Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5


Lagu bermain kuat di dalam kelab tersebut. Ramai anak muda yang sedang menari bagaikan lupa diri.

"Sally, sudahlah! Kau minum banyak sangat ni!" Pantas Farah merampas air arak yang sedang dipegang oleh Sally itu.

"Kenapa? Kalau aku mabuk pun siapa yang kisah! Aku dah tak diperlukan lagi." Tanpa disedari, air matanya terus mengalir.

"Sal, apa yang kau cakap ni? Emer kan ada!" Farah menggoncang bahu Sally.

"Dia dah kahwin Far. Dia dah tak cintakan aku!"

"Siapa kata? Mungkin dia terpaksa kahwin dengan perempuan tu ka? Kau kan pandai bab bab merosakkan rumah tangga orang lain." Farah menjongketkan keningnya.

Perlahan lahan senyuman mula terbit di hujung bibir Sally. Dia mula memikirkan satu rancangan jahat.

"Kau ni pandai teka aku kan?" Sally menampar lembut lengan Farah membuatkan mereka berdua ketawa jahat.

.....

"Kenapa tiba tiba awak muncul tadi?" Aku memecah keheningan yang tercipta di antara kami.

"Kenapa salah ke? Ke kau nak duduk lama lagi dengan kekasih gelap kau tu!"

Ah! Sungguh pedih kata katanya itu.

"Dia dah tiada apa hubungan dengan saya." Aku menegakkan hak aku.

"Hahahaha! Kau ingat aku percaya kata kata kau tu. Perempuan bagi aku semuanya sama! Harga diri takda. Tapi aku tak kisah pun kalau kau nak ada affair dengan dia sebab aku pun memang tak suka dekat kau!"

Please air mata jangan turun...!!!

"Terima kasihlah sebab awak sedarkan diri saya siapa yang sebenarnya." Tanpa menunggu lagi, aku terus keluar dari kereta walaupun aku dengar namaku dipanggil berkali kali.

.....

"Hai bakal pengantin baru!"

"Kau ni ada ada jelah, Fiya." Aku tersenyum kecil.

"Betullah kan? Esok kan kau dah nak kahwin."

"Hurm.....memang pun." Sayu saja kedengaran.

"Kau kenapa? Macam tak happy ja aku dengar."

"Entahlah. Fiya aku nak tidur dulu. Esok jangan lupa datang ye."

"Yelah. Kau pergi rehatkan diri kau secukupnya."

Aku meletakkan telefon aku di atas meja.

Malam ini malam terakhir aku di mana hidup bujang aku akan berakhir.

Ya Allah! Semoga Engkau memberi kebahagiaan pada rumah tanggaku bersama suamiku walaupun dia amat membenci aku.

Aku memejam rapat mataku yang sudah basah dek air mata.

Selamat pengantin baru, Hanna!

.....

"Anak ibu dah siap ke?"

"Kejap! Tengah pakai baju!" Aku membelek sebentar baju pengantin yang telah tersarung elok di tubuhku.

"Dah!" Aku terus membuka pintu.

Ternyata ibu ternganga melihat aku.

"Subhanallah! Cantiknya anak ibu ni."

"Ibu janganlah puji lebih. Hanna berdebar ni!" Aku merungut kecil.

"Takpalah apapun ni ibu ada upah orang tolong make up Hanna. Kamu tolong make up anak saya secantik habisnya?"

"Baik puan!"

"Gudluck sayang!" Ibu memberikan sebuah ciuman di dahiku sebelum beredar meninggalkan aku bersama kakak tersebut.

....

"Emer, kau tak nervous ke?" Helmi menepuk bahu kawannya itu.

"Buat apa aku nak nervous. Aku bukan suka dia pun!" Emer membongkakkan suaranya.

"So buat apa kau kahwin?" Helmi membeliakkan matanya.

"Aku terpaksalah bro. Aku tak nak pun! Dahlah aku masuk dulu. Karang lambat pula nak akad nikah!" Emer berlalu masuk ke dalam rumah yang sudah mula dipenuhi dengan orang ramai.

Helmi tersenyum sinis.

Aku pasti satu hari kau akan suka isteri kau tu. Ego kau akan memamah balik apa yang kau cakap!...., bisik hatinya.

......

Emer pov

Terpana aku melihat kecantikan Hanna yang agak lain daripada selalunya. Baju pengantin yang tersarung di tubuhnya menampakkan lagi keserian wajahnya.

Cantiknya, bisik hatiku tanpa sedar.

"Mer, fokus!" Tepukan Helmi di bahuku menyedarkan lamunan aku.

Ish! Apa aku ni? Boleh melalut pula tengok perempuan tu!

.....

"Sally sudahlah tu jangan menangis!" Penat Farah menjerit dari luar bilik. Tetapi Sally masih tetap begitu.

"Kau pergi Far. Jangan kisah pasal aku. Aku tak nak jumpa siapa siapa pun!" Sally menjerit bagaikan orang gila.

Kenapalah dengan kawannya yang satu ni? Semalam dah elok fikir pasal rancangan tiba tiba jadi macam ni.....

Farah pun beredar keluar meninggalkan Sally keseorangan di dalam rumah.

......

"Aku terima nikah Hanna Qistina Binti Abdul Samad dengan mas kahwin RM300 tunai."

Kini aku sudah sah bergelar isteri kepada Emer Qashah dengan sekali lafaz.

Tanpa dipinta, air mataku terus mengalir laju.

Ya Allah! Aku tidak menyangka semua ini akan berlaku juga.

"Alhamdulillah Hanna dah jadi isteri Emer." Mak long di sebelah menangis kegembiraan lalu memeluk tubuhku erat.

Aku mengangguk.

Aku dapat melihat Emer yang semakin menghampiriku untuk acara pembatalan wuduk.

Dia mengambil cincin yang dikehendaki lalu disarungkan ke jariku sebelum bibirnya mendarat di dahiku. Lama.

Cameraman mula mengambil peranan untuk mengambil gambar kami berdua.

Aku menyalam tangannya lalu mencium lama. Sebak! Itu yang aku rasa kini.

.....

"Congratulation my friend!" Seorang lelaki yang berbangsa Cina memeluk erat tubuh Emer.

"Thanks bro." Aku di tepi hanya memandang sahaja.

"Your wife looks pretty." Kawannya itu memuji aku.

"Alex, behave please!" Emer menolak bahu rakannya yang cuba untuk merapati tubuhku.

"Erk....abang, Hanna nak pergi jumpa kawan Hanna sekejap." Aku memegang tangannya sekejap.

"Hurm."

Aku tanpa menunggu terus beredar ke arah sekumpulan kawanku yang sedang berborak gembira.

"Eh Hanna!" Maisara menegurku.

"Hi!" Aku tersenyum kecil.

"Sumpah kau cantik gila hari ni. Suami kau pun apa kurangnya. Handsome gila!"

"Mana ada biasa biasa ja." Malu pula aku bila dipuji sebegitu walaupun hanya kawan.

"Hanna, lepas kau dah kahwin ni, kau tak nak habiskan belajar ke?"

"Aku tak tahulah. Aku kena tanya suami aku dulu. Sebab mak long aku ada suruh aku kerja dengan dia!"

"Takpalah kalau begitu. Tapi kau jangan lupakan kami pula." Safiya mencebik.

"Mestilah. Kau berdua bestie aku." Aku pantas memeluk tubuh Safiya dan Maisara.

......

"Huh, panasnya!" Sesekali mataku menjeling ke arah Emer yang sedang mengibas baju pengantinnya di sebalik cermin.

Ya Allah! Tiba tiba dada aku rasa berdebar semacam.

Malam ini adalah malam pertama kami berdua.

Relax Hanna. You must calm down yourself. You can do it!

"Erk....abang nak mandi ke? Biar Hanna ambilkan towel."

Aku bergerak menuju ke almari walaupun aku tahu setiap gerak geriku diperhatikan olehnya.

"Kau tak lemas ke bertudung macam tu? Buka jelah. Aku ni dah jadi suami kau pun." Dia bertanya kepadaku sambil memandangku tajam.

"Nanti Hanna buka sebab Hanna nak turun bawah sekejap."

"Kalau aku kata aku nak kau buka tudung tu sekarang macam mana?" Dia menjongketkan keningnya.

"Abang ni kenapa?" Aku memandangnya hairan.

"Kau nak jadi isteri derhaka ke?" Dia memerli aku.

Hanna sabar jelah! Kau kan sayang dia. Baik kau buat!

"Yelah!" Dengan geram aku membuka selendangku sebelum anak rambut jatuh berjuntaian di dahi.

Emer pov

Aku terpana sekali lagi untuk melihat rambutnya yang begitu cantik sekali. Warnanya yang hitam pekat membuatkan aku menelan liur berkali kali.

Lantas aku bangun menghampirinya.

Sumpah! Naluri aku sangat bergetar ketika ini.

Aku pantas memautkan lenganku pada pinggangnya.

.....

"Abang kenapa ni?" Aku menjadi semakin gerun apabila tangannya mula mengurut di pinggangku.

"Shuh! Don't say any words." Dia meletakkan jarinya di bibirku. Wajahnya yang sangat hampir dengan wajahku membuatkan kami mampu mendengar deruan nafas masing masing.

Emer pov

Aku tersedar dari perbuatanku. Terus aku menolaknya ke dinding.

Tatkala itu aku teringat kata kata Sally yang seumpama memberi amaran kepadaku.

Emer macam mana kau boleh tewas dengan godaan perempuan macam ni. Kau benci dia kan?

"Tepilah!" Aku menolak tubuhnya jatuh lalu menghilangkan diri ke dalam bilik air.

.....

Aku mengesat air mataku. Sampai begitu sekali dia anggap aku?

Hanna, kau perlu kuat untuk hadapi semua ni.

Dia tak ubah seperti sampah di hadapan mata suaminya itu.



TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: