Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6


"Amin ya rabbalalamin!" Selesai menunaikan solat subuh, aku melipat telekung sambil duduk di atas katil membelakangi suamiku yang masih dibuai mimpi.

Tatkala itu, aku terasa seperti tangan seseorang merayap di belakang tubuhku.

Pantas aku memegang tangannya.

"Abang, janganlah !" Aku mengeluh perlahan.

"Kenapa? Kau tak sudi ke, hurm? " Terus tubuhku dipusing ke belakang.

Jelas kelihatan wajahnya yang sedang memandang aku dengan pandangan yang tajam.

"Bukan macam tu, cuma Hanna tak bersedia lagi." Suaraku semakin perlahan apabila dia menarik tubuhku hampir dengan tubuhnya.

"Ke kau nak simpan dara kau tu untuk boyfriend kau bila aku dah ceraikan kau nanti?" Tanpa diduga, Emer telah terlepas cakap.

Aku terkaku. Emer akan ceraikan aku?

"Apa abang cakap ni? Kenapa Hanna tak tahu semua ni?" Aku menarik tanganku dari genggamannya.

"Okey pagi ni aku akan beritahu kau perkara yang sebenar!" Dia terus menolak tubuhku lalu bangun untuk berdiri sambil bercekak pinggang.

"Sebaik sahaja aku mendapat kontrak syarikat dekat Dubai tu, aku akan ceraikan kau dan berkahwin dengan Sally. Kau tak perlu dah nak ada kaitan dengan aku lagi. Habis cerita!"

"Tapi kenapa? Abang sanggup ke nak tengok mak long bersedih." Aku memegang tangannya seakan merayu.

"Aku kisah apa. Yang penting hati aku ni. Kau tahu tak betapa sakitnya hati aku bila mak long suruh aku kahwin dengan kau. Kau ni dahlah masih belajar. Budak tak matang lagi!" Dia terus menolak tubuhku jatuh.

Air mataku berderai derai mengalir tanpa mempedulikan pandangan Emer terhadapku.

"Takkan langsung tiada sekelumit rasa sayang terhadap Hanna?" Soalan yang agak drastik itu membuatkannya berhenti marah.

"Aku....." Aku tanpa mempeduli terus memintas kata katanya.

"Hanna faham maksud abang. Hanna reda. Mungkin ini dah tersurat sebagai takdir hidup Hanna. Hanna doakan semoga abang bahagia dengan Sally nanti. Hanna memang tak layak untuk abang." Aku pun berlalu keluar dari bilik dengan wajah yang basah walaupun aku dengar namaku dipanggil berkali kali.

......

"Hanna kau okey tak ni?" Teguran Safiya menyedarkan lamunan aku.

"Hurm....okey! Aku okey!" Cepat cepat aku mengelap mataku yang berair.

"Hanna, kau ada sembunyi sesuatu dari aku ke? Come on lah! Cerita dekat aku. Mana tahu aku boleh bantu ke?" Safiya mengusap tanganku lembut.

"Fiya, aku malas nak involve masalah aku dengan belajar. Nanti aku cerita dekat kau ye." Tanganku sambung kembali membuat assignment.

"Yelah!" Safiya pun menyambung kerjanya semula.

Maafkan aku Fiya! Aku tak nak susahkan kau!

......

"Hi sayang!" Aku tersenyum tatkala orang yang aku cintai datang ke pejabatku.

"Sally, what are you doing here?" Aku membetulkan kotku supaya tampak lebih kemas.

"Sayang, I rindukan you tau. Sejak you kahwin ni, you langsung tak call I. Merajuk I!" Sally mencebikkan bibirnya.

"Sal, janganlah begini. Baru seminggu je I kahwin. Lagipun mummy I tu langsung tak bagi I keluar rumah. Katanya suruh layan si perempuan tu!" Emer merangkul erat pinggang Sally dan sengaja ditarik rapat ke arahnya.

"Babe, I miss you!" Nafsu Emer mula bergelodak. Tangannya merayap masuk ke dalam dress pendek yang dipakai oleh Sally.

"Don't be naughty here! Kalau you nak datanglah rumah I malam ni." Sengaja Sally memanjakan suaranya untuk menggoda Emer.

Kau akan jatuh ke tanganku juga, Emer!!!

"Seriously! Ok I will be there at 8 pm." Emer mengeyitkan matanya lalu mengucup sekilas bibir Sally yang merah mungil itu.

Di luar,

"Dah kahwin pun perangai tak ubah ubah!" Zahid membebel.

"Itulah! Kesian dekat isteri dia. Haih, nasiblah kalau dapat suami macam tu." Suzanne pun menyampuk.

"Kalau nak cari suami, carilah macam aku!" Sudah mula si perasan Zahid tu.

"Eh! Kau ni kalau bagi muka sikit mesti nak berlebih kan. Sudahlah perasan kau tu! Buat kerja."

Zahid mencebikkan bibirnya tanda menyampah.

......

"Hanna, nanti aku datang rumah kau. Kita study sama sama ye. Lagipun ni last kita belajar. Lepas tu graduate!" Aku terkesima.

Datang rumah! Suami aku???

"Hanna boleh tak ni?" Suara tinggi Safiya menyedarkan aku.

"Fiya, nanti aku tanya suami aku dulu. Kalau dia bagi bolehlah."

"Eh! Bukan kau tinggal rumah mak long kau ke? Apahal pulak nak tanya suami kau tu?" Safiya menjongketkan keningnya.

"Ya tak ya juga!" Hanna menggaru kepalanya.

"Takpalah! Esok aku datang ye cik. Bye!" Safiya menepuk bahu Hanna sebelum beredar ke keretanya.

......

Lagu yang terpasang di disco sangat kuat. Ramai anak muda yang sering menghabiskan masa di sana.

"Hi Mer!" Teguran seseorang membuatkan aku memalingkan wajahku.

"Eh! Khai ke?" Aku tersenyum. Sahabatku yang aku kenal pertama kali sewaktu belajar di Jerman.

"Aku dengar cerita kau dah kahwin? Tak ajak aku pun!" Aku tersentak.

"Tak perlu kot. Aku malas nak heboh pasal perkahwinan aku." Aku memberi alasan.

"Habis tu macam mana dengan Sally?" Aku terus mendongak memandangnya.

"Kenapa dengan Sally? Aku still go on dengan dialah!" Aku mula meninggikan suaraku.

"Come on bro. Kau ni patut bersyukur sebab petik jari sekali, berbaris perempuan yang nak dekat kau. Takkan kau nak jalin hubungan dengan Sally sedangkan kau married?" Khairy menyentak aku semula.

"Aku tak suka isteri aku tu. Dia bukan pilihan aku tapi pilihan mummy aku. Aku dah janji dengan Sally yang aku akan kahwin dengan dia sebaik aku ceraikan isteri aku." Aku mengeluh.

"Hahahaha! Lawaklah cerita kau ni! Aku rasa kan kau ni tak patut ada girlfriend or wife because kau ni senang nak permainkan hati orang lain. Kau sedar tak apa yang kau buat ni?"

"Kenapa kau nak marah aku? Apa hak kau! Ke kau ada hati dekat Sally?" Bermacam persoalan bermain di mindaku tatkala ini.

"Memang! Memang aku sukakan Sally tapi sebab kau, Sally sanggup tolak aku walaupun dia tahu kau dah kahwin. Kau ni memang jantan tak guna kan?"

Buk! Satu tumbukan ku hadiahkan pada wajah Khairy.

Terus jatuh terjelepok Khairy di atas lantai sambil mengerang kesakitan.

"Kurang ajar kau, Khai! Berani kau nak rampas Sally daripada aku? Dasar kawan tak guna!"

Alangkah terkejutnya apabila Khairy bangun dari jatuhnya lalu menumbuk ku semula. Aku pun jatuh terjelepok sepertinya tadi.

"Emer, kau sepatutnya ingat isteri kau bukannya Sally lagi. Aku yakin isteri kau pasti kecewa dengan kau bila kau tak sayang dia tapi sayang orang lain. Kau jangan sangka orang yang kau cintai selama ini baik sangat ke ha? Aku bagi last warning ja. Kau jagalah isteri kau baik baik." Tanpa menunggu lagi, Khairy terus beredar meninggalkan aku yang masih terpinga pinga.

Tiba tiba, nama Hanna terlintas di fikiranku.

......

Gelap! Aku memandang jam di pergelangan tanganku. Waktu sudah menunjukkan pukul 2 pagi.

Patutlah mesti semua orang dah tidur....

Perlahan lahan kakiku menapak anak tangga untuk naik ke atas.

Dari luar kelihatan jelas bilik masih lagi diterangi cahaya lampu.

Eh! Dia ni tak tidur lagi ke?

Aku pun membuka pintu bilik dengan perlahan.

Kelihatan susuk tubuh seseorang yang sedang tekun membuat sesuatu di meja belajar.

"Kau tak tidur lagi ke?" Soalan tersebut membuatkan Hanna terus memalingkan wajahnya dengan pantas.

"Eh! Abang bila balik?" Hanna terus bangun dan mendekatiku lalu mencapai briefcase yang aku pegang.

Kenapa aku nampak Hanna lain macam je malam ni? Agak menggoda ja.

"Abang nak makan? Hanna boleh panaskan lauk." Sejurus itu aku mencapai semula tangannya yang ingin beredar keluar.

"Tak, aku dah kenyang. Kau temankan aku je."

Dia mengangguk lalu berlalu ke almari untuk meletakkan briefcaseku.

Pandanganku asyik sekali melihat tubuh Hanna yang agak menggoda kepadaku. Malah, dia hanya mengenakan gaun bertali dan labuh ke bawah.

Dadanya yang putih gebu membuatkan aku menelan liur berkali kali.

Emer, tahan nafsu kau tu! Kau dah janji dengan Sally takkan jatuh pada Hanna....

"Abang jatuh ke?" Tangannya yang memegang pipiku membuatkan aku tersedar.

"Taklah. Tak da apa pun!" Aku menolak tangannya bagi membuang perasaan yang macam macam.

"Biar Hanna ambilkan first aid. Hanna sapu ubat ye." Aku cepat cepat mencapai pinggang Hanna dan terus menarik rapat ke tubuhku.

"Aban....."Terus aku menutup mulutnya.

"Shuh! Jangan bercakap dah." Sungguh aku tidak tahan lagi melihat Hanna pada malam ini.

Tatkala aku cuba untuk membaringkannya, dia terus menolak kembali tubuhku.

"Kenapa?" Tanganku masih erat memeluk pinggangnya.

"Saya uzur." Hanna menundukkan wajahnya.

Hanna, please jangan buat aku begini?

Tanpa menghiraukan kata katanya, aku terus mengucup bahunya yang terdedah. Perlahan lahan aku menarik tali gaunnya melorot ke bawah.

Kali ini memang aku tak tahan lagi!
Sally, aku ialah lelaki yang bernafsu juga....

Tanpa diduga, Hanna pantas menolak tubuhku terbaring di atas katil.

"Abang, saya uzur! Bukan masanya lagi." Hanna meluahkan kata katanya itu.

Tiba tiba hati aku menjadi panas.

"Agaknya kau nak serahkan dara kau tu dekat orang lain kot. Sebab tu kau bagi alasan. Dasar perempuan murahan!" Aku menghinanya kembali tanpa mempedulikan perasaannya yang hancur berkecai.

"Abang, Hanna tak terfikir macam tu pun. Tubuh Hanna ni hanyalah untuk suami Hanna saja." Aku dapat melihat berderai derai air matanya mengalir.

"Sudahlah! Pergi mati dengan dara kau tu. Aku pun tak inginlah nak lahap tubuh kau. Baik aku tidur! Tapi kau ingat, bila seorang suami mengajak isterinya ke katil, isterinya tak nak, maka dilaknatlah hingga ke esok pagi!" Terus aku membaringkan tubuhku tanpa menghiraukannya lagi. Entah kenapa aku rasa sedikit kecewa...

"Abang....." Aku memekakkan telingaku walaupun aku dengar namaku dipanggilnya berkali kali.



TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: