Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3


"Eh Hanna! Dari tadi aku tengok kau termenung saja? Ada masalah ke?" Teguran Safiya menyedarkan lamunan aku.

"Mana ada apa apa! Aku sihat ja. Eh! Semalam kau ada kata nak belanja aku kan? Jomlah!" Pantas aku menarik lengannya ke kereta tanpa sempat dia berkata apa apa.

.....

Prang! Emer membaling seluruh failnya ke atas lantai. Dia meraup rambutnya ke belakang. Stres barangkali.

"Kenapa mummy beria sangat nak aku kahwin dengan perempuan tu? Kalau nak dibandingkan cantik baik Sally lagi cantik daripada perempuan tu. Dia tu tutup sana tutup sini. Hish lemaslah!" Dia merungut sendiri.

"Eh bos! Okey tak ni?" Suzanne yang ingin menghampiri bosnya terus berhenti apabila melihat fail yang berselerak di atas lantai bilik.

Dah kenapa bos ni? Sawan ke?

"Suzanne tolong cancelkan semua meeting saya. Saya nak rest hari ini!"

"Erk bos sakit ke?" Suzanne sedikit tercengang.

Kenapa nak ambil cuti pula ni?

"Saya ada hal sikit. Nanti apa apa inform saya. Saya pergi dulu." Terus dicapainya kunci kereta sebelum menghilangkan diri ke dalam lif.

Suzanne hanya mampu menggelengkan kepalanya.

Nasib baik dia ni merangkap PA bos. Kalau tidak tak tahulah apa jadi.

.....

"Hanna kau dari tadi muram je. Tu ayam tu tak berusik langsung!" Safiya membebel.

"Entahlah. Fikiran aku serabut sekarang ni. Aku dah tak tahu nak fikir apa." Aku mengeluh.

"Masalah kau ni macam berat je. Ceritalah dekat aku. Mana tahu kalau aku boleh tolong." Safiya mengenggam tanganku tanda memberi semangat.

"Kita makan dulu. Nanti aku cerita dekat kau." Aku menyambung semula makanku. Dan Safiya pula hanya mampu menjongketkan bahunya saja.

Malas nak panjangkan hal. Takut jadi lain pula.

.....

"Jom kita makan dekat sini. Hari ini I belanja you sayang." Sally memeluk pinggang Emer erat.

"Baby, I belanja youlah. Tak manis kalau perempuan belanja lelaki." Emer mencuit dagu Sally lalu mencium pipi kekasihnya tanpa segan silu.

Hanya nama Sally yang akan terpahat kukuh di hati dan jiwanya.

.......

Mataku tertancap ke arah pelanggan yang baru masuk ke dalam restoran tersebut dan aku terkejut apabila melihat orang tersebut.

Emer?

Tiba tiba hatiku terasa sebak. Jelas kelihatan dia bersama seorang perempuan yang seksi.

Baru aku tahu itulah cinta hati dia yang pernah diperkatakan dulu.

Ya Allah pedihnya hati ini! Sedikit demi sedikit Engkau tunjukkan sikap sebenar bakal suamiku itu.....

Aku menundukkan wajahku apabila mereka berdua mengambil meja yang sedikit hampir dengan meja kami.

......

Emer pov

Kenapa perempuan sebelah meja aku ni asyik tundukkan muka dia ja? But wait! Muka dia familiarlah....

......

"Fiya, aku nak balik. Tak sedap badan pula." Aku mencapai handbagku lalu disangkutkan ke bahu.

"Tapi makanan kau tak habis lagi." Safiya menyekatku.

"Takpa. Aku dah kenyang." Aku terus meninggalkan meja dan berlalu ke kaunter.

.....

Emer pov

Hanna? Dia buat apa dekat sini? Mesti dia nampak aku dengan Sally.

Aku bangun untuk menuju ke arahnya yang sedang berdiri di tepi kaunter.

Yang pasti aku tak nak dia beritahu dekat mummy yang dia nampak aku dengan Sally.

"Sayang you nak pergi mana?" Sally memegang tanganku.

"Wait for awhile." Aku melajukan langkahku ke arahnya.

......

"Anak umi ni nampak tak sihat je?" Puan Leha menegur anak lelakinya iaitu satu satunya hasil cinta bersama arwah suaminya, Kamaruddin.

"Kal okeylah ibu. Cuma Kal tak sangka yang Hanna boleh lupakan Kal macam tu saja." Haikal mengesat air matanya yang mengalir itu.

Tidak terkira betapa banyak kalinya dia menangis kerana perempuan ini.

"Kal, banyakkan bersabar ye. Umi yakin yang anak umi akan berjumpa dengan perempuan yang lebih baik daripada Hanna."

"Umi tak faham perasaan Kal. Kal cintakan dia sejak sekolah. Dia perempuan pertama yang Kal serahkan bulat bulat hati Kal. Bila jadi macam ni, Kal tak boleh terima. Sanggup dia buang Kal macam tu je!"

"Kal sudahlah! Lupakan saja dia. Kalau betul dia jodoh kamu, Allah akan hantar dia kepada kamu." Puan Leha menenangkan anaknya yang mula beremosi teruk.

Ya Allah! Jika benar, Hanna adalah jodoh yang terbaik buatku, aku akan menunggunya.

Haikal mengesat matanya dan mula bernekad suatu misi yang baru.

.....

"Eh apa ni!" Aku melepaskan pautan tangan Emer yang kuat di pergelangan tanganku.

"Kau buat apa dekat sini? Kau sedar tak yang kau tu tak lama lagi akan jadi isteri aku!" Kepalaku ditunjalnya berkali kali.

"Oh isteri! Habis tu yang abang berkepit dengan perempuan entah mana tu. Takpa pulak!" Aku menengkingnya kembali.

"Kenapa? Kau cemburu ke? Oh come on! Please don't tell me that you have fall in love with me, Hanna." Emer tersenyum sinis.

Aku terpaku. Aku cintakan dia! Tak, tak mungkin!!!

"Saya tiada masa untuk semua ini. Saya balik dulu." Aku menukar topik.

"Aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali buka mulut kau tentang Sally dekat mummy. Kalau tidak nahas kau aku kerjakan." Emer mencuit hidungku sebelum beredar masuk kembali ke dalam restoran.

Aku mengeluh perlahan. Ya Allah! Patutkah aku teruskan juga perkahwinan ni kalau dia langsung tak boleh terima aku sebagai isteri dia.

......

Selesai menunaikan solat Isyak, aku terus membaringkan tubuhku ke atas katil.

Lagi seminggu aku akan berkahwin dengan abang Emer.

Kenapalah dalam banyak banyak lelaki, dia juga yang dipilih.

"Dahaga pula tekak ni!" Terus aku keluar dari bilik sambil langkahku menuju ke arah peti ai yang terletak di dapur.

Tatkala aku sedang menghirup air, kedengaran suara ibu memanggilku.

"Hanna, mari duduk sini sekejap."

"Ada apa ibu." Aku mengambil tempat bersebelahan dengan ibuku.

Mataku terus ralik memandang ke arah televisyen yang memainkan dram Isteri Tuan Ihsan.

"Kamu sedia ke nak kahwin dengan Emer?" Satu soalan yang sangat tidak dijangka olehku telah ditanya oleh ibu.

"Kenapa ibu tanya macam tu?" Aku sedikit hairan.

"Kamu tahu kan yang Emer tu terlalu bencikan kamu." Ibu pantas memegang tanganku.

"Ibu, apapun yang terjadi Hanna tetap kena kahwin dengan abang Emer. Hanna tak kisah kalau Hanna tak bahagia sekalipun bila kahwin dengan dia." Tanpa disedari air mataku mengalir apabila berbicara sebegitu.

"Ya Allah! Kenapalah hati kamu ni mulia sangat, Hanna? Kamu tak perlu kahwin pun kalau kamu tak suka." Puan Samzah turut mengalirkan air matanya juga.

"Ibu, Hanna buat semua ni sebab Hanna sayang mak long. Hanna tak sanggup nak tengok mak long asyik bersedih kerana abang Emer bila setiap kali Hanna pergi rumah dia."

"Takpalah kalau itu yang Hanna mahu, ibu hanya boleh berdoa yang terbaik saja untuk Hanna. Semoga Hanna bahagia dengan Emer." Ibu terus memeluk tubuhku erat.

Aku mengangguk dengan mataku berjuraian air mata.

Demi mak long, aku rela!!!




TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: