Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 17


......

"Mira awak tidak rasa seperti mahu pulang ke Malaysia. I mean awak tidak rindukan keluarga awak ke?"

Aku memandang Mark seketika.

"Siapa kata saya tak rindu. I miss them so much! But....." Setitis air mataku telah tumpah tanpa disangka.

"I'm sorry! I didn't meant to hurt you Mira."

Mark sudah gelabah.

"Its okay. I memang sensitif macam ni." Aku gelak pula menyebabkan dia menjongketkan keningnya. Mungkin dia sangka aku gila apa!

Tatkala itu, telefonku berdering di dalam tas tanganku.

"Kejap ye Mark." Dia mengangguk.

Terus ditekan punatnya tanpa melihat nama yang tertera di skrin terlebih dahulu.

"Hello...."

"Hello adik!" Aku tergamam.

......

Masih ramai lagi yang bergelutan di tempat penampalan pointer bagi Semester 2 ini. Aku dan rakan rakanku masih tidak tahu pointer kami lagi kerana memberi peluang kepada mereka mereka untuk melihat pointer mereka terlebih dahulu.

"Hi Sara!" Sapaan seseorang membuatkan aku mendongakkan kepala untuk melihat gerangan siapakah.

"Oh Hazim!" Aku tersenyum.

"Boleh saya duduk?" Dia bertanya.

"Eh! Duduklah." Aku berganjak ke tepi sedikit untuk memberi tempat dia duduk.

Tatkala itu aku terasa seperti tanganku dipegang oleh seseorang.

Aku memalingkan wajahku. Umi seperti memberi jelingan bermakna kepadaku.

"Aku tahu Umi!"

"Awak dah tengok pointer awak berapa?"

Aku menggelengkan kepalaku.

"Belum sebab ramai sangat. Nak menyempit pun payah."

Dia mengangguk sambil ketawa.

"Betul tu. Saya pun tak tengok lagi."

"Ini kawan saya Umi." Aku memperkenalkan Umi kepadanya lantas menarik tubuh Umi mendekatiku. Umi terkejut.

"Oh hi!" Dia tersenyum ke arah Umi. Umi sudah tersipu malu.

Yes! Berjaya.....

......

"Ye cik nak jumpa dengan siapa?"

"Erk...Encik Helmi ada tak?" Sesekali aku bermain jariku.

"Hmmm ada. Tunggu sekejap ye."

Dial sedang proses.......

"Silakan cik!" Perempuan tersebut membawa aku masuk ke dalam bilik yang menempatkan Helmi sebagai pengurus syarikat tersebut.

"Bos ini orangnya!" Perempuan tersebut lantas meninggalkan aku bersama Helmi di dalam bilik.

"Ye siapa?" Apabila dia mendongakkan wajahnya, dapat ku lihat wajahnya berubah reaksi.

"Kirana!"......

......

"Aku tak sangku Mi. Aku dapat pointer sebaik tu walaupun....." Aku tak dapat meneruskan kata kataku kerana tiba tiba aku berasa sebak.

"Sara sudahlah tu. Sekarang ni kau dah baik dengan suami kau kan. Apa yang nak dirisaukan?"

Aku mengangguk. Tapi....

"Hye guys!" Masing masing memalingkan wajah ke belakang.

"Hazim." Namanya meniti di bibirku.

"Korang macam mana pointer?" Wajahnya sangat seronok.

"Alhamdulillah 3.5 above." Umi menjawab.

"Wah! Samalah kita!"

Kami mendiamkan diri.

"Apa kata saya belanja awak berdua makan? Lagipun bolehlah kita celebrate kejayaan kita ni kan." Aku memandang Umi. Umi pun pandang aku.

"Boleh jugak. First time awak nak belanja ni mana boleh biarkan." Aku membuat lawak.

"Jomlah!" Kami pun pergi mengikut si Hazim yang tiba tiba nak belanja kami makan. Aku pelik. Umi lagilah pelik.

......

"Kirana, I miss you damn much!" Seketika Helmi datang kepadaku lalu memeluk tubuhku erat sambil mencium ubun ubunku.

Aku menolak tubuhnya kasar.

"Jangan pegang aku! Kerana kau hidup aku rosak! Jantan tak guna!" Aku mengherdiknya dengan air mata yang berjuraian.

"Kirana, please tell me kenapa you tak nak kahwin dengan I sedangkan I memang nak bertanggungjawab dengan apa yang I buat dekat you, sayang!" Helmi berkata pula.

"Hei jantan! Kau tahu tak aku mengandung sebab perbuatan kau. Aku malu! Aku malu dengan kawan aku! Aku malu dengan ibu aku! Mana aku nak letak muka ni!" Aku meraup wajahku berkali kali.

"Dear, please bagi I peluang untuk tebus balik dosa I. I janji akan jaga you!" Helmi bersungguh sungguh sehingga melutut di hadapanku.

"Aku takkan kahwin dengan kau sebab dalam hati aku hanya ada nama Mikail sahaja. Aku akan dapatkan dia walau dengan apa cara sekalipun."

"No Kirana! You tak boleh jadikan Mikail sebagai bapa budak tu sedangkan I ayah dia. You jangan cari nahas. Dia ada wife Kirana!" Tiba tiba Helmi kegelisahan.

"Kalau itu saja cara yang tinggal, apa aku boleh buat Helmi." Sejurus itu aku terus keluar tanpa berkata apa apa walaupun aku dengar namaku dijerit oleh Helmi sekuat hati. Biar dia rasa!!!

Perlahan lahan senyuman mula menguntum di bibirku. Kau tunggu Mikail! Kau akan jadi milikku juga!!

Helmi meraup wajahnya. Sangkanya apabila dia melakukan sebegitu rupa, Kirana akan melupakan Mikail dan memulakan hidup baru dengannya. Malangnya, Kirana bukan seperti yang difikirkan kerana dia mempunyai agenda tersendiri untuk membalas dendam.

No! Aku takkan biarkan Kirana jatuh ke tangan Mikail....

Satu penumbuk telah digenggam tanda suatu tekad yang mendalam.

......

"Zara tolong masuk bilik saya sekejap!"

"Baik bos!"

......

Pintu dikuak dari luar.

"Ada apa bos?"

"Saya ada meeting apa apa ke hari ni."

"Seperti yang tertera dalam buku saya ni, setakat ni bos tiada perjumpaan dengan mana mana syarikat. Tapi minggu depan bos ada!"

"Kiranya saya freelah minggu ni!" Aku sudah keseronokkan.

"Ya bos!" Zara hanya tersenyum memandang bosnya yang sudah seperti beruk sahaja.

"Terima kasih Zara. Awak boleh keluar!"

"Baik bos!"

......

"Dah kenapa dengan bos aku tu! Senyum sorang sorang!" Aku bercakap sendirian.

"Tengah angau bercinta nak buat apa!" Tiba tiba Zahid menyampuk.

"Yelah tapi aku tak pernah lihat bos sebegitu rupa kot. Memang terkejut aku!" Zara mengusap dadanya.

"Dahlah tu. Asalkan dia tak buat perangai sudah!" Masing masing menganggukkan kepala mereka tanda setuju.

......

Jam menunjukkan tepat pukul 8 malam. Bayang bayang Sara masih tidak kelihatan di rumah. Mikail pula sudah menunggu kepulangannya selama 3 jam tanpa berhenti.

"Mana dia ni?"

Tatkala itu, sebuah kereta berhenti betul betul di hadapan rumah mereka. Kelihatan susuk tubuh Sara yang keluar dari sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Secara tiba tiba, terasa hatinya remuk melihat adegan tersebut. Sara curang dengan aku?

Tiba tiba terasa dirinya penuh dengan rasa kemarahan yang mendadak.

Sejurus Sara masuk ke dalam rumah, aku terus menapak ke arahnya.

"Pergi mana Sara?" Suaraku mendatar sahaja.

Wajahnya yang terkejut itu aku abaikan.

"Eh abang tak tidur lagi ke?" Dia menukar topik.

"Sara jawab soalan aku! Kau pergi mana?" Aku memandangnya tajam.

"Abang kenapa nak marah ni? Sara keluar dengan kawan Sara! Salahkah?"

"Kau keluar tanpa keizinan aku!"

"Umi tak dapat hantar Sara balik jadi Hazim hulurkan pertolongan hantar Sara. Kami bukannya ke mana pun!"
"Tapi aku suami kau! Apa apa kau kena bagitahu aku dulu! Kau isteri aku!" Aku memegang lengannya.

"Kenapa yang abang nak marah ni? Sara keluar je tak buat apa apa pun. Tak penting untuk abang tahu! Takkan semua benda Sara kena bagitahu abang!"

Pang! Satu tamparan melekat di pipi Sara tanpa diduga. Aku sendiri terkejut dengan perbuatanku.

Dia mendongak memandangku dengan wajah yang penuh sinar kebencian. Dan juga matanya penuh air mata yang mula mengalir.

"Tak sangka abang sanggup tampar Sara!" Dia terus menghayunkan langkahnya naik ke atas tanpa melihat aku lagi.

Aku tergamam. Apa yang kau dah buat Mikail? Kenapa kau nak rasa marah tiba tiba tanpa alasan?

Aku meraup wajahku. Maafkan abang Sara.....

Setitis air mataku mula mengalir.







TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro