'iridescent 》 04
"Dah. Diorang on the way."
Amar kembali duduk diatas kerusi. Dia merenung wajah cantik Ailee. Ailee belum discharge lagi, tapi Amar sudah takut. Takut dia merindui gadis itu dan tak akan berjumpa lagi dengannya.
"Oh, apa berita buruknya?" Tanya Ailee. Amar menepuk dahinya. Macam mana lah boleh lupa.
"Tak ada apa-apalah." Amar memilih untuk tidak memberitahu Ailee. Biarkan je lah.
"Ailee. Awak ambil course apa?" Tanya Amar. Lebih baik dia menggunakan masa yang ada untuk bersama dengan Ailee.
"Saya ambil course perubatan. Sekarang saya dah buta, saya tak tahu lah saya masih boleh belajar atau tidak? Maybe belajar untuk habiskan sem je." Kata Ailee pasrah. Amar yang mendengar turut berasa sedih.
"Awak tak perlu risau. Kalau awak sedih, saya ada untuk gembirakan awak. Saya tak lupa janji saya tau!" Ucap Amar membuat Ailee berasa sangat gembira. Ailee tersenyum lebar.
"Tapi awak nak cari saya dekat mana?" Senyumannya mula menghilang. Sedih mula menyelubungi diri. Dia tidak pernah serapat ini dengan lelaki. Setakat berbual tu adalah.
Amar berbeza. Dia lah yang selalu menemani Ailee. Pada mulanya mereka totally strangers. Tidak mengenali, namun kini mereka seperti sepasang kekasih.
"Kalau dah jodoh tak kemana, Ailee sayang." Ucap Amar membuatkan pipi Ailee berona merah. Ailee segera menutup mukanya menggunakan telapak tangannya. Tidak mahu Amar melihat mukanya yang terlalu merah.
"Kenapa tutup muka ni, sayang?" Amar sengaja ingin mengusik Ailee yang kini malu dengan panggilan 'sayang'. Amar ketawa kecil. Tangannya menarik lengan baju Ailee.
Ailee memukul lengan Amar.
"Apa main pukul-pukul ni? Tak baik lah." Amar mengusap lengannya yang dipukul tadi. Tak ada lah sakit mana sebenarnya.
"Habis tu, awak mengusik saya tu baik sangat lah." Ailee memalingkan badannya ketepi sedikit. Ailee ingin menguji Amar. Amar kekal tenang.
Agaknya Amar tahu yang Ailee sengaja mahu menguji dirinya.
"Sayang..."
Amar memanggil Ailee manja. Perlahan Ailee mengukirkan senyuman. Mana tahan nak merajuk lama-lama kalau dengan Amar ni. Cair dengar suaranya yang serak itu.
"Mana aci macam tu. Mana boleh panggil sayang!" Ailee memprotes. Nak merajuk pun susah. Amar tersenyum.
"Okey okey. I'm sorry. Jangan lah merajuk." Amar memujuk. Lengan baju Ailee ditarik berkali-kali membuatkan Ailee akhirnya berpaling menghadapnya.
__________________
"Ya Allah sweetnya Ailee dengan Amar!" Naufa mula melompat sedikit kerana teruja. Mia senyum lebar. Dia turut gembira melihat Ailee gembira.
"Weh weh, Ailee blushing. Ah!" Naufa menjerit kecil. Bagi Naufa, mereka terlihat seperti sepasang kekasih yanh saling mengusik. Cemburu dia melihat Ailee.
"Aku happy untuk Ailee. Tapi aku sedih lah. Lepas Ailee keluar, macam mana Amar nak jumpa Ailee? Macam mana Amar nak gembirakan Ailee lagi?" Kata Mia lalu duduk di kerusi yang disediakan diluar wad.
Naufa mengambil tempat disebelah Mia. "Betul juga tu. Kesian Ailee." Naufa juga memikirkan hal yang sama.
Mungkin Ailee sekarang sudah sangat dekat dengan Amar. Jika mereka terpisah, susah lah mereka hendak berjumpa. Mereka hanyalah strangers. Tidak mengenali antara satu sama lain. Setakat tahu nama je.
Mia dan Naufa bangun setelah melihat Amar keluar dari wad. Amar memberikan mereka senyuman. Tetapi mereka tahu senyuman itu terselit kesedihan.
"Thanks Amar sebab selama ni awak jaga Ailee, temankan dia. Thank you sangat-sangat." Kata Naufa pada Amar. Mia mengangguk setuju dengan kata-kata Naufa.
"It's okey. My plessure." Amar melangkah pergi. Mia dan Naufa hanya mampu melihat kelibat Amar yang semakin tidak kelihatan.
"He's not okay, isn't he?" Tanya Mia. Dia kesian pada Amar. Dia dapat merasakan Amar ada perasaan pada Ailee. Kalau tak dia takkan sedih.
"He'll be okay." Jawab Naufa lalu masuk kedalam bertemu dengan Ailee. Mia mengeluh perlahan lalu masuk. Dia menutup pintu wad perlahan.
_________________
"Iridescent?"
"Yeah, iridescent. Kind of rainbowlike of colour dekat...er...hah bubble!" Ailee mengangguk mendengar penjelasan Mia.
Entah lah. Dia teringatkan seseorang bila Mia menyebut iridescent. Memang tak ada kena mengena, cuma itu lah. Tidak tahu mengapa.
Ailee tiba-tiba mengukirkan senyuman. Mia yang pelik itu melambai di hadapan muka Ailee. Ailee masih dengan riak yang sama. Mia menahan gelaknya. Dia tahu apa yang difikirkan Ailee.
"Woi. Menung apa tu cik adik?" Tanya Mia. Ailee tersentak dan menggelengkan kepalanya. Mia tersenyum nakal.
"Teringatkan dia eh?" Ailee menggelengkan kepalanya. Tapi masih lagi tersenyum.
"Dia? Siapa dia?" Tanya Ailee. Ailee segera mengemas barang-barangnya. Kelasnya sudah habis. Kepalanya terhantuk akibat ingin mengambil pennya yang terjatuh.
Mia menolong Ailee mengambil pennya. "Thank you." Ailee berterima kasih pada Mia. Mia menggeleng. Dah tertukar topik dah.
"Ish kau ni. Jangan lah tukar topik. Takkan kau tak ingat dia?" Mia cuba bertanya sekali lagi. Ye lah, takkan semudah tu Ailee lupakan Amar. Mustahil sangat.
"Siapa dia? Cuba bagitahu." Ailee tersenyum. Dia sengaja nak bagi Mia sebut nama dia. Takkan lah dia lupakan Amar.
"Ish kau ni Amar lah!" Ailee tergelak. Akhirnya, Mia menyebut juga namanya. Ailee berjalan dengan tangan memimpin tangan Mia. Dia berjalan seorang? Masuk longkang lah jawabnya.
Mia dan Ailee ingin segera ke kafe kerana Naufa sudah lama menunggu mereka. Tanpa sengaja, Ailee terlanggar seseorang. Atau lebih tepat, orang itu yang melanggar Ailee.
"Hei, perempuan kau buta ke?! Jalan tu tengok-tengok lah sikit." Ailee cuma berdiam diri. Dia tahu dia tidak salah tetapi dia tidak boleh pertahankan dirinya. Betul, dia memang buta.
"Hei, perempuan. Kau yang langgar dia lah! Kau tu yang buta, bodoh!" Mia memarahi perempuan itu. Mia ingin menarik Ailee pergi namun dia berhenti. Dia memandang tajam perempuan itu.
"By the way, kawan aku ni bernama Ailee. Dia memang buta. Tapi sekarang ni, aku rasa kau yang buta." Mia menarik Ailee pergi dari situ. Puas hatinya dapat memarahi perempuan tu.
"Kenapa kau marah dia sampai macam tu sekali?" Tanya Ailee. Mia menggeleng. Ailee ni baik tak bertempat.
"Dia cakap kau buta kot!" Mia tak suka orang berkata begitu pada Ailee. Ye, memang dia buta. Tapi tak semestinya buta hati.
Mia menarik Ailee ke tempat Naufa sedang menunggu mereka. Mia ternampak Naufa sedang bercakap dengan seseorang. Lelaki pulak tu.
Niat di hati ingin mengejutkan Naufa yang sedang bercakap dengan lelaki itu. Tetapi sebaliknya. Mia yang terkejut melihat wajah lelakk itu. Mulutnya ditekup.
Ailee pula tidak tahu apa-apa memandangkan dia tidak boleh nampak. Jadi dia hanya berdiri tak ubah seperti tiang.
"Kenapa?" Tanya Ailee. Mia menyuruhnya duduk dahulu. Mia duduk disebelah lelaki itu dan Ailee duduk dihadapan lelaki itu. Mia dan Naufa tersenyum.
Lega rasanya bila mereka dapat berjumpa dengan Amar. Lelaki yang telah membuatkan Ailee gembira.
"Ada orang nak jumpa kau?"
"S-siapa?" Ailee gugup. Jantungnya tiba-tiba berdetak laju. Ailee sendiri tidak tahu puncanya.
"Sehari tak jumpa, takkan dah lupa saya?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro