Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(E) Twenty-two

"Jiji, eomma!" Taehyung cuba mengawal riak wajahnya. Dadanya seperti hendak meletup menahan ledakan amarah. Mujur saja dia cepat bertindak. Kalau tidak, seluruh rahsia yang dijaga rapi selama ini akan terbongkar dalam beberapa saat sahaja.

"Maaf, eomma. Kitorang kena balik dulu. Tae kena pergi jumpa pembekal lepas ni dengan Jimin"

"La.. Tak sempat nak borak lagi. Tadi, Jiji tanya apa?"

"Tak ada apalah eomma. Kitorang balik dulu" lengan Jiji dipegang oleh Taehyung. Semakin lama, makin erat cengkaman Taehyung hingga urat-uratnya timbul. Jiji cuba mengawal riak wajahnya. Anak matanya bergetar menahan sakit.

Taehyung menolak Jiji masuk ke dalam kereta. Kereta tersebut meluncur laju di atas jalan raya. Selekoh tajam menyebabkan kepala Jiji yang masih berbalut terhentak di papan pemuka kereta.

Muka dan leher Taehyung merah. Bunyi deritan giginya dapat didengari dengan jelas. Stereng digenggam kemas.

Sampai saja di rumah, Taehyung menarik Jiji masuk ke dalam rumah. Tubuh genit gadis itu ditolak kuat hingga dia jatuh ke lantai.

"Kau ni kenapa degil sangat hah? Aku dah cakapkan? Tutup mulut, tutup mulut! Otak kau letak dekat mana?!" dahi Jiji ditunjal beberapa kali.

"Kau tahu tak?! Kau ni menyusahkan aku. Dari kali pertama kita jumpa, sampai sekarang! Kau bawa bala dalam hidup aku. Kau rosakkan semua rancangan yang aku atur selama berbulan! Hampir setahun aku terpaksa berlakon jadi budak terencat sebab aku tak nak kahwin! Aku tak nak keluar dari rumah tu. Aku nak duduk dengan eomma, dengan Hyemi! Aku cintakan Hyemi noona. Tapi, bila kau muncul, semuanya lintang-pukang. Aku kena keluar dari rumah tu! Kenapa kau perlu hidup hah?" rambut Jiji dicengkam erat. Rasanya seperti hendak tercabut kulit kepalanya.

"Awak dah gila Taehyung! Awak pun tahu kan perasaan awak tu dah langgar hukum alam? Kenapa awak jadi macam ni Taehyung? Kenapa awak perlu seksa saya dan orang di sekeliling awak? Apa dosa saya dekat awak?" Taehyung meraup kasar rambutnya.

"Menjawab kau kan? Sini kau!" Taehyung merentap lengan Jiji. Jiji ditolak ke dalam stor. Dengan pantas, pintu ditutup dan dikunci dari luar. Pintu itu terkena muka Jiji. Terasa kebas pipi dan hidungnya.

"Taehyung! Taehyung! Apa awak buat ni! Lepaskan saya! Taehyung!" mata Jiji melilau di segenap ruang. Suasana stor itu sangat menggerunkan. Banyak topeng kayu tergantung di dinding-dinding stor. Sawang melekat di siling. Cahaya yang terlalu sedikit membataskan penglihatannya. Jiji terkontang-kanting di dalam gelap. Sesekali, dia terlanggar barangan yang bersepah. Tiba-tiba, kakinya terpijak serpihan tingkap yang pecah. Dia terduduk di atas tilam buruk di sudut stor itu.

Kaca yang terbenam di dalam kulitnya dicabut satu persatu. Giginya diketap. Pedihnya menyucuk. Darah memancut keluar dari bekas lukanya. Lengan baju direntap hingga terkoyak lalu kakinya dibalut dengan perca kain itu. Setelah selesai, dia melelapkan mata. Dia hanya tidur berbantalkan lengan. Malam yang dingin hingga menusuk tulang hitamnya.

Airmatanya mengalir.

'Kenapa aku dapat nasib macamni? Kenapa aku? Aku benci kau, Taehyung. Aku kena keluar dari neraka ni secepat mungkin. Neraka ciptaan suami durjana'

'Kau ingat kau boleh rasa bahagia? Takkan terjadi, Yoon Jihae. Aku akan pastikan kau merayu supaya aku ceraikan kau. Aku akan bagi kau rasa, apa itu erti sebenar kehidupan. Sekali kau susahkan aku, seribu kali aku susahkan kau, Jihae. Kau takkan bahagia selagi kau bergelar isteri atas kertas aku'












*ayo! double update... lepasni nak kena hiatus selalu. enjoy.. sorry kalau lame*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro