Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(N) Thirty-eight

"Kim Taehyung! Turun sekejap" laung Pn. Kim dari aras bawah. Taehyung terus berlari anak turun dari tangga.

"Ada apa, ma?" tanpa sebarang bicara, tangannya di tarik ke dalam kereta.

"Eh, eomma! Kita nak pergi mana ni?" Taehyung melepaskan genggaman ibunya.

"Kita nak pergi jumpa Jiji dekat Britain. Kita pergi lapangan terbang sekarang juga"

"Tapi, appa! Tae tak kemas barang lagi. Kita pergilah malam ni"

"No, no. Kita tak ada banyak masa. Kita kena cepat sebelum kita hilang jejak dia. Kita orang kaya, Tae. Dekat sana pun boleh beli. Satu almari pun boleh" tegas appanya.

"Kalau macam tu, Tae nak pergi ambil clutch bag kejap. Dalam tu ada passport dengan Visa" Taehyung berlari semula ke biliknya. Minyak wangi, power bank, kad pengenalan dan beberapa alat penjagaan lain dicapai dari almari sebelum dimasukkan ke dalam clutch bagnya.

Mereka berangkat ke Incheon International Airport sebelum menaiki penerbangan ke Britain. Setelah 15 jam perjalanan, mereka pun mendarat tiba di bumi Britain, bumi yang akan mengubah takdir hidup mereka.


S

K

I

P


"Hospital Queen of Adelaide? Siapa yang sakit dekat sini?"

"Jiji" Taehyung membontoti langkah kedua orang tuanya ke dalam hospital itu. Kaunter pertanyaan menjadi tujuan utama mereka.

"Where is Dr. Song Minho from Korea? Is he arrived?"

"Dr. Song is in Diamond Ward, level 3. He's waiting for you. You are the Kim's, right?" Taehyung hanya memerhati dan mencuri dengar perbualan mereka namun satu patah perkataan pun yang mampu dihadamnya.

'Tak ada bahasa lain ke nak cakap? Bahasa alien juga yang diagungkan'

Taehyung hanya membontoti langkah kedua orang tuanya tanpa banyak soal. Dia tidak sabar untuk bertentang mata dengan Jiji setelah lama tak bersua muka. Yang paling penting, dia harus memastikan sama ada 'anak'nya masih berada dalam kandungan Jiji atau sudah lesap.

Sebaik menjejakkan kaki ke dalam Diamond Ward, dua orang lelaki berpakaian lengkap seorang doktor memegang kedua-dua tangan Taehyung.

"Eh, kau nak buat apa ni?! Lepaskan akulah sial! Eomma, apa ni?!" Taehyung meronta sekuat hati apabila Dr. Song mencapai picagari berisi cecair biru teal.

Satu suntikan di lengan Taehyung membuatkan tubuhnya terkulai layu dan jatuh di dalam pegangan dua orang doktor berbangsa Inggeris itu.

"Please bring him to Quarantine Room 4. Make sure you lock all the doors and windows properly" tubuh sasa Taehyung diletakkan ke atas kerusi roda dan disorong ke Bilik Kuarantin 4.

"Doktor, anak kami selamat ke dekat sini?" airmata Pn. Kim bergenang di tubir mata setelah bayang anak lelakinya hilang dari penglihatan.

"Pn. Kim, saya berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan Taehyung selamat dan sembuh. Saya akan kemas kini setiap perkembangan Taehyung kepada tuan dan puan. Setiap 6 bulan, kami akan benarkan tuan dan puan untuk melawat Taehyung. Jangan risau, saya akan berusaha sebaik mungkin. Saya perlu uruskan pendaftaran masuk Taehyung. Tuan dan puan boleh ikut saya ke kaunter?" Pn. Kim dan suaminya mengikuti langkah Dr. Song ke kaunter untuk menyelesaikan urusan pendaftaran anaknya.

"Saya sarankan tuan dan puan pulang ke Korea buat masa sekarang. 6 bulan pertama adalah fasa paling sukar untuk Taehyung. Kalau tuan dan puan berada di sini, mungkin dia akan lebih agresif. Tuan dan puan boleh berhubung melalui panggilan video. Pihak hospital akan terima panggilan video dari jam 3 petang hingga 7 petang. Jadi, tuan dan puan boleh bersembang dengan Taehyung dalam tempoh masa tu"

"Kalau kami nak tunggu dekat sini tak boleh ke, doktor?" Dr. Song menggeleng dan perkara itu membuatkan airmata keibuan Pn. Kim gugur.

"Dahlah tu, sayang. Kita balik dulu. Dr. Song akan maklumkan pada kita tentang perkembangan Taehyung. Awak janganlah risau. Kita serahkan pada yang pakar, ya?" Pn. Kim mengangguk sebelum menurunkan tandatangan persetujuan prosedur rawatan mental buat Taehyung.







(Jiji POV)

"Jisung, cepatlah bangun! Nanti kau lambat pergi kuliah!" jerkahku dari luar pintu kamar Jisung. Hidup lagi ke dah mati makhluk ni? Nasib baik aku mengandung je. Kalau tak, memang aku terajang pintu bilik ni biar tercabut.

Telefon bimbit yang berada di dalam saku apronku bergetar.




📲 Incoming Call........

Eomma Kim 💘

       📞                ️☎️     



      

Ikon 'terima' aku leretkan ke atas untuk menjawab panggilan itu.

       
Yeoboseyo, eomma. Ada apa telefon Jiji ni?

Yeoboseyo, Jiji-ah. Jiji sihat ke, sayang? Baby okay ke? Ada apa-apa masalah tak?

Jiji sihat je eomma. Baby okay, semua tak ada masalah. Eomma sihat ke dekat sana?

Eomma sihat je. Eomma appa Jiji pun sihat. Eomma nak bagitahu sesuatu dekat Jiji. Taehyung--

Kenapa dengan dia, eomma?

Dia dah dimasukkan ke hospital mental. Untuk rawat masalah sister complex dia. Tapi makan masa hingga 4 atau 5 tahun


Aku dapat dengar suara hiba eomma Kim di hujung talian. Apa aku patut rasa? Aku bersyukur tapi dalam masa yang sama aku kasihankan eomma Kim.


Tabah ya, eomma. Tak lama pun. Kalau ada masa, datanglah lawat Jiji dekat sini. Sekarang Taehyung dah jalani rawatan. Jadi, tak adalah Jiji rasa terlalu terancam. Maafkan Jiji kalau apa yang Jiji cakap ni mengguris perasaan eomma.

Tak apa, sayang. Eomma faham kebimbangan kamu. Kalau tak ada apa-apa lagi, eomma letak telefon dulu ya? Jaga diri dan kesihatan. Eomma letak dulu.




Tut.. Tut.. Tut..

Eomma Kim memutuskan perbualan kami. Sama ada dia benar-benar ada urusan atau dia terasa dengan kata-kata aku. Biarlah apa orang nak cakap. Aku dah lama makan hati dengan perangai anak dia.

"Ji, jom pergi cari barang baby" aku menoleh ke arah suara itu.

"Byeonghan eonnie! Ada apa eonnie datang sini? Masuklah"

"Eh, eh. Tak perlu! Eonnie nak ajak kamu pergi cari barang untuk si kecil ni" perut aku yang mula membulat itu diusapnya lembut.

"Eh, awal lagilah eonnie. Baru nak masuk 4 bulan. Tak payahlah. Lagipun Jiji masih tak dapat elaun dari keluarga dekat Korea sana"

"Eh, keluarga sebelah suami kamu dah bagi duit belanja kamu pada eonnie. Tapi, mereka tak tahu yang kamu berdua dah tahu pasal eonnie. Eh, dahlah! Jom pergi pasar raya. Dekat-dekat pun jadilah" aku mengangguk sebelum melangkah naik ke bilik. Kot panjang dicapai. Sekarang dah nak masuk musim sejuk. Tak baik kalau terdedah dengan cuaca sejuk.

Byeonghan eonnie memandu Toyota Shippudennya ke I Seoul U Supermarket. Baru aku tahu ada pasar raya yang jual barang Korea dekat Amsterdam ni. Kalau aku tahu, dah lama aku ajak Jisung makan dekat sini. Sedapnya kalau dapat makan stew kimchi dengan bulgogi. Kecur air liurku dibuatnya.

Sebaik masuk ke dalam pasar raya, bau croissant vanila menyengat masuk ke dalam hidungku. Kali ni aku betul-betul tak tahan. Dompet aku keluarkan dari tas tangan. Ah, cukuplah ni.

"Eonnie! Jiji nak pergi kedai tu sekejap. Nanti--"

"Tak ada, tak ada. Eonnie tahu kamu nak suruh eonnie tunggu dekat sini. Eonnie nak ikut. Orang mengandung tak boleh melawan, nanti terkenan dekat anak dalam perut" bibir aku cebikkan. Sengaja tak nak bagi aku cakap banyak.

"Jiji nak makan apa?" aku menuding jari ke arah sebiji croissant vanila di dalam display kaca tersebut. Belum sempat Byeonghan eonnie berkata apa-apa, seorang lelaki telah memesan croissant itu. Aku rasa macam nak menangis waktu tu.

Lelaki itu menoleh ke arah kami kerana suara Byeonghan eonnie yang cuba memujukku.

"Byeonghan! Jihae!" mataku terkebil-kebil memandang jejaka tampan di hadapanku. Kaca mata hitamnya diturunkan. Hampir luruh rahangku melihat figura itu berdiri betul-betul dihadapanku.










































Special promote.. Hasil tangan dari salah satu baby author, _xmochx

Jemput baca guys 💜.. Supports needed 🙇














*agagagagaga.. done update.. abaikan typo dan grammatical error*

* Mochieszcoffeee_ nah, seketul update.. nanti akak usahakan lagi seketul update.. huhu tapi tak janji*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro