Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(N) Thirty-nine

"Byeonghan! Jihae!"

"Oppa"

"Byeonghan, apa kau buat dekat sini? Apa yang aku suruh kau buat?"

"Saya dah ikut arahan awak--"

"Kalau dah ikut, macam mana kau boleh ada dekat sini? Maksudnya, kau dah kantoilah ya? Tak boleh harap langsung! Kalau aku tahu, aku takkan ambil kaulah! Kau patut buang angan-angan kau untuk jadi pengintip handalan syarikat aku"

"Oppa, sudahlah tu! Tak malu ke semua orang pandang? Nak sangat publisiti murahan?" Jiji cuba mengawal not suaranya agar tidak menarik perhatian orang awam.

"Buat apa sampai nak upah pengintip untuk intip Jiji? Keluarga oppa memang macam tu ke? Semuanya possesive! Apa hak oppa nak kongkong hidup Jiji?!"

"Bukan macam tu--"

"Habis tu macam mana?!" Seokjin kehilangan kata-katanya. Keluhan panjang dan berat terlepas dari dua ulas bibir merah jambunya.

"Oppa ada 2 jam sebelum mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah. Boleh kita duduk dekat mana-mana dulu? Kita bincang" bahu Jiji disentuh lembut. Akhirnya, dia mengangguk tanda setuju.

®©

"Sebenarnya, bukan oppa yang nak intip Jiji. Tapi, appa Taehyung nak pastikan Jiji, Jisung dan baby tu selamat. Kami tak ada sebarang niat tak baik" croissant vanila yang dia beli tadi dipotong 2. Sebahagiannya diberikan kepada Jiji.

"Kenapa nak kena intip? Kenapa tak berdepan secara langsung. Tindakan korang buatkan kami rasa terancam dan tak selesa. Rasa macam banduan yang diburu. Oppa tahu kan? Jiji masih trauma dengan Taehyung?" Seokjin mengangguk. Kali ini, jus epal segar menjadi sasaran bibir mungil Seokjin.

"Ya, oppa tahu. Maafkan kami. Kami tak sedar yang tindakan kami ni membuatkan Jiji hidup tak tenteram. Oh, memandangkan kita dah bersembang jauh ni, apa kata Jiji tunjuk dekat oppa di mana rumah Jiji? Kalau oppa datang sini lagi, tak payahlah oppa sewa bilik hotel. Selamat duit oppa" seloroh Seokjin. Ketawa riang mereka berdua terhambur. Sudah lama Jiji tidak merasakan kebahagiaan seperti itu.

'Kalaulah dari sekolah tinggi aku perasan tentang Seokjin oppa, mesti sekarang ni aku dah jadi wanita paling bahagia dan beruntung dekat dunia ni. Tapi, tak sangka takdir aku berbeza dan kejam daripada apa yang aku bayangkan. Rugi~ rugi~'

Jiji berjalan beriringan dengan Seokjin ke Tealive Outlet, tempat di mana Byeonghan sedang menunggu Jiji. Katanya, dia tidak mahu mengganggu perbualan peribadi antara dua orang manusia itu.

"Terima kasih sebab teman Jiji sampai sini. Nanti kalau senang-senang, singgahlah rumah kami. Jiji dah kongsi lokasi dekat WhatsApp oppa. Jaga diri, okay?"

"Yalah. Kamu pun jaga diri. Kalau dah dekat nak bersalin nanti, cepat-cepat bagitahu kami. Bolehlah kami jaga Jiji dekat sini. Aunty Ahryeong pun rindu dekat Jiji. Oppa pergi dulu. Mesyuarat dah nak bermula. Annyeong!"

"Jadi, kita bolehlah sambung kerja kita yang tergendala tadi kan? Jom! Masa kamu berdua bersembang tadi, eonnie ada survei beberapa kedai. Comel sangat! Mesti Jiji rambang mata. Jom! Jom!" Byeonghan merangkul lengan berisi Jiji. Maklumlah, badan pasti semakin berisi kalau berbadan dua.

"Lepaskan akulah, sial! Aku tak nak duduk dekat tempat ni! Kenapa kurung aku?! Aku bukan binatang! Woi, kau dengar tak apa aku cakap ni?!" bergegar satu wad kuarantin dek penangan suara serak basah Kim Taehyung. Pesakit dari bilik lain mula terjenguk-jenguk melalui jendela kecil yang menghubungkan mereka dan dunia luar.

"Apa korang pandang?! Dasar orang gila! Aku tak nak duduk sinilah! Lepaskan aku" gari yang bersambung antara kedua belah tangannya dengan katil itu digoncang dahsyat. Sepasukan jururawat dan doktor berpusu-pusu masuk ke dalam wadnya.

"Take it easy, Mr. Kim. Take a deep breath. How can we treat you if you act like this? You're--"

"Apa kau cakap hah, gila? Aku tak faham! Aku tak faham! Keluarkan aku dari sini! Aku nak keluar!"

"Dr. Stephanie, leave this patient to me. I know how to handle and communicate with him. You and your team can proceed with other patients" pasukan itu mula bergerak meninggalkan ruangan serba putih itu. Dr. Song melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhampiran katil Taehyung.

"Encik Kim? Sihat ke hari ni?"

"Ah, akhirnya! Ada juga manusia yang cakap macam manusia! Aku sihat atau tak, bukan masalah kau. Aku nak keluar dari neraka ni sekarang juga. Aku tak sakit dan aku tak gila! Doktor kena dengar cakap aku!"

"Siapa cakap Encik Kim sakit atau gila? Cik Hyemi Kim yang tempatkan encik di sini. Dia nak Encik Kim rehatkan minda sebelum kahwin dengan dia. Saya juga akan berikan ubat untuk tingkatkan stamina encik. Barulah Cik Hyemi tak pandang yang lain" seloroh Dr. Song. Taehyung pula tersenyum malu. Jelas kelihatan telinganya sedang memerah pada saat itu.

"Tapi kenapa sampai aku dikurung macam ni?"

"Dia nak encik dapat privasi penuh. Jangan risau, kami takkan sakiti encik malah kami akan beri layanan 5 bintang untuk encik. Sekarang, saya akan suntik vitamin C supaya kulit encik lebih licin dan mulus" tipu Dr. Song. Taehyung hanya membiarkan Dr. Song menyuntik cecair itu pada lengannya. Setelah beberapa saat, Taehyung semakin mengantuk dan terlelap.

"Dr. Stephanie, you can proceed with the next procedure" Dr. Stephanie dan pasukannya bergegas ke bilik kuarantin yang menempatkan Kim Taehyung. Katil tersebut ditolak masuk ke bilik rawatan. Di sana, Dr. Stephanie mula menjalankan pemeriksaan terperinci untuk mengesan penyakit dan cara merawat masalah yang dialami oleh pesakitnya.

S

K

I

P


"Miss Yoon Jihae!" Jiji mengambil dokumen peribadinya lalu berjalan ke arah kaunter pendaftaran. Hari ini, hari pendaftaran untuk kemasukan kursus luar musim bagi bidang perniagaan untuk University of Ordfox, Amsterdam. Jiji mengambil keputusan untuk menyertai kursus tersebut kerana bersesuaian dengan kelulusannya.

"This is your student pass, ID and recognition number. You can take your textbooks at the Textbook Operation Room. Have a nice day" Jiji tersenyum sebelum mengangguk kecil. Mujurlah dia menyertai kursus Bahasa Inggeris. Kalau tidak, pasti dia terkial-kial untuk memahami bahasa asing itu.

"Ish, dekat mana bilik operasi buku teks ni? Lenguhlah pula" Jiji duduk di bangku batu yang disediakan oleh pihak universiti. Sejak kebelakangan ini, dia mudah letih dan mengalami lenguh di bahagian kaki.

Dia memerhati anak-anak muda yang sebaya dengannya.

'Seronok jadi diorang kan? Bahagia je. Macam tak ada masalah je. Boleh bergembira dengan kawan-kawan. Aku? Umur yang sama tapi dah kena perut besar macam ni'

"Tak apa, mama tetap bersyukur sebab sayang ada di samping mama selalu" Jiji mengusap perutnya. Sedang dia asyik menikmati angin sepoi-sepoi bahasa, seorang pelajar lelaki duduk di sebelahnya. Jiji mengintai pas pelajar lelaki itu.

"Awak pelajar kursus luar musim bidang perniagaan ke?"

"Ya, akak pun sama kan? Nombor pas kita sama" lelaki ala-ala berbangsa Cina itu tersenyum simpul.

"Hahaha. Akak? Saya lagi muda dari awak. Saya baru 20 tahun" lelaki itu menggosok belakang lehernya. Mungkin segan dengan kesilapannya sendiri.

"Kita belum berkenalan lagi kan? Saya Yoon Jihae. Saya nak cari bilik operasi buku teks. Boleh tolong tunjukkan tak?"

"Boleh sangat. Nama saya....."





















*hahahah.. author kejam.. dahlah lama tak update lepastu letak cliffhanger kat hujung 😂😂 saja nak bergurau dengan readers kesayangan. abaikan typo dan grammatical error*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro