Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(N) Fifty-seven

Disaat bahagia mula aku kecapi, si dia pula hadir membawa seribu kegusaran.

━━━━━━━ •♬• ━━━━━━━

(Jiji POV)

"Bila kita nak jumpa eomma awak?"

"Saya tak tahu lagi. Biar saya balik rumah saya dulu. Saya akan cuba cari masa yang sesuai untuk pertemukan awak dengan keluarga saya. Sementara waktu ni, rahsiakan kepulangan awak dari keluarga saya"

Ting!

Dentingan ketuhar gelombang mikro menyedarkan aku dari lamunan. Mi segera yang masih panas itu aku keluarkan dari ketuhar. Apabila malas menguasai diri, nak didihkan air untuk secawan mi segera pun aku malas.

Derapan tapak kaki yang semakin mendekat membuatkan aku menjenguk ke arah ruang tamu. Seram sejuk pula aku dibuatnya. Kelibat sepasang kaki pendek berlari datang ke arah aku.

"Jihyung! Terkejut mama!" anakku hanya tersengih sebelum memanjat ke atas kerusi bar yang berada di kaunter dapur.

"Tadi Jihyung nak peluk mama tapi mama tak ada. Sebab tu Jihyung turun cari mama. Apa tu? Nanak sikit" aku menyuapkan sedikit mi kerinting itu ke dalam mulut Jihyung.

"Euw, perisa sayur. Tak sedap langsung" Jihyung memasang mimik muka yang menjengkelkan namun aku hanya tersengih saja. Sayur? Aku pun tak suka sayur, tapi ini saja yang ada dalam kabinet dapur eomma.

"Halmeoni dan harabeoji dah tidur" Jihyung mengangguk dan mencapai beberapa potong sosej panggang yang aku sediakan untuknya sebelum kami bertolak ke Seoul. Jangan risau, masih elok dan belum basi.

"Mama. Tadikan, papa kata mama nak bagi adik untuk Jihyung. Betul ke?"

"Mmm, lebih kurang macam tulah. Kenapa? Jihyung tak suka?"

"Eh, mestilah Jihyung suka. Jihyung pun nak ada adik macam kawan-kawan Jihyung yang lain. Nanti, Jihyung nak beli gummy bear banyak-banyak untuk adik" aku menggelengkan mendengar ocehan Jihyung. Aku mengusap perutku yang sudah 3 minggu berpenghuni. Rasa macam mengidam sesuatu, tapi aku tak tahu apa yang aku nak. Maka, tidur adalah ubat terbaik untuk aku.

S

K

I

P

Sepasang tangan tua ligat memotong bahan-bahan untuk dijadikan makanan tengah hari. Aku menapak ke dapur dengan niat ingin membantu.

"Eomma!" tubuh ramping itu aku dakap erat. Walaupun eomma telah menginjak ke awal 50-an, penjagaan kesihatan dan kecantikan menjadikan wanita ini kelihatan lebih muda dari usia sebenar.

"Ya, sayang. Kamu nak apa-apa ke? Eomma nak masak makanan kegemaran kamu, stu ayam dengan  lempeng tiram kimchi. Kamu suka kan?" mendengarkannya saja cukup membuatkan aku menelan ludah.

"Pandai Jisung jaga kamu. Makin berisi eomma tengok" aku yang baru saja ingin membedal kimchi itu tersentap seketika.

"Eomma ni! Mana ada berisi. Jiji kan me--"

"Me?" soal eomma. Bodoh! Dah nak terlepas cakap dah. Aduh, bahaya!

"Melantak apa yang Jisung masak. Ha! Melantak! Betul tu. Jisung masak sedap, macam ni" aku mengangkat kedua-dua ibu jariku. Bohong sangat pujian tu. Jisung masak tak sedap pun.

"Baguslah kalau macam tu. Eomma kalau boleh nak kamu, Jisung dan Jihyung duduk saja di sini. Syarikat appa tu, tak ada siapa yang urus. Kalau kamu balik sini, appa akan terus lantik kamu jadi ketua pegawai eksekutif. Appa pun dah makin lanjut usia, mana tahan nak menghadap kertas yang bertimbun tu hari-hari" aku diam sejenak. Mungkin aku patut bincang dengan Jisung tentang perkara ni. Lagipun, aku tak nak anak kedua aku ni lahir di tempat orang macam Jihyung.

"Kamu selesaikan urusan perceraian kamu dengan budak Taehyung tu segera. Lebih cepat, lebih senang kamu nak tumpukan perhatian pada syarikat dan anak kamu. Tak adalah kamu runsing lepas ni" eomma yang beralih ke dapur basah untuk menyiang ayam itu aku pandang seketika. Setelah beberapa tahun, eomma masih dengan pendiriannya. Maknanya, hubungan eomma dengan keluarga Kim masih belum pulih?

"Kenapa senyap je dari tadi. Eomma ada salah cakap ke?" pandangannya lembut, suaranya lembut tapi aku yang terlalu merasai auranya dengan mendalam.

"Tak ada apalah, eomma. Sekejap lagi Jiji nak keluar dengan Rain. Eomma jagakan Jihyung, boleh?"

"Boleh, sayang. Cucu eomma juga"

🍹🍹🍹

Aku melangkah masuk ke dalam Second Serenade Mall, tempat di mana aku telah berjanji dengannya untuk bertemu. Tapi, batang hidungnya masih belum kelihatan. Mahu saja aku botakkan kepalanya. Semalam beria-ia nak jumpa. Kalau tak jumpa, nak merajuk bagai.

"Sayang!" langkah kakinya diatur mendekatiku dengan senyuman. Dahlah lambat, tak ada rasa bersalah ke apa?

"Lama ke tunggu?" rambutku yang mengurai diselitkan di tepi telinga menampakkan anting-anting mutiara merah jambu itu.

"Tak adalah lama sangat. Sekejap lagi, adalah yang kena tumbuk"

"Alolo, garangnya sayang saya ni. Jangan garang-garang, nanti anak kita bergaduh dengan doktor yang sambut dia" aku mengulum senyum supaya tidak terlalu jelas. Bodoh ke apa nak bergaduh dengan doktor. Tatapan mataku kini jatuh kepada seluar yang dipakainya.

Ketat

Sendat

Padat

Tiga perkataan itu sudah cukup menjelaskan betapa terseksanya aku melihat bentuk tubuhnya yang menarik itu. Oops.

"Awak makin gemuk ke seluar makin kecil" kening aku jongketkan sambil memerhati seluar yang dia kenakan.

"Ketat ke? Biasa je saya tengok. Alah, orang tengok dari luar tapi awak dah tengok lebih daripada tu. Tak payahlah nak risau sangat" bangang kau Kim Taehyung! Pipiku yang memerah itu aku abaikan lalu langkah diatur ke sebuah restoran makanan laut.

"Sayang, awak duduk dulu. Saya nak ke tandas sekejap" Taehyung berlalu pergi meninggalkan aku seorang diri. Booklet menu itu aku capai sebelum membelek halamannya satu persatu.

"Hi, sweetie"

"Cepatnya-- Seokjin oppa" lelaki itu hanya tersenyum manis sebelum mengeluarkan sekuntum bunga peony ungu.

"Bunga yang cantik, untuk puteri yang cantik" aku teragak-agak untuk menerima kuntuman bunga itu. Namun, aku menyambut huluran itu dan aku masukkannya ke dalam tas tangan. Kalau Taehyung nampak, banyak pula soalannya.

"Oppa buat apa di sini? Ada temu janji ke? Atau pun mummy oppa dah aturkan blind date untuk anak teruna dia yang seorang ni" sengaja aku mengusiknya untuk menghilangkan rasa canggung antara kami.

"Tak adalah. Oppa sengaja datang sini sebab nak cari hadiah. Siapalah nak dekat oppa ni. Orang yang oppa berkenan tu dah kahwin. Dulu, oppa macam ada harapan sebab perempuan tu hampir bercerai dengan suami dia. Tapi sekarang dah lain. Mereka berdua macam dah berbaik" aku mula rasa tidak selesa dengan jejaka dihadapanku ini.

Ya, 2 tahun lepas Seokjin oppa datang ke Amsterdam untuk bertemu denganku. Dia pernah menyatakan hasratnya untuk menjaga aku dan Jihyung tetapi aku menolaknya. Aku yakin dia sedang membahaskan tentang aku.

"Ji, oppa kena beredar dari sini sebab oppa belum cari lagi hadiah. Kalau ada apa-apa, hubungi oppa. Nombor oppa masih sama, sama macam cinta oppa pada Ji. Tak pernah berubah" hanya Tuhan saja yang tahu betapa aku ingin menangis dan meraung ketakutan di sini. Ya Tuhan, lepas satu masalah, satu lagi datang.

"Tadi, tu Seokjin hyung ke?" sapaan Taehyung membuatkan aku sedikit terkejut. Mata yang hampir berair itu aku kedipkan beberapa kali.

"Kenapa ni? Dia ada cakap apa-apa ke?" aku hanya menggeleng. Tangannya aku capai sebelum berdiri.

"Nak pergi mana? Kita belum pesan makanan lagi"

"Jomlah pergi mana-mana. Saya dah tak ada selera nak makan" lelaki itu akur dan mengikuti kemahuanku.
























































*ayyo! Seokjin is back hoho*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*

















Author's note 📌

Di sini author menguar-uarkan tentang salah satu karya baru yang mungkin bersesuaian dengan readers yang ingin berubah angin dan menjinakkan diri untuk membaca novel bergenre Malay Romance Novel. Author nak cadangkan satu novel dari Etiy_31

Boleh juga uar-uarkan pada kawan-kawan yang minat novel Melayu. Nanti korang minta je kredit pada Cik Author kita tu. Suruh dia tag korang dalam novel dia hoho. Gomawoyo 💋

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro