Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Short:1


××××

"Kau betul-betul nak teruskan kajian kau di luar Kota Samsarang ni juga ke, Soobin?"

Soobin menggaris senyum tipisnya pada kawannya yang kalut bertanya itu. Dalam masa sama tangannya sedang sibuk mengemas barang keperluannya untuk dibawa bersama sewaktu keberangkatannya ke luar Kota Samsarang nanti. Kawannya terlihat sudah tak senang duduk di depan meja kerja Soobin, seakan dia berat hati ingin membiarkan Soobin pergi bekerja di luar kota SamSarang.

"Kau tahu aku kan San? Aku takkan tenang selagi aku tak dapat temui apa tujuan 'Inner Child' wujud dalam diri kita. Aku nak tahu dengan lebih terperinci tentang 'Inner Child' dan apa kesannya terhadap kehidupan seharian kita.."

"Tapi perlu ke sampai ke luar kota?Takkanlah dalam Kota SamSarang yang besar dan luas ni tak ada seorang pun yang kau boleh cari sebagai sample untuk kajian kau tu?"

Mendengar pintasan soalan balas dari kawannya yang bernada seakan agak tak puas hati terhadapnya itu, senyum Soobin turut diselit elengan kecilnya pula.

"Kau tak faham aku San. Aku tak ingin hadkan subjek kajian aku pada sesuatu puak saja. Lagipun di luar kota sana pasti ada lebih ramai darah-darah muda yang ada 'inner child' yang lebih mengagumkan berbanding darah muda yang ada di dalam kota ini. Kalau kena pada untung nasib, aku boleh jumpa jenis penyakit yang baru pula.Bukan ke ianya menguntungkan?"

Namun San yang mendengar bicara balas dari Soobin pantas saja menggeleng, seakan dia makin tidak berkenan bila mendengar bicara Soobin yang satu itu.

"Tapi aku tak nak berjauhan dengan kau. Kau tahu kan aku baru saja beberapa bulan ikut kau tinggal dalam istana ni. Lagipun aku baru sedang belajar cara tulis tesis dengan kau, masih amatur lagi. Takkanlah kau nak tinggalkan aku terkontang-kanting seorang diri dekat sini dan kau keluar buat kajian di luar kota pula? Kau tak kasihankan aku ke?Ha,Soobin? Binie? Bin-ah?"

Soobin yang mendengar rengekan San yang tidak ingin dia pergi sudah melepaskan keluh kecilnya, meskipun senyumnya masih dilarik di bibir.

Choi San, sepupu dia yang sorang ni kan~.

++++

tbc

-J'sMine-

*Make me slow down to you~♥

**San Choi**

Trivia:
*Sepupu Soobin Choi
*Perantis amatur Istana Kim
*Sumber keyakinan dia terletak pada Choi Soobin.
*Mengidolakan Choi Soobin dalam semua sudut.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro