🎯 Contains harsh words. Read at your own risk
🖍 Jangan contohi kebrutalan Jiji dalam chapter kalini 😂🤘
🍭ⓙⓤⓢⓣ ⓔⓝⓙⓞⓨ ⓘⓣ🍭
Jisung menghempaskan briefcase miliknya ke atas meja kopi di ruang tamu. Jiji yang baru menapak masuk itu mengeluh.
"Sung, kau tak payahlah marah-marah macam ni. Kalau Jihyung nampak, banyak pula soalan yang aku perlu jawab nanti" Jiji mengurut lembut bahu kembarnya itu. Jisung merengus kasar.
"Macam mana aku tak marah? Dia tu memang mencari nahas dengan aku. Kalau bukan dekat tempat awam tadi, dah lama aku pijak banana dia sampai lunyai"
FLASHBACK
"Tak semudah itu untuk seorang Kim Taehyung lepaskan isteri yang dia cari selama bertahun lamanya. Aku tak bodoh macam kau untuk lepaskan Jiji"
"Apa maksud kau hah? Kau ni memang kurang ajar kan? Ini amaran terakhir dari aku. Sekali lagi kau dekati adik aku, aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau"
"Berani ke kau nak bunuh aku? Lelaki lembik macam kau, apa yang kau mampu buat? Kau cuma harapkan 'balaci' kau saja. Kau sebenarnya lemah" kata-kata Taehyung benar-benar memancing api amarah Jisung.
"Kau memang--" Jiji menggenggam tangan Jisung erat untuk mengelakkan daripada tercetusnya pergaduhan yang lebih besar antara dua lelaki itu.
"Chagi, saya akan datang balik. Saya tak kisah sama ada cara kotor atau cara bersih, saya akan dapatkan awak" membulat mata Jiji mendengarkan kata-kata berbaur ugutan yang terbit dari bibir lelaki itu. Nafas berat Jisung jelas kedengaran.
Dua beradik bermarga Yoon itu bingkas bangun dan meninggalkan Taehyung yang tersenyum kemenangan.
END FLASHBACK
◎━━━━━━◎━━━━━━◎
Usai mandi, Jiji menyarungkan pijama ke tubuh genitnya. Tangannya ligat mengeringkan rambut menggunakan tuala bercorak Winnie the Pooh miliknya, hadiah daripada Jisung tahun lepas.
Telefon pintar miliknya berdenting menandakan ada pesanan yang masuk melalui aplikasi KakaoTalk.
Tuan Kim Duda Miang 🔪💣
online
Memang saya pernah menjadi orang yang melunturkan maskara awak. Tapi percayalah, saya akan jadi orang yang rosakkan gincu di bibir mungil awak
9.50 pm ✔️
Eh, seen je?
9.52 pm✔️
Balaslah sesuatu. Saya rindukan awak
9.52 pm✔️
Tolong hentikan kerja gila awak, Encik Kim
9.53 pm✔️
Saya betul-betul tak berminat untuk bercakap dengan encik sekarang ni
9.53 pm✔️
Kelakuan encik membuatkan saya makin muak dengan encik
9.54 pm✔️
JUST LEAVE ME ALONE!
9.55 pm✔️
Di sisi Taehyung, lelaki itu tersenyum melihat layar telefon pintarnya. Akhirnya, wanita idamannya membalas pesanan miliknya.
"Garang-garang ni membuatkan awak makin comel. Eii, geram betul rasa macam nak gigit-gigit dia. Aums" Taehyung meletakkan tangan di bahagian dadanya. Dah lama jantungnya tak berdegup sekencang itu.
Taehyung memutuskan untuk membuka laman berita kegemarannya, The SK Business Times. Sambil dia leka menggeser berita yang terdapat di halaman utama, matanya tertumpu pada sebuah berita mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Huskies Fashionnaire, Hwang Minhyun.
Pemain industri fesyen kelahiran Korea Selatan, Hwang Minhyun dikatakan sedang hangat bercinta dengan model antarabangsa berdarah Korea-Cina, Seulli Choo.
Taehyung tersenyum sumbing melihat headline artikel itu. Tanpa membaca artikel penuh, Taehyung terus memuat turun montaj artikel tersebut untuk ditunjukkan kepada Jiji.
"Jihae~ Jihae~ Saya dah cakap yang awak adalah jodoh saya. Saya akan pastikan awak putus dengan lelaki tak guna ni" bukannya dia tidak tahu tentang hubungan percintaan antara Jihae dan Minhyun. Satu bangunan pejabat mereka mengetahui bahawa Jihae dan Minhyun ibarat merpati dua sejoli.
Taehyung turut mengupah penyiasat persendirian untuk menyiasat perkara tersebut. Memang tak salah lagi, Minhyun telah berjaya menggantikan tempatnya di hati Jiji dan sekali gus merebut kasih sayang Jihyung yang sepatutnya untuk dirinya, bapa kandung Jihyung.
"Kalau nak pikat mak, kena pikat anak. Jihyung, papa akan buatkan kamu tak boleh berenggang dengan papa" telefon pintarnya dimatikan sebelum dia berlayar ke DreamLandia.
🔮🔮🔮
"Mama, Jihyung nak main dekat taman boleh tak? Rachel, anak Aunty Jikyung ajak Hyung pergi sana" kanak-kanak itu tersengih sehingga menampakkan gigi susunya yang tersusun rapi.
"Amboi, dah pandai anak mama ni nak cari buah hati. Boleh, sayang. Tapi mama rasa tak sihat hari ni. Hyung pergi seorang boleh? Nah, duit. Kalau nak beli apa-apa, belikan untuk Rachel sekali, tahu?" Jihyung mengangguk lantas mengambil not 5 euro dari Jiji.
"Terima kasih, mama. Jihyung pergi dulu. Jangan rindu, tahu?" Jihyung mencapai kot panjang dan but berbulunya sebelum keluar dari rumah. Apabila tibanya musim sejuk, taman tertutup akan beroperasi. Maka, Jiji tidak terlalu risau kerana suhu taman tersebut dikawal dengan baik.
Jihyung dan Rachel bermain dengan gembira di atas buaian berbentuk kapal lanun yang tersedia di taman tersebut.
"Rachel, awak nak coklat panas?" gadis kecil itu hanya mengangguk lalu bergandingan tangan dengan Jihyung untuk ke gerai yang turut tersedia di dalam taman tersebut.
Setelah lima minit menunggu, tibalah giliran mereka untuk memesan minuman.
"Can I have two cups of hot chocolate" pesan Rachel kepada seorang pelayan di situ. Bukannya Jihyung tak pandai berbahasa Inggeris, namun dia kurang berkeyakinan untuk bercakap dengan orang asing apatah lagi di khalayak ramai.
"Here's your order, little cupcake. It is 3 euro" Jihyung menghulurkan not 5 euronya sebelum ditahan oleh seorang lelaki.
"Please give them two complete set of your Lava Mava Edition. I will pay for this hot chocolates as well" pekerja itu hanya mengangguk lalu menyediakan pesanan seperti yang dimahukan oleh Taehyung. Setelah membuat pembayaran, bungkusan berwarna coklat itu diberikan kepada Rachel dan Jihyung
"Uncle Minion, nah duit ni. Nanti mama marah kalau guna duit orang lain" Jihyung menghulurkan not miliknya kepada Taehyung. Taehyung hanya tersenyum lalu menggeleng perlahan.
"Tak apa, sayang. Papa belanja" Jihyung menggaru kepalanya yang tersarung beanie biru bermotif salju.
"Papa? Jadi, betullah Uncle Minion yang ada dalam gambar hari tu? Jadi, betul yang uncle ni papa Hyung?" soal Jihyung sambil mendongakkan kepala memandang Taehyung.
"Mungkin. Kalau Jihyung nak tahu, Jihyung kena tanya mama"
"Kalau macam tu, jomlah balik rumah mama. Kita tanya mama sama-sama. Nak tak?" Jihyung menarik tangan Taehyung supaya mengikutnya pulang ke rumah.
"Sayang, kamu tinggal dekat mana? Uncle hantarkan kamu balik"
"Rachel tinggal dekat dengan rumah Jihyung. Nanti, turunkan Rachel dekat rumah Hyung je. Rachel boleh jalan kaki balik rumah" Taehyung mengangguk lalu membawa kedua kanak-kanak itu ke keretanya.
S
K
I
P
"Terima kasih, uncle"
"Ya, sama-sama. Hati-hati dalam perjalanan, ya?" Rachel mengangguk lalu berjalan pulang ke rumahnya yang berselang dua pintu dari rumah Jihyung.
"Jomlah, masuk. Tapi senyap-senyap, okay? Nanti mama marah" Jihyung berjengket-jengket masuk ke dalam rumah diikuti Taehyung yang berjalan selamba.
"Jihyung dah-- Tuan Kim buat apa di sini? Jihyung, kenapa bawa orang tak dikenali masuk dalam rumah? Berapa kali dah mama pesan? Bahaya, kan? Kenapa tak nak dengar cakap mama, Jihyung?" Jiji bercekak pinggang memandang anaknya yang sedang menundukkan wajah itu.
"S-salah ke Jihyung nak bawa papa balik. Papa kan papa Jihyung. Kenapa Jihyung tak boleh bawa papa balik?" Jihyung mengesat airmatanya menggunakan lengan baju. Jiji melutut di hadapan anaknya lalu memegang bahu kanak-kanak itu.
"Hyung, dia bukan papa Hyung. Berapa kali mama kena beritahu Hyung? Papa Hyung tak mahukan Hyung dalam hidup dia. Sekarang ni, Daddy Minhyun saja papa Hyu--"
"Sudah Jihae! Tak perlu nak ungkit kisah silam. Berapa kali saya nak jelaskan pada awak? Saya sakit! Saya sakit masa tu. Ya, saya tak waras, gila dan hilang akal. Tapi tolonglah, kasihankan Jihyung. Dia patut tahu yang saya ni papa kandung dia. Bukan Minhyun!" naik turun dada Taehyung menahan amarahnya. Ingin saja dia mencium kasar bibir wanita itu agar berhenti memperkotak-katikkan pemikiran Jihyung.
"Siapa kau nak tengking aku hah? Kita dah tak ada kaitan. Tinggalkan-- Akh!" Jiji jatuh terduduk di hadapan Taehyung kerana kesakitan yang menerpa pada dadanya seperti beberapa hari lepas.
Taehyung yang panik segera melutut untuk melihat keadaan Jiji.
"Sayang, awak tak apa-apa? Jom ke klinik" tangan Taehyung ditepis kasar.
"Tak payah! Saya nak rehat. Pergi balik sekarang" Taehyung hanya mengalah dan beredar pulang apabila melihat keadaan Jiji. Minhyun yang berdiri di tepi tembok rumah itu mengacakkan rambutnya kesal. Sekiranya dia datang lebih awal, pasti Taehyung tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Jiji.
"Jihyung, masuk bilik. Mulai hari ni, jangan keluar rumah tanpa mama atau appa Sung. Faham?" Jihyung berjalan sambil menghentakkan kaki ke biliknya. Pintu bilik dihempas kasar tanda protes.
"Perangai sama macam bapa kau. Semoga genetik gila si Taehyung tu tak melekat pada anak aku"
*haluuu uollss.. rasa macam dah lama tak update. jangan risau, author akan usaha untuk tamatkan fanfiction ni sebelum tahun baru, lepas tahu author akan fokus pada works lain. stay tuned 🤗*
*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro