Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🍃 Dia Yang Pergi 🍃

Alisya masih lagi duduk di atas tanah. Dia masih lagi kaku. Masih lagi tidak menerima bahawa suaminya dah meninggalkan dia. Terkapai-kapai di sini.

Saat dia cuba berubah menjadi seorang yang lebih baik. Mengenal siapa tuhan, siapa diri ini....
Dia diuji dengan kehilangan orang yang paling di sayangi...

Syafiq... suami Alisya yang hanya sempat bersama selama 3 hari. Kemudian di jemput Ilahi.
Betapa hati ini meraung sekuat yang mungkin.

Syafiq orang yang pertama cuba mengajak Alisya untuk berubah. Orang lain tiada pun berbuat demikian. Orang luar yang sanggup datang dan bawanya keluar dari kegelapan. Menuju ke jalan yang penuh dengan cahaya.
Sesungguhnya, hidayah untuk datang dari Allah. Dan baginya dia rasa sangat bertuah kerana dapat hidayah ini. Tiada kata - kata kesat yang keluar dari mulutnya. Addinul Nasihat. Nasihat dengan cara yang baik. Sedikit nasihat yang masih lagi terngiang - ngiang di minda.

" Semua ciptaan Allah ni cantik, kalau akhlak kita pun baik, make you much beautiful as well."

" Berubah kerana Allah. Hanya kerana itu awak akan sentiasa berada di jalan yang benar."

" Saya gembira dapat jadikan awak seorang isteri. Bidadari syurga dan akhirat untuk saya."

Air matanya jatuh jua di atas tanah yang masih merah itu. Dia reda dengan ketentuan Allah. Sesungguhnya Allah tak akan uji manusia melebihi kemampuannya. I love you, Syafiq.

Doa daripada Isteri buat Suaminya...

"Ya Allah, tempat kan suamiku bersama orang yang beriman dan jadikanlah aku bidadari yang terindah untuknya di syurga nanti."

Inspirate by :
The Melody of...

Maquia theme song
Lyn ft Hanhae - Love
Nao Toyama - Mercy of lights

_aaizzz_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro