Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(N) Fifty-four

Author's note 📌

Chapter sebelum iaitu QnA adalah untuk para readers bertanya soalan pada author. Kalau korang nak jawab soalan author sahaja pun tak apa. It's up to you. Tapi, author teringin nak tahu dan berkenalan lebih rapat dengan anda semua. Jadi, bertanya soalan kepada author adalah salah satu cara terbaik untuk berkenalan. 😘

━━━━━━━ •♬• ━━━━━━━

(Jiji POV)

Aku menghidangkan tteokbokki dan rabbokki yang telah kami sediakan. Alang-alang kedua masakan ini menggunakan ramuan yang sama, Taehyung sengaja menyediakan kedua-duanya sekali gus. Walaupun dia terpaksa menahan loya, dia gigih memasak. Mujurlah dengan bantuan topeng mukanya, Taehyung masih boleh bertahan.

Jisung mencedok tteokbokki ke dalam mangkuk milikku. Aku memberikan isyarat mata supaya dia turut membantu Taehyung. Dia mengambil mangkuk Taehyung dengan teragak-agak sebelum mengisinya dengan rabbokki terlebih dahulu.

"Jemput makan. Maaf kalau kurang sedap. Saya bukan chef handalan" aku menyuapkan sepotong tteok ke dalam mulutku. Rasanya tidaklah sesedap tteokbokki yang aku pernah rasa di Myeong-dong, tapi aku sangat sukakannya. Aku memerhatikan Taehyung yang hanya menggaul-gaul rabbokki yang berada di dalam mangkuknya. Aku berdehem sebelum bersuara.

"Ehem, ehem. Kenapa tak makan?" soalku dengan hanya memandang sekilas wajahnya. Dia dengan perlahan-lahan mengangkat sudu berisi kuah rabbokki dan disuapkan ke dalam mulut.

Taehyung segera berlari ke sinki dan memuntahkan isi perutnya. Aku yang berada di ruang makan berasa ngeri apabila dia muntah semahu-mahunya.

"Sung, pergilah tengok. Kalau dia pengsan nanti susah" aku menyenggol lengan Jisung yang masih melahap di sebelahku.

"Siapa isteri dia? Aku ke kau?" aku terus bangun dan menuju ke dapur. Benci betullah dengan si Jisung tu. Berat tulang, berat bontot, berat segala-galanya!

Aku menghampiri Taehyung yang terbatuk-batuk di tepi sinki itu. Jelas kelihatan dia sedang menahan sakit di bahagian perutnya. Aku juga pernah merasai kesakitan yang sama sewaktu aku mengandungkan Jihyung dahulu. Segelas air aku hulurkan padanya.

"Tak nak. Saya nak mun--" dia kembali memuntahkan isi perutnya. Aku menggosok belakang tubuhnya untuk mengurangkan rasa sakitnya.

"Jom pergi klinik. Kalau jadi apa-apa, susah pula nanti" dia meletakkan kedua-dua belah tangannya di sinki untuk menampung jisim tubuhnya. Perlahan-lahan dia beralih ke arahku dan menarikku ke dalam pelukannya. Aku hanya membiarkan pelukan itu sepi tanpa balasan.

"Stay" aku hanya menuruti saja apa kemahuannya. Setelah beberapa minit, dia melepaskan pelukan itu.

"Awak makanlah dengan Jisung hyung di meja. Saya nak cuci muka" aku meninggalkannya yang sedang mencuci muka di sinki.

"Dia okay tak?" aku menjeling ke arah Jisung.

"Kenapa kau risau sangat? Bukan ke kau tak sukakan dia?" aku mengangkat keningku. Sengaja aku mahu mengusik lelaki di hadapanku ini.

"Diakan ayah Jihyung. Aku tak naklah anak saudara aku jadi anak yatim"

"Ish, sampai ke situ kau ni! Mungkin dia alah je tu. Tak ada apa yang seriuslah"

"Atau pun betul apa yang dia cakap? Kau betul-betul mengandung? Korang berdua ni ada sembunyikan apa-apa dari aku ke?" Jisung memasang wajah curiganya.

"I-ish mana ada! Tiba-tiba saja ke situ. Kau ingat nak dapat anak tu macam kau tanam benih cili ke? Hari ni tanam, esok tumbuh?" dia hanya mengangguk kecil sebelum meneguk sedikit air.

Aku mengambil inisiatif untuk mengemas meja dan memasakkan sedikit bubur untuk Taehyung sebagai tanda terima kasih. Taehyung? Aku dah suruh dia berehat di ruang tamu. Degil betul orang tua tu. Aku suruh berehat di bilik tapi dia enggan. Kononnya tak manis kerana kami berdua masih berada di sini.

Taehyung serta Jisung masing-masing diam dan hanya menumpukan perhatian pada kaca televisyen. Bagi pengusaha syarikat seperti mereka, naik turun saham amat penting supaya mereka mampu melobi saham mingguan.

"Korang tengok apa ni? Khusyuk je masing-masing"

Pelopor industri fesyen millenial dari Korea Selatan, Hwang Minhyun dikhabarkan akan melangkah ke jinjang pelamin bersama gadis pilihan hatinya, Choo Seulli yang merupakan seorang supermodel terkenal. Baru-baru ini, Minhyun telah mengadakan sidang media di ibu pejabat Huskies Fashionnaire yang dihadiri oleh media tempatan dan antarabangsa.

Aku terdiam tak berkutik. Mangkuk bubur yang masih berada di tangan aku letakkan di atas meja. Aku memegang meja tersebut untuk menampung badanku yang terasa lemah ketika ini. Jisung datang ke arahku dan mengusap rambutku.

"Kau okay? Jangan perca--"

"Macam mana aku tak percaya, Sung?! Dia dengan perempuan tu senyum dan berbangga mengumumkan perkahwinan mereka berdua. Siap dengan sidang media bagai. Habis tu, aku ni apa? Aku ni cuma tempat untuk dia hilangkan bosan ke?" tersedu-sedan aku menahan esak tangisku yang semakin menjadi-jadi.

Beg tangan yang berada di atas sofa aku capai sebelum berlalu keluar dari rumah Taehyung.

(End POV)

🍁🍁🍁

Taehyung tersenyum sinis sambil menyantap bubur air tangan Jiji. Hatinya girang tidak terkata apabila Jiji sendiri melihat perbuatan Minhyun di depan matanya.

'Haih, tak sia-sia aku berusaha. Lebih mudahlah kerja aku lepas ni. Ini buktinya bahawa Tuhan pun masih mahu kami bersama. Jiji, awak dah silap pilih pasangan hidup. Sebab itulah Tuhan cuba hindarkan awak daripada membuat keputusan yang salah'

S

K

I

P

Jiji hanya diam sedari tadi. Makanan yang berada di atas meja langsung tak terusik olehnya. Panggilan telefon turut diabaikan olehnya. Daun pintu terkuak dari luar dan wajah putih kemerahan milik Jihyung terpacul dari bukaan kecil itu. Dia kemudiannya memanjat katil dan melabuhkan punggung di sebelah ibunya.

"Mama, kenapa sedih ni? Jihyung nakal ke? Jihyung buat mama sedih?" Jiji mengusap puncak kepala anaknya lantas menggeleng.

"Taklah. Anak mama budak baik. Mama tak sedih pun, sayang. Jihyung dah makan? Appa Sung masak apa?"

"Appa Sung masak nasi goreng tapi dia kata mama tak nak makan. Jihyung suap, ya?" pinggan kaca tersebut diambil dari meja lalu diletakkan di atas pahanya. Terkial-kial tangan kecilnya mencedok nasi untuk disuapkan pada ibunya.

"Tak apa, sayang. Mama makan sendiri"

"Tak boleh! Jihyung suapkan. Nanti mama tipu Hyung. Nanti mama tak makan pun. Say aaaa~" Jiji tersenyum lalu menjamah nasi goreng yang disuapkan oleh Jihyung.

"Mama, mama. Kawan-kawan Jihyung semua dah ada adik. Mama tak nak bagi adik ke untuk Jihyung?" tersedak Jiji dibuatnya. Segelas air kosong dihulurkan oleh Jihyung untuknya.

"Emm, nanti mama fikirkan. Tapi, mama tak janji tahu? Sekarang dah malam. Jihyung pergi gosok gigi, lepas tu tidur ya? Jangan minum susu coklat yang ada di dalam peti ais tu, okay? Minum yang mama dah panaskan" Jihyung mengangguk sebelum berlari masuk ke biliknya.

Telefon pintar miliknya dicapai dari meja solek. Panggilan dari Minhyun tidak diendahkan. Satu pesanan ringkas melalui aplikasi KakaoTalk diterima.




@$$H0L3 🐽
online

Sayang, kenapa tak jawab panggilan saya?
09.50 pm✔️

Sayang, kenapa tak balas?
09.50 pm✔️

Saya tahu kenapa awak dingin dengan saya
09.51 pm✔️

Sekurang-kurangnya awak balaslah pesanan saya ni
09.52 pm✔️

You had blocked this user. Do you want to report this contact?








'Tak adalah sampai nak laporkan. Lurus betullah KakaoTalk ni' omel Jiji di dalam hatinya. Lain pula ceritanya di sisi Minhyun. Lelaki itu benar-benar bengang dengan layanan dingin yang diberikan oleh Jiji terhadapnya.

Mata-mata yang dipasang olehnya semasa pertunjukan fesyen tempoh hari menghantarkan suatu sampul berwarna coklat berukuran A3. Sampul itu masih kemas tanpa sebarang koyakan. Sejak kebelakangan ini, dia terlalu sibuk memikirkan isu Seulli sehingga dia lupa tentang sampul itu.

Sampul itu dibuka dan isinya dikeluarkan. Foto Taehyung memeluk Jiji, menggendongnya ke bilik hotel dan mengikuti staf ke pub turut terselit di dalam sampul itu. Lebih berang Minhyun jadinya apabila paparan dari USB yang terdapat di dalam sampul yang sama menunjukkan Taehyung dan Jiji masuk ke dalam suite yang sama semalaman.

"Patutlah kau tak minta penjelasan. Kau dah ada spare-part rupanya. Licik betul kau, perempuan. Tak sangka, kau pun sama macam Seulli. Cuma nak kikis harta aku"

















*horeay! an update.. do leave your comment and don't forget to click the star at the end of this chapter*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro