'iridescent 》 05
"Tak sangka kita satu kolej kan?" Tanya Ailee. Dia tersenyum gembira. Dia benar-benar berfikir bahawa dia tidak akan bertemu dengan Amar lagi.
"Saya pun tak pernah pun nampak awak. Maybe dulu kita sama-sama busy." Jawab Amar. Kini mereka berdua berada di atas batu dipinggir pantai. Tak jauh pun sebenarnya dari kolej.
"Awak. Saya kan tertanya-tanya jugak lah rupa awak? Hahah ye lah. Selama kita kenal, awak je nampak saya. Saya tak nampak awak pun." Ucap Ailee. Kedengaran agak sayu. Rambutnya beterbangan kerana ditiup angin.
"Hei. Jangan cakap macam tu. Suatu hari awak akan dapat melihat semula dan awak akan tahu rupa saya macam mana. Jangan risau lah." Amar memujuk Ailee. Dalam masa yang sama dia agak sedih.
"Macam mana awak tahu yang saya akan dapat melihat semula?" Tanya Ailee. Dia tersenyum. Amar tidak bersuara. Ailee mengeluh perlahan. Dia tahu Amar tiada jawapan untuk soalan tadi.
"Ish awak ni. Saya bawak awak datang sini sebab nak happy kan awak. Kita cipta memori bersama. Tak payah lah sedih-sedih." Amar duduk dissbelah Ailee. Ailee tersenyum.
Kehadiran Amar dalam hidupnya memang bagaikan anugerah. Amar seperti cahaya yang menyuluh didalam gelap.
"Why not kita perkenalkan diri sekali lagi." Cadang Amar. Ailee hanya mengangguk. Semua pun dia setuju kalau tengah happy.
"Saya start dulu. Nama diberi Ailee Zuhairah. Panggil Ailee. 21 tahun." Ailee tersenyum manis. Amar mengangguk.
"Nama saya Amar Amzar. For short, Amar. For you, call me sayang." Ailee memukul Amar. Suka sangat menyakat dia. Sudah lah muka memerah bak tomato.
Amar memperkenalkan diri sama seperti mula-mula kenal. Ailee tersenyum terkenangkan peristiwa itu. Benarlah orang kata, kalau dah jodoh tak kemana.
"Apa senyum-senyum ni sayang? Fikirkan saya ke tu?" Tanya Amar mengusik. Ailee menutup mukanya. Malu lah kalau Amar nampak dia tengah blushing.
Nanti lagi lah Amar menyakatnya. Cair lah macam ni.
"Tak lah saya terfikirkan peristiwa dulu. Ada orang tu kata dia melawat saya sebab ikut gerak hati dia." Orang yang Ailee maksudkan ialah Amar. Amar tergelak mendengar ayat Ailee. Seperti ditujukan buatnya.
"Itu maksudnya hati orang tu betul. Siapa je tak nak dekat dengan Ailee yang cantik bak bidadari tanpa sayap. Tak sakit ke?" Ailee mengerutkan dahi.
"Sakit? Kenapa pula?"
"Tak sakit ke awak jatuh dari syurga, wahai bidadari." Sekali lagi lengan Amar dipukul oleh Ailee. Nampaknya sakit dah pipi Ailee. Tersenyum aje dia sepanjang hari.
"Jom ambil gambar. Nanti bila awak dah boleh melihat semula, awak tenung lah gambar saya puas-puas ye." Ailee senyum lagi. Amar memanggil seorang lelaki yang berdekatan untuk mengambil gambar mereka berdua.
Amar kembali duduk disebelah Ailee. Amar memandang Ailee tanpa sedar gambarnya ditangkap. Dia memandang kamera dan tersenyum manis. Sesiapa yang pandang boleh pengsan melihatnya.
Dia mengambil phonenya dan sempat berterima kasih pada lelaki itu.
"Girlfriend abang tu cantik sangat. Jaga lah dia elok-elok." Kata lelaki itu lalu menepuk bahu Amar. Amar mengangguk.
Amar memandang suasana yang cantik dihadapannya. Ciptaan tuhan memang cantik. Dia kembali pada Ailee. Ailee sedang menikmati suasana pinggir pantai yang aman ini.
Amar kembali duduk disebelahnya.
"Awak terima tak kalau ada orang tu nak derma mata dia untuk awak?" Tanya Amar secara agak tiba-tiba. Ailee mengerutkan dahi.
"Entah lah awak. Saya pun tak tahu. Saya mampu cakap, saya bahagia bila awak ada." Jawapan Ailee membuatkan Amar tak keruan.
"Cuma sekarang saya macam tak sedap hati. Tak tahu lah kenapa." Ailee bermain dengan jarinya.
"Tak payah fikir sangat. Kalau betul ada yang nak buat sedemikian, awak terima je." Kata Amar. Dia mengusutkan rambut Ailee.
"Eee, apa ni!" Ailee ingin memukul Amar tetapi Amar terlebih dahulu mengelak. Dah dapat agak apa yang Ailee nak buat.
"Tak dapat." Amar mengejeknya. Ailee yang mula rasa tercabar tu mengeluarkan tongkatnya dan memukul apa sahaja yang ada didepannya.
Mereka mula bermain pukul memukul.
_______________
"Seriously?!"
Semua mata di kafe itu memandang Naufa. Naufa menunduk sedikit tanda minta maaf. Mia menggeleng.
"Serious lah. Buat apa saya nak tipu." Amzar memeluk tubuhnya. Acah cool gitu. Naufa dan Mia saling memandang antara satu sama lain. Masih ragu untuk mereka percaya kata-kata Amzar.
"Macam mana ni, Mia. Aku tak nak Ailee sedih. Ailee dah cukul bahagia sekarang. Takkan dia kena jalani derita lagi." Naufa menggoncangkan bahu Mia berkali-kali.
Bukan Naufa je yang buntu, Mia juga sama. Amzar rasa bersalah beritahu perkara itu pada mereka berdua. Tapi dia rasa lagi bersalah kalau dia tidak bagitahu dan berahsia.
"Amzar. Boleh tak awak bagitahu macam mana van tu boleh terbabas macam tu. Kitorang curious nak tahu." Ujar Mia. Naufa mengangguk dan menunggu balasan Amzar.
"Boleh."
"Kenapa, Elica? What have I done?" Tanya Amzar pada Elica. Elica cuma menggeleng dan cuba melepaskan tangannya yang dicengkam oleh Amzar.
"I'm so sorry, Amzar. Saya kena pergi." Elica merentap tangannya kasar. Elica berlari masuk ke dalam teksi yang berhenti berdekatan dengannya.
Amzar membuka langkah seribu mengejar Elica. Namun, dia sudah terlambat. Elica sudahpun pergi dari situ. Dia menyikat rambut kebelakang menggunakan jarinya.
"Arghhhhhhh!!!" Amzar menjerit kuat sambil menangis teresak-teresak. Dia tidak lagi peduli tentang orang ramai yang memandangnya pelik.
Dia sedih dan marah. Dia tertanya apa salahnya.
Dia berjalan ke kereta nya lemah. Hatinya sakit. Dia membuka pintu kereta dan masuk kedalam. Dia menarik nafas dan hembus untuk menenangkan diri nya.
"Apa aku dah buat?! Kenapa kau buat macam ni dekat aku, Elica?!!" Dia menjerit sekuat hati didalam kereta. Kepalanya dihentak kuat pada stereng kereta. Dia ingin balik ke rumahnya untuk berehat.
Dia sedaya upaya bertenang supaya tidak ada kemalangan yang berlaku. Perjalanan ke rumahnya seperti biasa. Tiada apa yang berlaku.
Tiba-tiba satu van dibelakangnya seperti tidak terkawal. Sekejap kekiri dan sekejap kekanan. Amzad tetap tenang. Dia berdoa didalam hati supaya tidak ada perkara buruk yang terjadi.
Van itu tiba-tiba ketepi dan terlalu laju sehingga terlanggar kereta Amzar dari belakang. Akibatnya, van dan kereta Amzar terbabas. Amzar baik-baik sahaja tanpa luka. Cuma tangannya patah.
Dia membuka pintu kereta miliknya. Dia keluar dan menuju ke arah van itu. Dia membuka pintu van. Terlihat seorang perempuan terluka pada dahinnya. Mata pula tertutup rapat.
"T-tolong...s-saya." Perempuan itu bersuara. Lemah. Amzar terus mengeluarkan telefonnya untuk menelefon ambulans.
______________
"Apa ni?" Tanya Ailee. Dia memegang sesuatu yang diagaknya sehelai sapu tangan. Amar tersenyum.
"Ini sapu tangan saya. Awak simpan lah. Kalau awak sedih, lap lah air mata awak guna sapu tangan ni." Amar memimpin tangan Ailee ke kereta miliknya.
Amar sudah sedia. Sedia untuk apa jua yang akan berlaku. Tanpa sedar dia menitiskan air mata. Segera dia menyeka air mata nya.
"Don't cry because it's over, but smile because it's happened."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro