Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

prologue

"It's just feel suffocated everytime I wake up in the morning. But, the presence of you surprisingly ease my mind in a blink."
- Kim Seomin

"I love the Kim Seomin who's imperfectly perfect. Always and forever, love."
- Jeon Jungkook

¤¤¤

"Betul kau tak nak aku teman kau balik? Abang kau rasanya lambat lagi nak balik sebab aku dengar semua kelas senior ada gerak gempur." Soal Yeri lalu dibalas dengan gelengan daripada kawan baiknya.

"Tak perlu."

"Serius?" Soal Yeri, menginginkan kepastian. Seomin yang sedang meletakkan buku-bukunya ke dalam loker itu terus berdehem perlahan bagi membalas persoalan Yeri itu.

"Hm." Sempat dia mengambil segala jenis bunga serta coklat yang diterima olehnya itu dari dalam lokernya sebelum menutupnya kembali.

"Alright, then. Balik elok-elok." Pesan Yeri dan terus dibalas pendek oleh Seomin.

"Okay." Dengan itu, Seomin terus saja mengorak langkahnya untuk ke pintu pagar utama kolejnya. Sambil berjalan melepasi pintu keluar bangunan akademik kolejnya itu, tangannya laju membuang segala bunga dan coklat yang dibawa keluar dari lokernya itu ke dalam tong sampah.

Beberapa minit kemudian, dia tiba di sebuah taman permainan yang berada tidak terlalu jauh dari kolejnya. Dia duduk di salah satu buaian yang berada di taman permainan tersebut.

Suasana di taman tersebut agak lengang, mungkin kerana sekarang masih belum tiba waktu kemuncak untuk budak-budak kecil bermain di situ.

Sambil menanti kehadiran seseorang, dia mengeluarkan telefon pintarnya lalu ruangan mesej bersama seseorang dibuka sebelum tangannya mula ligat menari di atas papan kekunci pada skrin telefon pintarnya itu.

- where r u?

- a minute please
- just got out from the dean's office

- okay

Seomin terus keluar dari ruangan mesej tersebut lalu aplikasi media sosialnya dibuka bagi mengisi masa yang kosong sebelum orang yang ditunggu olehnya itu tiba.

"Babe!" Satu panggilan daripada suara yang sememangnya tidak asing daripada deria pendengarannya itu membuatkan kepalanya terus diangkat. Senyuman yang sememangnya tidak pernah terukir di wajahnya kepada sesiapa pun itu mula dilemparkan kepada gerangan yang memanggilnya itu.

"I miss you." Seomin ditarik masuk ke dalam dakapan hangat jejaka itu lalu dia hanya membiarkannya malah membetulkan kedudukan kepalanya pada dada bidang jejaka tersebut.

"I miss you too, Jeon." Mereka mula melonggarkan pelukan lalu jejaka itu menghadiahkan sebuah ciuman ringkas kepada Seomin membuatkan Seomin ketawa kecil.

"Ready to go, babe?" Soal teman lelakinya, Jeon Jungkook yang memegang gelaran 'bad boy' di kolejnya dan juga merangkap pelajar lelaki yang digilai oleh para pelajar perempuan di kolej mereka.

"Always ready for you."

Mereka mula berjalan berpegangan tangan lalu memasuki kereta milik jejaka tersebut sebelum kereta tersebut mula dipandu meninggalkan kawasan taman permainan itu.

-

"As usual?"

Seomin dan Jungkook yang duduk semeja dengannya itu hanya mengangguk kecil, mengiyakan persoalan daripada pelayan di restoran tersebut. Sudah menjadi rutin mereka untuk datang ke restoran tersebut setiap minggu pada hari terakhir kelas pada minggu tersebut.

"So, apa yang you buat sampai boleh masuk dean's office lagi sekali harini?" Soal Seomin, memulakan perbualan bersama teman lelakinya itu.

Mereka mula berbual kosong sementara menanti tibanya makanan yang mereka pesan. Sedang mereka berbual bersama tawaan, mata Jungkook pantas terbuntang besar apabila ternampak beberapa figura yang amat dikenalinya memasuki restoran tersebut.

"Babe! Menyorok!" Jungkook berbisik kuat kepada Seomin sambil menepuk beberapa kali tangan Seomin yang tadinya berada di dalam genggaman tangannya.

Seomin yang agak terkejut itu terus dengan pantas menyumbatkan dirinya di bawah meja. Dan, pada ketika itulah, makanan mereka tiba.

"Jangan datang sini. Jangan datang sini, please. Jangan-" Jungkook bercakap sendirian, berharap agar mereka tidak perasan akan kehdirannya di dalam restoran tersebut.

Namun, harapannya meleset apabila...

"Jungkook?"

"Oh shit." Teragak-agak dia mengalihkan pandangannya bersama senyuman kecil yang jelas keterpaksaannya, menghadap 6 jejaka yang tak lain dan tak bukan, kumpulan rakan karibnya.

"Kau balik kalut-kalut lepas keluar dari pejabat dekan sebab nak datang sini?" Soal Seokjin lmemandang Jungkook sebelum pandangan di bawa ke arah makanan yang sememangnya jelas seperti rakannya itu datang bersama seseorang.

"Err, ha. A-aku lapar sangat tadi." Balas Jungkook, terasa ingin menggali tanah dan menguburi tubuhnya di dalam tanah apabila terasa alasannya kedengaran agak bodoh selepas ditutur secara spontan olehnya.

"Tch. Macamlah kami ni bengap sangat. Mesti kau tengah date, bukan?" Kini, Namjoon pula yang bersuara.

Jungkook mengerdipkan matanya berkali-kali sebelum tangan kanannya mula naik dan melekap di belakang lehernya sambil mengusapnya, janggal. Senyuman bersama gigitan lembut pada bawah bibirnya ditayang.

"Fine. Siapalah kami ni untuk kau perkenalkan girlfriend kau, bukan?" Jimin mula mencelah, sengaja membuat suaranya seakan-akan seperti merajuk.

"Erm."

Dengan itu, rakan-rakannya mula mengorak langkah ke meja kosong yang agak jauh dari meja yang dihuni oleh Jungkook itu. Jungkook memandang sahaja kelibat mereka yang semakin menjauh sebelum fokusnya diganggu dengan beberapa tepukan pada pahanya dari bawah meja.

Alas meja lantas diselak sebelum wajah teman wanitanya mula menghiasi pandangan matanya.

"Diorang dah pergi ke?" Soal Seomin, sambil tangannya masih berada di atas paha Jungkook, cuba untuk mencuri lihat dari bawah meja tersebut dengan bantuan Jungkook yang sedang mengangkat alas meja tersebut, memberi ruang untuknya melihat ke luar.

"Ada lagi. Dekat meja hujung belakang." Ujar Jungkook disertakan dengan keluhan.

"Then? How bout me? Lenguhlah macam ni."

"Why don't kita..."

Beberapa minit kemudian, Seomin mula keluar dari penyembunyian lalu tanpa berdiri tegak, memastikan belakangnya menghadap meja yang dihuni oleh keenam rakan karib Jungkook termasuk abangnya itu dan terus berjalan sambil menundukkan pandangannya terus ke arah pintu keluar.

Tak lama kemudian, Jungkook melihat sekeliling lalu dia mula mengikut jejak Seomin. Sempat dia membiarkan beberapa not won di atas meja bagi membayar makanan yang tidak sempat disentuh oleh mereka itu.

Saat langkah Jungkook diderapkan melepasi pintu keluar restoran tersebut, terus tangannya ditarik, melarikan diri berdua, menuju ke arah tempat parkir kereta yang berada tidak jauh daripada restoran tersebut.

Hembusan nafas berat dilepaskan saat mereka tiba di kereta milik Jungkook lalu badan mereka terus disandarkan pada tubuh kereta Jungkook itu. Mata mereka kemudiannya bertembung sebelum tawa mereka mula pecah, memenuhi kesunyian di tempat parkir kereta tersebut.

"Nampaknya, your house will be our usual next target."

"That's right. Habislah makanan dekat rumah I kalau tiap hari kena sponsor makanan dekat you."

-

Tiba sahaja di kawasan rumah Jungkook, Jungkook mula menarik brek tangan keretanya sebelum pandangannya mula dilemparkan ke arah Seomin.

"Here, another challenge." Keluh Seomin, perlahan, menarik perhatian Jungkook yang  baru sahaja mematikan enjin keretanya.

"Well, you yang tak nak I pergi rumah you takut kena tangkap dengan Taehyung, right?" Kata Jungkook, mengundang decitan halus daripada Seomin.

"Eleh, you tu pun. Sanggup ke nak kena tangkap dengan abang I tu?"

"Then, that will be my death day."

Balasan daripada teman lelakinya itu membuatkan Seomin tergelak kecil sebelum mereka mula bergerak mengikut haluan masuk masing-masing. Memandangkan hubungan mereka adalah secara rahsia, jadi, Seomin perlu naik ke bilik Jungkook menggunakan satu tangga bertali untuknya mendaki ke beranda bilik teman lelakinya itu.

Pandangan Seomin mula disapa dengan wajah Jungkook sebelum teman lelakinya itu melemparkan tangga bertali yang membantu Seomin naik itu ke bawah. Seomin dengan pantas mendaki tangga tersebut.

Tanpa berlengah, Jungkook terus menyimpan kembali tangga bertali itu ke dalam almari bajunya sebaik sahaja Seomin melangkah masuk bersamanya ke dalam biliknya.

Mereka terus melemparkan tubuh mereka ke atas katil bersaiz king milik Jungkook itu. Mereka kemudiannya mengiringkan badan mereka, menghadap wajah masing-masing bersama senyuman.

Hampir setiap hari, itulah rutin mereka hanya untuk mengisi perut masing-masing secara berdepan. Kedengaran agak menyusahkan malah sememangnya akan menimbulkan persoalan kenapa mereka sanggup melakukan semua perkara tersebut demi menyembunyikan hubungan mereka itu.

Namun, bagi mereka, semuanya bagaikan memori indah di mana terasa seperti hanya mereka berdua sahaja di dalam dunia pada ketika itu.

Di samping itu, demi kebaikan masing-masing, mereka merasakan bahawa pengakuan tentang hubungan mereka itu kepada orang luar tidak patut dilakukan. Dan, mereka tidak kisah selagi mereka bersama.

Selagi mereka bersama, selagi itu mereka akan menemukan 1001 lagi sebab untuk kekal bersama. Kehadiran mereka bagaikan sumber kekuatan masing-masing.

No one could understand how much they love each other since no one was there except them being there for each other when both of them almost giving up everything in their life.

Always and forever, love.

¤¤¤

Hey, gais. Erm, so, I came back? Haha. Sorry if my plot dah macam hilang seri. Ceyh macam sebelum ni berseri-seri plot gue, lol. But, yep. Just wanna keep myself familiar back with this menaip routine since I dah lama tak menaip, rasa rindu pulak.

So, here. My first karya in 2021. Hope you like it even storyline macam bosan since the starting pun hambar gila, lol. But, InsyaAllah, will make it better chapter by chapter. Thanks for staying n for those who's waiting, thanks a lot. You guys mean a lot to me.

Love, idaekim💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro