Bab 19
......
"Siapa yang call awak tadi Mira?"
Aku tersentak. Dah berejam benda tu berlalu, baru sekarang dia menyoalnya.
"Hmm...abang saya!" Aku menunduk.
"Boya? Abang awak kata apa?" Dia seperti gembira pula. Dah kenapa Mark ni???
"Abang saya suruh saya balik Malaysia." Mark terus diam.
Lama sikit dia senyap. Baru dia cakap balik.
"Habis awak kata apa?" Dia memandang anak mataku dengan satu seribu makna yang mendalam.
"Saya sebenarnya......entahlah Mark! Saya rasa bersalah kalau saya tak balik! Tapi itulah, saya rasa berdosa kepada ibu saya!" Aku menggumam.
"Awak akan tinggalkan saya lah nanti!" Mark memandang ku lagi.
Aku tersentak. Kenapa ni?
"Awak masih cintakan Mikail?" Soalan apakah yang cuba dia tanya ni???
"Kenapa dengan awak Mark? Awak tak sihat ke?" Aku memegang dahinya.
Dia menepis perlahan.
"Mira,please answer me!" Aku menghela nafas yang panjang sebelum jawab.
"Ya memang! Saya tak mampu bohong diri saya kalau saya dah lupakan Mikail sebenarnya. Tapi dia dah pun lupakan saya dan hidup bahagia dengan Sara. Saya reda!" Aku mengenggam tanganku kuat.
Wajah Mark berubah.
"Mira, saya tak mampu nak cakap apa. Tapi saya harap awak faham apa yang saya maksudkan selama ni. Apa yang saya buat dekat awak! Everything!" Dia meluahkan perasaannya.
Aku mula kehairanan.
"Apa awak cuba maksudkan?"
Dia menggelengkan kepalanya lantas bangun dari duduknya.
"Nothing! Nanti awak akan tahu sendiri! Saya pulang dulu!" Dia terus beredar tanpa mempedulikan aku yang sedang memanggilnya.
Aku mula resah. Apa sebenarnya maksud Mark???
......
Mikail merenung jam dindingnya. Sudah menunjukkan tepat pukul 7.30.
Aduh! Dia buat lagi ke...
Mikail keresahan. Dia risau kalau dia tampar lagi pipi isterinya itu.
Sejurus itu, terdengar bunyi enjin dari luar rumah. Aku mengintai di sebalik langsir untuk melihat siapa yang datang. Kelihatan Sara keluar dari sebuah teksi.
Aku cepat cepat duduk di atas sofa apabila aku dengar pintu sudah dikuak dari luar.
Tatkala kepalanya terjengul di sebalik pintu dan terus mengangkat kepalanya menyebabkan dia bertentangan mata denganku.
Tapi dia hanya menunduk balik dan terus berlalu ke tingkat atas tanpa mempeduli ku.
Aik! Dia tak nampak ka aku kat sini??
"Sara!" Aku memanggilnya. Dia terus berhenti.
Aku bangun dan berjalan menghampirinya dan dengan perlahan aku memeluk tubuhnya dari belakang.
Sesungguhnya aku rindu dia. Dah lama aku tak bermanja dengan dia.
"Lepaslah!" Aku dengar suara dia mendatar saja.
Aku melepaskan pelukanku lalu berdiri di hadapannya. Dia hanya kaku sahaja.
"Sara abang minta maaf. Abang tahu abang salah. Sara tak sepatutnya seksa abang begini. Abang rindukan suara Sara dan semua tentang Sara."
Dia terus memandangku dengan wajah yang tidak berperasaan.
"Siapa yang seksa awak? Saya tak suruh pun awak sayangkan saya, rindukan saya semua tu! Saya tak perlukan pun!"
Aku tersentak.
"Tapi kenapa? Sampai bila Sara nak macam ni?" Aku menyentuh tangannya.
Dia menepis kasar lagi. Aku mengeluh.
"Sampai saya sendiri yakin yang awak memang suami saya, baru saya akan cintakan awak dan taat pada awak. Dahlah saya nak tidur!" Dia terus berlalu ke atas.
Bum! Bunyi hempasan pintu menyentakkan aku.
Tanpa disedari, air mataku jatuh. Aku cepat cepat mengesatnya.
Jatuhlah maruah seorang lelaki kalau asyik menangis saja.
Dia tiba tiba teringatkan idea Hafzan petang tadi.
Perlukah dia membawa Sara pergi berbulan madu? Mungkin itu adalah cara yang terbaik buatnya.
Aku mula menguntum senyuman.
.......
"Kirana kau nak mati ke buat kerja gila ni. Kau tak tahu lagi si Mikail tu macam mana perangainya. Kalau kau kantoi satu hari dengan dia, mati kau!"
Aku menggelengkan kepalaku.
"Inilah masanya aku nak cucuk bini dia supaya bencikan dia terus. Sekarang ni pun rumah tangga depa atas angin ja. Sekali hembus habis berterabur.!"
"Salah tu Ki. Kesian Mika!" Fetty memegang tangan aku.
"Aku kau tak kesian! Berapa lama dah aku menaruh hati dekat dia. Dia permainkan aku dulu. Lepas jumpa si Mira tak guna tu terus tinggalkan aku macam tu ja. Aku geram Fet! Aku rasa maruah aku dipijak macam tu ja!" Aku menangis tiba tiba.
Fetty hanya menggelengkan kepala sahaja.
"Aku nak dia rasa apa yang aku rasa. Biar dia bercerai terus dengan bini dia. Baru aku puas!" Aku gelak keseorangan.
Tunggu kau Mikail...!!!
......
"Umi, saya nak tanya sikit?" Hazim mengeluarkan bicaranya.
"Tanyalah!" Umi membalas.
Hari ini Sara tidak perlu masuk ke kelas memandangkan dia sudah habis kelas pada minggu ini.
"Sara dah kahwin ke?"
Umi tersentak.
"Kenapa awak tanya?"
"Please answer me sincerely!" Hazim mula memegang tangan Umi tanpa disedari. Umi lantas menariknya.
"Saya tak boleh jawab! Ini rahsia saya dan Sara!"
"Kenapa! Sebab awak takut saya tahu Sara dah kahwin sebenarnya!" Umi terus terduduk semula.
Dia menggelengkan kepalanya.
Tanpa disedari, dia mengalirkan air matanya.
"Saya sebenarnya tak nak rahsia daripada awak sebab saya tahu kalau awak tahu yang Sara sebenarnya dah kahwin, awak akan suka pada Sara kan?" Umi memandang wajah Hazim dengan mata yang berair.
Hazim tersentak.
"Apa maksud awak Umi?"
"Hazim maafkan saya. Saya sebenarnya memang suka dekat awak. Tapi saya tahu awak takkan pandang saya sebab saya tak secantik Sara. Saya tahu awak sukakan Sara sejak first day awak jumpa kami berdua. Saya hanya diamkan diri saja. Sejujurnya Sara banyak kali marahkan saya sebab sukakan awak. Tapi saya hanya tahan!" Akhirnya Umi luahkan saja apa yang nak diluahkan dari lubuk hatinya.
Hazim terkelu. Dia tak sangka yang Sara sebegitu rupa.
"Maafkan saya Umi. Saya tak tahu. Saya dah sakitkan hati awak!" Pantas air mata Umi diseka oleh Hazim dengan perlahan.
Baru dia tahu kenapa Sara rahsiakan perkahwinannya setelah dengar apa yang diceritakan oleh Umi kepadanya.
......
Sara memasuki bilik tidur di rumah ibunya. Kelihatan kemas sekali. Ibulah selalu yang kemas walaupun dia tak da. Sebab ibu kata kadang kadang Sara akan balik sini sebab nak tidur dengan Mikail.
Bila sebut pasal Mikail..terus moodnya hilang....!!!
Tiba tiba matanya tertancap pada sebuah diari yang dah berhabuk yang tersimpan elok di dalam lacinya.
"Apa ni?"
Dia pun membuka helaian diari tersebut satu persatu. Wajahnya mula berubah riak apabila membaca setiap satu perkataan di dalam diari tersebut.
Tertera nama Mikail di setiap satu helaian muka surat itu.
Hatinya mula berdebar.
Mikail merupakan crushnya dulu sewaktu di sekolah menengah.
Dia membaca lagi.
Dan sehingga satu ayat ini.
'Dia nak aku jadi tunang dia!'
Sara terkejut.
Mikail memang istimewa dalam hidup dia. Hatinya mula berasa bersalah dengan apa yang dilakukannya sejak kebelakangan ini terhadap Mikail.
Abang maafkan Sara!
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro