Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 51

.......

Sudah masuk 7 bulan aku mengandungkan anak aku ini. Haih! Tunggu masa saja nak bersalin.

Tapi yang buat aku pelik adalah sikap Mikail yang dingin semacam dengan aku. Aku cakap satu, dia balas satu.

Kriuk! Pintu rumah dibuka. Terjengul wajah Mikail yang baru pulang. Dia juga terkejut melihat aku yang masih duduk di sofa menunggunya.

Namun, tiada satu senyuman pun terpamer di wajahnya. Kelat saja....

Aku bangun dengan perlahan sambil memegang pinggangku.

"Abang nak makan. Sara ada masakkan. Tapi simple je." Aku cuba mencapai brief casenya. Tapi ditepisnya pula. Aku tergamam.

" Abang boleh buat sendiri. Yang Sara tak tidur lagi kenapa? Dah tak ingat diri tu mengandung!" Memang kedengaran seperti dia mengambil berat tentangku. Tapi suaranya seakan memarahi serta memerliku.

" Sara tunggu abang." Suara aku perlahan. Aku rasa sebak tiba-tiba.

Dia memandangku tajam namun hanya seketika sebelum dia melangkah naik ke atas meninggalkan aku di bawah keseorangan.

Air mata mula bertakung di kelopak mata. Cepat-cepat aku mengelapnya.
Ya Allah! Kenapalah aku ni sensitif sangat.....?

......

Mira pov

Sedar tak sedar, esok bakal menjadi hari yang bahagia buat aku apabila aku bakal disatukan dengan lelaki yang aku sayang iaitu Mark.

Aku tersenyum bila teringat waktu mula-mula berjumpa dengan dia. Ya, pertemuan pertama aku dengan dia dekat Pulau Jeju.

Mungkin orang lihat dia berlainan bangsa dan agama dengan aku. Tapi dia sanggup tukar agama semata-mata untuk hidup dengan aku dan paling utama kerana dia sudah tertarik dengan Islam.

Aku memalingkan wajahku ke belakang. Bilikku sudah siap dihias menjadi bilik pengantin. Hahahah! Rasa gementar pula.

Kelihatan ibu berjalan masuk ke dalam bilik. Wajah dia pun berseri-seri.

Malam ni memang riuh rumah kami dengan sanak saudara yang datang berkunjung. Maklumlah rumah ada kenduri esok kan......

"Mira seronok ke?" Ibu memegang tanganku. Aku menceriakan wajah. Boleh rasa tubuh aku sejuk sekarang ni.

"Alhamdulillah ibu. Nervous jugak!" Aku berseloroh.

"Apa yang nak nervous?" Ibu menepuk bahuku. Aku menarik nafas.

Hati aku sekarang ni sering memikirkan tentang adik aku. Dah lama aku tak dengar suara dia.

"Ibu, kenapa Sara dah lama tak datang? Dia tak sihat ke?" Ibu mengeluh seketika.

"Ibu pun tak tahu Mira. Semalam ibu ada call. Suara dia sayu saja. Ibu tak tahu tapi dia cakap Mikail macam tak mahu layan dia." Mataku terbuntang.

"Ibu risau. Sebab dia sedang mengandung. Doktor dah cakap dia tak boleh stres banyak. Tapi nak buat macam mana." Suara ibu sedih seketika.

"Kenapa jadi macam tu? Bukan Mikail sayang ke dekat Sara? Dia dah janji dengan akak nak jaga Sara." Aku rasa marah. Tak mungkin!

"Takpe nanti Sara datang kita tanya dia betul-betul." Ibu cuba berceria kembali walaupun aku tahu hatinya masih memikirkan adik aku itu.

" Dahlah pengantin tak boleh marah-marah. Nanti tak seri wajah waktu 'malam pertama'." Aku memasamkan wajah. Ibu pula gelak sakan.

.......

Mikail pov

Aku menghempaskan beg aku ke atas katil lantas meraup wajahku yang berasa panas tiba-tiba.

Hah! Kenapa aku benci tengok muka dia????

Aku menghenyakkan punggungku di atas katil sambil mataku meliar di sekeliling bilik dan akhir sekali mataku melekat di gambar perkahwinan kami berdua.

Aku merenung gambar itu. Aku pelik kenapa semakin hari semakin pudar rasa sayang aku dekat dia. Aku rasa seakan benci dengan anak yang dikandung olehnya. Ya Allah!

Pintu bilik dibuka mematikan lamunan aku. Kelihatan dia masuk sambil matanya turut memerhatikan aku. Aku hanya memandangnya sahaja tanpa berkelip.

Dia berjalan menuju ke meja soleknya lalu membuka ikatan rambut melepaskan rambutnya menjadi panjang mengurai ke bawah. Aku tak nafi Sara memang mempunyai wajah yang teramat cantik.

"Abang tak lapar ke? Sara ada masakkan tadi." Tatkala mendengar suaranya, terus aku bangun.

"Aku dah makan tadi." Suaraku mendatar. Aku mencapai tuala mandi dan berlalu masuk ke dalam bilik air tanpa memikirkan jiwanya yang semakin meruntun disebabkan sikapku yang dingin terhadapnya.

Sara pov

Aku mengemam bibir. Aku penat. Dia memang tak layan aku.

Aku berjalan menghampiri katil dan duduk. Esakan kecil mula kedengaran di bibirku. Hati aku sakit. Amat pedih sekali.

Aku memandang perutku yang sudah memboyot. Aku sedih.

Aku usapnya perlahan dengan air mata mula mengalir perlahan di pipi.

"Kalau papa tak nak kita, takpe sayang. Mama akan jaga anak mama sebaik mungkin. Mama tak mampu nak hidup macam ni." Seketika, aku merasakan perutku seakan ditendang seumpama anakku memahami apa yang diluahkan aku tadi.

Beberapa minit kemudian,

Kring!Kring! Kring! iPhone milik suamiku berbunyi. Lantas aku memalingkan wajah menghadap telefonnya itu.

Aku mencapai telefon tersebut dan mataku terbeliak serta hati terus hancur apabila ini yang aku nampak dan aku tak nak ini yang terjadi.

~~~~~~~~~~~~~~~

From: Liyana(PA)

Sayang, datanglah rumah I malam ni. I rindu dengan you.

~~~~~~~~~~~~~~~

Dan aku menangis lagi.













TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro