Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(N) Fifty-one

ঔৣ☬❉『I』『m』『m』『a』『t』『u』『r』『e』『H』 『u』『s』『b』『a』『n』『d』❉ঔৣ☬


"Sayang, pergi bersiap. Hari ni, kita keluar temujanji berdua. Nak tak?" Jiji menggomol pipi pau Jihyung yang sedang leka menyusun blok legonya.

"Hihi, nak! Nak! Hari ni, mama jadi awek Hyung" gigi arnabnya ditayang membuatkan Jiji semakin geram dengan kecomelan kanak-kanak lelaki itu.

Telefon pintarnya tidak henti-henti berdering sejak beberapa minit yang lalu. Dengan malasnya, Jiji melangkah ke dalam bilik. Nama yang terpapar pada skrin itu membuatkan hatinya terasa jengkel.

Tuan Kim Duda Miang 🔪💣

📞                    ☎️

Jiji hanya mengabaikan panggilan dan bergerak ke bilik anak terunanya untuk membantu Jihyung bersiap-siap. Baju kemeja birunya dipadankan dengan seluar slack hitam, ditambah pula dengan sneakers Vans barunya.

Jiji menggeleng kepala melihat gaya anaknya. Sikat diambil dari atas meja solek lalu rambut lembut Jihyung disisir lembut.

"Hyung ni. Kita nak pergi ronda-ronda dekat pekan je. Bukan nak pergi makan dekat hotel 5 bintang"

"Eh, Jihyung memang selalu bergaya macam nilah. Lagipun, appa Sung cakap kalau selekeh, awek tak nak" membulat mata Jiji dibuatnya seraya hidung mancung anaknya ditarik sedikit kuat.

"Amboi, kecil-kecil lagi dah pandai cakap pasal cinta. Mama 'tangan'kan nanti baru tahu. Jom, nanti kafe kegemaran Hyung tutup pula kalau lambat"

Jiji dan Jihyung duduk di sebuah bangku batu berhampiran Quantrellé Park. Jihyung sedang khusyuk mengunyah cream puff berinti kastard itu manakala Jiji pula menyisip mochacino panas yang dibeli di kafe berhampiran.

"Uncle Minion!" tersentak Jiji dibuatnya apabila Jihyung tetiba memanggil seseorang. Anak kecil itu berlari ke arah satu sosok tinggi lampai yang sedang berjalan di sekitar tasik.

"Jihyung!" panggilan ibunya tidak dihiraukan malah Jihyung terus berlari ke arah sosok itu.

"Uncle!" Jihyung menarik sedikit baju lelaki itu. Anak mata mereka bertemu lalu lelaki itu tersenyum ke arahnya.

"Hai. Adik cari siapa? Mama adik mana? Kenapa datang sini seorang diri? Bahaya tahu?" Uncle Minion tersebut mencuit hidung kecil miliknya.

"T-taehyung" Jiji menarik lengan Jihyung. Anak kecil itu hanya terdiam di belakang ibunya.

"I-itu anak awak? Anak angkat atau anak kandung?" matanya tak lepas memerhati Jihyung yang kelihatan sedikit takut itu.

"Bukan urusan awak" baru sahaja Jiji hendak melangkah pergi, lengannya dipegang erat.

"Semestinya urusan saya. Kalau dia anak awak, mestilah dia anak saya bukan?" Jiji hanya ketawa seperti orang gila sehinggakan Taehyung sedikit tercengang dengan keadaan itu.

"Anak? Anak awak? Hahaha lawak apa yang awak cuba sampaikan ni hah? Awak tak ada anak, kita tak pernah ada hubungan pun. Jauh sekali untuk ada anak bersama. Lupakan. Saya pergi dulu" Jiji mencempung anaknya lalu berlalu pergi ke tempat parkir kereta.

"Kalau itu anak saya, selamanya anak saya. Saya takkan biarkan anak saya tidak berbapa. Saya akan pastikan anak saya jadi hak saya, Jihae Kim"

Lelaki itu segera mencari nama kenalan setiausahanya di dalam telefon pintar. Satu pesanan ringkas dihantar kepada wanita itu sebelum langkahnya diatur ke suatu tempat yang agak asing bagi dirinya, Vista Aurelia Hotel.

Keretanya meluncur lancar di atas jalan raya. Nama hotel itu ditaip di dalam Google Maps untuk mendapatkan laluan terdekat. Tak sampai 20 minit, kereta Taehyung sudah memasuki kawasan hotel 15 tingkat itu. Hotel itu tampak sibuk seperti hotel-hotel ternama lain. Langkahnya terhenti apabila dia ditahan oleh seorang pegawai keselamatan.

"Maafkan saya, encik. Pengunjung tak dibenarkan melalui kawasan ini. Ini jalur eksekutif untuk ahli lembaga pengarah sahaja" Taehyung meneliti tag nama pada uniform lelaki itu.

"Encik Nostoc, ini ada sedikit duit kopi untuk awak. Kalau awak benarkan saya masuk, saya akan gandakan lagi duit kopi awak"

"Maaf, encik. Ini menyalahi etika kerja saya" lengan Taehyung ditarik supaya menjauhi kawasan itu tetapi Taehyung masih berkeras.

"Ada apa kecoh-kecoh ni? Awak nak jatuhkan air muka syarikat saya dihadapan pelanggan? Awak dah tak berminat nak bekerja di sini atau bagaimana?" tegas lelaki yang segak bergaya di dalam sut indigonya.

"Lelaki ni, tuan. Dia berkeras hendak melalui jalur eksekutif dan cuba menyogok saya" Jisung memandang jijik lelaki yang sedang menundukkan kepala itu.

"Tch, perangai macam orang tak bertamadun. Kau ingat kau boleh sogok pekerja-pekerja aku dengan duit kotor kau ke? Entah dari mana duit kau tu datang. Dasar manusia tak bermaruah. Orang macam kau ni yang akan rosakkan sistem sosial, tahu tak?"

Tangan Jisung naik ke muka Taehyung lalu dagunya ditolak naik supaya menghadap wajahnya.

"ENGKAU?! BAWA LELAKI JAHANAM NI KELUAR DARI HOTEL NI! SAYA TAK MAHU TENGOK MUKA DIA" empat pegawai keselamatan segera mengheret Taehyung keluar.

"Lepaslah! Aku bukan anjing kurap yang kau nak halau macam ni" Taehyung menarik lengannya kasar dari genggaman para pegawai keselamatan itu. Rambut yang menutupi dahi dikuak kasar ke belakang.

"Aku akan datang balik, Yoon Jisung! Kau dengar tak?!" Jisung berpeluk tubuh di pintu utama hotel miliknya sambil memerhati Taehyung yang menjerit seperti orang hilang akal. Senyum sumbing terukir di bibir nipis lelaki itu.

Sebaik kereta milik Taehyung beredar dari perkarangan hotel, Jisung terus menghantar pesanan ringkas kepada Jiji.




My Other Half 😒
last seen 8.56 am

Kalau kau tak sibuk, waktu makan tengah hari nanti aku nak jumpa kau
11.55 am✔️

📌 Chrysogenum Café
11.56 am✔️

Kita jumpa di situ 👆
11.56 am✔️















Derapan kasut tumit tinggi milik Jiji bergema di dalam kafe itu. Kerusi yang bertentangan dengan Jisung ditarik sebelum punggung dilabuhkan.

"Tak pernah-pernah ajak makan tengah hari sama-sama. Ada hal penting ke kau nak cakap dengan aku?" soal Jiji sambil membelek menu pada booklet yang tersedia di atas meja.

"Kau tahu Taehyung ada di sini?" segera Jiji mengangkat wajah dan memandang Jisung.

"Dia ada jumpa kau? Dia nak apa jumpa kau?"

"Entah. Dia cuba ceroboh jalur eksekutif dekat hotel tadi. Lepas tu dia marah-marah macam orang tak siuman. Kalau kau jumpa dia, jauhkan diri daripada dia"

"Jisung.." Jiji berjeda seketika.

"Sebenarnya, syarikat Minhyun berkolaborasi dengan syarikat Kim & Co., syarikat appa Taehyung. Dia wakil diplomat dari Korea Selatan. Aku minta maaf sebab tak bagitahu kau awal-awal" Jiji menunduk sambil melukis bulatan kecil pada pahanya, salah satu tabiat jika dia berasa bersalah terhadap sesuatu perkara.

"What the hell?! Eh, kau tahu tak benda macam ni bahaya. Aku akan jumpa Minhyun dan suruh dia gantikan kau dengan pekerja yang lain"

"Eh, jangan! Dia tak tahu yang aku dengan Taehyung pernah ada hubungan"

Jisung menepuk dahinya sebelum melempar kuntuman ros yang menjadi penghias meja ke arah Jiji.

"Eii! Suka buat kerja separuh jalan kau ni. Kau dalam masalah besar kalau kau tak selesaikan masalah kau dengan Taehyung secepat mungkin. Balik Korea nanti, pergi mahkamah sivil dan failkan perceraian. Kalau dia tak nak lepaskan kau, kita bayar ganti rugi pada dia sampai dia bersetuju untuk lepaskan kau. Faham?"

"Tak semudah itu untuk seorang Kim Taehyung untuk lepaskan isteri yang dia cari selama bertahun lamanya. Aku tak bodoh macam kau untuk lepaskan Jiji" dua beradik kembar itu beralih memandang ke arah suara yang menyampuk dalam perbualan mereka.





















*annyeonghaseyo yeorobun! miss me or nah? hehe.. really miss you, Goldzies.. thanks for your patience and for the wait.. enjoy this chapter 🐥*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*


🔮 ✿●‿●✿ ʍ¡ઽઽ_૨ѳઽ૯gѳℓ∂ ✿●‿●✿ 💎

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro