Bab 30
.......
"Ibu! Fattah dah balik!" Dari jauh, kelihatan ibu berlari ke arahku dengan berpakaian apron. Rajin sungguh orang tua ini.
"Fattah! Hari ini sepupu kamu nak datang. Itu yang ibu masak banyak ni!" Tatkala itu, ibu terus diam. Dia ralit melihat Raina. Aku faham keadaan itu.
Raina turut mendiamkan dirinya.
"Ibu, ini...." Pantas mulutku ditekup oleh ibu. Dia berjalan menghampiri Raina lantas mendakap tubuhnya. Aku tergamam. Raina turut terpinga pinga.
"Raina! Lama tak jumpa kamu. Maafkan ibu ya. Ibu turut salah sebab tak bagi kamu peluang!" Aku sebak melihat ibu yang menangis di bahu Raina. Raina turut mengalirkan air matanya.
Lantas dileraikan pelukan itu.
"Ibu, Raina yang salah sebab tak percaya Fattah. Raina tahu Fattah lelaki yang baik. Dia tak buat semua tu." Raina cuba menyembunyikan kesedihannya di sebalik tawa.
Ibu turut mengesat air matanya yang mengalir tanpa dipinta.
"Sekarang ni ibu restu kamu berdua. Dah jom kita masuk! Raina tolong ibu ye!" Aku tergelak.
Mereka berdua pun meninggalkan ku di ruang tamu lantas beredar ke dapur. Kerja perempuanlah katakan!
Aku pula bahagia.....!!!
......
Sinaran cahaya yang menembusi langsir bilikku menyebabkan aku terjaga dari tidur. Sungguh aku berasa badanku sangat penat. Kerana semalam aku asyik menangis sahaja. Fahamlah kan!!!
Aku melihat jam. Mataku terbeliak! Dah pukul 4.30 petang.
Aku melihat sekeliling. Mikail tiada! Aku termangu seketika. Dia tak kejut aku ke?
Aku pun bangun lalu mengemas katil serta menyapu sedikit sampah yang terdapat di dalam bilik tersebut supaya tidak kelihatan begitu berselerak. Aku menekan butang on di tv. Lalu, ia memaparkan cerita kesukaanku iaitu My Coffee Prince. Nasib baik dekat sini ada astro. Taklah kebosanan sangat kan?
Aku menarik bagasi aku serta Mikail untuk dikemas apa yang patut. Esok adalah hari terakhir kami di sini. Tanpa sedar sudah 5 hari kami meluangkan masa di Itali. Banyak tempat menarik yang sudah Mikail bawa aku bersama untuk berkunjung. Aku bersyukur!!
Tatkala itu, mataku tertancap ke arah sehelai kertas yang ditampal pada dinding berdekatan balkoni. Aku bangun dan berjalan ke arahnya. Aku pun membaca satu persatu apa yang ditulisnya.
Dear Sara,
Good morning dear! Mesti sayang terkejut baca nota ni. Abang nak minta sayang pakai dress yang abang belikan di KL malam ni. Tonight is our night! Abang nak celebrate dengan sayang! This night is a special day. Sayang kena pergi dekat satu kedai make up ni untuk dirias secantik mungkin. Tepat pukul 8 malam, sayang naik...And it wilk begin...
Sweet love...
From ur husband ♡
Aku terpaku. Tiba tiba rasa degupan jantungku berdebar. Ya Allah! Apakah ini semua?
Aku tersenyum keseorangan. Mesti Mikail kacak kan? Eh! Apa kau ni? Melalut pula....
......
"Kirana please don't do this to me! Kenapa susah sangat you nak percaya apa yang I katakan!" Helmi rasa seperti hendak mahu menangis sahaja apabila Kirana memang tak mahukan dirinya.
"Helmi tolonglah jangan ganggu aku! ! Aku hanya mahukan Mikail saja. Dia saja cinta pertama aku!" Kirana merendahkan suaranya. Takut takut mak dia dengar.
"Sekarang you ada di mana? I datang ambil you!" Helmi menggesa.
Pantas Kirana mematikan telefonnya. Dia menyampah! Dia tak suka dipaksa....
Dia memandang ke arah perutnya yang semakin membuncit. Sudah masuk 5 bulan setengah dia mengandungkan bayi Helmi. Masih tidak tahu lelaki atau perempuan kerana dia malas untuk mengambil tahu. Tetapi dia rasa bersalah untuk menggugurkan bayi yang tak bersalah ini....
Sebenarnya dia tidak tergamak untuk menjadikan Mikail sebagai pak sanggup kepada anaknya. Tapi dia takut untuk mengaku Helmi sebagai bapa kepada anaknya itu. Entah mengapa. Sedikit sebanyak dia tersentuh dengan keprihatinan Helmi yang mahu bertanggungjawab kepada bayi itu.
Ya Allah! Kenapa susah untuk dia terima Helmi sebagai yang sah dalam hidupnya. Dia tak pasti dengan semua ini!
......
"Welcome to our make up store!" Ramai wanita yang turut berada di situ. Ada yang sedang membuat salon rambut dan macam macam lagi.
"Eh! Awak ni isteri kepada Tuan Mikail ke?" Seorang pelayan perempuan yang berambut perang datang kepadaku. Aku terkejut.
"Awak boleh cakap melayu?" Tak sangka aku sebenarnya ada orang putih kat sini yang tahu berbahasa melayu juga.
"Eh! Saya memang orang melayu! Saya menetap dekat sini lama dah. Saya kerja di sini, kak!" Dia senyum memandangku lalu menarik tanganku ke arah sebuah bilik yang sudah khas disediakan tempat untuk menyolek.
"Sekarang ni saya akan make up akak sampai nampak cantik. Ni semua atas arahan Tuan sendiri!" Tangannya mula menyental pipiku.
Aku terpinga. Kenapa dia buat semua ni?
"Saya nampak kan kak! Suami akak tu romantik orangnya. Katanya malam ni ada dinner special dengan akak." Dia berseloroh lagi. Aku malu jugak sebenarnya....!!!
"Akak tahu tapi akak seganlah dengan dia. Dia layan akak macam puteri sangat!" Aku turut leka berbual dengan pelayan itu.
Tiba tiba, pelayan tersebut mencengkam bahuku lembut membuatkan aku terdiam.
"Akak sangat bertuah untuk dapat Tuan sebagai suami akak. Very lucky you know!" Dia mencuit hidungku lantas menyental kembali wajahku dengan make up.
Aku tersenyum kecil.
.....
"Kali ini plan aku mesti berjaya!" Mikail membetulkan kotnya. Kacak sungguh dia hari ini memandangkan dia mengenakan sepasang tuksedo berwarna hitam putih ke tubuhnya.
Dia sangat seronok malam ini kerana dapat meluangkan masa bersama buah hati tersayang.
Tak sabar dia nak tengok Sara pakai dress yang dia belikan di KL tu. Cantik mungkin!!!
......
"Akak takutlah!" Tangan pelayan itu digenggam sekuat mungkin. Kini kami sudah sampai di hadapan bilikku. Aku sanggup menyuruh si Laila teman aku naik ke atas. Kesian pulak dekat dia....
"Dahlah akak! Pergi masuk! Mesti abang tengah tunggu tu!" Tubuhku ditolaknya perlahan.
"Doakan akak ye!" Aku mengeyitkan mata kepadanya lalu menolak perlahan pintu bilikku lantas meloloskan diri ke dalam bilik.
Suasana sungguh sunyi. Kelihatan agak suram suasana di dalam bilikku. Aku tercari cari kelibat dia tapi tak kelihatan pun!
Tiba tiba terasa pinggangku seakan dipeluk erat. Aku tergamam.
"Hey sweety!" Bisikan yang halus dari mulutnya membuatkan aku terbuai seketika.
Aku memegang tangannya lantas menariknya ke hadapanku. Aku terpaku. Dia kelihatan sangat kacak pada malam ini. Ya Tuhan! Putera apa yang kau berikan padaku...
"Cantiknya sayang!" Dia mengusap pipiku. Aku malu gila apabila dia menatap sedalam mungkin ke dalam anak mataku.
"Dah! Sekarang ni jom kita pergi makan!" Dia lantas menarik aku ke sebuah meja yang sudah dihias dengan lilin serta makanan western di atasnya.
Aku tergamam. Begitu sungguh dia menyediakan semua ini?
20 minit berlalu,
Mikail mula meletakkan sudunya lantas mendongakkan wajahnya memandangku sambil tersenyum. Dan aku pula tersengih!
"Abang dah agak dah mesti dress ni muat dengan sayang! Tak sia sia abang beli. Mahal tau!" Dia mula membangga diri pula.
"Saya tak minta awak beli pun baju mahal begini. Saya pakai baju apa pun tak kisah!" Aku mencebikkan bibir.
Tiba tiba dia bangun dan menarik kerusinya menghampiri aku lantas duduk semula. Dia menghela nafasnya.
"Sayang! Hari ini ialah hari istimewa kita. Abang nak kita sambutnya dengan penuh kegembiraan!" Dia mula membayangkan kehidupannya tanpa isterinya di sisi. Aku bingung seketika.
Dia mencapai tanganku lalu mengucup lembut jari jemariku.
"Cuba bayangkan kalau abang tak da nanti." Suaranya yang melirih itu membuatkan aku terasa sebak.
"Apa awak cakapkan ni Mikail?" Aku masih tidak faham.
Dia menarik nafas sedalam mungkin sebelum bibirnya memulakan bicara.
"Sara masih tak nampak apa yang abang buat semua ni sebab abang cintakan Sara? Atau Sara buat tak endah dengan abang?" Dia mengusap tanganku pula.
Aku diam lalu menundukkan kepalaku.
"Please Sara! Sampai bila Sara nak macam ni dengan abang. Abang nak ada keluarga yang bahagia dengan Sara. Abang tak nak dah ingat perkara lain selain isteri abang ni. Please give me one more chance, dear!" Aku tergamam melihat matanya yang sudah bertakung. Dia menangis!
Perlahan lahan aku mendakap tubuhnya. Bohonglah kalau aku cakap aku tak cintakan dia. Ya dia telah berjaya menakluk hati aku sepenuhnya dalam masa beberapa bulan yang lepas.
"Abang maafkan Sara! Sara terlalu ego dengan diri Sara sendiri! Sara tak dapat terima yang Sara dah mula sayangkan abang!" Aku menangis semahu mahunya di bahunya. Aku tidak menghiraukannya yang cuba untuk menenangkan aku.
"Sayang, jangan menangis lagi! Abang bersyukur sebab abang masih diberi peluang untuk bersama sayang hingga akhir hayat abang. Abang cintakan sayang sampai bila-bila!" Ubun ubunku dicium sejenak. Tubuhku dileraikan dari dakapannya lalu dia mengesat air mataku
"Dah jangan menangis! Tak cantik dah isteri abang ni!" Dia bergurau senda menyebabkan aku memukul manja dadanya.
"Benci abang!" Aku merajuk. Malu! Bila Mikail dah tahu perasaan aku kepadanya.
Tatkala itu, aku terdengar dia memasang lagu menggunakan alat pemain lagu di atas rak televisyen. Lagunya berbunyi seakan romantik sahaja di telingaku.
Dia datang di hadapanku lantas menarik tubuhku melekat ke tubuhnya. Aku terkaku.
"Would you like to dance with me?" Dia mengeyitkan matanya. Aku mengangguk. Pipiku mula berona merah.
Bermula itu, aku dan dia terus terusan menari sehinggakan....
Dia mula bermain dengan bibirku. Aku diam terkaku. Aku sedikit tergamam apabila dia melekatkan bibirnya ke bibirku. Aku seperti merelakan apa sahaja perlakuannya atas diriku malam ini.
Dia berhenti memagut bibirku lalu memandang mataku semula. Perlahan lahan tangannya naik membuka satu persatu pin di tudungku sehingga aku tidak sedar yang tudung aku sudah tidak kelihatan lagi malah hanya rambutku yang disanggul terus dibuka ikatannya membiarkan ia terurai berpanjangan. Dadaku berdegup laju.
"You look so gorgeous, sweetheart!" Dia mengucup pipiku pula. Dan sengaja aku merangkul lehernya erat lalu menyembamkan wajahku di dadanya. Dia pun memelukku seerat mungkin.
Aku terasa seperti bahuku dikucup lembut menaikkan lagi rasa gelora dalam hati. Kenapa Mikail seakan menyeksa jiwa wanitanya?
Aku mendesah perlahan apabila telingaku dikucup pula. Dia meleraikan pelukan lalu memegang daguku dan mengangkatnya.
Sungguh habis romantik dia malam ni!!!
"Will you be mine tonight?" Dia separuh berbisik. Jiwaku menjerit seakan memang mahukan belaiannya selama ini.
Aku mengangguk perlahan. Biarlah apa pun terjadi. Kerana aku sudah sah menjadi miliknya.
Aku terasa tubuhku dicempung lalu dibaringkan ke atas katil. Matanya galak memandang mataku sehinggakan aku terasa bibirku dikucup lembut sekali lagi. Aku tersenyum kecil.
"I love you Sara!" Dia berbisik.
Aku pula lantas merangkul lehernya.
"I love you too!" Kenyitan diberikan. Lantas lampu dipadam.
Andai malam ini aku menjadi milik sepenuhnya kepada Mikail, aku rela. Dengan rasa sayang dan cinta yang semakin menebal di dalam hati aku putuskan untuk menjalankan tanggungjawabku jua kepadanya.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro