Bab 1
Suasana di dalam kelab malam itu sungguh bingit. Ramai anak muda yang sedang menghabiskan masa mereka di situ. Sesekali Emer menggoyangkan kepalanya mengikut rentak lagu yang dimainkan oleh Dj.
"Sayang, jom menari dengan I". Tangan Sally mula melingkari tubuh Emer dengan suaranya yang sengaja dimanjakan.
Emer mula tewas dengan godaan yang diserlahkan oleh kekasihnya itu dan terus menurut sahaja sehingga mereka tewas ke lembah nafsu yang semakin menggila di jiwa.
......
"Amin ya rabbalalamin!" Hanna membuka telekungnya lalu dilipatkan secara kemas untuk disimpan. Sejadahnya pula digantung di tempat penyidai.
Punggungnya dihenyakkan di atas katil dan sejurus itu matanya terarah ke bingkai gambar yang memaparkan wajahnya dan juga ayahnya.
Air matanya mula menitis apabila dia terlihatkan wajah ayahnya yang sedang tersenyum sambil memeluk pinggangnya erat.
"Ayah, Hanna sangat rindukan ayah". Dia mengesat air matanya yang mengalir tanpa berhenti.
Tok!tok!tok! Pintu biliknya diketuk dari arah luar. Terus matanya dikalihkan ke arah pintu.
"Hanna, mari turun sekejap. Kawan ibu nak jumpa."
"Sekejap! Hanna nak pakai tudung." Cepat cepat dia mencapai tudung yang tergantung di almarinya lalu disarungkan ke kepala.
......
"Inilah kawan ibu!" Puan Samzah memperkenalkan kawannya kepada Hanna yang juga turut duduk di sebelahnya.
Tatkala itu mata Hanna bertembung dengan bekas kekasihnya sewaktu di sekolah menengah, Haikal.
Ya Allah! Kenapa aku harus berjumpa dengan dia kembali?
"Ini ke anak Zah. Cantik orangnya." Hanna tersenyum nipis tetapi hatinya masih meronta untuk beredar kerana tidak selesa akan renungan dalam yang diberikan oleh si Haikal itu.
"Hanna, itu Haikal. Katanya dia pernah satu sekolah menengah dengan Hanna. Betul ke?"
"Ye ibu. Dia sama kelas dengan Hanna."
"Dan dia juga bekas kekasih Hanna." Tetapi itu hanya mampu terucap dalam hatinya sahaja.
......
"Suzanne, masuk kejap!" Emer menekan punat telefon untuk memanggil PA nya masuk.
"Ye bos. Ada apa apa yang saya boleh bantu?"
"Hari ini saya ada apa." Emer memandang wajah PA nya.
"Hari ini bos tiada apa apa. Nampaknya bos boleh balik awal." Suzanne tersenyum.
"Takpalah. Awak boleh keluar. Apa apa inform saya."
Emer tersenyum apabila memikirkan yang dia boleh meluangkan sepenuh masanya bersama kekasihnya, Sally.
.....
"Kenapa awak muncul kembali dalam hidup saya, Kal?" Hanna menepis perasaannya yang tiba tiba sebak.
Mana mungkin dia dapat melupakan Haikal secepat mungkin.
"Hanna, saya tak bermaksud nak tinggalkan awak macam tu saja. Tapi saya tinggalkan awak sebab saya pergi sambung belajar di Jordan. Itu saja."
"Hei Haikal! Awak nak tipu saya pun berpada padalah. Kalau betul awak kata awak pergi belajar and selama tu awak tak balas emel yang saya hantar and semualah!"
"Tapi saya masih cintakan awak, Hanna. Saya tahu saya salah. Saya tak sepatutnya buat awak begini." Hanna terpaku melihat Haikal yang sudah mula mengalirkan air matanya.
"Maafkan saya, Kal. Saya dah tak mampu menelan apa yang terjadi dekat diri saya. Saya dah tutup hati saya untuk awak."
Hanna terus beredar meninggalkan Haikal yang sudah terhinjut hinjut menangis. Sekarang baru dia menyesal dengan apa yang dia buat.
Tanpa disedari, kisah mereka telah didengari oleh Puan Samzah.
"Baru ibu faham, kenapa Hanna cuba untuk jauhkan diri daripada berjumpa dengan Haikal tadi?"
......
"Ya Allah! Kenapa dengan Emer ni? Masih balik dalam keadaan mabuk macam ni?"
"Mummy jangan bisinglah. Emer penat nak tidurlah!" Emer menolak tubuh mummynya yang sedang memeluk tubuhnya.
Datin Ratna pantas menarik tubuh anaknya lalu dihempaskan ke atas sofa.
"Mummy ni kenapa?" Emer meninggikan suaranya.
"Mummy really upset with you. Sanggup kamu rosakkan diri kamu sampai begini sekali?"
"Mummy, Emer dah besar. I have my right to do anything for my own life."
"Mummy tak tahu nak cakap apa dengan Emer. Tapi mummy akan buat sesuatu untuk menyedarkan Emer tentang sikap Emer yang sekarang ni." Datin Ratna terus beredar meninggalkan anak lelakinya.
Sungguh dia berasa teramat kecewa dengan perubahan sikap anaknya semenjak arwah suaminya meninggal.
"Ya Allah! Kau kembalikanlah anak aku ke pangkal jalanMu ini.
.....
"Ibu, hari ini Hanna ingat nak pergi rumah mak long. Boleh tolong mak long buat gubahan bunga."
"Pergi jelah. Ibu tak kisah pun. Tapi jangan balik lambat pulak." Puan Samzah mencubit pipi Hanma perlahan.
"Hanna ingat nak buat surprise dekat mak long." Hanna sudah tersenyum menyerlahkan lesung pipitnya itu.
"Apa apa jelah Hanna ni!" Puan Samzah menyambung semula kerjanya yang tertangguh untuk menyiram pokok bunga.
......
"Assalamualaikum! Mak long oh mak long!" Setapak dua tapak, Hanna melangkah masuk ke dalam rumah yang umpama mahligai itu.
Matanya tertancap ke arah seorang lelaki yang sedang asyik menonton televisyen yang sedang memainkan sebuah filem.
"Ini abang Emer ke?" Hanna menegur menyebabkan lelaki tersebut memalingkan wajahnya ke arah Hanna.
Emer pov
Aku terkaku seketika melihat wajah empunya suara itu.
Kenapa aku rasa tenang melihat wajah yang tiada cacat celanya ini? Wajahnya yang putih bersih dan juga mempunyai sedikit kacukan itu membuatkan hatiku sedikit cair.
Eh! Apa kau ni? Ini budak mentah jelah.....
"Kau cari siapa?" Aku meninggikan sedikit suaraku.
Satu suara telah menyampuk.
"Emer, kamu tak kenal ke Hanna?" Mummy bertanya kepadaku.
"Hanna mana pula ni? Manalah Emer tahu! Apa kelas nak kenal si dia ni mummy!" Aku meradang.
Seketika aku melihat wajah perempuan tersebut. Wajahnya sedikit mendung. Dia terasa ke dengan apa yang aku kata?
"Emer, behave your words. Hanna ni cousin kamu. Kamu lupa yang kamu berdua ni selalu main bersama waktu kecil." Mummy sudah mula nak marah.
"Mak long takpalah. Mungkin abang Emer dah tak ingat. Kita tak boleh paksa kan?" Telinga aku mula berdesing.
Ai! Perempuan ni saja nak perli aku ke apa?.....
......
"Mak long, Hanna nak tanya sikit boleh tak?" Hanna menghenyakkan punggungnya di atas bangku sambil matanya tertumpu ke arah mak long yang sedang menggoreng ikan.
"Tanyalah Hanna. Mak long tak kisah pun."
"Kenapa Hanna tengok Mak long macam ada masalah sejak kebelakangan ni. Cuba cerita dekat Hanna."
"Entahlah mak long tak tahu nak buat apa dengan abang Emer kamu tu. Sikapnya sangat sangat berubah selepas arwah pak long kamu meninggal." Suara Datin Ratna mula sayu seperti menahan tangisan.
"Cuba mak long fikirkan cara untuk sedarkan abang Emer. Mana tahu kalau berhasil." Sesekali Hanna mengenggam tangan Datin Ratna untuk memberi semangat yang baru.
"Terima kasih Hanna." Datin Ratna pantas memeluk tubuh Hanna dengan erat.
Ya Allah! Terima kasih kerana mengurniakan anak saudaraku yang berhati mulia ini....
Ya Allah! Aku memohon petunjuk kepadaMu jika benar Hanna adalah jodoh yang terbaik buat anakku Emer....
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro