Short:2
××××
"Patik mohon berangkat dahulu,Tuanku Maharaja. Sembah patik harap Tuanku perkenan."
Penuh cermat Soobin menyusun sembah, dalam pada dia turut duduk menongkat lutut di hadapan maharaja dengan penuh tertib.
Maharaja mengangguk-ngangguk kecil dalam senyum yang disematnya untuk Soobin, bagaikan baginda begitu berbesar hati untuk melepaskan Soobin berangkat pergi.
"Pergilah, segeralah berangkat, wahai perantis kesayangan beta. Segalanya beta perkenan, asalkan nanti kamu tak lupa untuk bawa pulang sama bakal gerila untuk beta rekrut di bawah pimpinan beta, barang seorang-dua. Ingat ya?"
Kali ni giliran senyum Soobin pula yang dilakar tenang buat maharaja, saat dia mendengar permintaan baginda yang satu itu.
"Jika tiada aral melintang, janji patik pasti tertunai. Jika aral datang membadai, patik mohon ampun jika janji tak mampu ditunai."
Petah saja lidah Soobin memintal katanya, hingga maharaja yang mendengar katanya pun makin lebar memekarkan senyumnya. Nampak senang saja.
"Tak apa, beta kenal siapa kamu,Choi Soobin. Janjimu sentiasa kau pegang, katamu sentiasa kau perbetul. Segeralah berangkat pergi, semoga nanti kamu boleh segera berangkat pulang. Itu pun sudah cukup menyenangkan buat beta."
Soobin hanya akur dengan titah sang maharaja. Lantas dia bangun dari posisi duduknya tadi sebelum dia memberi salam hormat pada maharaja, dengan cara meletakkan tangan kanannya ke dada kirinya dan tundukkan kepalanya sedikit... sebagai pamitan terakhir sebelum mereka berpisah.
Kemudian dengan beregera dia berangkat keluar dari perkarangan Istana Kim dan seterusnya keluar dari Kota Samsarang, untuk mencari pemuda-pemudi diluar kota sana... yang masih diulit dengan alunan 'Inner Child' yang ada dalam diri mereka.
'Inner Child'...kau tunggu Soobin datang.
++++
tbc
-J'sMine-
*Nak tag orang,Junejin-07~
**Hikayat Kota SamSarang**
Trivia:
*Sebuah Kota yang aman makmur, di sebuah Benua Antah Barantah.
*Mempunyai seorang Maharaja yang adil, tetapi masih tak beristeri.
*Maharaja disayangi seluruh rakyat jelata kerana jiwa rakyat baginda.
*Mempunyai sistem ekonomi negara yang stabil bagi penduduk yang ingin berbudi kepada tanah, dan alam.(jurutera, nelayan, petani, peniaga)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro