bab 02
"..."
Masing-masing mendiamkan diri, masih lagi tergamam dengan kejadian kecil yang baru sahaja menimpa mereka bertiga. "Haih.." Auni menggeleng kepala. Fikirannya buntu. Tidak ada satu pun penerangan yang mampu difikirkan kepala yang boleh diterima logik. Bahkan perkara itu seakan-akan tidak masuk akal.
"J-jadi, kita nak biarkan saja ke benda yang berlaku tadi tu?", tanya Musyrifah dengan nada suara yang bergetar, jelas menunjukkan dia sedang takut. Dia memandang Auni dan Sarah; dua orang kawan baiknya bersilih ganti.
Namun, tiada seorang daripada mereka pun yang membalas pandangannya kembali. Mereka berdua hanya membatukan diri seperti tunggul kayu yang dibiarkan begitu sahaja di dalam hutan belantara. (Okay, maybe I'm just exaggerating)
"Korang.. Jawablah," rayu Musyrifah.
"Entahlah Musy. Aku tak boleh nak fikir apa dah, tapi apa yang aku rasa la, kita mungkin akan mengharungi lagi satu.." Sarah berhenti bersuara.
"Lagi satu?", tanya Auni dengan salah satu keningnya terangkat.
"Lagi satu" Sarah bersuara, masih dengan ayat tergantungnya.
"Kau jangan nak jadi Irfan kat sini pulak eh. Ada jugak aku bagi penampar karang." Musyrifah menaikkan tangan kanannya. Mukanya yang bermasam cuka tadi berubah kepada wajah yang penuh dengan gelak ketawa.
"Apa benda do." Auni tersengih dengan pergaduhan kecil dua orang kawannya itu. Dia mula teringat kembali akan memori lama bersama tiga orang kawannya yang lain. (Ra~di~o klasik~ menggamit kenangan~ E'eh, tiberr)
"Sar, sambung jelah ayat kau tu! Buang masa je kau meniru jadi mamat tu."
"Tapi best apa?" Sarah ketawa. Tangan menutup mulutnya. "Try ah, Auni. Try berlagak macam boyfriend kau."
"..." [Musyrifah & Auni]
.
.
.
.
.
"Tibeeerrr?!" kata mereka berdua serentak.
"Apa benda barai?!" Auni menjerit.
"Weyh, aku tak tahu kenapa.. Aku shipp giler do korang berdua. Djjwjjwjjjwjsjajajhdheh!!"
Berbeza pula dengan Musyrifah yang menyokong seratus peratus apa yang dikatakan Sarah. Ada hari, Sarah dan Musyrifah bersatu kepala dan hati, ada juga hari.. Auni pula yang bersatu hati dan kepala bersama Sarah. Haih! Entah apa nak jadi dengan mereka bertiga, author pun tak tahu. (Kannn!)
"Uishhh.. Dah dapat dah aku support.. Hhehehjskabhduehsh!!" Sarah turut sama berfan-girling, mengeluarkan kata-kata yang author sendiri pun tidak faham apatah lagi kalian; para readers.
"Okey, stop!" Auni mengarah. "Ingat, kita tengah bincang tentang apa. Jangan korang berdua pergi melalut sampai ke New Zealand sana tuh!"
"Hehe!" Sarah dan Musyrifah ketawa kecil.
'Penat do jadi budak paling matang dalam group ni. Kalau Alia ada, takdelah aku merepek macam ni' bisik hati kecilnya. Remaja bertubuh kecil itu hanya mampu mengeluh.
"Hmm?" Pandangan matanya jatuh pada segulung surat yang terletak elok di atas meja kopi. Dengan perasaan cruiga yang semakin membuak, dia mula mencapai surat tersebut, menelitinya dengan lebih dekat dan terperinci.
"Weh, taknak tarik ke riben ni?" soalnya, memandang Sarah dan Auni.
"Boleh je.. Aku tak kisah", jawab Sarah yang mengangkat bahunya, selamba.
"Aku pun okey. Sebenarnya, aku nak tahu juga apa yang tertulis kat dalam tu." Musyrifah pula bersuara.
"Okey!"
Setelah mendapat persetujuan daripada mereka berdua, Auni dengan laju menarik riben tersebut, meleraikan ikatan dan dia meletakkan surat yang masih bergulung itu kembali di atas meja. Dia menarik nafas dalam, berdebar habis dibuatnya.
"Jom bukak," ujarnya dan membuka gulungan itu.
Sebaik gulungan surat itu dibuka, belum sempat mereka mengambil sekilas pandangan isi kandungan yang tertulis di dalamnya, satu cahaya berwarna kuning terang mula bersinar, menyilaukan pandangan mereka bertiga.
"Sprikuenall kohdu.. Sriitanmera muruto.."
Alunan lagu yang dinyanyikan menyapa telinga mereka. Jelas sekali, mereka tidak mengenali siapa empunyanya tapi apa yang mereka boleh gambarkan, suara itu adalah kepunyaan kepada seorang lelaki.
"Gila... Bunyi nyanyi apa pulak yang keluar niii," jerit Musyrifah.
"Seram barai!" Sarah bersuara.
"Ya do.. Tetiba saja muncul suara orang menyanyi. Mana taknya aku seram sejuk," balas Auni, tangan masih lagi cuba mengaburi sinaran aneh itu.
"Siapa yang tengah menyanyi ni?" tanya Sarah dengan kedua belah lengannya berada di hadapan muka, cuba menghalang sinaran cahaya yang begitu terang.
"Kau tanya aku macam aku kenal pulak," kata Musyrifah. Matanya dipejam rapat. "Kenapa tanya aku dan bukannya tanya Auni?"
"Apahal pula dia nak tanya aku? Mestilah dia tanya kau!"
"Aik?! Kenapa aku?"
"Sebab kau kan banyak scandal dengan lelaki. Kot-kotlah ni suara kau punya ex-boyfriend ke~" Sarah mengusik.
"Uish! Jahhaaat~" Musyrifah memandang Sarah dengan wajah yang terluka. Namun dia menyesal dengan tindakannya itu. Habis matanya sakit disebabkan cahaya yang tidak berhenti bersinar.
'Rasa macam nak buta do'
"Ra ho koradu.. Stokunsa spira.."
"Ra- apa?!" [Musyrifah, Auni & Sarah]
"Pintu portal akan dibuka dalam 3-"
"Apa yang-! Woi, portal apa ni?!" Auni menjerit.
"2"
"Aku nak lari tapi aku tak tahu kenapa, kaki aku macam tak boleh nak bergerak," Sarah bersuara dengan nada yang risau.
"1"
Cahaya berwarna kuning itu semakin terang. Bunyi angin kencang dapat didengari dengan jelasnya.
Musyrifah memandang sepintas lalu ke arah kawan baiknya dan sungguh dia terkejut dengan apa yang dilihatnya. "Auni, apa dah jadi dengan kau?!"
Tangan Auni yang berada di hadapan mula bertukar menjadi pasir dengan perlahan dan sesaat kemudian, lentap dari pandangan. Sarah dan Musyrifah menjerit namanya. Mereka berdua mula bertambah bimbang dan takut.
Apa yang akan berlaku kepada mereka bertiga?
Masa pantas berlalu pergi, tidak pernah menunggu sesiapa pun. Akhirnya, giliran Musyrifah dan Sarah tiba dan mereka turut hilang, merasakan apa yang telah berlaku kepada kawan mereka.
Lenyap sahaja mereka berdua daripada dunia realiti, cahaya itu mula malap dan gulungan surat tersebut terbakar dengan sendirinya. Namun, belum sempat surat itu bertukar menjadi debu, ada bunyi ketawa muncul, bergema di setiap sudut rumah itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro