Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 11


"Fiya nanti minggu depan aku tak datang kelas selama 4 hari tau." Aku menyuapkan sesudu nasi goreng ikan masin ke dalam mulutku.

"Kenapa pulak?" Kening Fiya dijongketkan sedikit.

"Sebab mak mertua aku offer pergi honeymoon dengan suami aku."

"Fuyoo! Kawan kita dah pandai sekarang ni."

"Kau ni ada ada jelah!" Bahu Safiya dicubitku perlahan membuatkan dia mengaduh kesakitan.

"Hope so nanti kau balik ada berita baiklah ye."

Aku terpana. Inginkah suami dia untuk membenarkan aku kandungkan zuriat dia sendiri?

Aku mengeluh perlahan. Entah sampai bila dia harus dilayan sebegini oleh si Emer. Emer tak sedar ke yang segala perbuatan yang dia lakukan telah meluahkan sesuatu perasaan yang sukar ditafsirkan.

.....

"Bos ada orang nak jumpa bos?" Sapaan Suzanne menyebabkan aku tersedar daripada lamunanku.

"Hurm....suruh dia masuk!" Aku membetulkan kotku.

Aku agak terkejut apabila wajah si Hanna menyapa pandanganku.

Panjang umur. Baru tadi aku fikirkan kau, bisik hatiku.

"Maaf Hanna menganggu Emer." Dia menundukkan wajahnya.

"Tak perlu nak beramah sangat. Duduk je atas sofa tu."

Mataku melekat pada tubuhnya yang sedang mengatur langkah ke sofa yang berdekatan.

Aku mengambil tempat bersebelahannya.

"Kau dah makan ke belum?"

"Ha! Erm...belum." Reaksi wajahnya agak terkejut.

"Kalau macam tu, jom kita makan dulu." Aku yang sudah bangun terduduk semula apabila tangan kecil miliknya menarik tanganku.

"Tak perlu susah susah. Nanti Hanna nak pergi rumah ibu juga sebab ibu masak." Wajahnya yang tersenyum manis membuatkan hati aku cair seketika...

Hanna, penangan apa yang kau dah bagi dekat aku ni....

.....

"Ada apa kau ajak aku keluar makan ni?"

"Eh Haris! Kau ni memang tak reti bahasa ke apa?"

Wajah merah milik Safiya menikam pandangan Haris yang agak selamba wajahnya.

"Aku buat apa?"

"Berapa kali aku nak cakap! Tolong jauhi Hanna! Aku tak nak disebabkan kau, rumah tangga mereka porak peranda!"

"Hahahah! Bodohnya kau ni Fiya! Suka hati akulah! Siapa suruh dia reject aku." Haris ketawa sinis.

"Sebab dia dah ada suamilah bangang!"

"Fiya, aku ni jenis lelaki yang takkan berputus asa. Selagi aku tak dapat apa yang aku nak, selagi tu aku akan bekerja keras sehinggalah Hanna betul betul tak nakkan aku. Sorrylah kawan!"

Tanpa menunggu lagi, Haris terus beredar meninggalkan Safiya yang sudah mengalirkan air matanya tanpa dipinta.

Ya Allah! Kenapa kawan aku tak boleh bahagia bersama suaminya???

.....

Aku mengesat air mataku yang laju mengalir tanpa berhenti sejak petang tadi.

Sungguh apa yang aku dengar daripada mulut Emer sendiri benar benar menghancurkan hati aku.

"Kenapa Emer tak boleh terima Hanna macam suami2 lain? Apa salah Hanna? Emer dah tak ingat ke siapa Hanna sebenarnya dalam hidup Emer?"

~flashback~

"Hanna tak minta abang setuju pun cuma demi untuk menjaga hati mak long, Hanna harap abang terima." Suaraku sangat perlahan diucapkan.

"Kau ni memang tak faham ke buat buat tak faham? Aku tahu sangat tujuan mak long offer kita pergi honeymoon sebab dia nak cucu!"

"Kalau yang itu sebabnya, kita usahakanlah. Mana tahu bila kita dah ada anak nanti, rumah tangga kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Hanna dah tak nak benda macam ni terjadi lagi." Aku menyentuh tangannya lembut.

Tanpa disangka, dia merentap tangannya lalu mencengkam semula tanganku.

Aku terkejut!

"Sakit abang!" Aku mengaduh.

"Masalahnya, kau tak layak nak ada zuriat dengan aku sebab aku hanya anggap kau tu bini atas kertas saja. Aku tak nak anak aku ada ibu macam kau. Perempuan sial!" Kepalaku ditunjalnya berkali kali.

Aku tergamam bersama takungan air mata yang sudah pecah mengalirkan air mata yang banyak dan deras sekali.

"Ss......ampai hati abang cakap dekat Hanna macam tu! Apa salah Hanna? Tak cukup ke keperluan yang Hanna sediakan untuk abang selama ni? Hanna tahu abang memang tak sukakan Hanna dari sejak kita mula kahwin lagi sebab hati abang hanya ada nama Sally saja. Tapi Hanna tak minta banyak, cukuplah sekadar abang layan Hanna dengan baik. Maafkan Hanna kalau selama ni Hanna banyak menyusahkan hidup abang sebab nak tanggung Hanna. Hanna pergi dulu." Aku melepaskan genggamannya lalu melangkah keluar dengan hati dan jiwa yang sangat kecewa.

~end of flashback~

Hanna kau perlu kuat! Walauapapun yang suami kau katakan, kau perlu kuatkan semangat.

Aku mengangguk dengan semangat yang baru.

.....

"Bro, lama kau tak datang sini sejak dah kahwin. Ni tiba tiba datang pulak. Ada apa apa ke?" Bahu Emer ditepuk kuat oleh sahabatnya, Zafril.

"Aku berdosa Ril!" Wajah suram Emer menyapa pandangan Zafril.

"Apa maksud kau? Aku tak faham!"

"Aku dah hina isteri aku sendiri. Aku tak berniat pun!" Buat pertama kalinya, Emer mengalirkan air matanya kerana seorang insan yang bernama PEREMPUAN!

"Astaghfirullahalazim! How could that happen?"

"Aku memang nak dia kandungkan zuriat aku. Aku tak nak perempuan lain selain dia sebab aku dah sayangkan dia, Ril. Waktu tu otak aku terlalu serabut dengan masalah Sally yang kerap kali call aku and ugut aku. Disebabkan tu aku telah terlepas cakap yang dia tu perempuan sial!"

"Aku rasa kau patut minta maaf. Jangan sampai dia ambil keputusan untuk larikan diri sebab dia dah tak tahan dengan kau or else hati dia dah tertutup rapat buat kau. Yang tu saja yang boleh aku nasihatkan sementara waktu ni."

Aku mengangguk lemah. Sungguh otaknya sangat buntu bagaimana dia boleh terlepas cakap dekat Hanna macam tu sekali?

.....

Rumah kelihatan gelap sekali. Barangkali dia sudah masuk ke dalam bilik.

Aku melangkah dengan perlahan menuju ke tingkat atas.

Pandanganku melekat pada bilik kami yang samar samar diterangi cahaya lampu bilik.

Kelihatan sesusuk tubuhnya sudah tidur menghadap dinding. Aku memperhatikan tubuhnya yang mengenakan baju yang sedikit jarang membuatkan aku menelan liur berkali kali.

Tengah marah pun sempat lagi nak goda aku rupanya, desis hatiku tersenyum.

Idea nakal mula menerjah kotak fikiranku.

Tapi sebelum tu aku perlu mandi dahulu.

.....

Aku membaringkan tubuhku dekat dengan tubuhnya lalu tanganku tanpa segan silu memeluk pinggangnya yang ramping.

Aku mula terbuai tatkala haruman rambutnya mencucuk hidungku.

Badannya mula bergerak sedikit apabila aku mencium manja lehernya dan juga rambutnya.

"Awak buat apa ni?" Panggilannya yang sudah bertukar sedikit mengguris hatiku tapi itu tidak bermakna aku masih tidak bernilai di matanya.

"Shuh.... Hanna just shut up. Abang hanya nak Hanna malam ni saja."

Aku mengetatkan pelukanku pada pinggangnya.

"Bukan awak cakap yang saya tak layak kandung anak awak ke?"

Soalannya itu membuatkan perbuatan aku terhenti.

Dia memalingkan wajahnya menghadap aku lalu bangun dan duduk bersila di sebelahku.

"Hanna maafkan abang. Abang tak berniat nak cakap macam tu pun sebenarnya."

"Emer! Tolong jangan jadikan saya hanya sebagai pelampias nafsu awak semata mata. Saya ada maruah walaupun awak berhak ke atas saya."

"Hanna! Maafkan abang. Abang tahu abang tak sepatutnya cakap macam tu. Abang sedar abang terlalu ego dengan perasaan abang sendiri. Abang sering menafikan perasaan ni tapi akhirnya abang juga yang kalah." Aku mengucup tangannya lembut bersama deraian air mata yang mula membasahi pipiku.

Aku terpana apabila dia mula menarik tangannya lalu membaringkan semula tubuhnya menghadap dinding tanpa menghiraukan aku.

Ya Allah! Aku bersedia untuk menelan segala hukuman yang kau berikan pada ku ini. Jika ini adalah cara yang mampu melembutkan hati isteriku untuk menerima aku semula, aku redha ya Allah!!!



TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: