l i m a
2 tahun lalu.
"Makanlah. Aku tahu dari pagi kau tak makan."
"Aku tak la-"
Mulutnya terhenti daripada meneruskan kata-katanya apabila mulutnya disumbat dengan triangle gimbap dan perbuatan itu sudah terang lagikan bersuluh datang daripada seorang Jeon Jungkook.
"Makan aku cakap. Ni. Tambah ni, biar lagi sedap." Seomin bersama mulutnya yang masih penuh dengan triangle gimbap itu hanya memandang Jungkook seakan-akan pandangan tajam matanya mampu membunuh jejaka di hadapannya itu.
"Tak. Masalahnya, apasal kau bawa aku datang kedai runcit tepi jalan, makan ramen?"
"Takdalah. Aku kalau tak lalu nak makan, aku selalu datang sini. Ramen is the best food when you lost your appetite especially due to your down mood."
"Biar betul kau ni?" Mana tak peliknya kalau dah duduk di hotel milik keluarganya tapi gigih nak makan di kedai runcit tepi jalan yang memerlukan mereka berjalan melintasi jalan utama yang sibuk.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Soal Jungkook sebaik sahaja menelan ramen yang disuapnya ke dalam mulut. Seomin menggulingkan biji matanya sebelum dia mula cuba untuk makan ramen yang sudah siap tersedia di hadapannya itu.
Sedap!
Mereka berdua hanya diam, menikmati ramen yang masih panas, langsung tidak menghiraukan manusia yang lalu-lalang hadapan kedai serbaneka tersebut.
Sesi mengisi perut yang tadinya tenang tiba-tiba menjadi kelam-kabut apabila mata Seomin menangkap kelibat yang amat dikenalinya iaitu Yoongi dan Hoseok dari jauh.
Terus dia memusingkan kerusinya lalu dia menarik kerusinya menuju ke meja di sebelah meja yang diduduki olehnya dan Jungkook itu sebelum kedua-dua siku diletakkan di atas meja tersebut dengan kepala yang ditundukkan.
Jungkook pula terkebil-kebil melihat Seomin yang sudah bertukar tempat dengan sekelip mata itu. Dahinya dikerutkan kerana kebingungan yang mengetuk mindanya, memikirkan apakah sebab yang membuatkan gadia itu berkelakuan sedemikian.
"Jungkook?" Panggilan seseorang serta-merta membawa dirinya kembali mendarat ke alam realiti. Matanya mula mencari gerangan yang menyeru namanya dan akhirnya berakhir dengan matanya yang terbuntang luas.
"Oh, Hoseok, Yoongi!" Tegur Jungkook, agak terkejut dengan kehadiran dua rakan karibnya itu.
"Kau okay, Jungkook?"
"Okaylah. Kenapa pula tak okay?"
"Yelah. Makan sampai dua bekas ramen?" Mata Jungkook laju melihat ke atas mejanya dan kelihatan dua bekas ramen yang maeih berisi berada di atas mejanya.
"A-aaa. Biasalah ni. Aku memang biasa makan dua pun. Tak puas makan satu." Sambil menarik bekas ramen milik Seomin itu, dia berkata lalu hanya mendapat anggukan daripada dua jejaka di hadapannya itu sebagai balasan.
"Errr. Korang buat apa dekat sini?"
"Rumah aku dekat sini je, bukan? Kami lalu sini nak pergi studio. Macam biasalah Yoongi ni. Menulis lagu untuk youtube channel dia tu."
Yoongi menggulingkan biji matanya, menyampah seusai mendengar kata-kata Hoseok itu. Jungkook pula hanya mengangguk faham.
"Okaylah. Kami pergi dulu." Hoseok berkata lagi dan mendapat anggukan daripada Jungkook sebagai balasan.
Tak lama kemudian, pandangan mata Jungkook perlahan-lahan dilirikan ke arah Seomin yang kini sedang mengintai di sebalik bahunya, memastikan bahawa dua sekawan itu sudah meninggalkan tempat tersebut. Keluhan lega terus dilepaskan berat apabila kelibat mereka sudah tidak lagi kelihatan.
"Sampai macam tu sekali?"
"What? Aku tahu, kau pun tak nak abang aku tahu kau lepak dengan aku." Jungkook terdiam seketika kerana baru teringat fakta bahawa Seomin merupakan adik kepada rakan karibnya yang sememangnya sangat over-protective apabila ianya melibatkan adik perempuannya ini.
Mereka kemudiannya kembali menghabiskan sisa makanan mereka sebelum kembali semula ke hotel milik keluarga Jungkook itu.
-
"Jom, Seomin?" Yeri terus mengajak rakannya saat pensyarah yang baru selesai mengajar mereka itu sudah hilang di sebalik pintu dewan kuliah. Seomin mengangguk serta mengeluh perlahan sebelum tangannya mula ligat mengemas nota-notanya untuk dimasukkn ke dalam begnya, bersedia untuk ke kelas yang seterusnya.
Saat dia baru sahaja bangun dari duduknya, sempat matanya menangkap sepasang mata yang sedang memerhatikannya sebelum dia menggigit bibir bawahnya, menahan senyuman apabila gerangan tersebut mengenyit mata ke arahnya, sengaja.
"Seomin! Cepatlah!" Panggilan Yeri terus memutuskan pandangan matanya bersama gerangan tersebut yang tidak lain dan tidak bukan merupakan Jeon Jungkook sebelum dia mula mengorak langkah untuk keluar dari dewan kuliah tersebut bersama Yeri.
Tak lama kemudian, waktu rehat sudah tiba dan Yeri mengajak Seomin untuk makan di luar dengan alasan, dia tiba-tiba teringin untuk makan masakan barat. Tahu-tahu pula, ada restoran masakan barat yang baru dibuka berdekatan dengan kolej mereka. Seomin pula hanya bersetuju kerana dia juga agak muak dengan makanan di kolej.
"Kau pergi dulu. Aku macam biasa, nak pergi lokar dulu." Yeri mengangguk kecil sebelum meninggalkan Seomin yang akhirnya mula menderapkan tapak kakinya, berjalan menuju ke arah kawasan lokar.
Seperti kebiasaannya, satu pemandangan di mana lokarnya dipenuhi dengan coklat dan beberapa surat cinta menyapa pandangan matanya membuatkan sebuah keluhan dilepaskan dari dua ulas bibirnya, berat.
Dia menepis surat-surat cinta dan bungkusan-bungkusan coklat itu lalu buku-buku yang berada di tangannya itu disusun kemas di dalam lokarnya. Saat dia ingin mengambil semua jenis surat dan coklat dari dalam lokar itu, sempat pamdangan matanya terhenti di sekeping nota lekat yang dilekatkan di pintu bahagian dalam lokarnya.
Hey, carrot. Hope u r doing fine especially after receiving my rare wink. Btw, check my text :p
- JK
Tanpa sedar, sebuah senyuman kecil meniti di bibir Seomin melihat panggilan jejaka itu kepada dirinya yang mengundang satu malam di mana panggilan tersebut mula wujud. Menepis apa yang difikirkannya itu, nota tersebut lantas dimasukkan ke dalam begnya. Pintu lokar ditutup dan seperti hari-hari sebelumnya, surat-surat dan coklat-coklat tersebut dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah tanpa rasa bersalah.
Sambil berjalan menuju ke tempat parkir kenderaan, sempat dia mengeluarkan telefon pintarnya untuk melihat pesanan teks yang dihantar oleh Jungkook kepadanya.
-
Tamat sahaja sesi perkuliahan pada hari itu, Seomin mengangkat wajahnya memandang sekeliling, seakan-akan mencari sesuatu. Keluhan berat dilepaskan apabila gerangan yang dicari sememangnya tidak menyapa pandangan matanya.
"Yeri. Kau baliklah dulu. Aku ada hal." Ujar Seomin kepada Yeri dan membuatkan rakan karibnya itu mengangguk faham sebelum meninggalkan Seomin bersama beberapa orang pelajar yang masih berada di dalam dewan kuliah tersebut.
Saat langkah Seomin diderapkan keluar dari dewan kuliah itu, matanya mula menangkap gerangan yang sudah dua hari tidak ditegurnya bersama rakan-rakannya, bergelak tawa sambil berjalan untuk keluar dari bangunan tersebut. Bibirnya dikemam perlahan sebelum dengan tekadnya, dia berjalan menuju ke arah gerangan itu.
"Abang." Panggilannya terus menghentikan langkah Taehyung yang tadinya tidak perasan akan kelibat Seomin itu dan dengan pantas, dia menoleh ke arah Seomin.
"Erm, korang pergilah dulu. Nanti aku join lepak." Taehyung memberitahu rakan-rakannya dan mereka dengan senyuman mengangguk laju. Sempat Jimin menyebut good luck tanpa suara yang membuatkan Taehyung tersenyum kecil.
Tak alma kemudian, pandangan kembali alihankan ke arah adik perempuannya yang sedang berdiri di hadapannya itu.
"Adik... nak ikut abang balik?" Seomin mengalihkan pandangannya ke tempat lain sambil memaki dirinya di dalam mindanya apabila ayat yang dilontarkan olehnya itu tanpa sengaja kedengaran seperti sebuah pertanyaan.
Satu tawa kecil daripada abangnya mengundang mata Seomin kembali ke abangnya. Taehyung hanya tersenyum lega memandang adiknya itu.
"Perlu ke nak tanya? Lepas ni, terjah jelah masuk kereta abang macam selalu." Balasan daripada Taehyung membuatkan Seomin tergelak perlahan.
"Jomlah balik. Abang tak jadi lepak dengan Bangtan. Tiba-tiba, terasa nak masak untuk adik abang seirang ni." Taehyung berkata membuatkan mata Seomin mula bersinar.
"Nasi goreng kimchi?" Seomin menyoal membuatkan senyuman di bibir Taehyung semakin melebar.
"Nasi goreng kimchi."
-
"Abang tahu adik rindu nasi goreng kimchi abang, bukan?" Usik Taehyung lalu Seomin memandang lama nasi yang dihidang di hadapannya itu bersama senyuman nipis.
"Rindu sangat." Ujar Seomin perlahan, mengundang satu senyuman di bibir Taehyung.
"Makanlah." Seomin mengangguk lalu sudu dan garfu di atas meja digapai sebelum dirinya mula menjamu selera. Sungguh, dia rindu akan masakan abangnya.
Namun, suapan Seomin terhenti seketika apabila mendengar Taehyung berbicara.
"Abang harap adik tak buat lagi macam ni. Abang risau. Abng tahu abang salah sebab rahsiakan perkara penting macam ni." Seomin mengangjat pandangannya memandang Taehyung yang sedang menekur meja makan itu.
"Depends. Kalau ada rahsia yang abang simpan lagi, maybe I will reconsider my life decision to come back home today." Seomin membalas sebelum kembali menyuap mulutnya dengan satu suapan nasi.
Di dalam hatinya, dia berterima kasih kepada Jungkook kerana kalau bukan disebabkan jejaka itu, dia tidak akan bertekad untuk pulang ke rumah dan memperbaiki hubungan yang retak dengan abangnya ini.
-
Sambil berbaring di atas katilnya, Seomin mengeluarkan telefon pintarnya dari begnya sebelum ruangan mesej bersama Jungkook yang disimpan dengan nama, Hot Bunny, dibuka.
Ingin dia ketawa kembali melihat nama panggilan yang disimpan oleh Jungkook di telefon pintarnya itu. Malam di mana mereka keluar menaiki kereta milik Jungkook, merantau di seluruh bandar Seoul itu kembali meratapi mindanya.
"Kenapa kau berhenti?" Soal Seomin apabila Jungkook menghentikan kereta di sebuah tempat parkir berdekatan dengan satu laluan yang penuh dengan gerai makanan kecil.
"Aku lapar. Jom cari makanan?"
"Kita baru makan sejam yang lepas–" Kata-kata Seomin terhenti apabila Jungkook kini sudah meloloskan dirinya, keluar dari perut kereta tersebut. Seomin hanya mengeluh perlahan sebelum mengikut jejak langkah Jungkook.
Mereka berjalan melalui laluan yang penuh dengan gerai makanan itu. Bauan yang sedap sempat dihidu oleh Seomin dan Jungkook membuatkan mereka agak terliur.
"Oh, damn. Yang ni nampak sedap. Jom!" Jungkook menarik atngan Seomin menuju ke sebuah gerai yang menjual kek ikan. Mata Seomin meliar ke semua kek-kek ikan yang baru diangkat oleh wanita separuh abad itu.
"Mak cik. Bagi kek ikan enam."
"Yah. Banyak sangatlah."
"Shuh. Diam. Aku empat, kau dua." Seomin memandang wajah Jungkook yang seperti budak berusia 5 tahun itu dengan wajah tidak percaya sebelum dia kembali memandang wanita di hadapannya yang sedang menyediakan kek ikan pesanan Jungkook.
Tidak dinafikan, kek ikan tersebut memang sedap. Seomin hanya menelan dengan berselera sebelum matanya dilirikkan ke arah Jungkook. Dengan mulut yang masih mengunyah kek ikan itu, Jungkook tersenyum ke arahnya gembira sehingga kelihatan sedikit gigi arnab miliknya membuatkan Seomin tertawa halus.
Comel.
"You look like a bunny." Ujar Seomin membuatkan Jungkook tergelak.
"Well, hot bunny, I must say." Jungkook membuat gaya kibas rambut, riak.
"Damn, narcissist." Seomin membalas ringkas.
"I love myself. Oh, by the way, if I'm a bunny. Then, you are my carrot."
"Apa kaitan?"
"Entah. Terasa nama carrot sesuai dengan kau." Dan, seperti ada satu mentol timbul di tepi kepala Jungkook, sambil mengunyah kek ikan yang masih bersisa, jejaka itu mula mengeluarkan telefon pintarnya.
"Look! It's a cute name!" Skrin telefon pintar Jungkook ditatap oleh Seomin membuatkan tawa Seomin pecah.
'Pretty Carrot'
"Aku dah tukar nama kau kat telefon aku. Sekarang sini telefon kau." Seomin memandang Jungkook lama sebelum menghulurkan telefon pintarnya ke Jungkook.
"And, then... Done!" Jungkook mengembalikan telefon gadis itu dan dengan perlahan dia melirikkan matanya ke arah skrin telefonnya dan melihat nama panggilan Jungkook di telefonnya sudah berubah.
'Hot Bunny'
"What the..."
"Jangan tukar eh? Kalau tak, aku merajuk." Seomin menggulingkan biji matanya lalu terus menyimpan telefonnya itu ke dalam poket hoodienya.
"Whatever, bun."
"Bun?"
"Singkatan bunny."
"Cute."
-
- hey, carrot
- i wanna tell you yang aku takkan
balik hotel harini
- my dad paksa balik for those stupid
annual reunion party of my big family
- kau boleh minta kad kunci macam
biasa dekat kaunter
- or kau balik n fix your relationship
with your brother
- he has been worrying about you
these days
- gudluck, carrot
- hey, bun
- gladly said that ive fixed my relationship with my brother
- thanks
- and, gudluck too, bun
¤¤¤
Sorry that it takes too long for me to update. Hope masih ada yang menanti. I'm in my final examination phase. Wish me luck, guys. Will be back, insyaAllah, during sem break.
Btw, hope that this update boleh ubati kerinduan anda dekat Seomin and Jungkook? Love you guys💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro