Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

d u a

2 tahun lalu.

Seomin kini sedang duduk di salah sebuah kerusi di taman tersebut bersama wajahnya yang sembab. Dia lagi air mata yang mampu dia keluarkan kerana dia sudah banyak menangis. Sudah lama dia berada di situ, menangis, menjerit. Langsung tidak menghiraukan pandangan dari manusia-manusia yang berada di taman tersebut.

Nafas mula ditarik dalam sebelum dihembus perlahan lalu pandangannya dilemparkan ke arah langit yang semakin mendung. Mungkin kerana hari sudah disapa senja.

Mindanya masih tidak mampu berfikir dengan stabil. Dia langsung tidak mahu pulang ke rumah. Dia cuma inginkan masa bersendirian buat sementara waktu. Semuanya terlalu sukar untuk telan. Terlalu banyak untuk dia pikul.

Dia tahu semuanya bukan salah Taehyung kerana dia yakin hati Taehyung juga sesakit dia. Namun, umurnya kini hampir mencecah 20. Dia patut tahu semua itu.

"Kenapa semua ni terjadi pada aku? Pada abang? Apa yang kami buat untuk terima perkara seberat ini?"

Tak lama kemudian, dia mula bangkit lalu langkah diorak perlahan meninggalkan kawasan taman itu. Ada baiknya dia tinggal beberapa hari di hotel memandangkan dia membawa telefon pintarnya bersama.

Sedang dia berjalan melalui lalaun pejalan kaki di sebelah jalan raya utama yang masih digunakan oleh beberapa kenderaan itu untuk ke hotel yang terdekat, langkahnya terhenti apabila matanya mendarat pada satu susuk yang ingin melintas jalan raya melalui laluan zebra itu.

Namun, apa yang membuatkan Seomin tertarik adalah gerangan itu ingin melintas dalam keadaan terhuyung-hayang ditambah dengan lampu untuk pejalan kaki melintas masih merah.

Mata Seomin terus terbuntang apabila sebuah kereta kelihatan dari jauh itu meluncur jauh menuju ke arah gerangan yang jelas sekali mabuk itu.

"Yah!"

Seomin dengan pantas berlari ke arah jalan raya yang tidak terlalu lengang dan tidak terlalu sibuk itu dan menarik gerangan itu lalu mereka berdua jatuh di bahu jalan yang bernasib baik masih selamat daripada digilis kereta-kereta yang laju sahaja bergerak di atas jalan raya itu.

"Kau gila ke?!"

-

"One more, please." Sebaik sahaja gelas kecil yang berada di dalam genggamannya itu diisi sehingga penuh air beralkohol oleh bartender tersebut, terus air mengkhayalkan itu diteguk rakus oleh jejaka muda itu.

"Lagi..."

"Tapi—"

"Shut the fuck up. I said more." Pandangan tajam terus dihadiahkan bersama suara keras dilemparkan kepada bartender tersebut lalu dia hanya mampu akur memandang jejaka muda itu merupakan pelanggannya walaupun jejaka itu sudah nampak seperti hampir tewas.

Jelas sekali jejaka itu mempunyai toleransi yang sangat rendah terhadap alkohol kerana kini, dia baru meneguk gelas bersaiz kecil yang keempat.

"More..." Belum sempat bartender tersebut mengisi kembali gelas pelanggannya itu, jejaka itu terlebih dahulu tewas dengan kepalanya yang terjatuh ke atas meja kaunter bar itu dengan beralas lengan kanannya yang sedang menggenggam gelas itu.

"Aish, dia pengsan pula." Dengan pantas, bartender tersebut mula berjalan ke arah kaunter bertentangan lalu dia terus mencari telefon pintar jejaka itu untuk melihat sama ada dia boleh menelefon kenalan rapat jejaka tersebut untuk membawa jejaka itu pulang.

Namun, mungkin kerana tidurnya terganggu, jejaka itu lantas menepis tangan bartender itu lalu dia berdiri dari duduknya dan mula berjalan terhuyung-hayang, keluar dari bar tersebut.

"I want to sleep... On my comfy bed..." Kedengaran suara jejaka muda itu dari jauh.

Bartender itu hanya mampu mengeluh melihat gelagat pelanggannya itu yang sememangnya boleh dikatakan dia sudah terbiasa menyaksikan pelbagai gelagat pelik daripada pelanggan-pelanggannya yang datang ke bar tempat dia bekerja itu.

Jejaka muda itu mula berjalan tanpa hala tuju lalu tanpa sedar, dia sudah berada di kawasan pejalan kaki yang agak lengang itu, bersebelahan sahaja dengan jalan raya utama Bandar Seoul memandangkan bar yang dikunjunginya itu memang berada di tengah-tengah bandar Seoul.

Sempat dia menggapai tiang lampu isyarat untuk membaiki fokus pandangan matanya yang sememangnya seperti orang mabuk itu. Suasana kelihatan agak kabur malah tidak statik berada di tempatnya melalui pandangan matanya pada ketika itu.

Dan, dalam keadaan separa sedar itu, dia mula menderapkan kakinya untuk melintas jalan raya yang tidak terlalu lengang dan tidak terlalu sibuk itu.

"Yah!" Dia mula terasa badannya ditarik kembali ke bahu jalan lalu tubuhnya jatuh menyembah bumi ditemani dengan suara seseorang yang serentak bersama suaranya mengaduh sakit.

"Kau gila ke?!" Jerkah Seomin kepada jejaka yang diselamatkan olehnya itu lalu jejaka itu hanya tertawa kecil.

"Kenapa kau selamatkan aku? Kau patut biar aku mati je! Aku dah penat hidup!" Jejaka itu mula ingin bangkit namun tangannya lantas ditarik dan terus wajahnya menerima sedas tamparan daripada Seomin sehingga jejaka itu terdiam seribu bahasa akibat terkejut.

"Stop with all the nonsenses, Jeon Jungkook." Ujar Seomin dengan suara yang agak keras. Namun, reaksi yang diterimanya oleh Jungkook amat tidak dia jangkakan apabila jejaka itu mula menangis.

"Betullah... Semua orang tak sayang aku... Semua nak tampar aku... Kalau boleh nak tampar aku sampai lunyai..."

"What the hell..." Seomin mula memandang Jungkook dengan wajah yang tidak percaya. Dengan satu keluhan berat, dia mula mendirikan Jungkook yang masih menangis itu lalu dia memeluk jejaka itu bagi menenangkan jejaka itu.

Sebaik sahaja tangisan Jungkook reda, Jungkook mula menolak dirinya keluar dari dakapan Seomin sebelum dia memandang Seomid, lama, dengan matanya yang dikecilkan.

"Oh, kau. Gadis beku famous, adik Taehyung..." Jungkook tersengih melihat Seomin dengan badannya yang masih berdiri secara tidak stabil itu.

Dan, sekali lagi, perkara yang tidak dijangkakan berlaku apabila Jungkook tiab-tiba memaut bahu Seomin lalu melepaskan segala isi perutnya pada tubuh Seomin sehingga baju Seomin basah ditambah pakej hanyir.

"What the hell..." Seomin sekali lagi mencarut dengan riak wajah tidak percaya. Lagi buat dia bengang apabila Jungkook kini sudah terlelap di bahunya.

"What a day." Seomin membebel sendirian, mengenangkan harinya yang sememangnya sudah teruk itu, ditambah dengan lelaki dari kelasnya itu membuat onar dengannya, memburukkan lagi keadaan.

Dengan segala kudrat yang ada, dia mula memapah Jungkook untuk ke hotel yang berdekatan memandangkan dia memang bercadang untuk tinggal di hotel buat beberapa hari bagi menenangkan dirinya. Alang-alang pula, esok sudah mula cuti hujung minggu.

"Bagi satu bilik dua katil. Saya bayar guna apps- Ish, Jungkook. Kau duduk diam boleh tak? Ha, kau duduk situ diam-diam." Seomin mula putus asa untuk terus memapah apabila Jungkook tidak habis-habis ingin menyembamkan wajahnya ke ceruk leher Seomin lalu dengan hati yang sebal, dia terus melepaskan tubuh Jungkook jatuh terduduk di atas lantai.

"Erm, kejap ye, cik."

"Nah. Kad kunci bilik cik. Tingkat 60."

"Thanks." Seomin dengan sedaya upaya mula memapah semula tubuh Jungkook untuk ke lif. Pekerja yang berada di kaunter itu hanya memandang mereka yang kini sudah hilang di sebalik dinding.

Sebaik sahaja tiba dia tingkat 60 yang merupakan tingkat teratas hotel tersebut, Seomin memandang satu-satunya pintu yang berada di hadapannya itu sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari lif tersebut.

Kad kunci yang berada di tangannya dipandang lalu dibaca nombor bilik yang tertera di kad kunci tersebut sebelum dia memandang pula pintu bilik hotel yang berada di hadapannya itu.

0109.

"Okay, betul." Terus sahaja Seomin menekap kad kunci tersebut pada pintu bilik hotel itu sehingga ianya terbuka. Tubuh Jungkook dibawa masuk sebelum dia menutup pintu tersebut rapat dengan kakinya.

Tubuh Jungkook terlepas apabila pandangan matanya disapa dengan satu bilik yang mewah.

Kejap. Aku minta bilik dua katil tadi. Ni apahal dapat suite dengan katil king ni?!

Sedang Seomin berperang dengan dirinya itu, pandangan matanya mula menangkap susuk tubuh Jungkook berjalan melepasinya ke ruangan yang meletakkan katil king tersebut.

"Yah! Baju kau kotor! Aish!" Seomin terus melangkah ke arah Jungkook lalu dia mula menanggalkan baju Jungkook yang terdapat sisa muntahnya tadi. Kemudiannya, selimut ditarik bagi menutupi badan Jungkook yang terdedah itu.

Dia terus menderapkan kaki ke kamar mandi untuk mencuci baju Jungkook serta bajunya yang juga terkena muntah Jungkook itu.

Nasib sahaja ada jubah mandi tersedia di dalam kamar mandi itu. Lantas, dia membersihkan dirinya lalu dia menggapai jubah mandi itu dan menyarungkan pada tubuhnya. Sempat dia menyidai pakaiannya dan baju Jungkook di dalam kamar mandi yang cukup luas itu sebelum dia menapak keluar.

Pandangannya lantas disapa dengan susuk tubuh Jungkook yang diselubungi dengan selimut itu. Keluhan berat dilepaskan lalu dia mula melabuhkan punggungnya ke atas sofa yang berdekatan sahaja dengan katil tersebut sebelum dia membaringkan tubuhnya di atas sofa itu.

"Life is unfair, right? Kita hanya meneruskan kehidupan seperti orang normal, tapi ada sahaja dugaan yang melanda." Seomin berkata perlahan sebelum dia mula mengiringkan tubuhnya, mengalaskan kepalanya dengan lengannya lalu dia memandang Jungkook dari jauh yang juga sedang mengiring menghadapnya itu.

"I wonder how's life treating you right now. Adakah nasib kita sama?"

-

Jungkook mula membuka matanya lalu secara drastik, kepalanya mula diserang denyutan yang bagaikan ingin memecahkan kepalanya. Tangan lantas dibawa memicit kepala, berharap agar ia dapat melegakan rasa sakit yang mencengkam itu. Badan diangkat keluar dari selubungan selimut itu lalu tangan kiri menyokong tubuhnya lapu ditolak tubuhnya bersandar pada kepala katil yang dibaringinya itu.

Dengan perlahan, dia mula meliarkan pandangannya ke seluruh pelusuk ruang bilik yang dihuninya itu sehinggalah kotak fikirannya mula berfungsi memberitahu dimanakah dia berada kini.

Kaki lantas dibawa keluar dari permukaan katil lalu mula menderapkan kaki memasuki kamar mandi untuk menyegarkan badan.

Namun, langkahnya lantas melekap pada lantai bilik yang sejuk itu apabila deria pendengarannua disapa dengan esakan tangisan yang datang dari dalam kamar mandi tersebut. Matanya mula terkebil-kebil bersama tangannya yang perlahan-lahan naik untuk membuka pintu kamar mandi tersebut.

Saat pintu dibuka, satu susuk tubuh seorang gadis yang sedang memeluk lutut itu mula menghiasi pandangan matanya membuatkan dia tanpa berlengah terus menerpa ke arah susuk tersebut lalu melutut di hadapan gadis yang hanya menyarungkan jubah mandi itu.

"Hey. Kenapa ni?" Lembut sahaja suara Jungkook, cuba memeujuk gadis yang tidak dia ketahui lagi identiti sebenarnya itu. Tangannya kedua-duanya menggenggam kedua-dua bahu gadis tersebut sehingga gadis itu berhenti menangis dan mula memgangkat pandangannya, memandang Jungkook dengan wajah yang sembab akibat terlalu banyak menangis.

"Kim Seomin?" Suara Jungkook mula kedengaran menyebut nama gadis itu sebelum gadis itu mula menepis tangan Jungkook dan terus bangun berdiri di hadapan Jungkook, membuatkan Jungkook juga turut berdiri.

"Yah. Kau kenapa?" Jungkook menarik tangan Seomin, menahannya yang ingin keluar dari kamar mandi itu. Seomin lantas merentap tangannya keluar dari genggaman tangan Jungkook.

"Takda kaitan dengan kau." Seomin berkata dengan nada yang mendatar. Namun, masih kedengaran suaranya hampir pecah akibat serak kesan daripada menangis terlama banyak.

Seomin lantas melangkah keluar dari kamar mandi tersebut lalu tanpa dijangka, Seomin rebah di hadapan kamar mandi tersebut membuatkan Jungkook terkesima. Terus sahaja dia bergegas ke tubuh Seomin yang kini terbaring lemah di atas lantai bilik hotel itu dan pantas mendukung Seomin, dibawa tubuh gadis itu ke arah katil.

Usai meletakkan tubuh kecil Seomin di atas katil, sempat Jungkook melekapkan tapak tangan kanannya di dahi Seomin manakala tapak tangan kirinya di dahinya.

Sah, deman!

Pantas dia menggapai telefon yang berada di meja sisi katil tersebut untuk menghubungi staff hotel.

"Bring me one small basin fill with air suam dengan tuala kecil. Bawa sekali bubur ayam dan ubat paracetamol. I want it all now!" Jungkook mengarah lalu ganggang telefon tersebut diletakkan kembali di tempatnya tanpa menunggu balasan daripada staff hotel yang dihubunginya itu.

Jungkook membetulkan selimut yang hampir terjatuh ke lantai juga membetulkan jubah mandi yang dipakai oleh Seomin itu sehinggalah satu perkara berjaya mengetuk mindanya sehingga segala pergerakkannya terhenti. Matanya mula memandang tubuh Seomin yang hanya dibaluti dengan jubah mandi sebelum mata dialihkan pula ke badannya yang hanya berseluar jeans tanpa baju itu.

"Ish, mengarut."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro