bab 01
Semuanya kini sudah berubah. Daripada persahabatan yang bermula dengan enam, kini ia berakhir menjadi tiga dengan kehilangannya tiga orang sahabat karib mereka.
Dengan hati yang berat, Zulaikha terpaksa meninggalkan kawan-kawannya di belakang dan ikut berpindah ke tempat baru bersama keluarga. Begitu juga dengan Redza, namun bersebabkan ayahnya yang bertukar kerja.
Kesunyian makin dirasai apabila ibu kepada Alieya memaklumkan kepada mereka bahawa Alieya tidak akan kembali ke Malaysia malahan, mereka akan memulakan kehidupan baru di Perancis. Adam yang seakan-akan menerima tamparan yang hebat mengundur diri dan tidak lagi meluangkan masa bersama dengan mereka.
Hanya Alia sahaja yang tinggal. Tidak ada satu pun berita mengenainya sampai di telinga mereka. Masing-masing hanya mampu berharap agar Alia kembali ke pangkuan mereka. Mereka tidak sanggup lagi menahan sakit akibat ditinggalkan oleh seorang insan yang bergelar sahabat.
"Haih.." Sarah mengeluh sambil matanya dilemparkan ke luar tingkap. Pemandangan yang indah di luar kedai hanya dipandang kosong, sedikit pun tidak mencuit hati wanitanya apatah lagi menarik perhatian.
Kemudian, dia merenung kembali cawan seramik putih yang isi kandungannya sudah tinggal separuh. Suara pelanggan yang tidak henti berbual dan bunyi sudu garfu yang berlaga dengan pinggan hanya diendahkan sahaja.
Dia bagaikan sudah hilang arah tuju sejak dia menerima berita daripada dua orang kawan karibnya; Musyrifah dan Auni bahawa Zulaikha dan Alieya akan tidak lagi bersama mereka. Sukar untuk dia menelan hakikat yang sebenarnya. Namun, apa yang dia boleh lakukan?
Tiada apa. Itulah jawapan yang tepat.
Mungkin memang sudah menjadi takdir untuk mereka berdua pergi dan meninggalkan dia dan yang lain.
"Sarah, kau okey?"
"Hmm?" Sarah memalingkan kepalanya. Lelaki yang duduk berhadapan dengannya dipandang. "Sorry. Aku mengelamun tadi. Kau ada cakap apa-apa ke?"
"Haih.. aku tanya kau okey ke tak?"
"O-Oh, aku okey.. aku okey," balasnya sambil tersenyum janggal.
Syafiq menggelengkan kepala. "Still tak boleh nak move on daripada berita tu ke?", tanya Syafiq.
Sarah mendiamkan diri, membiarkan sahaja soalan itu tanpa jawapan. Biarpun begitu, tanda senyap yang diberikannya sudah cukup untuk menjawab pertanyaan Syafiq. Lelaki itu bagaikan sudah cukup mengenali dirinya.
"Dahlah. Aku taknak cakap pasal benda ni lagi. Kau dah takde benda lagi kan nak tanya pasal assignment tu? Kalau takde, aku nak pergi", kata Sarah, mula berdiri. Beg tangannya disarungkan ke bahu.
"Takde. Thank you for coming to see me." Dia melemparkan senyuman kepada gadis di hadapannya.
Dengan senyuman yang tidak dibalas, Sarah memberikan anggukan kecil kemudian berlalu pergi, meninggalkan Syafiq bersendirian di kedai kopi tersebut.
ー ❖ ー
Bunyi pintu dikuak kedengaran jelas di setiap sudut di dalam rumah tersebut. Musyrifah dan Auni menjenguk gerangan yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah dari dinding dapur. Ketika itu, mereka berdua sedang sibuk menyiapkan hidangan minum petang.
Sangkaan mereka, Sarah akan pulang lewat kerana ingin menyiapkan tugasan yang diberikan oleh profesornya tapi awal pula jadinya.
"Kau apahal awal tetiba? Bukan selalunya lambat ke?", tanya Musyrifah. Dulang yang berisi teko dan cawan diletakkan di atas meja kopi.
"Haah! Ingatkan kau nak berdating lama dengan si Syafiq tu. Baru nak suruh kau story", usik Auni dengan muka nakalnya. Pinggan yang dipenuhi dengan potongan nipis kek pisang diletakkannya.
"E'eh, minah sorang ni. Kenapa pulak aku nak berdating dengan mamat tu? Takde kerja ke?"
"Buat tak tahu pulak," Musyrifah tersengih busuk ke arah kawannya itu. Dia seolah-olah tahu apa yang Sarah tidak ketahui.
Dan itu sememangnya betul.
Sarah langsung tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh dua orang kawannya itu. Bukan apa, cukuplah dengan tamparan yang hebat daripada berita itu dan juga tugasan yang cukup berat dan melampau yang diberikan oleh profesornya. Itu semua sudah cukup membuatkan dirinya penat, tidak kiralah dari aspek fizikal mahupun mental.
"Nak cakap, cakap jelah. Nak berkias pulak. Kau ingat ni bahasa arab yang kita belajar kat form 4 dulu ke apa!" Sarah mula bengang.
"Alahai, member paling muda kita ni dah mengamuklah. Comelnya~" Auni berfan-girling.
"Eiii!!" Belum sempat Sarah ingin melepaskan geramnya, bunyi loceng dapat didengar. Sarah berdiri daripada tempat duduknya dan menghampiri sliding door, melontarkan pandangan ke luar. "Ada posmen kat luar pagar. Korang ada beli something ke?"
"Posmen?" Kening Musyrifah berkerut, hairan. "Kau ada beli barang ke, Auni?"
"Eh, takde!" Auni menggeleng laju.
"Habis tu?"
"Kita pergi tengok dululah"
"Hah, okey" Mereka bertiga bangun daripada tempat masing-masing. Auni dan Musyrifah mencapai tudung sarung mereka dan memakainya. Lalu, menuju ke pagar rumah.
Auni membuka pagar dan seorang lelaki lengkap dengan pakaian pos lajunya melangkah masuk.
Tapi aneh sekali, penampilan lelaki itu ternyata sangat unik. Bukan sahaja kerana anak matanya yang berwarna merah menyala malahan warna rambut coklat pudarnya juga.
'Itu bukan warna biasa untuk mata dan rambut orang kat Malaysia' fikir Auni.
Seolah-olah mereka dapat merasakan sesuatu yang aneh daripada lelaki ini, ketiga-tiga wanita itu bertukar pandangan sesama mereka.
"Ehem!" Auni berdehem, cuba memberanikan dirinya untuk bersuara. "A-apa yang boleh k-kami bantu?"
Lelaki itu tersenyum nipis. Tangannya dimasukkan ke dalam kotak yang berada di belakang motorsikal sport besar berwarna hitam dicorakkan dengan merah. Sebaik tangannya bersentuhan dengan apa yang dicari, senyuman dibibirnya menjadi semakin lebar. Sekali pandang, ia kelihatan seperti senyuman jahat yang diukir pada wajah orang pyscho.
"Nah, ini dia", kata lelaki tersebut dengan tangan kanannya menghulurkan segulung surat berwarna coklat pudar dengan riben yang sempurna ikatannya terletak cantik di tengah-tengah gulungan tersebut.
"Surat? Surat apa ni?" Musyrifah tiba-tiba bersuara. Entah dari mana keberanian itu datang.
"Ini surat kitorang ke?" Sarah berkata pula.
Lelaki itu menganggukkan kepala. "Saya pergi dulu. Jumpa kamu bertiga nanti", katanya sebelum menaiki motorsikal dan memecut pergi.
Mereka bertiga tercengang dengan sikap penghantar surat itu.
"Eh, kejap!!" Musyrifah menjerit. Suaranya yang tinggi mengejutkan dua temannya yang lain.
"Tiber do kau jerit" Sarah terkejut.
"Hehe, sorry. Tapi, korang dengar tak apa yang laki tu cakap tadi?"
"Cakap? Cakap apa?", tanya Auni.
"Dia ada cakap 'jumpa kamu bertiga nanti' dekat kita semua", jawab Musyrifah dengan muka yang sudah berubah pucat apabila diingat kembali kata-kata lelaki itu.
"Eh!" [Sarah & Auni]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro