t i g a
2 tahun lalu.
Seomin lantas terjaga dari lenanya dengan wajah yang sudah berpeluh juga matanya yang tidak henti-henti mengeluarkan cecair jernih. Dia terus menyembamkan wajahnya pada tapak tangannya dan mula menangis.
Tak lama kemudian, dia mula berlari ke kamar mandi apabila tekak tiba-tiba terasa loya, ingin membuang segala isi perutnya secara mengejut. Dia lantas memuntahkan segala isi perutnya ke dalam mangkuk tandas tersebut.
Terus diflush tandas tersebut apabila selesai membuang segalanya yang ingin dibuang oleh tubuhnya. Nafasnya turun dan naik dengan laju lalu badannya terasa semakin lemah. Beginilah dia apabila terlalu banyak menangis. Dia akan mula terasa loya dan tubuhnya akan menjadi lemah.
Seomin perlahan-lahan bangkit untuk mencuci mulutnya yang masih terasa ada sisa muntahnya lalu saat dia memulas pili air itu bagi menghentikan air daripada terus mengalir, dia terus mengesat mulutnya dengan belakang tangannya yang tidak menyokong dirinya dengan memegang sinki tersebut serentak dengan pandangan matanya naik memandang pantulan dirinya di cermin berhadapan dengan sinki itu.
Matanya memandang lama wajahnya yang sembab kesan daripada aktiviti menghamburkan air matanya sebentar tadi. Tak lama kemudian, dia mula menjatuhkan tubuhnya kembali ke atas lantai dengan belakang badannya disandarkan pada dinding kamar mandi lalu dia memeluk lututnya dan kembali menangis apabila teringat akan mimpi ngeri yang baru dialaminya sehingga dia terjaga secara mengejut tadi.
Sehinggalah dia merasakan ada dua tangan menggenggam bahunya yang membuatkan dia terus menghentikan tangisannya lantas mengangkat pandangan, memandang gerangan yang berada di hadapannya.
Jungkook.
-
"Thanks. Korang boleh pergi sekarang." Beritahu Jungkook kepada tiga orang staff hotel yang datang ke bilik hotelnya itu namun salah seorang staff hotel bertanya.
"Macam mana dengan sarapan, tuan muda?" Soalnya secara formal.
"Nanti saya maklumkan semula." Ujar Jungkook, masih tidak terasa ingin mengisi perutnya kerana mindanya penuh dengan Seomin yang sedang terbaring lemah di atas katil itu.
"Baik, tuan muda. Kami minta diri dulu." Dua orang staff hotel itu mula beredar usai mendapat anggukan daripada Jungkook sebagai balasan.
Tak lama kemudian, Seomin mula membuka matanya yang terasa amat berat itu. Dia mula ingin bangkit dari perbaringannya apabila satu suara menegurnya.
"Baring balik. Kau tu demam." Seomin memandang ke bahagian kirinya di mana kelihatan Jungkook sedang duduk memerah tuala di meja sisi katil yang dibaringinya itu.
"Aku tahu jaga diri aku." Balas Seomin, ingin bangkit dari perbaringannya itu namun terhenti sekali lagi.
"Yang degil sangat tu kenapa entah? Cuba sekali dengar cakap aku?" Jungkook menahan bahu Seomin, menghalang gadis itu daripada bangun dari perbaringan. Seomin mula putus asa kerana terasa badannya terlalu lemah untuk melawan hanya mampu mengalah disertakan dengan keluhan berat.
"Kenapa kau buat semua ni?" Soal Seomin mendatar, masih dengan wajah tidak beriak.
"Buat apa?" Soal Jungkook kembali, naif.
"Buat baik dengan aku. Macam takda apa-apa jadi." Seomin membalas.
"Kenapa pula aku tak boleh buat baik dengan classmate aku?" Soal Jungkook lagi dengan soalan, membuatkan Seomin terus memandangnya dengan pandangan menyampah sebelum membalas.
"Manalah tahu kau nak tuduh aku rogol kau ke?" Balasan daripada Seomin mengundang tawa daripada Jungkook yang baru sahaja meletakkan kembali tuala lembab di atas dahi Seomin.
"Kenapa kau gelak?" Soal Seomin, pelik.
"Sebab kau lawaklah, bengap. Sepatutnya aku yang tanya kau, kenapa kau tenang sangat dan tak tuduh aku rogol kau." Ujar Jungkook pula membuatkan Seomin berdenit halus.
"Buat apa nak tanya benda tu kalau aku tahu kau tak buat?" Seomin berkata yakin memandangkan dia tahu tadi, dia terjaga ketika dia masih berada di atas sofa.
"Kau yakin?" Jungkook tersenyum sinis memandang Seomin dengan pandangan nakal.
Ppak!
"Aduh!" Laju sahaja satu tamparan kuat mendarat di lengan Jungkook membuatkan jejaka itu mengaduh perlahan sebelum ketawa Jungkook kembali pecah.
"Buang masa aku je cakap dengan kau." Seomin membalas, menyampah. Tipulah kalau dia cakap dia tidak terasa sedikit pun rasa nak senyum dengan gelagat keanak-anakan Jungkook itu namun dia terlalu penat.
"So, kau okay?" Soal Jungkook setelah agak lama mereka berdiam diri. Seomin hanya diam, tidak membalas.
"You know what? Sometimes, lebih baik kita meluah daripada memendam segalanya sendiri." Sekali lagi, kata-kata Jungkook hanya dibalas dengan keheningan. Jungkook mengeluh berat sebelum dia bersuara kembali.
"Masa umur aku 15 tahun, aku dapat berita mama aku kemalangan jalan raya. Dia meninggal dunia di tempat kejadian." Seomin dengan terkebil-kebil terus mengalihkan pandangannya menghadap Jungkook yang hanya tertunduk, dengan senyuman nipis.
"Aku salahkan diri aku, sebab waktu tu, dia datang untuk ambil aku kat sekolah. You know what's funny? Aku stay here for two months macam aku pula yang hilang bini padahal papa boleh pergi kerja macam biasa. Aku fahamlah sebab kata orang, sibukkan diri adalah cara paling terbaik untuk melupakan sesuatu perkara tragis." Jungkook tergelak kecil dan kemudiannya, dia menyambung lagi dengan suara yang bergetar menahan sebak.
"Sepanjang dua bulan, kehidupan aku tak banyak berubah. Aku pergi sekolah macam biasa, tegur Bangtan macam biasa, kalau orang lain tengok pun, aku macam takda masalah apa. Padahal setiap kali aku balik bilik hotel ni, aku akan menangis, menjerit menyatakan yang aku sangat rindukan mama aku. Tch, macam budak kecil, bukan?"
"Tapi, pada hari yang sama aku belasah seorang budak junior. Aku tahu kau nampak aku kena bawa pergi pejabat dekan. Dia tak bersalah pun. Setakat terlanggar bahu je tapi emosi aku masih tak stabil lagi masa tu. Pagi tu, aku dikejutkan dengan berita papa sebenarnya dah berkahwin lain. Dia perkenalkan aku dengan seorang wanita yang umurnya hanya 8 tahun lebih tua dari aku sebagai mama tiri aku. Mungkin orang lain akan rasa aku tidak matang, tapi aku tidak boleh terima. Aku masih meratapi pemergian mama 5 tahun lepas, tapi papa sudah boleh mencari kebahagiaan baru yang sepatutnya dia perolehi daripada mama. Aku sedih, aku kecewa, aku..."
Tangisan Jungkook yang memang sejak tadi kedengaran seperti ingin pecah akhirnya pecah juga lalu dia menekapkan wajahnya dengan tapak tangannya, menangis teresak-esak, usai meluahkan rasa yang seakan-akan sudah lama dia pendam. Mindanya mula teringat kenangan singkat dirinya bersama mamanya sebelum mamanya meninggalkan dirinya buat selama-lamanya.
Seomin agak tersentak lalu tanpa melengahkan masa, terus sahaja dia menarik Jungkook masuk ke dalam dakapannya. Dia juga agak sebak dengan luahan hati ikhlas daripada Jungkook itu. Sungguh dia tidak sangka, jejaka yang sentiasa ceria seperti Jungkook memendam rasa sakit yang cukup dalam seperti itu. Lima tahun dipendam, pasti berat setiap kali ingin berlakon seperti dia tidak mempunyai masalah langsung.
"It's okay. Lepaskan semuanya, Jungkook. Dah lama kau pendam." Tangisan Jungkook masih tidak reda, habis basah jubah mandi yang dipakai oleh Seomin di bahagian bahunya. Dia pula masih mengusap lembut belakang tubuh Jungkook bagi menenangkan jejaka itu.
Tak lama kemudian, tangisan Jungkook mula perlahan-lahan terhenti lalu tubuhnya mula ditarik keluar dari terus berada di dalam dakapan Seomin. Seomin hanya melihat Jungkook yang sedang mengesat air matanya. Matanya juga sebenarnya agak bergenang, dia faham akan rasapedih yang dialami oleh Jungkook. Masalah yang mereka hadapi mungkin berbeza, namun impak yang diterima oleh mereka mempunyai beban yang sama beratnya, sama pedihnya.
"I'm so sorry kau kena layan drama aku pagi-pagi ni. Tak sangka boleh selega ni lepas aku luah dekat kau." Jungkook menghembus nafas berat dengan senyuman yang nipis diukir di wajahnya dengan kepala yang ditunduk menekur lantai.
-
Kini, mereka berdua duduk di atas lantai, bersandarkan belakang tubuh mereka di katil sambil menghadap tingkap besar yang menayangkan waktu senja hampir ditelan kegelapan malam.
Air coklat panas segera yang dibancuh oleh Jungkook sebentar tadi disisip sedikit oleh Seomin dengan pandangan mata yang masih tidak lekang dari memandang matahari yang sedang terbenam itu. Rasa lega sememangnya menghuni jiwa mereka kerana masing-masing sudah meluahkan apa yang terbuku di hati.
Walaupun ini merupakan kali pertama mereka berkomunikasi berdua, namun entah kenapa, mereka rasa amat selesa dengan kehadiran masing-masing. Malah, suasana hening yang menyelubungi mereka ini langsung tiada rasa kekok.
Masing-masing tidak menyangka insan berlainan jantina yang langsung tidak pernah mereka lakukan sebarang percubaan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain itu yang bakal menjadi orang yang pertama mereka meluahkan masalah mereka.
Betullah kata orang, apabila seseorang itu mula meluahkan rasa yang terbuku di hati, percayalah, tindakan itu sememangnya akan mendorong orang lain untuk berkongsi rasa yang mereka pendamkan juga. Permulaan di mana, kepercayaan mula tertanam di dalam jiwa seseorang bersama nama insan yang mendengar dan kemudiannya, dibalas kembali dengan kepercayaan daripada insan yang mendengar itu.
Pada saat itu, Jungkook sememangnya agak terkejut untuk berpeluang melihat sisi baru datang daripada gadis beku yang sentiasa menjadi buah mulut pelajar di kolej terutama pelajar lelaki memandangkan Seomin sememangnya gadis yang mempunyai rupa paras yang cantik tanpa cacat cela juga tubuh badannya yang ideal.
Tipulah kalau dia kata dia tiada sekelumit pun perasaan suka terhadap Seomin namun dia tepis perasaanya itu kerana merasa semuanya seakan-akan membuang masa malah dia tidak berani membayangkan dirinya dibelasah hidup-hidup oleh Taehyung. Pergh, minta simpang!
Selama ini, Seomin di mana-mana pun dia berada, hanya wajah tidak beremosi yang ditayangkan kepada khalayak ramai. Malah pelbagai gelaran nama diberikan kepada gadis itu namun, gadis itu nampak langsung tidak terkesan. Taehyung juga pernah menyatakan bahawa Seomin di rumah juga sebegitu, sejak kecil.
"Jungkook." Panggilan Seomin mula memecahkan suasana hening di antara mereka. Jungkook mula mengalihkan pandangannya daripada terus meniup air coklat panasnya ke arah Seomin.
"Hmm?"
"Thanks." Seomin mengucap ringkas bersama sebuah senyuman ikhlas yang sudah mampu membuatkan Jungkook terpana seketika sebelum membalas senyuman gadis itu.
Sungguh, itulah pertama kali dia melihat Seomin mengukir senyuman. Dia masih tidak mampu melupakan di mana dia pernah menganggap Seomin adalah seorang gadis yang tidak pernah senyum seumur hidupnya memandangkan masa yang mereka luangkan bersama boleh dikatakan agak lama setiap hari kerana ikatan pertalian darah antara gadis itu dengan Taehyung yang merupakan salah seorang rakan karibnya namun, sekalipun tidak pernah gadis itu menunjukkan sebarang emosi selain wajah tidak beriaknya. Persis robot!
"You should smile more. It really suits you." Balas Jungkook perlahan membuatkan Seomin terus mematikan senyumannya usai ditegur oleh Jungkook, seakan tidak sedar bahawa dia baru sahaja mengukirkan senyuman kepada jejaka itu sebelum dipalingkan wajahnya menghadap pemandangan yang tadinya masih ditemani dengan cahaya matahari terbenam namun, kini sudah ditelan kegelapan.
Jungkook hanya tersenyum melihat reaksi Seomin sebelum dia juga melakukan perkara yang sama sambil menyisip air coklat panas segera dari cawan yang berada di tangan kanannya itu.
I don't know why, but I suddenly hope that this night will be longer than it usually be.
¤¤¤
Just nak inform. Maybe akan sambung update next week sebab I have 4 upcoming tests sampai Ahad. Sendu sebab I have a test on my birthday which is also during BTS anniversary. Spoiled mood gila nak cari link haram tengok live concert. Wish me luck gais🥲
So, insyaAllah isnin or selasa akan sambung update. Tapi, jangan berharap sangat. Yang pasti next week sambung. Jumpa next week pula🥰
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro