Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 54

......

Mikail pov

Aku pulang dalam keadaan hatiku tak rasa senang lepas berlakunya peristiwa tadi. Masih aku terbayang wajah Sara yang merayu-rayu supaya aku tidak tinggalkan dia. Aku pelik sebenarnya dengan diri aku. Kenapa aku boleh benci dia sampai macam tu sekali? Bukankah dia cinta hati aku....

"Hi sayang!" Pelukan dari arah belakang mematikan lamunan aku. Aku paling ke belakang. Kelihatan Liyana sudah sampai seperti yang dijanjikan tadi.

"Macam mana you masuk?" Aku terkejut. Dia tergelak.

"You tak kunci pintu. I masuk jelah." Dia mengambil tempat di sebelahku. 

Aku hanya mengangguk. Mataku tidak lepas dari memandang Liyana.

"Cantiknya rumah you. Untung I kalau jadi isteri you." Liyana teruja. Aku hanya tersenyum. 

Tak mungkin aku nak ambil dia sebagai isteri. Tengok cara dia hanya seperti mahukan duit aku sahaja.

"Liyana, kalau you masak dekat I boleh? I laparlah." Terus pucat lesu wajahnya.

"Erk sayang. Tangan I ni tak sesuai nak buat kerja dapur semua. Nanti kalau kita kahwin, kita upah maid untuk masak dekat you sayang." Dia menghampiri aku lalu memeluk lengan aku dengan manja.

Aku hanya mengangguk. Entah kenapa tiba-tiba aku teringatkan Sara.

........

Sara pov

Sejak dari tadi aku tak lalu makan. Aku asyik nak muntah. Entah kenapa tapi aku rasa aku terlalu rindukan Mikail walaupun baru semalam dia balik ke rumah.

"Adik okay tak ni?" Lamunanku mati tatkala kak Mira datang masuk ke bilikku.

"Adik okay. Cuma pening-pening sikit." Aku memegang kepalaku. Memang berdenyut-denyut.

"Kenapa  Mikail balik juga kalau adik tak sihat macam ni? Jom akak bawa adik balik rumah!" Kak Mira menarik tanganku.

"Takpe kak. Nanti ibu marah." Aku masih berkeras.

"Kenapa ibu nak marah pula? Dia sebagai suami, perlu bertanggungjawab atas adik. Bukan biarkan adik macam ni. Entah-entah tengah pergi berfoya dengan perempuan lain." Aku tersentak. Aku mula menundukkan pandangan kerana agak terasa dengan kenyataan kakak.

Kak Mira tahu aku berkecil hati. Jadi dia duduk kembali di sebelahku sambil mengeluh perlahan.

"Akak minta maaf. Akak bukan nak sakitkan hati adik. Tapi akak geram dengan Mikail. Dia macam nak tak nak je layan Sara. Dia ingat Sara apa?" Aku mula mengalirkan air mata.

"Okey. Sara ikut cakap kakak." Kali ini aku mengalah. Aku akan balik.

"Jom!" Ditariknya tangan aku turun ke bawah.

........

Hazim pov

Rumah terasa sunyi seperti tiada orang. Mummy sejak tadi lagi keluar bersama rakan-rakannya kerana dia cakap ada meeting. Kakak aku pula dari tadi keluar tak balik-balik.

Cakap tentang kakak aku, aku nak cuba bongkar rahsia dia. Dengan siapa dia sedang berhubungan sekarang. 

Aku keluar dari bilik dan senyap-senyap mencuri masuk ke dalam bilik kakak memandangkan dia pun memang tak kunci pintu bilik.

Aku cuba mencari sesuatu sebab aku sangat curiga dengan kakak aku sekarang ni.

Aku mulakan misi menggeledah dalam bilik dia. Maaflah sebab ceroboh privasi tapi memang terpaksa sekarang ni.

Tatkala sedang mencari, mataku dijamu dengan sesuatu benda yang aneh di bawah katilnya.

Aku mencapai benda tersebut dan aku terkejut kerana terdapat beberapa keping gambar yang jatuh dari peganganku. Aku mengambil gambar tersebut dan ternyata gambar itu adalah gambar Mikail. Ya Allah! Apa kakak aku dah buat ni?

Benda tersebut kelihatan seperti tangkai pemisah yang dibuat untuk memisahkan Mikail dengan Sara.

Aku terus terduduk. Aku tak pernah sangka sampai begini sekali cara yang kakak aku gunakan untuk mendapatkan Mikail dan buat Mikail benci dengan Sara.

"Patutlah Mikail ajak dia pergi kenduri. Padahal dulu Mikail nak pandang muka kakak aku pun tak." Aku bermonolog sendirian.

Aku terus melangkah keluar dari biliknya. Dan yang pasti aku kena lakukan sesuatu demi menyelamatkan hubungan Sara dengan suaminya kembali.

.......

Sara pov

Sedari tadi aku hanya meletakkan kepalaku di tepi tingkap kereta. Kak Mira dan abang Mark yang menghantar aku balik disebabkan aku memang letih nak pandu sendiri.

"Adik you okey tak, dear?" Aku dengar abang Mark bertanya kepada kak Mira.

"Itulah abang. Mikail tu tak ada responsibility nak bawa isteri dia pergi klinik. Tahu nak balik rumah je." Aku tak nak dengar kakak aku duk marah-marah lagi.

"Takpe kak. Adik tak sihat sikit je." Sambil tu aku terbatuk-batuk.

"Hah! Itu yang cakap sihatnya. Batuk tu sihat ke?" Aku tahu kakak dah naik angin. Terus aku mendiamkan diri sahaja.

"Dear, sudahlah tu. Adik awak pun tak sihat. Kejap kita nak sampai rumah both of them." Mark menyenangkan kakak aku. Nasiblah ada abang ipar yang memahami.

Aku nak tergelak bila kak Mira terus memuncungkan bibirnya....
Ala comelnya kak Mira ni!!!

........

Sesampainya di hadapan rumah kami, aku ternampak sebuah kereta BMW yang turut memarkir kereta di situ.

"Kereta siapa tu dik? Suami kau ada beli kereta baru ke?" Aku turut menggeleng kepala.

Malas nak panjangkan hal, aku hanya menyuruh abang Mark untuk melepaskan aku sedikit jauh dari hadapan rumah.

"Takpe akak hantar sampai sini je. Adik boleh jalan." 

"Ha okey. Tapi adik jangan lupa suruh dia bawa pergi klinik." Aku mengangguk lalu bersalam dengan kak Mira sebelum melangkah keluar dari kereta.

"Pergi dulu abang." Dia mengangguk. Sejurus itu kereta mereka mula hilang daripada pandanganku.

Aku berjalan masuk ke perkarangan rumah memandangkan pintu pagar rumah memang sedia terbuka.

Tatkala itu, pintu dibuka dari dalam. Aku terkejut melihat seorang perempuan yang membuka pintu itu dan paling terkejut bila dia hanya memakai dress pendek di tubuhnya.

"Awak siapa?" Aku menghampirinya. Namun dia gelak pula tiba-tiba. Dia kelihatan seolah sudah kenal aku sebelum ni.

"Aku rasa kau kenal aku. Aku Liyana merangkap teman wanita suami kau." Aku tergamam. Teman wanita???

Dia mula bermain dengan tudung aku. Aku takut pula tengok perempuan ni.

"Mana suami saya?" Aku menunduk. Hati aku pedih.

"Oh! Ada kejap aku panggilkan." Dia bergerak ke pintu rumah.

"Sayang, datang luar kejap!" Dia melaung. Aku pilu bila dia menggunakan panggilan sayang kepada suami aku. Sabar wahai hati....

"Ye kenapa.....?" Aku nampak wajah Mikail yang terus berubah bila melihat aku berada di hadapannya. Aku terus menangis bila aku nampak dia turut tidak memakai baju namun hanya berseluar pendek.

"Sayang tengok siapa yang datang ni? Macam tak percaya kan! Sekarang you boleh beritahu dia siapa I di hati you." Liyana berkata. Aku tergamam.

Apa permainan yang tengah mereka berdua main ni?

"Kenapa abang buat macam ni dekat Sara? Abang dah tak cintakan Sara lagi ke?" Aku menghampirinya lalu memegang tangannya.

Liyana mula menyampuk.

"Dia dah tak suka kau. Dia sayang aku je. Dia cakap dekat aku yang kau dah tak boleh puaskan nafsu dia!" Pedih hati aku mendengar ayat sebegitu.

Aku nampak yang Mikail seakan sedang menahan getaran di jiwa. Dia seolah berperang dengan perasaan sendiri.

Tapi aku hampa apabila dia bertindak untuk menarik tangannya dari genggamanku. 

"Kau pergi dari sini. " Dia bertindak untuk menolak tubuhku pula. Hatinya memang keras. Ego terlalu kuat.

Terus pecah takungan air mataku.

"Tapi kenapa abang? Mana janji-janji abang dulu?" Aku menjerit. Aku dah tak peduli. Kenapa? Apa salah aku sampai dia bertindak untuk melayan aku sebegini???

Namun lain yang jadi apabila Liyana menarik tubuhku dan menolakku jatuh. Tersenak aku seketika apabila terasa seperti gegaran pada kandunganku.

"Mikail tak layak dengan kaulah perempuan!" Dia menendang-nendang tubuhku bertalu-talu. Aku hanya mampu mengaduh kesakitan yang teramat. Mataku memandang wajah Mikail. Tapi dia langsung tidak menolongku malah hanya membiarkan kekasihnya itu menendangku sesuka hati.

"Kau pergi dari sini! Jangan ganggu kami lagi. Tak lama nanti Mikail akan ceraikan kau." Aku terkesima.

"Tolong abang.......anak kita...." Suaraku semakin perlahan. Aku nampak dia melihat aku. Tapi.......dia masih seperti itu....

Aku semakin tidak dapat menampung rasa kesakitan di bahagian bawah perutku. Air mata yang mengalir aku biarkan ia sehingga aku tak tahu berapa banyak air mata yang keluar kerana itu sahaja yang dapat memadam rasa pedih dan hancur di hatiku.

Aku mula tidak sedarkan diri sejurus selepas aku terdengar seakan suara kakak aku yang menjerit dari luar. Aku rasa kakak aku datang semula untuk selamatkan aku.

Sara.....semoga kau dapat  kebahagiaan kau kembali!!!!

Author: Sedih lagi ni......😭

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro