Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4


"Fiya, maybe benda yang aku nak beritahu kau ni agak mengejutkan. Tapi just relax okay."

Hari ni aku akan beritahu Safiya yang aku akan berkahwin.

"Macam penting ja!" Safiya menumpukan sepenuh perhatian terhadap aku.

"Aku akan kahwin hari Ahad ni!"

"What? Kau gila ke apa? Kau masih mudalah!"

Aku menggelengkan kepalaku.

"Kahwin tak kira usia, sayang. Aku harus berkahwin dengan dia atas amanah yang diberikan."

"Walaupun dia tak cintakan kau!"

Aku mengangguk.

Ya! Aku terpaksa menelan perit tersebut.

"Siapa lelaki tu?"

"Sepupu aku, abang Emer."

"Sepupu kau tu yang buaya darat tu. Kenapa kau pilih dia juga?" Aku dimarah kembali.

"Sebab mak long aku yang suruh. Aku buat ni sebab aku sayang mak long aku. Aku tak sanggup tengok mak long asyik bersedih ja."

"Hanna aku harap apa yang kau buat ni adalah yang terbaik buat kau. Perkahwinan ni bukan satu permainan tau."

"Yelah Fiya. Aku yakin satu hari Allah akan buka pintu hati dia untuk terima aku."

......

"Nak pergi mana ni abang Emer?" Sekilas pandang, muka dia macam nak telan orang ja.

"Kau jangan banyak tanya boleh tak? Mak long suruh bawa kau pergi ambil baju pengantinlah!"

"Okay! Tak perlulah marah marah."

Brek! Kereta terus berhenti tanpa aku jangka.

"Kau memang suka bagi aku sakit hati kan? Kau ingat aku suka ke nak kahwin dengan kau!"

Kepalaku terus ditunjal sesuka hatinya. Aku pun diam.

.....

"Inilah baju yang Datin tempahkan hari itu."

"Cantik?" Aku menoleh ke wajahnya.

Asyik sekali dia membelek telefonnya itu.

"Abang Emer, cantik tak?" Aku menepuk pahanya.

Terus perhatiannya dialihkan kepada baju.

"Hurm cantik." Entah ikhlas ataupun tidak dia memuji baju itu.

"Kalau cik nak try dulu pun boleh!" Mesra sungguh pelayan tu.

"Boleh juga suruh dia try. Takut ketat ke apa kan?" Pandangannya tajam menikam mataku. Seraya itu, aku menunduk saja dan berlalu masuk ke dalam fitting room.

Puas hati aku dapat perli kau, betina!!!

Emer pun sambung semula chatnya bersama kekasih gelapnya itu.

.....

"Cantik kau pakai baju tu tadi. Sesuai dengan kulit kau!" Aku terpaku.

Buat pertama kalinya, aku mendengar pujiannya yang begitu ikhlas.

"Thank you!"

.......

"Hanna, aku nak cakap sikit dengan kau!" Emer meletakkan sudunya dan terus pandangannya fokus terhadapku.

"Walaupun kita dah kahwin, kau kena ingat yang aku tak cintakan kau and bencikan kau. Aku akan buat apapun sesuka hati aku."

Tidak tertelan air liurku apabila dia berkata sebegitu. Begitu mendalam dia membenci aku... !!!

"Tapi kenapa abang perlu benci Hanna sampai macam ni sekali. Apa yang Hanna dah buat?"

Hanna please jangan menangis...
Be strong!!!

"Aku benci kau sebab kau memusnahkan harapan aku untuk berkahwin dengan Sally. Kau tahu yang aku cintakan dia tapi kau setuju juga!"

"Tapi Hanna buat semua ni sebab mak long suruh!"

"Sebab Hanna pun sayangkan abang." Itu hanya mampu terucap dalam hati sahaja.

"Its up to you! Yang pasti aku takkan layan kau seperti seorang isteri sebab aku hanya layan Sally seorang saja." Dia bangun meninggalkanku yang sudah terhinjut hinjut menahan tangisan.

Ya Allah! Kau kuatkanlah semangat aku untuk menempuh dugaan sebegini....

......

"Sayang seriously ke you nak kahwin dengan perempuan tu?" Sally mencebikkan bibirnya.

"I terpaksa Sally. Kalau tidak I takkan dapat kontrak dekat Dubai tu." Emer meraup wajahnya.

"So I macam mana? I yang sepatutnya kahwin dengan you bukan perempuan tu!" Sally mula memberontak.

"I janji lepas je I dapat kontrak tu I akan ceraikan dia and then kita kahwin okay!" Emer mencium sekilas bibir kekasihnya itu.

Dasar buaya darat....!!!

"But you pun kena janji yang you takkan sentuh perempuan tu and you langsung kena tahan nafsu you dengan dia!"

Emer tergaman. Itu dia tak pasti! Sedangkan pertama kali dia ternampak rambut Hanna sewaktu Hanna ingin solat di dalam bilik tetamu cukup membuat jiwa kelakiannya terusik. Ini apatah lagi bila sudah menjadi halal untuk dipegang....

"Promise me sayang?" Suara Sally memecahkan lamunannya.

"Hurm, I promise." Emer tersenyum paksa.

Kalau Hanna tak sengaja goda dia, dia tak pasti dia boleh tahan atau tidak....

Oh no!!!

......

Lagu ' Cold Water ' nyanyian Justin Bieber berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.

Aku mencapai telefonku seraya menjawab.

"Assalamualaikum!"

Suara pemanggil di corong telefon kedengaran sunyi sepi.

"Hello Hanna. Ini Kal." Suaranya sayu sahaja.

Aku tergamam. Haikal! Selepas 5 bulan kami tidak berjumpa baru hari ini aku dengar suaranya.

Bohonglah kalau aku kata aku tidak rindu untuk mendengar suaranya.

"Hurm....Kal, awak apa khabar?"

"Alhamdulillah saya sihat. Hanna macam mana?" Suaranya yang sedikit serak membuatkan hati aku sebak.

Ya Allah! Tolonglah jauhi perasaan ini. Aku akan berkahwin tak lama lagi. Aku tak nak khianati bakal suami aku.

"Sihat." Sepatah aku menjawab.

"Hanna boleh Kal jumpa Hanna tak? Hari ni dekat kedai yang selalu kita makan waktu dulu."

Aku terkejut.

"Tapi kenapa?"

"Saya ada something yang perlu dibincangkan dengan awak."

"Hurm yelah. Awak tunggu dekat kedai tu dalam pukul 3.30 petang."

"Okey Hanna. Thank you. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Punat merah ditekan selepas aku selesai bersembang.

Apa lagi yang dia mahu daripada aku? Tak cukupkah lagi selama ni!

......

"Laparlah!" Emer mengusap perutnya berkali kali.

Kalau balik rumah, mummy dia tak masak.

"Kedai tu menariklah!"

.....

"Hanna, awak masih tak boleh maafkan saya ke?" Haikal memandangku dengan penuh harapan.

Aku kegelisahan.

"Kal, saya ni hanya gadis biasa. Saya dah lama maafkan awak."

"Tak Hanna. Awak seorang gadis yang sangat istimewa bagi saya. Seorang gadis yang mulia hatinya. Betulkah awak dah tak cintakan saya?" Tangannya tanpa diduga mengurut lembut tanganku.

"Kal apa ni?" Aku menarik kasar tanganku semula.

"I'm sorry!" Dia menunduk balik.

"Kal, maafkan saya kalau apa yang saya akan beritahu awak ni akan membuatkan awak kecewa."

Ya Allah! Tak sanggupnya aku melihat muka dia bila dengar yang aku akan kahwin.

"Saya akan berkahwin hari Ahad ni!"

Tepat sangkaanku. Wajahnya amat terkejut sekali.

"Hanna awak bohong saya kan?"
Dia tergelak.

Eh! Dia ingat aku buat lawak ka? Seriuslah aku nak kahwin.

"Kenapa tak percaya?" Tatkala itu sebuah suara yang sangat dikenali menyampuk. Terus ku toleh wajahku ke belakang.

Emer!

"Awak buat apa dekat sini?" Aku tergamam.

"Kenapa terkejut ke aku datang?" Seraya itu, dia menarik kerusi di sebelahku lalu duduk.

"Hanna ni siapa?" Belum sempat aku ingin menjawab...dia menyampuk.

"Hi aku Emer. Aku bakal suami Hanna. Kan sayang?" Tangannya tanpa segan memeluk bahuku dan menarik rapat ke tubuhnya.

Aku terpaku. Apa semua ni? Kenapa dia perlu buat begini?

And aku masih lagi terpana dengan panggilan 'sayang' yang dia gunakan kepada aku tadi. Kau sengaja buat hati aku cair kan?

"Oh! Jadi inilah bakal suami awak Hanna." Aku mengangguk walaupun aku tahu hatinya terluka melihat aku bersama Emer.

"Aku lupa nak tanya, kau ni siapa?" Emer pula memulakan bicara.

"Saya Haikal, bekas kekasih Hanna." Terus aku mendongak memandang Haikal.

Ini kes nak bertengkar ke apa?

"Oh! Kiranya kekasih gelap kau ke Hanna?" Dia membisik ke telingaku.

Aku tunduk saja.



TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: