Bab 13
......
Aku keluar dari bilik air setelah selesai membersihkan diri lalu berjalan ke arah meja solek tanpa menghiraukan Emer yang sedang asyik memandangku.
Mata tu memang gatal! Usya orang macam nak makan saja...., bisik hatiku jengkel.
"Hanna tak lapar ke? Abang ada belikan makanan dekat bawah tadi." Lantas aku memegang perutku.
Lapar gila aku dibuatnya. Siap sekali perut dah berbunyi ni.
Tapi disebabkan ego, aku jawab macam ni....
"Makanlah! Saya tak lapar pun! Tak da selera nak makan!"
Aku dengar dia mengeluh tapi aku buat pekak saja.
"Takpalah kalau macam tu. Nanti Hanna lapar, Hanna ambil dekat dapur ya."
Tersentap seketika hati aku. Kenapa dia masih layan aku baik sedangkan aku cuba untuk sakitkan hati dia?
.....
Petang itu, Puan Samzah menghabiskan masanya dengan menyiram pokok sahaja. Mana tidaknya, pokok orkidnya kebanyakan sudah hampir layu.
Kring!kring! Telefon di dalam rumahnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
"Anisa tolong jawab sat!" Jeritan Puan Samzah telah mengejutkan Anisa yang sedang ralik bermain Instagram di smartphonenya.
"Kejap ibu!" Cepat cepat Anisa berlari anak ke tempat letaknya telefon lalu dijawabnya panggilan tersebut.
"Hello! Siapa ni?"
"Ni Anisa kan? Ibu mana? Along ni."
"Oh along ka! Mati mati ingat siapa tadi. Ibu ada. Nak cakap ke?"
"Panggil kejap. Ada hal emergency ni."
"Kejap tunggu!"
Anisa pun melangkah ke pintu rumah.
"Ibu! Along call. Katanya ada hal sikit nak cakap dengan ibu."
Anisa mencebikkan bibirnya apabila Puan Samzah turut bertanya tentang hal yang ingin dikemukakan.
"Ada ada jelah Helmi ni!"
.....
Aduh! Lapar pulak perut ni!
Sesekali tubuhku berpusing ke kiri dan kanan kerana tidak selesa akan perut yang asyik berbunyi sejak tadi.
Itulah Hanna, kau ego sangat! Dia ajak makan, kau tak nak!
Aku memalingkan wajahku ke sebelah kiri. Kelihatan enak sekali Emer tidur nyenyak.
Agaknya mimpi indah kot, desis hatiku.
Perlahan lahan aku bangun agar tidak akan mengejutkannya lalu berjalan perlahan menuju ke dapur.
Tanganku meraba mencari makanannya yang dibelinya tadi.
Eh! Mana pula dia letak roti tadi tu?
Tatkala itu, lampu di dapur tersebut menyala menyebabkan langkahku terus terberhenti.
Alamak! Kantoi sudah....
"Cari apa tu, Hanna?" Aku dapat rasa langkah dia semakin menghampiriku.
"Erk.....saya carrriii.....makannnnannn yang awak beli tadi tu? Ada lagi tak?" Terus aku menoleh ke belakang bagi menghilangkan rasa malu yang sudah mula menebalkan mukaku ini.
"Oh! Abang ingat Hanna tak lapar so abang dah makan habislah."
Aku tersentap. Dia dah makan habis? Memang bodohlah kau ni Hanna!
"Hurm....takpalah. Saya tidur dulu. Tiba tiba tak rasa lapar dah." Aku pun berjalan dengan perlahan menuju ke katil.
Tatkala itu, tangan Emer menghalang pergerakanku membuatkan aku untuk mendongak memandangnya.
"Hanna ingat abang akan biarkan Hanna tidur dalam keadaan lapar macam ni?" Soalannya membuatkan aku termangu.
"Dah awak makan habis! Saya nak makan apa?" Aku menjongketkan keningku.
Dia terus menarik tanganku berjalan menuju ke meja makan yang terletak di tepi balkoni.
"Tu makanan Hanna!"Aku tergamam apabila dia menunjukkan ke arah meja yang dipenuhi makanan serta terdapat lilin yang sedang menyala.
Candle light dinner ke? Eh, supper!
"Jom makan dengan abang. Abang pun tak makan lagi sebab tunggu Hanna." Dia mengusap rambutku.
Buat seketika hatiku tersentuh melihat kesungguhannya untuk bagi aku makan.
Ya Allah! Benarkah suami aku dah berubah dan hatinya kini hanya ada namaku sahaja.
Sejurus itu, aku terasa seperti sebutir air mataku menitis terkena tanganku.
Ya Allah! Sesungguhnya kau lembutkanlah hati aku supaya dapat menerimanya.
.....
"Tak guna punya Emer. Dia boleh senang lenang pergi honeymoon dengan isteri dia. Tinggalkan aku macam ni ja! Dia memang tak makan ugutan aku rupanya!" Sally asyik sekali membebel seorang dirinya sehinggakan dia tidak sedar dia terlanggar seorang lelaki yang turut berjalan bersebelahannya.
"Hoi! Buta ke apa? Tak nampak orang tengah berjalan!" Sally menempelak lelaki tersebut.
"Minta maaf! Saya tak perasan kot."
"Ish! Dahlah pergi belah!" Terus ditolaknya tubuh lelaki tersebut tanpa semena mena.
"Bodoh punya laki! Jalan tu tengoklah depan!" Tatkala itu, dia terasa seperti terpijak sesuatu.
Terus ditunduknya kepala lalu mengambil kertas tersebut.
"Nombor telefon siapa ni?" Lantas diambilnya kertas lalu dimasukkan ke dalam poket.
......
Aku menggeliatkan tanganku setelah aku tersedar daripada tidur akibat sinaran cahaya yang menembusi langsir.
Tapi aku dapat rasa seperti tubuhku ditindih sesuatu yang agak berat. Ku toleh ke kanan. Dan tanpa disangka Emer melingkari pinggangku dengan lengannya.
Amboi! Ingat aku ni teddy bear ke apa?
Aku cuba untuk mengangkat tangannya tetapi tersangatlah berat.
Dengan kudrat yang ada, aku terus bangun menyebabkan tubuhnya terlentang.
"Ermm....Hanna kenapa ni?"
Aku memandang wajah Emer dengan muka yang menyampah.
"Eh! Dah awak tindih saya dengan tangan awak yang macam raksasa tu dah kenapa?"
Dia tersenyum nipis.
"Salah ke sayang?" Tanganku dipegangnya.
Pantas aku menjauhkan diri lalu berlalu masuk ke dalam bilik air.
Emer pov
Aku tersenyum kecil. Marah marah pun masih comel!
Aku masih tertanya tanya siapa sebenarnya Hanna pada masa silamku???
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro