Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

'iridescent 》 03


"Saya akan tuntut janji awak."

---

"Sampai planet mana dah termenung tu?" tanya Naufa. Ailee agak terkejut dengan pertanyaan Naufa yang mengejut itu.

"Planet Neptune kot." balas Ailee cuba untuk berloya buruk. Sudah lama tidak mengenakan Naufa. Kalau lah dia dapat melihat wajah cemberut sahabatnya itu.

"Apa yang korang borakkan semalam?" datang pula lagi seorang minah kepoci. Mia Syazwina. Ailee mengukir senyum nipis. Nipis senipis-nipisnya sehinggakan Naufa dan Mia tak perasan.

"Tak ada apa-apa."

"Tipu." jawab Naufa dan Mia serentak.

"Alah cerita lah." kata Mia dengan suara yang manja. Ailee hanya mampu mengangguk dan bercerita.

"Okay."

Naufa dan Mia bersorak gembira tak ubah seperti kanak-kanak. Ailee menggeleng.

"Dia cakap, dia akan cari aku bila aku dah keluar wad. Itu sahaja. Noktah." kata Ailee. Naufa dan Mia mengangguk.

"Mana dia?" tanya Naufa. Ailee mengerutkan dahi nya. Dia? Siapa?

"Siapa?" tanya Ailee.

"Amar lah!" jawab Naufa. Ailee tersengih bak kerang busuk. Otaknya tidak berfungsi buat seketika. Blur lah pagi-pagi ni.

"Tak tahu." jawab Ailee singkat.

Rasa rindu pula pada si 'random person' tu. Ailee tidak terlalu berharap dengan janji itu kerana dia sedar dirinya tidak sempurna seperti orang lain.

---

"Kau pahal bro?" tanya Amzar. Amar mengeluh perlahan sebelum menggeleng.

"Alah share lah bro."

"Tak nak aku cerita dekat kau."geleng Amar. Macam dia tak tahu Amzar ni orangnya bagaimana.

Pantang bagitahu rahsia, dia akan ejek orang tu. Itu lah, ini lah. Semua benda dia nak persoalkan. Teruk betul. Lagi satu, Amzar ni suka sangat bocorkan rahsia orang.

"Amzar, macam mana nak tahu kita suka dekat orang tu ke tak?" tanya Amar. Pandangannya masih tidak lepas dari siling putih di ward hospital itu.

"Kau dah jatuh cinta ke, Mar?"

"Aku tanya kau, kau tanya aku balik pahal?" Amzar menyengih menampakkan sebaris gigi putihnya. Terkejut bila Amar tanya soalan pelik.

Amar mana pernah tanya soalan berkenaan hati dan perasan. Kalau dia tanya tu, mesti ada gadis yang berjaya membuka pintu hatinya.

"Nak jawab ke tak?"

"Ye. Nak jawablah ni." Amzar berdehem untuk membersihkan tekaknya. Kedudukannya di betulkan.

"Bedasarkan pengalaman aku, kau akan rasa nak selalu tengok dia happy. Kalau dia sedih, ada je cara kau nak buat dia dapat balik happy mood dia. Or, kau nak selalu ada dengan dia macam protect dia lah. Semua benda yang dia buat, nampak conel dimata kau."

Amar mengangguk-angguk mendengar penjelasan dari Amzar. Dia tersenyum penuh makna. Dari senyuman itu Amzar tahu yang Amar sudah bertemu dengan kunci hatinya.

Amzar senyum bangga melihat Amar bahagia sebegitu.

"Siapa orang tu?" tanya Amzar. Amar yang dari tadi tersenyum mula berlagak tenang. Mimik mukanya bertukar dingin seperti biasa dia lakukan.

"Siapa?"

"Yang dah buat kau bahagia macam ni lah. Siapa dia?" jelas Amzar. Amzar mengangkat sedikit hujung bibirnya. Kening dijongketkan. Mata tajam melihat ke dalam mata Amar.

Amzar juga boleh buat muka nak makan orang. Bukan Amar sorang je.

"Nanti lah aku bagitahu. Dia tu random person je." kata Amar. Senyuman kecil diberikan.

"Random yang special." sambung Amar perlahan.

"Random apa?"

"Tak ada apa-apa lah."

Amzar menggulingkan bola matanya ke atas. Menyampah dengan perangai Amar yang suka sangat berahsia. Dia mencebik.

"Okay lah bro. Aku pergi dulu. Jaga diri eh." kata Amar lalu bangun dari kerusi yang diduduki nya. Amar menepuk bahu Amzar sebelum berjalan ke pintu.

Amzar memandang pintu itu lama untuk memastikan Amar sudah pergi. Takut dia patah balik je.

"Aku tahu kau suka dia. Aku minta maaf, Mar." kata Amzar bersalah.

_______________

Amar melangkah masuk kedalam wad Ailee. Seperti yang dia selalu lakukan. Cuma kali ini dia tak ketuk pintu. Suprise lah katakan.

"Lah tidur ke?" Amar tersenyum. Dia menongkat dagu sambil memandang wajah anggun Ailee. Tidur pun masih cantik.

Dia memainkan jari nya diatas katil wad milik Ailee. Sekejap dicucuk, sekejap ditampar perlahan. Amar pun tak tahu kenapa dia rasa bosan sangat waktu itu.

"Encik?"

Amar berdiri lalu berpaling ke pintu utama. Kelihatan seorang perempuan memakai pakaian formal bersama kot putih panjang.

Atau lebih senang, doktor.

"Ye, saya."

"Boleh encik ikut saya?" tanya doktor perempuan itu. Amar memandang sekilas nametag besi yang dipakainya.

Maria. Oh, Dr.Maria.

"Sure."

______________________

Ailee bangun dari tidurnya. Seperti biasa, dia membuka mata. Seperti biasa juga, pandangannya hanyalah warna hitam, gelap dan kelam.

Ailee redha. Asalkan dia masih dapat merasa bahagia berkawan, bahagia bercinta, bahagia bersama keluarga.

Yang masih difikirkan oleh Ailee adalah soal cinta. Masih ada ke orang yang mahu kan dia? Dia sekarang berstatus 'orang kurang upaya'.

"Think positive, Ailee. Bersyukur lah yang kau masih hidup di dunia ni. Be grateful of what you have now. Semuanya bersifat sementara."

Ailee mengetuk kepalanya sendiri sebagai peringatan pada dirinya. Sesekali dia melepaskan keluhan. Sesekali dia termenung.

Bosan yang teramat. Pening kepalanya memikirkan sesuatu yang boleh dia lakukan. Pintu terbuka dengan perlahan. Dia mengerutkan dahinya.

"Assalamualaikum, Ailee." Ailee perlahan-lahan mengukirkan senyuman. Kenal sangat dengan pemilik suara 'deep' dan serak itu.

"Waalaikumsalam." Amar mengorak langkah lalu menarik kerusi disebelah Ailee. Tidak lekang senyuman dari bibirnya.

"Saya ada dua berita nak bagitahu awak. Satu berita gembira, satu lagi berita buruk. Nak dengar yang mana dulu?" Tanya Amar. Ailee tergelak kecil. Ada-ada je Amar ni.

"Sudah tentu yang gembira dulu."

"Okay. If that's what you want." Amar berdehem sebelum memulakan bicara.

"Awak dah boleh keluar wad. S-"

"Eh, bukan ada lagi sehari ke?" Tanya Ailee. Itu apa yang Mia dan Naufa bagitahu. Amar tersenyum.

"Ye, tapi doktor kata awak dah boleh keluar. So, give me your phone. Saya nak call kawan awak." Ailee meraba-raba meja disebelahnya. Laci dibuka lekaa phonenya diambil. 

Amar mengambil phone itu dan membuka nya. Malang, ada password. "Password?"

"Oh. 990704."

"Let me guess. Awak lahir 04 Julai 1999." Amar meneka. Ailee tersenyum lalu mengangguk.

Amar menekan call log lalu meng-scroll skrin untuk mencari nombor kawan-kawan Ailee.

"Hahahaah Mia Kepochi. Naufa Busybody. Eeee jahatnya awak ni." Amar tergelak. Kenapa lah Ailee save number kawan dia macam ni? Ailee juga turut tertawa.

"Kitorang save dengan nama yang sama. Mia Kepochi, Naufa Busybody, Ailee Butterfly."

"Kenapa Butterfly?" Tanya Amar. Ailee tertawa mengingatkan hal itu.

"Diorang cakap, saya ni macam butterfly. Cantik dilihat, susah ditangkap. Ada-ada je lah diorang berdua tu." Amar turut mengiyakan. Ailee sungguh cantik dimatanya.

"Saya nak call kawan awak sekejap tau." Amar bangun lalu mengorak langkah keluar. 

"Ailee!!! Kau okey ke? Kenapa kau call?" Amar menjauhkan phone itu dari telinganya. Sudah lah pitching terlalu tinggi, dua suara yang berbeza pulak tu.

"Err, ni saya Amar."

"Oh, Amar. Sorry. Kenapa call eh?" Salah seorang daripada mereka bertanya.

"Ailee dah boleh keluar harini. Awak berdua boleh lah datang sini." 

"Okay. Terima kasih inform kitorang. Sekejap lagi kitorang sampai."

Amar memutuskan talian. Dia mengeluh. Harini mungkin hari terakhir dia berjumpa dengan Ailee. Kalau rindu? Nak cari kat mana?

"Dah call ke?" Tanya Ailee sebaik sahaja Amar masuk kedalam wad itu semula.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro