Bab 10
......
Sayu aku melihat kepala isteriku yang dibalut tebal. Aku menyentuh tangannya dengan perlahan.
Menantikan masa untuk dia sedar mungkin lama lagi.
"Maafkan aku, Sara. Walaupun aku tak pernah anggap kau sebagai isteri aku itu tidak bermakna aku tidak sayangkan kau. Ini semua salah aku. Kalau bukan kaulah mangsa untuk dikahwinkan dengan aku mesti takkan berlaku sebegini terhadap kau."
Tangannya bergerak menandakan yang dia sudah sedar.
Aku yang keseronokan terus menjerit memanggil mamaku.
"Mama, papa Sara dah sedar!"
.......
Aku membuka mataku yang terasa sangat berat. Semuanya kelihatan putih saja.
Di manakah aku?
"Sara ada kat mana?"
Aku menoleh ke kiri. Ada seorang lelaki sedang tersenyum
"Sara akhirnya kau dah sedar." Lelaki tersebut menyoal kepadaku.
Pelik! Siapa pulak laki ni? Mana dia tahu nama aku?
Aku memandang ke sebelah kananku. Kelihatan seorang perempuan tua yang seri mukanya sedang tersenyum ke arahku.
"Ibu?" Aku memanggilnya.
"Sayang, Sara dah sedar. Alhamdulillah!" Ibu terus memeluk tubuhku.
"Ibu rindukan Sara. Nasib baik tiada apa berlaku dekat Sara, sayang."
Aku tersenyum. Tapi aku masih tertanya tanya siapa lelaki sebelah aku ni.
"Ibu, siapa laki ni?"
Semua wajah berubah reaksi dan paling teruk ialah lelaki itu.
"Sara tak kenal siapa dia?"
"Tak ibu." Aku dapat melihat lelaki tersebut seperti kegelisahan.
"Serius adik tak ingat!" Abangku menerpa ke arahku.
"Kenapa semua orang macam nak marah ni?"
"Fattah jangan paksa dia."
Tanpa diduga lelaki tersebut memegang tanganku.
"Sara tak ingat abang ke?"
Dia memandang aku dengan penuh pengharapan.
.....
"Macam mana Sara tak ingat Mika?" Aku memegang kepalaku.
"Mika sabar ya. Semua ni dugaan Tuhan. Mungkin dia saja nak duga kamu."
Tanpa disedari air mataku menitis perlahan.
"Mama, Mika tak pernah rasa macam ni. Mika tak tahu nak describe how. Tapi Mika rasa sedih, kecewa."
Ah! Betapa sakitnya hati aku. Ya Allah!!!
......
Aku termenung ke arah siling. Fikiranku masih terbayang wajah lelaki yang telah mengaku sbgai suami aku.
~flashback~
"Sara tak ingat abang ke?"
Aku menggelengkan kepalaku. Sumpah aku tak ingat sapa laki ni dalam hidup aku.
"Abang suami Sara! Ni cincin kita dua." Dia mengangkat jariku dan jarinya.
Yes! Cincin yang dia pakai sama dengan aku punya. Tapi....
~ end of flashback ~
Kriuk! Pintu bilik wad berbunyi.
Kelihatan kepala ibuku terjengul di sebalik pintu.
"Ibu datang!" Aku tersenyum riang.
"Anak ibu mesti lapar kan?" Ibu menghampiriku lalu menghenyakkan punggungnya di atas kerusi yang disediakan.
"Mestilah lapar. Dah lama Sara tak makan masakan ibu." Aku menjuihkan bibirku.
"Mari ibu suapkan." Lantas ibu menyuapkan nasi ke dalam mulutku.
"Ibu, Sara nak tanya sikit boleh tak?"
"Apa sayang?"
"Betulkah Sara dah kahwin?"
Terus terhenti pergerakan ibu. Tapi, aku dapat melihat kesedihan yang terpancar di sebalik matanya.
"Maafkan ibu Sara. You shouldn know yet!"
"But why? Kenapa ibu tak nak beritahu?" Aku menidakkannya.
"Masa masih tidak sesuai. And ibu nak dia yang usahakan untuk dapatkan kamu and one more thing Sara kahwin dengan dia bukan sebab cinta tapi sebab kena paksa."
Aku tergamam. Kena paksa???
"Maafkan ibu. Ibu balik dulu."
Tanpa dipaksa, aku terus menangis teresak.
.....
"Bro, kau apahal nak jumpa aku ni?"
Aku memandang Hafzan yang masih lengkap berpakaian kerja. Rasa bersalah pula kacau.
"Aku ganggu kau ke?"
"Eh taklah. Just nanti aku nak kena balik awal. Bini aku nk masak....hehehe..."
Bahagianya hidup kau....!!!
"Aku dah jatuh cinta, Hafzan."
"Jatuh cinta? Dengan siapa?"
"Dengan isteri aku sendiri."
Akhirnya aku lega kerana dapat meluahkan perasaan aku yang sebenarnya walaupun bukan dengan Sara.
"Itulah kau. Ego sangat selama ni."
"Tapi dia tak ingat yang aku ni suami dia. Dia kemalangan terhentak kepala."
"Subhanallah! Kenapa jadi macam tu? Mungkin Allah nak uji kau ni?"
"Hafzan aku takut kalau aku kehilangan dia satu hari nanti."
"Mika, percayalah. Allah sayangkan semua hambaNya. Kau hanya perlu kuat saja. Kau buat dia jatuh cinta and ingat kat kau balik. Tu je yang aku boleh kata."
......
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro