(N) Forty-five
Taehyung menarik bagasinya keluar dari conveyer belt setelah lulus ujian kastam. Penerbangan dari Korea Selatan menuju ke Amsterdam membuatkan seluruh tubuh Taehyung berasa letih.
"Selamat datang ke Amsterdam, Encik Kim. Saya, Ryu Byeongchul. Diplomat rasmi syarikat The Kim's Empire" senyuman manis milik lelaki itu dibalas dengan tumbukan kecil pada bahu kanannya.
"Tak perlulah nak formal sangat dengan aku. Macamlah kau baru kenal aku sehari dua" letusan tawa mereka berdua berderai.
"Ish, kau sekarang dah jadi majikan aku. Takkanlah nak buat perangai monyet macam dulu. Dahlah, aku nak hantar kau ke rumah inap hak milik syarikat" pelbagai cerita dikongsikan sepanjang perjalanan. Taehyung juga tidak lupa menceritakan misinya untuk memikat kembali hati Yoon Jihae.
S
K
I
P
"Malam nanti, kau ada upacara makan malam khas dengan semua rakan kongsi, pelabur dan orang penting dalam perniagaan kau. Nah, ambil ni. Tuxedo yang ditempah khas. Jangan lupa pakai semua barang yang aku letak atas katil tu. Kau nak pergi sendiri atau nak aku jemput?" Byeongchul berceloteh sambil membuka pintu rumah inap itu.
"Aku nak pergi sendiri. Aku nampak ada kereta dalam garaj tu. Boleh guna kan?" soalannya hanya dibalas anggukan. Byeongchul mula beredar setelah memeriksa keadaan rumah dan memastikan semuanya baik-baik sahaja.
🍼🍼🍼
"Chul, kamu pergi mana tadi? Puas noona hubungi kamu, tapi tak jawab. Noona nak ajak kamu makan tengah hari sama-sama" Byeonghan menyapa adiknya yang baru sahaja masuk ke dalam rumah.
"Chul pergi jemput Taehyung dekat lapangan terbang. Dia jadi wakil syarikat untuk seminar kali ni" terlopong luas mulut Byeonghan mendengarkan perkhabaran itu.
"T-taehyung? Anak Tn. Kim? Bakal bekas suami Jiji?" Byeongchul mengangguk kecil untuk menjawab soalan kakaknya. Telefon pintar yang berada di tangan Byeonghan turut dirampas.
"Noona jangan masuk campur urusan mereka. Kenapa Taehyung boleh ada di sini? Ini semua takdir. Noona janganlah jadi manusia yang suka melawan takdir"
"Habis tu? Kamu nak tengok je bila Taehyung jumpa Jiji dan sakitkan Jiji lagi? Macam tu?" turun naik dada Byeonghan menahan amarah. Dia juga bingung sama ada hendak membiarkan takdir mengatur segalanya atau dia perlu lakukan sesuatu untuk 'mengubah' takdir itu.
"Berserah pada Tuhan. Segalanya akan baik-baik saja. Noona yang cakap macam tu kan dulu? Jadi, percaya pada takdir sebab jodoh tak pernah salah alamat" tubuh kakaknya dirangkul ke dalam dakapannya.
Setelah itu, dia mula bersiap-siap untuk menjemput Jiji. Untunglah Taehyung ingin memandu ke majlis itu. Bolehlah dia menghadiri majlis bersama Jiji, Minhyun dan Jihyung.
Masa berlalu dengan pantas. Lebih kurang satu jam lagi, majlis tersebut akan bermula. Sedang Taehyung membuntangkan kemejanya, dadanya mula berdebar dan terasa berombak tak menentu.
Dia hanya menepis segala tanggapan negatifnya lalu mula memanaskan enjin untuk ke Royal Ballroom, Royal Aesthetic Hotel.
Kehadirannya disambut meriah oleh wakil-wakil dari syarikat kenamaan di Korea mahu pun dari luar negara. Kebanyakan diplomat dan wakil syarikat ialah wanita yang semestinya merasakan getaran dan aura hebat milik Taehyung.
"Encik Kim, sila ke pentas utama. Encik Kim akan sampaikan ucapan aluan dan merasmikan majlis ni. Ini teks ucapan" Taehyung menyambut huluran salah seorang pekerjanya dan mula ke pentas utama.
"Selamat malam saya ucapkan kepada wakil-wakil syarikat serta diplomat asing yang sudi hadir ke majlis ini. Di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada syarikat kami untuk bekerjasama dalam beberapa projek akan datang. Tanpa melengahkan masa, saya, Taehyung Kim, Ketua Pengarah Operasi The Kim's Empire, merasmikan majlis ini. Silakan nikmati malam anda bersama kami" tepukan gemuruh dari para hadirin mengakhiri ucapan aluannya.
Di pintu masuk utama, Jiji termengah-mengah kerana berlari dari tandas ke dewan itu. Langkah kakinya diatur ke meja yang dihuni oleh Minhyun, adik-beradik Ryu dan anak kecilnya. Masing-masing hanya membatukan diri di situ.
"Eh, ucapan aluan wakil dari Korea tu dah tamat ke? Melepaslah saya nak tengok muka dia" Byeongchul dan Byeonghan berpandangan antara satu sama lain. Mujurlah Jiji terlambat. Minhyun juga tidak begitu mengenali sosok dan wajah suami kepada buah hatinya.
"Mama, Jihyung nak pelgi ambil kek dekat sana" anak kecil itu melompat-lompat di atas kerusi sambil menuding jari ke arah hidangan bufet yang tersedia.
"Nak mama teman?" Jihyung menggeleng. Jiji hanya mengangguk sebelum kanak-kanak itu berlari ke sana.
Beberapa potongan kek dan tart telur manis diletakkan di atas pinggan milik Jihyung oleh seorang pelayan wanita. Sebaik dia berlari ke mejanya, seorang lelaki tinggi lampai telah melanggar tubuh genitnya sehingga makanan dan pinggan itu berpecah berderai.
Tangisan Jihyung memenuhi atmosfera. Hal itu membuatkan Jiji dan Minhyun bingkas bangun untuk memeriksa keadaan anak mereka.
"Oh Tuhan, maafkan abang. Abang tak sengaja langgar adik tadi. Sakit dekat mana-mana ke?" Taehyung membantu Jihyung untuk berdiri dan memeriksa keadaan kanak-kanak lelaki itu.
"Jihyung sayang. Kenapa menangis ni? Siapa buat anak mama? Biar mama belasah dia cukup-cukup. Siapa?"
"Maafkan saya, puan. Saya--" kata-katanya terhenti sebaik anak mata mereka bertembung. Kenangan silam 4 tahun lalu mula bermain satu persatu di minda kedua-dua insan itu. Tangan kekar yang ingin menyentuh kulit wajah Jiji terhenti apabila Minhyun menahannya.
"Maafkan saya, encik. Apa hubungan encik dengan isteri saya?" kata-kata Minhyun membuatkan Taehyung terpempan seketika.
'Mungkin ini pelanduk dua serupa atau khayalan aku semata-mata sebab aku terlalu rindukan isteri aku' otaknya mula mencari sebarang kemungkinan yang boleh terjadi. Namun, dia tidak mampu menipu hatinya. Hati kecilnya kuat mengatakan bahawa wanita dihadapannya adalah wanita yang dia cari selama ini.
"Err. Mungkin saya tersilap orang. Maafkan saya sekali lagi. Saya minta diri dulu" seluruh tubuhnya terasa membahang saat dia meninggalkan keluarga kecil itu. Tak keruan dibuatnya sehinggakan dunia di sekeliling sudah tidak dihiraukan.
Majlis berlangsung dengan lancar dan menyeronokkan tapi tidak buat Jiji. Setiap kali dia menoleh ke meja yang dihuni oleh Taehyung, mata mereka pasti bertembung. Perkara itu sangat menjengkelkan untuk Jiji hadapi selama 4 jam.
'Hidup lagi manusia durjana tu. Kenapa kami perlu bertembung sekarang? Ini semua gila! Tak lama lagi, pasti dia akan mula mengganggu aku'
Tidak lama lagi, adegan manis yang tidak didambakan akan mula menghambat hidup Yoon Jihae. Sekarang, hatinya perlu membuat pilihan.
Hwang Minhyun
atau
Kim Taehyung
*huwarghhh!! sudah update yuhoo!! abaikan typo dan grammatical error.. enjoy.. vomment juseyo 💄*
*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro