(N) Forty-three
(Jiji POV)
"Sayang?" tepukan pada bahuku menyentakkan aku dari masa silam. Wajah putih bersih lelaki itu aku tatap seketika.
"Awak okay tak? Kenapa muka merah ni? Awak rasa tak sedap badan ke?" belakang tangannya mendarat pada dahiku.
"Taklah. Sejuk sangat dekat sini. Tu yang merah sikit muka. Jihyung~ Sedap makan aiskrim?" soalku sambil mendukungnya. Kepalanya dianggukkan.
"Mestilah sedap. Daddy belanja tadi. Ni, daddy beli mainan baru untuk Jihyung" sebuah figura Iron Man dikeluarkan dari beg kertas itu.
"Awak, kan saya dah cakap. Tak payahlah habiskan duit untuk semua ni. Nanti makin naik lemak budak ni"
"Tak apalah, sayang. Kalau saya tak habiskan duit untuk awak dan Jihyung, saya nak habiskan untuk siapa lagi? Mummy daddy saya tu dah terlampau kaya. Mungkin duit saya ni cuma satu per lapan daripada harta diorang" rambutku diusap penuh kasih.
(End POV)
🍄🍄
"Doktor Song, saya nak tanya sesuatu boleh? Kebelakangan ni, saya selalu mimpi perkara yang sama. Berulang-ulang kali. Ada seorang perempuan dibelasah oleh seorang lelaki. Tapi, saya tak boleh tolong. Saya macam ada dalam penjara. Apa maksudnya, doktor?" Dr. Song tersenyum dan mengangguk kecil. Tak sia-sia usahanya selama ini untuk menyembuhkan lelaki bermarga Kim itu.
"Awak tahu yang awak dah kahwin, kan? Awak kenal isteri awak, Jiji?" Taehyung mengangguk perlahan. Mukanya seperti kebingungan buat seketika.
"Lelaki tu adalah awak tetapi minda awak ketika itu telah dikuasai oleh sisi mental abnormal awak. Perempuan tu ialah Jiji, isteri sah awak"
"Takkan saya buat macam d-doktor? Ya Tuhan, apa aku dah buat" rambutnya diraup menggunakan kedua-dua belah tangan.
"Awak jangan risau. Awak sekarang dah 97 peratus bebas dari masalah awak. Saya akan siapkan dokumen dan laporan perubatan awak. Awak dah boleh keluar esok"
"97 peratus? Maknanya saya masih ada peluang untuk jadi gila semula? Macam tu?"
"Tak, Encik Kim. Encik Kim tak gila cuma mengalami gangguan mental. 3 peratus ialah peluang yang sangat tipis. Kalau Encik Kim bijak mengawal emosi dan nafsu, saya yakin yang encik akan bebas sepenuhnya" Taehyung mengangguk. Tag pada tangannya ditilik. Tak sangka, sudah empat tahun dia menjadi penghuni bilik berpagar ini.
'Jiji, tunggu abang datang, sayang'
®©
"Yeay! Dah sampai rumah. Salam daddy cepat. Daddy nak balik dah tu" anak kecil yang sedang menonton Didi and Friends itu mendongakkan kepala memandang wajah ibunya.
"Eo? Daddy nak balik? Kenapa tak tidur sini?" soalan cepumas Jihyung membuatkan kedua-dua manusia itu tercengang.
"Daddy ada kerja dekat pejabat esok. Maaf, daddy tak boleh teman Jihyung. Jihyung dengan mama ya malam ni?"
"Daddy selalu macam tu dengan Jihyung. Kenapa daddy orang lain tinggal sekali dengan diorang? Kenapa daddy tak tinggal dengan kami?" Jihyung keluar dari kereta sambil menghentak kaki tanda protes. Keluhan berat dilepaskan dari dua ulas bibirnya.
"Saya minta maaf, Hyun. Dia memang suka memberontak akhir-akhir ni. Entah siapalah yang mengajar anak saya jadi macam tu" tangan mulus Jiji diusap lembut oleh Minhyun.
"Tak apalah, sayang. Saya faham kemahuan dia tu. Kalau awak tak kisah, pertimbangkanlah pasal majlis kita. Saya nak kita bersatu secepat mungkin" kedua belah tangan itu didekatkan pada bibir dan dikucup sekilas.
"Ya, saya akan fikirkan perkara tu. Esok awak kena datang ambil saya, tahu? Hari ni, awak bawa je kereta ni balik ke rumah awak. Bye" Jiji mula melangkah keluar dari perut kereta itu. Tubuh montel anaknya itu kini sedang tercegat di pintu pagar dengan wajah yang cemberut. Selesai membuka kunci, Jihyung berlari masuk ke dalam biliknya.
'Kenapalah dia perlu pertikaikan kehadiran Minhyun pada saat aku masih tak tahu hala tuju hidup aku. Kahwin? Bukan itu yang aku mahukan pada masa ini. Aku ingin bina empayar aku sendiri supaya aku tak perlu bergantung harap pada kewujudan yang bernama manusia'
S
K
I
P
Bagasi yang berada dipegangannya diletakkan di sisinya. Bayu asli bandar Seoul dihirup seketika. Ah, rindunya terhadap bumi ini tidak terungkap dengan kata-kata. Setelah lama 'berkelana' di negara orang, dia dapat pulang ke tanah ibunda tercintanya.
Cermin mata hitam dilurutkan dan disangkut pada butang baju yang sengaja dibuka. Senyuman girang terpancar di wajahnya apabila dua sosok tua yang dirindui sedang menuju ke arahnya.
"Oh Tuhan, anak eomma. Akhirnya, kamu pulang sayang. Apa khabar, Taehyung? Kenapa tak jawab panggilan eomma? Tahu tak eomma risaukan keadaan kamu" wajahnya diusap lembut oleh tangan berkedut Pn. Kim.
"Chagi, biarlah Taehyung lepaskan penat dulu. Jangan terus nak soal dia macam-macam. Taehyung, mari kita balik ke rumah. Banyak benda yang kamu perlu tahu" kata-kata Tn. Kim membuatkan pelbagai kemungkinan mula terbayang di benak milik Taehyung. Lengan tua Tn. Kim disentuh lembut.
"Appa, kalau Tae balik rumah lama Tae boleh tak? Kalau appa betul-betul ada hal penting untuk dibincangkan, Tae ke pejabat appa esok. Tae dah hubungi Jin hyung. Tae balik dengan dia je" senyum nipis terukir di bibir mungilnya.
"Ah, kalau macam tu baiklah. Kami ikutkan saja keputusan kamu kalau itu yang kamu mahu. Appa dan eomma balik dulu" Tn. Kim dan isterinya menaiki Toyota Vellfire yang dipandu oleh Ahjusshi Han, pemandu mereka. Lengan Tn. Kim dipukul oleh isterinya setelah kereta itu memulakan perjalanan.
"Kenapa awak tak halang dia tadi? Ajak je dia balik ke rumah kita. Awak tahu kan rumah tu banyak kenangan antara dia dengan Jiji? Kita dah bincang kan semalam? Tak boleh harap langsung!" getus Pn. Kim dengan marah. Pandangannya dilemparkan ke luar cermin kereta.
"Saya tak naklah memaksa. Dia bukan budak kecil lagi. Dah 26 tahun kan? Takkan kita masih nak kongkong dan atur keputusan dia. Saya yakin, dia dah boleh fikir secara waras. Dia takkan buat perkara bodoh lagi lepas ni. Kalau dia buat juga, saya sendiri akan tenggelamkan dia dalam Sungai Han" seloroh Tn. Kim itu mengundang cebikan pada bibir isterinya.
--------
(Taehyung POV)
"Jin hyung!" aku berlari ke arah figura tegap itu setelah melihat kelibatnya dari dalam ruang legar. Tubuhnya aku peluk erat namun tidak pula dibalas olehnya. Senyumanku memudar apabila terlihat wajah dingin dan tidak berperasaan itu.
"Hei, kenapa ni? Kau datang bulan ke?" aku tertawa sendiri dengan lawak hambarku. Ekspresi sama dipamerkan pada wajah kacak abang sepupuku.
"Masuk, kita bincang dalam kereta nanti" aku hanya menurut kemahuannya. Aku memasuki perut kereta utiliti sukan itu tanpa banyak bicara. Jarang sekali Jin hyung mempamerkan sisinya seperti yang aku lihat sekarang.
"Kau apa khabar? Sihat?" soalnya sambil tangan tersebut sibuk memulas stereng kereta tanpa memandangku.
"Aku biasa-biasa saja. Macam nilah dari dulu sampai sekarang. Kau pula? Dah berapa orang anak?" soalanku dibiarkan sepi tanpa jawapan. Oh Tuhan, kejanggalan apakah seperti ini? Sungguh aku tak selesa dengan keadaan atmosfera yang penuh tekanan seperti ini.
"Kau mesti tahu dekat mana Jiji dan anak aku? Tolong aku, hyung. Aku yakin yang kau tahu" lampu isyarat diberikan sebelum kereta ini membelok ke bahu jalan. Kaca mata hitamnya dilepaskan dari batang hidung.
"Taehyung, tolong lupakan Jiji. Tolong buang segala memori kau sama ada pahit atau manis yang korang pernah lakar bersama. Dia dah bahagia dengan kehidupan dia yang sekarang ni. Aku boleh nampak kebahagiaan dia. Cukuplah apa yang kau dah buat selama ni. Biarkan dia hidup dengan cara dia. Ini amaran dari aku. Jangan cuba hubungi, dekati atau sesekali nak masuk kembali dalam hidup dia" kata-katanya membuatkan aku dihimpit pelbagai rasa.
"Apa maksud kau, hyung. Dia masih isteri aku dan anak tu anak sah kami. Kenapa aku kena jauhkan diri aku daripada dia" kali ini, aku pula yang membidas kata-katanya.
"Apa yang aku nak, kau failkan perceraian kau ke atas Jihae secepat mungkin. Aku tak nak kau gantung dia tak bertali lagi. Hentikan semua permainan bodoh ni" rahangku terasa mengeras. Tanganku pula terasa gatal untuk melayangkan tumbukan kepada lelaki di hadapanku ini.
"Tch, cakap sajalah yang kau masih simpan perasaan dekat dia kan? Sebab tu kau nak aku lepaskan dia secepat mungkin. Sebab tu kau ambil keputusan untuk membujang sampai tua? Kau masih harapkan dia kan?" dia mengendahkan kata-kataku sebelum meneruskan perjalanan. Hanya bunyi deruan enjin dan penghawa dingin memenuhi kenderaan ini.
'Kalau aku tahu kau nak ajak aku bertikam lidah, aku takkan terima pelawaan kaulah! Baik aku balik naik teksi je tadi'
*hahaha.. siapa rindu abe Taehyung? angkat bulu hidung 😂😂 Taehyung sudah comeback 😎*
*abaikan typo dan grammatical error. votes dan comment amat dihargai 💕*
*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*
Author nak lanje pic abe Taehyung sikit sempena birthday my purple babyboy 💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro