'iridescent 》 01
Gadis itu masih lagi menangis. Matanya dibalut. Dia masih lagi mempersoalkan peristiwa yang terjadi pada dirinya.
"Dah lah tu, Ailee. Semua ni terjadi bukan sebab kau. Bukan sebab Naufa. Semua ni takdir." kata seorang lagi gadis yang masih memujuk Ailee.
"Ailee. Aku minta maaf sangat-sangat. Kalau lah aku ikut kau pergi kafe tu, semua n..."
"Tak pe lah Naufa. Aku redha. Aku rasa bersalah pula pada korang. Nanti korang terpaksa pimpin aku pergi kolej." kata Ailee.
Ailee tercari-cari susuk tubuh kawannya, Naufa dan Mia. Ailee terus sahaja memeluk Naufa dan Mia tanpa ragu-ragu. Pelukkan itu dieratkan.
Tangan Ailee diraih oleh Mia. Dia mengusap lembut tangan Ailee itu. Dia berasa sangat simpati pada Ailee.
"Esok kitorang datang lagi. Kau jangan asyik menangis je tau." pesan Mia pada Ailee. Walaupun Ailee tidak nampak susuk tubuh Mia. Dia tahu bahawa Mia sekarang berada dihadapannya.
"Aku keluar wad bila?" tanya Ailee.
"Isnin kot rasanya. 3 hari lagi. Sabar ya, sayang." jawab Naufa. Ketiga-tiga gadis itu menghamburkan tawa.
Dengan tawa itu, serba sedikit dapat menghilangkan rasa sedih di hati Ailee.
___________
"Ish kau ni! Aku patah tangan je. Tak payah lah risau sangat." kata Amzar. Lelaki dihadapannya ditenung.
"Risau salah, tak risau pun salah. Macam-macam lah kau ni." jawab abang kembarnya Amar Amzar. Penat melayan karenah adiknya yang sentiasa berubah-ubah itu.
"Kau fikir apa masa memandu tu hah? Sampai accident bagai." tanya Amar. Amzar mengeluh.
"Dah nama pun 'accident' kan? Nak buat macam mana. Takdir." jawab Amzar tenang. Dia tidak mahu abang kembarnya tahu sebab sebenar dia accident.
"Pandai kau menipu eh, Amzar. Nanti bila kau dah bersedia nak bagitahu aku, kau cerita je. Okay?" Amar menepuk bahu Amzar. Sekadar untuk memberi semangat.
Tanpa menunggu balasan Amzar, Amar berlalu pergi. Sampai sahaja di depan pintu wad, dia berhenti.
"Kau tak boleh tipu aku, Adam Amzar."
Amar keluar dari wad adiknya. Dia berjalan sehingga sampai ke satu wad. Kedengaran seperti seseorang sedang menangis.
Tanpa sedar, dia memulas tombol pintu wad tersebut. Kerusi ditepi katil pesakit ditarik sebelum melabuhkan punggungnya.
Dia meneliti setiap sudut wajah gadis itu. Cantik. Comel. Dia mengukir senyuman nipis.
"Awak siapa?" soalan gadis itu menyebabkan Amar tersentak. Jantungnya berdegup laju mendengar suara gadis itu. Tak keruan jadinya.
"Just a random person who come to see you." jawab Amar. Si gadis menunjukkan riak wajah tak puas hati.
"Kenapa awak melawat saya, sedangkan awak tak kenal saya? I mean, tak pernah kenal pun." tanya si gadis lagi. Tangisan nya mula mereda.
"Kalau saya cakap gerak hati saya yang bawa saya ke sini, awak percaya tak?" jawab Amar. Si gadis kehilangan kata-kata.
"Apa nama awak?" tanya Amar. Sekadar untuk memecahkan kesunyian yang tercipta diantara mereka berdua.
"Ailee Zuhairah. Call me Ailee." jawab si gadis. Amar mengangguk walaupun dia tahu Ailee tak mungkin nampak perbuatannya.
"Nama awak apa?" tanya Ailee. Kehadiran Amar sebagai 'random person' ini dapat menghilangkan rasa bosan. Bosan lah duduk kat wad tanpa berbuat apa-apa.
"Kenapa awak nak tahu?" tanya Amar. Saja nak main tarik tali dengan si gadis bernama Ailee Zuhairah.
"Tak aci lah awak tahu nama saya. Saya tak tahu nama awak." jawab Ailee dengan selamba. Amar mengukirkan senyuman manis.
"Okay lah. Nama saya Amar Amzar. For short, Amar. For you, call me sayang." kata Amar dan diselitkan tawa.
"Eeee, mengada lah awak ni!" Ailee mencebik. Perangai si 'random person' sangat susah untuk diteka.
"Kawan awak tak datang sini ke?" tanya Amar. Makin lama, makin terpaut pula pada si Ailee ni.
"Katanya esok datang lagi. Tak tahu lah bila. Well, belajar lagi. Mana tahu ada class esok kan." ujar Ailee.
Tanpa mereka sedar, Naufa dan Mia berada di luar wad mereka. Mereka hanya mendengar perbualan Ailee dan Amar. Nak masuk, takut mengganggu pula.
"Why not kita ketuk je pintu ni?" tanya Naufa. Mia mengangguk.
"Kau lah ketuk." arah Naufa. Mia terus sahaja menggeleng. Tak nak kacau mereka.
"Alah kau lah. Kau yang bagi cadangan." jawab Mia. Mereka pun bergaduh diluar wad, didepan pintu wad, dengan topik 'siapa yang nak ketuk pintu wad'.
"Apa gaduh-gaduh kat luar tu. Masuk lah!" jerit Ailee dari dalam. Mereka berpandangan sebelum Mia memulas tombol pintu.
"Err...sorry kacau korang berdua." ayat itu sahaja yang keluar dari mulut Naufa.
"Eh mana ada kacau. Saya minta diri dulu lah." Amar berdiri dari duduknya dan keluar dari wad.
Sempat dia sedekahkan senyum untuk dua orang kawan Ailee itu. Sebaik sahaja Amar keluar, Naufa dan Mia berebut kerusi.
Walaupun Ailee tidak dapat melihat, dia masih mampu untuk mendengar. Bunyi kerusi yang direbutkan menyapa gegendang telinganya. Ailee menggeleng.
"Kerusi pun nak berebut ke? Meh duduk atas katil ni sorang." Ailee menepuk-nepuk disebelahnya.
Mia duduk diatas katil bersebelahan dengan Ailee manakala Naufa duduk di kerusi.
"Siapa lelaki tadi?" tanya Naufa pembuka bicara yang berjaya. Mia mengangguk kerana dia juga nak tahu siapakah lelaki tadi.
"Aku pun nak tahu jugak. Boleh tahan handsome eh dia." ujar Mia. Ailee mula rasa sedih kerana dia tidak dapat melihat wajah Amar tadi.
"Just a random person who come to see me." jawab Ailee. Dia mengulang kata-kata Amar tadi. Baginya, ayat itu tersangatlah 'random'.
"Ish kau ni! Jawab betul-betul lah." kata Mia. Dia mencubit peha Ailee. Naufa disitu masih memikirkan ayat Ailee tadi.
"Apa? Betullah. Dia yang cakap tadi." kata Ailee. Naufa pula tiba-tiba mendapat idea untuk mengenakan sahabatnya itu.
"Nama dia Amar kan? Kan kan kan?" tanya Naufa. Mia tergelak sama kerana dia juga tahu nama lelaki itu.
Mereka mahu Ailee sendiri yang beri tahu nama lelaki itu.
"Mana korang tahu ni?! Jangan cakap korang..."
"Yes! 100 point for you!" kata Mia sedikit kuat.
"Kitorang terdengar perbualan kau dengan dia." kata Naufa pula dengan nada mengejek.
"Eeee!!! Naufa Nuriyna! Mia Syazwina! Siap lah korang!" jerit Ailee dan memegang meja untuk turun dari katilnya.
Mia dan Naufa sudah melarikan diri. Maka, terjadilah adegan kejar mengejar antara mereka bertiga.
"Jangan jauh-jauh! Aku tak nampak." jerit Ailee. Naufa dan Mia ketawa mengekek.
"Tak keluar dari wad pun!" jawab mereka berdua.
Indahnya bila orang yang menemani kita dalam gelap ialah kawan baik sendiri.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro