Bab 22
......
Masing masing diam seribu tanpa berkata apa apa.
Mikail asyik sekali memandang gadis di hadapannya ini. Perempuan ini ialah bekas kekasihnya dulu sebelum dia memulakan hubungannya secara serius bersama Mira.
Gadis ini yang banyak meninggalkan kesan hitam dalam hidupnya.
Tatkala itu, suara si gadis itu mula kedengaran.
"Mik....ai...l!" Panggilnya tersedu sedan menahan tangisan.
Aku memandangnya tajam.
"Anak siapa yang kau kandungkan Kirana?" Kasar sahaja bunyinya.
Walaupun dia sudah tidak ada apa apa hubungan dengan Kirana, tetapi dia masih menganggap gadia itu sebagai sahabatnya.
"Hel....mi!" Tersekat sekat suaranya ingin menjawab.
Jawapannya membuatkan rahang Mikail seperti hendak jatuh ke bawah.
"Helmi! Kawan kita sendiri tu! Kau goda dia ke?"
Kirana menggelengkan kepalanya bersama tangisan yang makin melebat. Tidak! Dia bukan semurah itu.
"Tak Mika! Aku tak goda dia! Dia yang buat tanpa aku rela. Dia nak ikat aku supaya jadi isteri dia. Dia nak aku jadi mak kepada anak dia." Aku menafikan.
"Then? Kenapa kau tak terima? Kau nak aku buat apa?" Mikail memandang Kirana tepat sekali.
"Aku takut Mika! Aku takut sebab aku tak cintakan dia! Aku cintakan orang lain!"
Mikail lantas bangun dari duduknya.
"Come on Kirana! Kau sepatutnya bersyukur sebab ada lelaki yang masih nak bertanggungjawab dengan bayi kau. Kau ingat senang ke nak cari lelaki macam tu zaman sekarang?"
Perlahan lahan Kirana bangun dan berjalan menghampiri si Mikail dan tanpa disangka dia memeluk tubuh tegap itu.
"Aku cintakan kau Mika!" Kirana mengucapnya.
"Hey! Kau dah kenapa?" Ditolaknya tubuh si Kirana tanpa mengira belas kasihan.
"Kau gila ke? Aku dah ada bini. I love my wife more than you! Kau hanya sejarah lepas aku!" Mikail hanya mengherdiknya dengan kuat.
"Mika, kau pernah janji dulu nak kahwin dengan aku. Kau cakap kau nak bahagiakan aku. Tapi mana semua janji tu!" Kirana sudah seperti perempuan yang gila.
"No more bila aku dah jumpa Mira. But then, Mira buat dekat aku macam ni, aku dah buka hati aku untuk terima adik dia pula!"
"Kau memang penipu! Hidup kau takkan selamat Mikail! Aku akan pastikan hubungan kau dengan Sara hancur suatu hari nanti. Itu janji aku!" Sejurus itu,Kirana terus beredar keluar lalu menghempaskan pintu bilik Mikail dengan kuat.
Mikail terduduk di atas sofanya sambil meraup wajahnya berkali kali.
.......
"Okay kita dah sampai!" Mark membuka pintu pagar rumah ommanya lalu berjalan masuk hingga ke pintu rumah. Aku pula hanya mengikuti dari belakang.
"Omma!" Mark memanggil ommanya dari luar rumah.
Aku lantas memegang tangannya menyebabkan dia memalingkan wajahnya ke belakang.
"Kenapa?" Mark menjongketkan keningnya.
"Saya malulah!" Aku tersenyum sengih.
"Wae? Apa yang nak dimalukan? Awak pakai baju kan?" Aduh! Mamat ni nak buat lawak ke!
Aku mengetuk kepalanya. Orang serius, dia buat lawak pula.
"Issh! Awak ni! Saya tak main main tau!" Aku tarik muka tanda merajuk.
"Dear janganlah merajuk. Nanti tak cantik dah!" Mark mencuit daguku sambil tersenyum sumbing menampakkan lesung pipit.
Aku terkaku. Omo! What happen to me???
"Mark!" Seorang perempuan tua dalam lingkungan umur 50 tahun berdiri di muka pintu sambil memandang kami berdua dengan wajah yang sayu.
"Eomeoni, jibewasseoyo!"(Ibu Mark dah balik!) Mark lantas berlari ke arah ibunya lalu memeluk tubuh tua itu dengan erat. Aku hanya menjadi pemerhati sahaja.
"Eommaneun dangsineul geuliwonabnida!" (Ibu rindukan kamu sangat-sangat!) Perempuan tua itu menitiskan air mata tuanya tanpa diduga. Dia mencium ubun ubun anaknya itu berkali kali.
Tatkala itu, aku terasa sebak apabila mengingatkan wajah ibuku di Malaysia. Apa khabar ibu?
Tatkala itu, mata tuanya menangkap wajahku yang sedang ralit memandangnya dari tadi. Aku tersenyum nipis.
"Nugu?" (Siapa?) Mark pantas memalingkan wajahnya ke arahku lalu tersenyum. Dia berjalan menghampiriku semula lalu menarik tanganku ke arah ommanya. Dan aku terpinga pinga.
"O nae chingu!" (Oh! Ini kawan Mark) Mark memperkenalkan aku kepada ibunya.
Aku menunduk tanda hormat kepada yang lebih tua.
"Neoreum neomu aleumdawo!" (Dia sangat cantik!) Ibu Mark sudah tersenyum memandangku. Dan aku masih tidak faham apabila Mark juga seperti ibunya.
"Kaja!" (Mari masuk!) Ommanya membuka pintu luas untuk memberi kami berdua masuk.
Seketika itu, aku menarik lengan Mark lalu menyentakkannya.
"Kenapa?"
"Apa mak awak cakap?"
Mark senyum lagi.
Dia tunduk dan mendekatkan bibirnya di telingaku.
"Mak saya cakap awak cantik, Mira..." Suaranya sengaja dimanjakan menyebabkan debaran tak terkata bermain rentak di hatiku.
Apakah? Aku sendiri yang malu jugak!!!
......
Mikail pulang ke rumah setelah selesai kerjanya di pejabat. Jam sudah pun menunjukkan tepat pukul 7.30 malam. Tadi dia sengaja pulang lewat untuk menenangkan fikirannya yang serabut tentang Kirana yang tiba tiba munculkan diri.
Dia takut kalau Kirana buat sesuatu untuk pisahkan dia dari Sara! Sedangkan baru sehari tidak jumpa pun dah macam gila....inikan selamanya!!! Ya Allah! Jauhilah perkara yang buruk dari meruntuhkan rumah tanggaku.....
"Assalamualaikum!" Aku membuka pintu rumah dengan perlahan. Tatkala itu, gambar di televisyen menyapa pandanganku memandangkan hanya cahaya dari televisyen sahaja yang menerangi rumahku itu. Mana Sara?
"Sara!" Aku memandang sekeliling. Tidak nampak pun kelibat dia.
Tatkala itu, Sara turun dari tingkat atas. Aku terkejut memandangnya tanpa berkelip. What is going on with her?
Dia hanya memakai tshirt yang sehingga paras lutut tanpa memakai seluar. Ya Allah! I
"Abang dah balik." Suaranya dileretkan sambil tangannya memicit bahuku. Aku terasa bulu romaku meremang seketika apabila nafas Sara menampar leherku.
"Abang lapar tak? Sara ada masakkan!" Dia mengusap wajahku. Lalu, dia duduk di atas pahaku sambil tangannya memaut leherku.
Bau wangiannya benar benar mengocak naluriku. Tapi aku tahan!
Aku cuba untuk mengucup bibirnya tapi dia tangkas mengelak. Wow! So fast sayang....
"Erk....abang kenyang sayang!" Aku tersenyum. Dia memasamkan wajahnya.
Terus dia menjauhkan diri daripada tubuhku dan bangun untuk beredar. Merajuklah katakan! Tapi tanganku lebih pantas, menarik semula pinggangnya jatuh ke atas ribaku.
"Sorry sayang! Abang rasa nak makan benda lain. Lagi sedap dari yang sayang masak tu!"
Aku dapat melihat wajahnya berubah. Terkejut mungkin! Ha! Main kasar lagi dengan aku! Tercabar tak!
"Erk! Sara nak naik atas!" Belum sempat dia ingin bangun, aku terus mencempung tubuhnya naik ke atas. Hanya jeritan yang mampu aku dengar daripada mulutnya.
Aku bahagia.....
......
"Hazim, Umi rasa bersalah dekat Sara!" Seketika Umi memecahkan lamunan mereka berdua yang sedang enak menikmati juadah makan malam di sebuah restoran Italy.
"Kenapa pula?" Hazim meletakkan sudu lalu memandang Umi, bakal tunangnya itu.
"Sebab Umi, Hazim dah tak anggap dia kawan. Umi rasa sunyi. Selalu Umi akan jumpa dengan dia kalau Umi ada masalah. Tapi sekarang...." Setitis air mata Umi mula mengalir tanpa sedari.
"Umi kenapa dengan awak ni? Dia yang buat salah kan dekat awak? Kenapa awak nak bela dia juga? Awak kan ada saya. I'm here for you anything!" Hazim senyum nipis.
Umi menghela nafasnya lega.
Ya, aku bersyukur kepadaMu kerana mengurniakan Hazim sebagai pembimbingku nanti!!!
Tetapi mana mungkin dia melupakan sahabatnya itu. Sahabat dari sekolah menengah lagi.
Moga moga Allah pertemukan dia dengan Sara kembali.
......
Sinaran cahaya yang menembusi langsir di bilikku menyebabkan aku tersedar daripada tidurku. Ku lihat jam sudah menunjukkan tepat pukul 7 pagi.
Tapi nasib baik hari ini aku cuti sebab hari Sabtu. Off day!
Aku memalingkan wajahku ke tepi. Kelihatan Sara masih lagi nyenyak tidur. Tangannya yang erat memeluk pinggangku ditarik supaya lebih rapat tubuhnya dengan tubuhku.
Aku memandang wajahnya. Comel! Seperti seorang bayi sahaja dia tidur. Aku menyelitkan rambutnya di belakang telinga.
Aku mengucup dahinya lama.
Abang sayangkan Sara! Jangan tinggalkan abang! Abang akan bahagiakan Sara buat selamanya.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro