Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(N) Fifty-three

Jiji menapak masuk ke dalam bilik Jihyung. Sehari suntuk anaknya terperap di dalam bilik, semuanya berpunca dari peristiwa kelmarin.

"Sayang, bangun. Dah pagi ni. Dari semalam Hyung tak makan" sepi. Tiada sebarang reaksi diterima dari anak tunggalnya itu. Selimut yang menyelubungi Jihyung ditarik sehingga mendedahkan kepala.

"Kamu demam ni, sayang" Jiji segera mengetuk pintu bilik Jisung. Mujurlah kembarnya itu sedang berada dalam mode cuti.

"Sung, Jihyung demam. Jom pergi hospital" Jisung terus menggendong Jihyung masuk ke dalam kereta. Jiji mencapai kot mereka bertiga lalu turut masuk ke dalam kereta. Jihyung yang berada di atas ribaannya berpeluh hebat. Dapat dia lihat renikan peluh dingin di sekitar leher dan dahinya.

Sampai sahaja di hospital, Jihyung di bawa ke zon kuning. Jiji dan Jisung tidak dibenarkan masuk dan diminta untuk menguruskan pendaftaran di kaunter. Bergetar-getar tangannya menulis nama Jihyung pada borang tersebut. Senget-benget tulisan Jiji jadinya.

15 minit berlalu, namun mereka masih belum menerima sebarang khabar dari doktor yang menjalankan pemeriksaan.

"Sung, kenapa diorang lama? Aku takut" Jisung memeluk adik kembarnya erat. Empangan airmatanya tidak dapat dikawal apabila memikirkan keadaan anak kesayangannya.

"Waris Yoon Jihyung" Jiji segera menepis airmatanya dan berlari anak ke arah doktor itu. Topeng mukanya diturunkan sebelum memulakan bicara.

"Puan ni ibu Jihyung?" Jiji hanya mengangguk perlahan. Doktor itu melepaskan keluhan berat.

"Macam nilah, puan. Kami terpaksa menahan anak puan di wad untuk memantau perkembangannya. Anak puan disahkan mengalami tekanan perasaan. Perkara ni menyebabkan kadar degupan jantungnya bertambah dan membawa simptom seperti berpeluh, sukar bernafas dan pitam. Tapi puan jangan risau, saya dah berikan rawatan secukupnya. Nasihat saya, biarkan dia berehat secukupnya dan elakkan persekitaran yang boleh membuatkan dia tertekan. Perkara sebegini boleh menjejaskan tumbesaran Jihyung. Puan boleh masuk ke wad sekarang"

Tergamam wanita itu mendengar penjelasan dari doktor tersebut. Dia tahu betapa bahayanya tekanan di usia kanak-kanak.

"A-aku bukan ibu yang terbaik untuk Jihyung" Jisung menarik Jiji untuk duduk di barisan kerusi yang tersedia. Kedua-dua belah bahunya dipegang erat.

"Dengar sini, kau adalah ibu terbaik untuk Jihyung. Kau dah berjaya lalui macam-macam liku dalam hidup kau untuk besarkan Jihyung. Kau adalah perempuan paling kental yang aku kenal. Jadi, aku tak nak kau mengalah. Jangan tunjukkan kelemahan kau di depan Jihyung" airmata yang menuruni pipi itu diseka oleh ibu jarinya.

"Jom masuk" tangan Jiji ditarik untuk masuk ke dalam wad yang menempatkan Jihyung. Pipi Jihyung yang memerah akibat demam panas itu diusap perlahan. Mata kuyu Jihyung memandang wajah bersih milik ibunya.

"Ma, Hyung nak balik" rengek Jihyung. Tiada kanak-kanak yang sukakan suasana dan bau ubat-ubatan di hospital.

"Sayang, sayang mana boleh balik lagi sekarang. Tunggu kamu sihat sikit, ya?"

"Hyung nak papa" Jiji hanya terdiam.

"Kita call Daddy Hyun, ya?" Jihyung menggeleng.

"Tak nak. Hyung nak papa. Hyung nak papa" Jiji menoleh ke arah Jisung. Lelaki itu mengeluh sebelum mengangguk seolah-olah memahami tatapan mata Jiji.

📦📦📦

Taehyung membuka butang baju pada lengan kemejanya. Usai sahaja mesyuarat, dia berhasrat untuk melawat Jiji di rumah. Malangnya, rumah sepi tanpa penghuni.

Telefon pintarnya dikeluarkan dari kocek seluar. Nama Jiji dicari dari ratusan kenalan dalam kad SIMnya.

"Yeoboseyo, Jiji-ah. Sayang, awak dekat ma--"

"Tuan Kim, boleh tuan datang Squareville Hospital. J-jihyung demam panas. Dia nak jumpa tuan"

Panggilan segera ditamatkan lalu lelaki itu bergegas ke hospital. Wajarlah hatinya berasa ada sesuatu yang tidak kena sejak dalam bilik mesyuarat lagi.

Setibanya di sana, dia segera menuju ke kaunter untuk mendapatkan lokasi wad Jihyung. Dia lihat Jisung sedang menunggu di kawasan yang disediakan khas untuk para pelawat. Dapat dia rasakan lelaki itu sedang merenungnya tajam namun tidak dia hiraukan.

Daun pintu dikuak dari luar. Kelibat seorang anak kecil terbaring lemah menerpa deria penglihatannya.

"Jihyung sayang" Taehyung menghampiri anaknya lalu ubun-ubun Jihyung dikucup sekilas. Jiji hanya memerhati kemesraan Jihyung dan Taehyung dari sisi kanan katil anaknya. Sepanjang berada di situ, Taehyung yang melakukan segalanya. Dia yang menyuap bubur untuk Jihyung, mengelap tubuh montelnya dan tidak lupa juga menghiburkan hati Jihyung.

Tanpa mereka sedar, jarum jam telah berganjak ke angka 4 petang. Jiji meregangkan pinggangnya yang terasa lenguh kerana terlalu lama duduk di atas kerusi kayu itu.

Taehyung yang memerhati gelagat Jiji itu tersenyum manis. Sudah lama dia tidak melihat Jiji dari jarak yang dekat sebegini.

"Kalau Tuan Kim penat, baliklah. Tuan--"

"Sekali lagi awak panggil saya 'Tuan Kim', saya takkan teragak-agak untul bagi awak bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Awak nak?" Jiji segera menutup mulutnya sambil menggelengkan kepala.

"Panggil saya Taetae, macam awak selalu panggil saya dulu" Jiji bermain dengan kedua-dua belah tangannya. Perasaan malu dan segan membuatkan dia tidak mampu mengangkat wajahnya.

"Emm, awak baliklah--" kata-katanya terbantut apabila ada seseorang menyapa dari pintu.

"Byeonghan eonnie! Byeongchul pun ada" Jiji tersenyum girang sambil membalas pelukan Byeonghan. Byeonghan sedikit tersentak apabila Taehyung tersenyum ke arahnya.

"Jiji okay ke?" bisik Byeonghan.

"Jiji okay, jangan risau. Terima kasih sebab tolong jagakan Jihyung. Kalau Jihyung dah bangun, hubungi Jiji"

"Tak apa, Ji. Eonnie boleh uruskan budak kecil ni. Macamlah dia tak biasa dengan eonnie. Kamu balik, ya?" Jiji menapak keluar dari wad itu diikuti dengan Taehyung.

"Eh, dah berbaik dengan bakal janda kau ke?" Byeongchul ketawa mengekeh apabila dapat mengusik Taehyung. Satu tumbukan padu dihadiahkan tepat pada bahu kirinya.

"Aku akan pastikan dia tergila-gilakan aku balik" ujar Taehyung bangga sebelum menapak keluar. Byeongchul menggulingkan biji mata sebelum kembali fokus pada Jihyung.

S

K

I

P

"Sung, jom pergi cari tteokbokki. Aku teringinlah nak makan tteokbokki" Jiji menguis bahu Jisung yang sedang berjalan beriringan dengannya.

"Mana nak cari tteokbokki dekat Amsterdam ni, cik adik? Kita bukan dekat Myeongdong. Mintalah cremè brulee ke apa. Senang sikit nak cari"

"Tapi, aku nak tteokbokki" ton suara Jiji menurun menandakan perang dingin akan bermula sebentar lagi dalam kiraan

3

2

"Saya boleh masakkan untuk awak kalau awak nak" kedua-dua mereka menoleh ke belakang, memandang Taehyung dengan tatapan yang pelik.

"Tak apalah. Saya tak rasa nak makan sangat"

"Saya tahu awak betul-betul nak. Masa awak mengandungkan Jihyung dulu, saya tak berpeluang nak penuhi keinginan awak. Sekarang, biarlah saya masakkan untuk awak. Jom ke rumah saya. Nanti saya kongsi lokasi pada awak" terkebil-kebil Jisung dan Jiji dibuatnya.

"Kau mengandung ke, Ji?"

"T-taklah. M-mana ada" Jisung memandang Jiji dengan mata yang sengaja dikecilkan.

"J-jomlah. Nanti Taehyung tunggu" Jiji menarik lengan Jisung ke lot parkir. Jantungnya berdegup kencang apabila Jisung memandangnya sebegitu.

Setelah 15 minit menuruti arahan Encik Google Maps, mereka tiba di kediaman Taehyung. Sebaik melangkah keluar dari perut kereta, bau tumisan pes gochujang menusuk rongga hidung Jiji. Semakin terliur dia dibuatnya.

"Taehyung, kami masuk ni"

"Masuklah! Buat macam rumah sendiri" kerana rasa hormat terhadap tuan rumah, Jiji menapak ke dapur untuk membantu Taehyung. Kelihatan lelaki itu memakai topeng muka ketika memasak.

"Awak pernah masak ke tak? Kenapa pakai topeng muka?" soal Jiji sambil membasuh tangan di sinki.

"S-saya mual bila bau tumisan gochujang. Sebelum ni tak macam ni pun" Taehyung tersengih di sebalik topeng mukanya.

Jiji hanya meng'oh'kan saja sebelum memotong kek beras untuk dijadikan tteokbokki. Sempat dia melirik ke arah Taehyung. Bahu bidang lelaki itu semakin terserlah apabila apron diikat pada pinggang rampingnya. Tambahan pula, Taehyung memakai kemeja-T berwarna hitam, semakin tak keruanlah Jiji dibuatnya. Segera dia mengalihkan pandangan apabila jiwanya semakin bergelora.

Prang!

Sunyi, sepi dan hening. Tiga perkataan itu sudah lengkap untuk menggambarkan situasi di dapur milik Kim Taehyung. Suasana menjadi kekok apabila Jiji menjatuhkan sebuah balang kaca berisi tepung dari kabinet dapur.

"S-saya minta maaf" dia segera mencari penyapu untuk membersihkan kekacauan yang berpunca dari dirinya.

Taehyung ketawa berdekah-dekah apabila sebahagian wajah Jiji turut diselaputi tepung yang membuatkan lelaki itu geli hati.

"Eiii, jahat!" Jiji membaling tepung yang berada dalam genggamannya ke arah muka Taehyung.

"Hahaha padan muka! Buuu, awak pun dah kena tepung. Wek wek" Jiji menjelirkan lidahnya ke arah Taehyung sebelum melarikan diri.

"Oh, main kasar ya?" Taehyung mengejar Jiji yang berlari di sekeliling meja seramik di tengah-tengah dapur.

"Kejarlah! Dah penat ke? Taetae dah tua!" sudah lama dia tidak merasa bahagia sebegini. Rasanya sama seperti bermain kejar-kejar dengan Taetae beberapa tahun lalu. Kenangan lama bermain kembali di layar benaknya. Tanpa dia sedar, Taehyung sudah memeluk pinggangnya.

"Ha! Dah dapat! Lain kali jangan lari, tahu? Bahaya untuk kandungan awak" bisik Taehyung pada telinga Jiji dengan ton yang sangat rendah. Meremang bulu roma wanita itu dibuatnya.

"Korang berdua ni nak masak atau nak bercengkerama di sini?" kedua-dua mereka tersentak dan menjauhkan diri dari satu sama lain. Kedua-duanya kembali melakukan aktiviti yang tergendala dengan wajah yang dihiasi tepung.


























*annyeong! harini author update panjang sikit.. sikit jelah hehe.. thanks for your support and love.. kalau dah 50K, author rasa nak buat QnA.. korang nak tak? let me know in the comment section.. author nak kenal lebih rapat dengan korang*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro