(E) Twenty-nine
Muka Taehyung merah menahan amarah. Urat di sekitar lehernya mula timbul. Rahangnya turut bergerak-gerak.
"Tak! Bukan aku yang buat! Mesti kerja orang lain ni! Bukan aku!" dinding biliknya ditumbuk bertubi-tubi. Bengkak di buku limanya langsung tidak dihiraukan. Rambutnya diserabutkan tanda kesal. Bingung otaknya memikirkan apa yang telah berlaku. Perkara itu 'ditayang semula' di mindanya.
Flashback
"Encik ni suami kepada Kim Jihae ke?" soal seorang jururawat yang baru keluar dari bilik rawatan Jiji. Mahu atau tidak, dia menganggukkan kepalanya.
"Dr. Han nak jumpa dengan Encik Kim. Sila ikut saya" Taehyung membontoti langkah jururawat itu. Apabila ditolak pintu bilik tersebut, rupanya Jiji sudah berada di sana. Berkerut dahi Taehyung.
'Perempuan ni dah nak mati ke? Syukurlah'
"Encik Kim Taehyung. Sila duduk"
"Ada apa doktor nak jumpa saya? Penting sangat ke?"
"Ya, sangat mustahak. Melibatkan nyawa isteri Encik Kim. Saya harap Encik Kim tabah dengan apa yang akan saya bagitahu" Jiji mula mengutis jari-jemarinya tanda gusar.
"Tahniah, isteri Encik Kim mengandung 1 minggu" Taehyung menghadiahkan tatapan tajam yang menikam anak mata Jiji. Terus wanita itu mengalihkan pandangan. Takut hendak bertembung dengan tatapan yang mampu membunuh itu.
"Tapi, buat masa sekarang kami perlu tahan dia di wad dulu untuk pantau keadaan Pn. Kim. Mungkin esok petang, dia dah boleh balik. Encik Kim bolehlah temankan isteri ke wad" Taehyung dengan muka terpaksa menolak kerusi roda Jiji sehingga ke wadnya.
"Kau balik nanti, kita selesaikan semua. Pastikan kau tutup mulut kau pasal budak tak guna dalam perut kau tu. Jangan bagitahu sesiapa lagi buat masa ni"
"Kim Taehyung! Budak yang awak cakap 'tak guna' ni darah daging awak tahu tak?" penumbuk dikepal erat. Mahu sahaja dilayangkan ke pipi lelaki di hadapannya ini.
"Hergh, aku tak kisah langsung. Aku tak nak tahu apa-apa pun buat masa sekarang ni. Kau balik je, kita selesai. Kau masuk wad, duduk diam-diam. Pastikan mulut kau tu tak jadi tempayan sangat. Aku nak balik" Jiji mengesat matanya dengan belakang tangan. Tatapan benci dihadiahkan buat Taehyung. Rasanya seperti hendak menikam-nikam tubuh lelaki tak guna itu sehingga hancur berderai.
End flashback.
•
•
•
•
•
•
•
"Anak eomma okay ke? Lepas Taehyung telefon kelmarin, ingat nak datang terus. Tapi, waktu melawat dah habis. Jadi, pagi tadi, terus kami bertolak datang sini"
"Jiji okay je eomma. Cuma demam sikit je. Banyak hilang air dalam badan. Sebab tu kena tahan wad"
"Kamu nak apa-apa tak. Appa nak keluar pergi cafè dekat hujung simpang sana. Seojeong, awak nak ikut tak?"
"Boleh juga. Saya pun nak beli kudap-kudap sikit untuk budak-budak ni. Petang ni kami singgah rumah kamu ya, Ji?"
"Tak apalah appa. Lagipun pukul 2 nanti, dah boleh discharge. Tae datang ambil. Kalau eomma dengan appa nak datang, datanglah. Kitorang ada je dekat rumah harini"
"Kalau macam tu, kami gerak dululah. Petang sikit, kami sampai. Pesan dekat Tae, ya?"
Satu keluhan berat terlepas dari bibir Jiji setelah Pn. dan Tn. Yoon keluar dari wadnya. Daun pintu dikuak semula dari luar. Terpacul wajah dingin Taehyung.
"Jom balik. Lagi lama kau dekat sini, lagi lambat masalah nak selesai. Cepat sikit. Terhegeh-hegeh" dalam hati Jiji, penuh dengan sumpah seranah terhadap Taehyung.
'Dahlah tak tolong langsung. Tak guna betul'
"Apa pandang-pandang? Cungkil biji mata tu baru tahu. Aku tunggu dekat parking lot"
"Eh, Encik Kim datang nak ambil Puan Jihae ya? Ah, baguslah kalau macam tu. Kalau Encik Kim perlu kerusi roda, encik boleh ambil dekat depan sana. Pn. Jihae masih belum sembuh sepenuhnya"
Lantas pinggang Jiji ditarik hingga tubuh mereka tiada jarak walau seinci. Kononnya nak papah isteri dia sampai ke parking lot 😒.
"Tak apa, Dr. Han. Benda kecil je ni. Kalau dia dah tak larat jalan, saya boleh piggyback. Kan, sayang?"
"H-ha'ah. Kami minta diri dulu, Dr. Han. Terima kasih"
Taehyung terus memapah Jiji hingga ke pintu utama hospital. Sebaik tiba di parking lot, tubuh Jiji dilepaskan dengan kasar. Hampir saja dia bergolek di situ.
Perjalanan dari hospital ke rumah agak sunyi. Hanya kedengaran suara DJ radio melalui corong radio.
'Mungkin dia dah lupa'
"Woi, perempuan. Termenung apa lagi? Dah sampai. Takkan nak tunggu aku dukung kot?" segera tali pinggang keledar dibuka dan Jiji keluar dari perut kereta.
"Kejap la--" panggilan telefon dari seseorang membantutkan percakapan Taehyung.
"Eomma dengan appa aku nak datang. Pretend like nothing happened"
"Eomma appa saya pun nak datang. Tak tahu pula nak terserempak dengan besan. Saya naik atas dulu"
•
•
•
•
•
•
•
"Sayang! Eomma appa kita dah sampai" seusai mengucapkan ayat itu, Taehyung menggosok lehernya dan mempamerkan muka hendak muntah.
Jiji yang mendengar pun rasa geli telinga. Jiji mencapai sehelai cardigan labuh dan disarungkan pada tubuh genitnya. Mujurlah kesan parutnya semakin menghilang.
"Eomma appa!" Jiji bersalaman dengan kedua mertuanya. Begitu juga dengan ibu bapa kandungnya.
"Taehyung~ Kamu buat apa dekat Jiji hah? Anak appa ni makin nakal ek?" Tn. Kim mengukir senyuman nakal ke arah Taehyung. Sesekali terdengar Tn. Kim mengaduh kerana dicubit isterinya. Taehyung pula memasang senyuman yang sukar ditafsir.
"Mana ada, appa. Dia demam sebab dehydrate je. Kalau pasal 'tu', masih dalam proses. Lambat lagi kot" bahu Jiji dicengkam kuat sehingga gadis itu tidak selesa.
"Ha, eloklah tu. Eomma pun nak merasa timang cucu sebelum tutup mata. Lagi cepat, lagi bagus. Kan Sejeong?"
"Hmm.. Betul juga tu. Ha, kami nak kena gerak dulu. Datang pun sebab nak hantar makanan ni je. Jiji kan tak sihat. Nanti Tae ni kebuluran pula"
"Ha, elok sangatlah kalau macam tu. Kami pun datang nak tengok je. Nampak okay je semua. Kami semua dah nak balik" ibu bapa mereka berdua mula mengangkat punggung dan beredar dari ruang tamu.
"Sayang tunggu sini. Biar oppa hantar diorang ke pintu" jelingan maut dihadiahkan sebagai 'hidangan sampingan'.
Taehyung melambai ke arah ibu bapa dan mertuanya. Pintu ditutup dan dikunci. Punggung dilabuhkan di sofa bertentangan dengan Jiji.
"Kau jujur dengan aku. Anak siapa dalam perut kau tu?"
"Tch, dah buat tak nak mengaku. Anak awaklah! Siapa lagi yang sentuh saya selain awak? Awak yang 'rosakkan' saya. Sekarang, nak kata anak ni anak jantan lain? Awak ingat saya perempuan murahan ke?"
"Kau jangan nak tinggi suara dengan aku eh perempuan! Aku tak nak tahu apa-apa. Esok aku akan bertolak ke Hong Kong. Minggu depan, aku nak budak tu dah tak wujud. Kalau aku balik nanti, budak tu masih ada, aku sendiri akan bunuh dia"
*nah.. aye dah hapdet.. enjoy ^^ vomment juseyo*
*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro