ada jelah Sara ni nak bodek ibu kan." Aku tertawa pula.
"Mana Ain?" Kakak datang menghampiriku lalu menghidangkan kopi yang sudah siap dibancuh.
"Ain tidur. Lepas Sara bagi susu tadi, terus lena." Kakak mengangguk.
Setelah selesai memasak, masing-masing mengambil tempat di meja makan. Aku duduk di sebelah ibu dan kakak pula semestinya duduk di sebelah suaminya kan. Abang Fattah dan kak Raina sudah tidak ada di Malaysia memandangkan abang aku dapat tawaran bekerja di sana jadi mereka terpaksa bertolak malam semalam juga ke New York.
"Rasalah you. Mom masak." Kakak menyuakan pinggan berisis nasi goreng hailam yang sudah diletakkan setengah kepada Mark. Aku hanya memandang.
"What is this?" Mark nampak seperti tidak tahu.
"Kamu rasalah Mark. Ibu masak special harini." Mark gelak apabila dengar perkataan special. Ibu semua special bagi dia.
Dia membuka mulut dan menyuapkan sedikit ke mulutnya. Apabila mula terasa keenakkan nasi tersebut, terus disumbatnya tidak henti-henti sampai aku dengan ibu tengok pun ketawa. Maklumlah orang bukan melayu nak belajar makan masakan melayu ni susah sikit.
"Abang, makan slowly. Nanti you tercekik." Kakak pula dah marah.
"Sorry dear, but its really nice. I don't know how to describe the taste of this rice." Sampai menjilat jari. Tambah lagi tu. Gelojoh sangat ni.
Aku hanya menggelengkan kepala.
"Memang ibu masak sedap. Kalah Chef Wan tu." Aku berseloroh. Wajah ibu tiba-tiba berubah. Dan aku tahu kenapa itu berlaku kerana semestinya ibu rindukan ayah.
Dulu ayahlah yang selalu memuji setiap masakan ibu kerana cakapnya masakan ibu memang paling menjadi keistimewaan untuk dirinya. Tapi kini semua hanya tinggal kenangan sahaja setelah sudah lama ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga.
Aku mencapai tangan ibu lalu mengusapnya lembut tanda memberi kekuatan kepada diri ibu.
.......
Di pejabat,
Dari pagi tadi, Mikail hanya bersandar sahaja pada kerusinya itu. Tangannya langsung tidak menyentuh sebarang kertas kerja yang bersepah di atas mejanya itu. Baginya itu langsung tidak menarik minatnya untuk disiapkan. Kerana kini fikirannya masih memikirkan sesuatu.
Tatkala itu, sebuah gambar yang terletak elok di bahagian hujung mejanya menarik minatnya untuk memandang lebih lama. Gambar tersebut memaparkan wajahnya dan wajah Sara yang sedang bahagia melayani bulan madu mereka di Italy. Gambar tersebut menunjukkan Sara mencium pipinya dan dia memeluk pinggang Sara.
Dia buntu. Dia masih keliru dengan apa yang berlaku terhadap dirinya. Bukankah dulu dia terlalu amat mencintai isterinya itu? Tapi kenapa semua jadi begini?
Apa yang merasuk dia sampai dia sanggup melihat Liyana menendang tubuh kecil itu sesuka hati. Dan dia langsung tidak mengendahkan perut boyot isterinya itu.
Tatkala itu, Liyana masuk dengan wajah yang selalu bahagia sahaja. Dengan mengenakan blaus hitam bersama skirt merah hati yang singkat atas lutut, dia berjalan sambil melengokkan tubuhnya ke arahku.
"Baby jom pergi makan lunch. Perut I laparlah." Dia mengusap perutnya.
Aku mengeluh.
"Takpelah Yana. You pergi. Badan I rasa tak sihat sikit." Aku memicit kepalaku.
Dia mencebik.
"Siapa nak teman I? Lagipun you kena teman I untuk pergi shopping sekejap nak beli latest dress." Dia menarik-narik tangan aku.
"Takpelah. You pergi dengan Ika. I nanti cakap dengan dia. Okay?" Aku memegang lengannya.
"Okeylah I pergi dulu. But make sure after this you tak boleh tolak tawaran I ye." Aku mengangguk saja. Malas nak bergaduh dengan dia.
"I pergi dulu. Take care honey." Dia cuba untuk mencium pipiku tapi aku elak. Aku masih lagi menjaga batasku dengan dia sebab aku keliru dengan perasaan aku kini.
Aku menarik nafas setelah dia menghilangkan diri lalu menyandar kepalaku di kerusi seketika dan memejam mata.
Tit!Tit!
Satu mesej baru diterima masuk ke dalam iphoneku. Aku mencapainya dan membuka untuk dibaca.
Mataku terus terbeliak apabila membaca mesej dari si penyampai.
~~~~~~~~~~
From: Unknown number
Abang, saya Hazim. Boleh saya jumpa abang bila-bila yang free sebab ada benda saya nak cerita tentang Liyana, kakak saya.
~~~~~~~~~~
Liyana kakak Hazim? Dan macam mana dia tahu nombor telefon aku? Apa yang sebenarnya berlaku ni?
# Mikail dah pening. Apa yang jadi ni? Kesian Mikail..... hahahahha
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro