e m p a t
2 tahun lalu.
Thanks for these two days, Jeon Jungkook.
I will try to repay everything
that I owe you.
If you see this notes, means aku dah keluar.
See you when I see you.
-Kim Seomin
Jungkook melipat kembali nota kecil yang tadinya ditindihkan di bawah telefon pintarnya sebelum dia tersenyum kecil. Kemudian, dia mula mempersiapkan diri untuk ke kolej memandangkan matahari sudah mula menunjukkan diri dan dia mempunyai kelas pagi.
Biasanya dia akan datang lambat memandangkan dia smemeangnya sudah hilang minat untuk belajar apatah lagi hadir ke kolej. Namun, entah kenapa, hari ini, dia bersemangat untuk hadir ke kolej.
Persiapan tidak mengambil masa yang lama lagi-lagi apabila staff hotel sudah menyedia pakaiannya di dalam bilik tersebut yang merupakan bilik khas untuk keluarganya yang merupakan pemilik kepada hotel tersebut atau lebih dikenali sebagai penthouse.
-
"Where do you think you are going?" Seomin yang baru selesai bersiap untuk ke kolej itu terhenti pergerakkannya apabila ditegur oleh orang terakhir yang dia ingin bersemuka pada ketika itu.
Hembusan nafas berat dihela lalu terus dia memalingkan tubuhnya menghadap abangnya yang sedang menuruni anak tangga manakala dia sudah berada di hadapan pintu utama rumahnya.
"College."
"Okay. Jom." Ajak Taehyung sebelum berjalan melepasi Seomin membuatkan Seomin melepaskan sekali lagi keluhan berat kerana dia yakin perjalanan ke kolej yang hanya mengambil masa kurang daripada setengah jam akan menjadi lama.
Keadaan di dalam kereta yang dipandu Taehyung bersama Seomin yang berada di sebelahnya di tempat duduk penumpang kelam tanpa bunyi.
"I'm so sorry." Tiga perkataan itu mula kedengaran menyapa gegendang telinga Seomin, memecahkan keheningan yang menyelimuti suasana di dalam kereta tersebut.
"Abang memang nak bagitau adik. Tapi...abang tak tahu macam mana."
"Seomin. Say something."
"What do you expect me to say right now, abang? I have been living for 20 years, yet I never know what actually happen to our parents. Selama ni, adik hanya percayakan abang bila abang cakap, diorang ada di luar negara bersama Uncle Sam, menguruskan syarikat keluarga kita di sana. Tapi, apa semua ni, abang?"
"All those people said to me were all true after all. I was dumb enough to defend my fucking parents who was dead a long time ago!"
"Language, Kim Seomin! Abang tahu adik marah tapi tolong. Abang tak suka hubungan kita jadi macam ni hanya sebab benda remeh macam ni." Taehyung berkata lalu dia menarik brek tangannya saat kereta diparkir kemas di dalam kotak tempat parkir kereta berhadapan dengan kolej mereka.
"You know what abang? I'm done with all of these bullshits!" Seomin terus keluar dari kereta abangnya lalu dihempas kuat pintu kereta tersebut sebelum melangkah dengan kemarahan yang mencengkam jiwa. Sempat dia menyumbat kedua-dua belah telinganya dengan airpods lalu lagu dimainkan di volum yang paling kuat, mengabaikan panggilan daripada abangnya.
"Seomin!" Yeri memanggil Seomin dari jauh, lebih kepada menjerit sambil berlari mendapatkan kawan baiknya itu. Namun, senyuman di wajahnya bertukar menjadi kerutan di dahi serentak dengan senyumannya yang mula mengendur.
She was not in a great mood.
Itulah yang berlegar di minda Yeri dan itu juga membuktikan Yeri sememangnya kawan baik Seomin yang amat mengenalinya. Walaupun baru masuk tahun kedua dia berkawan dengan gadis beku itu, namun dia sudah masak dengan perangai serta personaliti Seomin.
Yeri mencebik lalu hanya berjalan beriringan dengan kawan baiknya itu. Sempat matanya menangkap kelibat Taehyung yang berdiri tidak jauh dari mereka saat mereka memasuki lobi untuk ke dewan kuliah bagi kelas pertama mereka pada pagi itu.
-
Jungkook duduk di sebelah Seomin, hanya dipisahkan dengan laluan tangga untuk ke bawah di mana pensyarah sedang mengajar. Sempat matanya mengerling beberapa kali ke arah Seomin sebelum dia mengeluarkan telefon pintarnya.
Getaran di atas meja menarik perhatian Seomin lalu dia menarik telefon pintarnya untuk dibuka di bawah meja supaya tidak tertangkap oleh pensyarah mereka.
- hey, kau okay?
- okay
- that face, i know you r not
- it's my normal face
- okay, aku tak nafikan memang muka normal kau macam tu
- tapi aku tengok Taehyung pagi tadi mengamuk
- kau gaduh dengan dia?
- entah
- after class, jom?
- hotel
- i will wait for you there
- nanti aku inform the staff to let you in
"Jeon Jungkook! Dean office! Now!" Terus Seomin pantas menyimpan telefon pintarnya ke dalam beg di sebelahnya apabila pensyarah itu mula menjerit menyeru nama Jungkook. Mana taknya kalau Jungkook selamba meletakkan kakinya yang disilangkan di atas meja sambil bermain telefon pintar di tangannya dengan tubuhnya yang disandarkan pada kerusi.
"Yeah, yeah. Dean office. I'm going." Seomin hanya beriak biasa manakala Jungkook sudah bangun untuk berjalan keluar dari dewan kuliah tersebut. Pensyarah mereka hanya mampu menggeleng perlahan melihat kelibat Jungkook yang mula hilang di sebalik pintu dewan kuliah. Sempat mulutnya membebel sesuatu sebelum dia menyambung sesi pengajarannya.
-
"Aku balik dulu." Seomin dengan nada yang mendatar memberitahu Yeri lalu Yeri mengangguk laju bersama senyuman.
"Okay! Jangan lupa hujung minggu ni! My birthday party!"
"Tengoklah dulu." Seomin membalas sebelum dia melangkah keluar dari dewan kuliah tersebut. Matanya sempat menangkap kelibat abangnya yang kelihatan sedang menunggunya lalu dengan pantas, dia berjalan ke arah yang bertentangan.
"Kim Seomin!"
Seomin mengendahkan panggilan abangnya itu namun tantannya sudah ditarik dari belakang dengan kasar sehingga tubuhjya terhenti daripada maju ke hadapan malah terpusing ke belakang, menghadap Taehyung.
"Ish, lepaslah-" Seomin cuba merentap tangannya keluar dari pegangan tangan abangnya namun, gagal memandangkan kudratnya langsung tidak setara dengan kudrat abangnya.
"Sampai bila kita nak macam ni, adik? Tolonglah. Abang pun sedih, sakit, kecewa. Abang minta maaf kalau Seomin terasa. Tolonglah, abang tak suka hubungan kita jadi macam ni." Taehyung mula berkata beransur rayuan namun, Seomin hanya diam, langsung tidak berpaling untuk memandang abangnya.
"Please, abang. Not here." Seomin berkata perlahan lalu genggaman tangan Taehyung pada tangan Seomin itu terasa semakin kuat.
"If not, where? Abang tahu adik bukan nak balik rumah pun kejap lagi, bukan?" Balas Taehyung membuatkan Seomin mengeluh lemah sebelum membalas.
"Just...give me some time. Adik penat."
"No. You are not going anywhere. You are coming with me." Taehyung berkata dengan nada yang agak keras sebelum tangannya mula menarik Seomin untuk mengikutnya.
"Abang!" Suara Seomin mula membuatkan suasana di lobi tersebut sunyi serta merta memandangkan semua perhatian mula diarahkan kepada mereka berdua. Boleh dikatakan, ini kali pertama mereka melihat adik-beradik itu bergaduh sehingga Seomin yang bagaikan ada emas di dalam mulut itu meninggikan suara sebegitu.
Seomin memejamkan matanya rapat bersama nafas yang sangat dalam ditarik sebelum dihembus perlahan bagi menenangkan hatinya. Taehyung pula memandang adiknya tidak percaya sebaik sahaja dirinya dijerkah oleh adiknya sendiri sebentar tadi.
"Adik minta maaf..." Seomin menarik tangannya perlahan, keluar dari genggaman tangan Taehyung yang sudah longgar itu srbelum dia berjalan pantas meninggalkan abangnya yang terkebil-kebil itu.
"Aku rasa kau terlalu keraslah dengan dia. Bagi dia masa, Tae." Jimin yang berada tidak jauh dari Taehyung itu terus menepuk perlahan bahu Taehyung sambil menasihati kawan baiknya itu.
"Dua hari dia tak balik, Jimin. Aku risau." Keluhan berat dilepaskan sambil pandangan matanya langsung tidak terlepas daripada memandang kelibat adiknya yang akhirnya lesap.
"Tae. Dia dah besar. Dia pandai jaga diri dia. Kau kena percayakan dia dan percaya yang masa akan pulihkan keadaan korang. Aku yakin dia akan faham kenapa kau sanggup sembunyikan segalanya daripada dia." Ujar Jimin, cuba menenangkan rakannya itu.
"Dahlah. Lepak jom? Biar kau dapat kurangkan stress kau sikit." Disebabkan mahu menenangkan suasana yang agak tegang itu, Jimin mula mengutarakan cadangan di amna merupakan perkara pertama yang menjengah mindanya pada saat itu.
Taehyung hanya akur dengan ajakan Jimin itu lalu mereka berdua mula melangkah keluar dari bangunan kampus tersebut.
-
Seomin berjalan lemah menerusi laluan pejalan kaki yang selari dengan jalan raya yang agak sibuk itu. Wajahnya langsung tidak beriak malah mindanya ketika kosong. Pandangannya sempat diliarkan di sekelilingnya, melangkah tanpa ada hala tuju yang jelas.
Tiba-tiba, bunyi hon kereta mula menyedarkan dirinya membuatkan dia berpaling ke arah kereta tersebut yang kini memaparkan wajah Jungkook dari tingkap jenedela kecil di bahagian tempat duduk pemandu.
"Naiklah." Ajak Jungkook. Namun, Seomin hanya mendiamkan diri, tidak pasti jika dia patut akur ataupuan tidak.
"Baik kau naik cepat sebelum ada schoolmates kita yang nampak dan aku tahu kau tak nak perkara tu berlaku, bukan?" Sebaik sahaja Jungkook menghabiskan pertuturannya, terus Seomin tanpa berlengah mengorak langkah, memasuki perut kereta milik Jungkook itu.
Jungkook mula memandu meninggalkan kawasan tersebut manakala Seomin hanya melemparkan pandangannya keluar tingkap. Nasib saja kereta Jungkook itu mempunyai cermin yang gelap, menghalang pandangan mata manusia di luar daripada menembusi di sebalik cermin kereta tersebut.
"Kau masih tak berbaik dengan abang kau?"
"Hm."
"Jadi, kau nak stay dengan aku lagi dekat hotel?"
"Entah."
"Baliklah rumah kau. Aku tahu kau rasa bersalah."
"I will. But not now."
"Alright. Suit yourself. Aku selalu je ada kalau kau nakkan peneman. Okay, we are here." Jungkook terus menarik brek tangan sebaik sahaja keretanya diparkir kemas di tempat parkir bawah tanah di hotel yang merupakan hotel milik keluarganya itu.
Seomin mengeluh perlahan sebelum dia mengikuti langkah Jungkook, keluar dari perut kereta milik jejaka itu. Mereka lantas membawa diri ke bilik yang pernah didiami mereka itu.
-
"Seomin. Yah, bangun."
Seomin mula merungut kecil apabila lenanya diganggu seseorang itu. Selimut lantas ditarik menutupi seluruh wajhanya, menandakan dia masih tidak mahu bangun.
"Seomin. Bangun sebelum aku dukung kau." Ugut Jungkook namun masih tiada perkembangan. Jungkook lantas menarik selimut yang menyelubunyi tubuh kecil gadis itu lalu tubuh kecil tersebut didukungnya dan diletakkan bahagian perut gadis itu di bahunya.
"Yah! Kenapa ni?! Turunkan akulah! Ya-"
Ppak!
Jungkook terus menurunkan tubuh Seomin dan kini, gadis itu sedang berdiri dengan wajah yang tidak percaya ditayang kepada jejaka di hadapannya yang hanay beriak tidak bersalah.
"Siap cepat. Kita keluar."
"D-did you just fucking slap my butt?"
"Opps. My hand slipped. Sorry. Dah, dah. Pi basuh muka baru bangun tidur kau tu. Aku tunggu dekat luar." Jungkook dengan selamba berlalu pergi keluar dari bilik tersebut, meninggalkan Seomin yang masih tercegat sambil mengawal dirinya daripada memenggal kepala Jungkook pada saat itu.
¤¤¤
Hi, guys. Wow, lama juga aku tak update eh? Harap korang masih menanti update from me n masih interested nak baca even plot lembab nak mati. Saya berusaha untuk terus menulis hehe :))
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro